TIPS PENJAGAAN GELIGA
MADU
Madu lebah asli amat sesuai untuk proses 'penuaan' geliga lipan,delima dan pelbagai jenis batu cincin..biasanya madu akan menjadi kering apabila merendam geliga lain dan delima,..apa yg menariknya geliga ini akan berubah warna dan sifat fizikalnya... wahuallahualam.( di petik dari komen dari sebuah blog)
ZA'FARAN
Za’faran adalah sejenis pokok herba rempah ratus dari stigma bunga Zafaran (Crocus sativus Linn), dari spesis keluarga Iridaceae dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah.Za'faran juga banyak digunakan dalam masakan. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.Biasanya za'faran yg telah dijadikan minyak di gunakan..calitkan atau letak zafaran ke atas kapas yang telah di tempatkan geliga tersebut.
Khasiat Lain Za'faran :
Membantu menyempurnakan proses penghadaman
Menguatkan ingatan
Merawat anemia
Mengawal tekanan darah dan kolestrol
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
Melancarkan pengaliran darah
Merawat penyakit saraf
Mengurangkan keletihan
Mengurangkan sembelit, bisa-bisa sendi
Pertumbuhan akal dan fizikal bayi , kanak-kanak serta remaja
Penenang diri
Perangsang tenaga batin
psssttt : nanti aku sambung lagi pasal za'faran ni...
BERAS
Jika nak diterangkan mungkin mereka-mereka akan berkata,…Kenapa Lipan,semut,labah,ular dan lain-lain binatang tidak meletakkan beras,kemenyan,padi dan sebagainya pada geliga yang mereka miliki…Baiklah..Pertama..ianya adalah Petua..pernahkah sewaktu sahabat kecil dulu, orang-orang tua jika mendapati buah atau apa-apa jenisnya yang masih belum cukup masak..mereka akan meletakkan kedalam Beras dan selang beberapa hari, buahtersebut akan masak dengan sendirinya..iaitu apa yang dikatakan ..peram buah…(Tak percaya ambil buah ciku yang tua tetapi belum cukup masak disimpan didalam beras)..InsyaAllah buah ciku tersebut akan masak secara semulajadi..tidak seperti memeramnya didalam bungkusan dan disimpan bersama cobalt (Kabait)..Contoh..geliga lipan jika disimpan tanam didalam beras..ia akan mengekalkan Aura renjatan yang terdapat pada geliga tersebut serta akan membuatkan geliga tersebut masak dengan cara semulajadi…kebanyakkan geliga-geliga disimpan didalam beras untuk tujuan mengekalkan keampuhannya..tetapi jika untuk memulihkan geliga apa-apa jenis sekalipun..ianya haruslah dengan dari asas usulnya..seperti geliga embun..pulihkan dengan air embun…(Contoh)…tetapi jika geliga ular pula..mana la nak cari bisa ular..so simpan didalam beras..kan dulu-dulu ada cerita berkenaan semangat padi…lagi pun..kita ni orang melayu jika 3 hari tak makan nasi..apa jadi kat kita??..kan ke asalnya dari beras..dan padi dan asal tumbuhan dari tanah..ada juga..jika sesuatu geliga ada yang diperam didalam tanah..(contoh Tanah Liat atau Clay)..ini kerana sesetengah geliga adalah terjadi dari tindakbalas dari dalam badan binatang itu sendiri..tetapi asas dan asal usul datangnya geliga ini adalah dari Allah..iaitu dari langit…apakah yang turunnya dari Langit???…bukankah asal nya dari air…asal air adalah dari langit??..malah segalanya bermula dari tanah,air,api dan angin…dan selebihnya dari ALLAH yang maha menjadikan..
Lagipun beras ni kalau nak diikutkan banyak khasiatnya selain dari pada hanya dimasak nasi jer..dari segi perubatan pun ada juga..contoh..bedak sejuk..ianya adalah dari asas Beras..tampal kat muka ..kan licin bersih kulit tu…walau bagaimana pun..banyak lagi jenis material diguna pakai untuk menyimpan sesuatu barangan yang bersifat Alami ataupun Mistik..wallahuallahullam...... ( di petik dari komen dari sebuah blog)
BUNGA..
Kebiasaannya saya menggunakan bunga melur..nampak perubahan jika diletakkan bersama geliga lipan ( letak geliga lipan di dalam kudup bunga melur)( di petik dari komen dari sebuah blog)
KEMEYAN PUTIH
Amat baik jika di letakkan bersama geliga lipan ( maklumat yg di nyatakan sendiri oleh penjaga geliga lipan milik saya...) ( di petik dari komen dari sebuah blog)Sumber : Pelbagai Blog
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!