Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Jiwa Kacau |
Kempunan lagi la aku nak makan ketupat,hehehe.Rasanya nak kena tunggu tahun depan plak kut baru aku leh makan ketupat.Oklah malaih nak taip panjang-panjang ni satgi hangpa bosan plak.Sebelum tue aku nak ucapkan terima kasih la pada yang duk usha-usha,baca-baca,singgah-singgah kat blog buruk aku ni.
Terus terang aku bagitau kat hangpa artikel-artikel dalam blog buruk aku ni ada yang aku copy-paste ada yang aku punya sendiri.Bukan apa kadang-kadang aku duk pi usha-usha blog orang kalau aku rasa ada artikel yang menarik aku teringin gak nak share dengan hangpa.
Mintak maaf la kalau ada artikel-artikel hangpa yang aku copy-paste sebabnya cuma artikel hangpa MENARIK! Aku ada letak link untuk artikel hangpa jangan risau,hehehe.
Ok aku rasa dalam minggu ni aku akan dapat 1 lagi geliga yang boleh dikatakan memang menjadi buruan orang ramai la.Geliga ni depa panggil Permata Mani Gajah/Mustika Mani Gajah,entah aku pun taktau mana 1 yang betul.
Tapi ada setengah-setengah blog kata Mustika Mani Gajah ni susah nak dapat.Mustika ni bentuknya cuma besar sebiji beras ja kut.Tapi yang aku duk jumpa,duk tengok-tengok dalam blog,bapak punya besar.Cara nak ambik pun sikit punya payah sebab nak kena buat ritual tertentu.
Hangpa berani buat ka? hehehe...kalau hangpa berani aku nak p amik cara-cara nak amik Mustika Mani Gajah tue bagi kat hangpa dari 1 blog ni.Tapi kalau dapat jangan lupa kat aku plak,nak
shatuuu,kuikuikui...Tapi takpa la,macam biasa apa-apa pun kita test dulu.
Mesti hangpa dah lupa kan yang aku pernah cerita pasal Geliga Air Terjun dengan Batu Cemara Emas yang aku ada tue kan.Terus-terang aku bagitau hangpa aku tak tipu,memang nampak perubahan kat aku.Maksud aku dari segi perhatian orang ramai kat aku.Pergh,aku dah test banyak tempat dah,tapi kat area pasar malam ja la.
Memang orang akan usha hangpa ada yang tak berkelip mata pun ada,sampai kita plak naik segan.Kadang-kadang aku pikir gak bukannya aku sorang ja laki yang ada kat situ,faham-faham ja la area pasar malam.
Aku jugak depa nak usha tapi bukan semua la.Aku pun taktau nak cakap la,hangpa pakai sendiri nanti baru hangpa tau.Depa kata ni batu semulajadi/alami so takda khadam-khadam mengarut ni.Aku simpan dalam dompet letak poket belakang,rilek ja.
Ikan tempel aku pakai masa test sekali tue ja aku tak berani takut satgi tak pasal-pasal jadi lain plak,hehehe.Ni pasal penjagaan geliga-geliga ni pulak depa kata letak madu/minyak za'faran,so aku ikut la cara depa.
Malam tue aku letak madu kat Geliga Air Terjun dengan Batu Cemara Emas aku letak sikit ja,pastue aku biar la aku mengadap pc.Aku rasa dalam setengah jam macam tue kut aku pegang/sentuh geliga-geliga tue aku rasa licin.
Aku tengok madu yang aku letak tadi dah hilang.Takkan geliga ni boleh makan kut,ada mulut ka apa...hehehe.Daripada geliga tu nak bertukar ke warna putih terus jadi warna kuning emas balik (warna asal).
Oklah setakat ni ja lah cerita 'test' aku,ni cerita benda yang aku buat la.Terpulang la hangpa nak percaya ka dak,hehehe.Tak sabar nak test Permata Mani Gajah plak.
psssttt : hngpa jangan kena tipu dah la,lebih baik hangpa 'test' benda yang hangpa dapat/beli.Lagi bagus pi tanya orang-orang yang arif pasal benda-benda ni ataupun tengok blog-blog buat rujukan.
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!