Saturday, August 11, 2012

Misteri Ilmu Hitam Penanggal

Salam...tengah duk blogwalking jumpa plak entri ni...perghhh serammm tue...hihihi

Penanggal merupakan makhluk yang wujud akibat ilmu hitam yang di amalkan oleh manusia dan manusia tersebut melanggar perjanjian ataupun melanggar pantang. Ilmu hitam yang di tuntut biasanya bertujuan untuk kecantikkan, menjaga kebun, ilmu kebal dan sebagainya. Penanggal mempunyai nama berbeza mengikut kawasan. Contohnya seperti berikut:

  1. Engkalan – Sarawak, Malaysia ( penanggal biasa ) 
  2. Tengelong – Kedah, Malaysia ( penanggal biasa )
  3. Balan-balan – Sabah, Malaysia ( penanggal lelaki, menjangkitkan ilmu kepada keturunan melalui makanan) 
  4. Krasue – Thailand ( penanggal biasa ) 
  5. Leyak @ le-ak – Bali, Indonesia ( penanggal biasa tapi boleh berubah bentuk jadi binatang seperti babi ) 
  6. Manananggal – Filipina ( penanggalannya bermula dari pinggang bukan leher)


Mengikut cerita orang tua, penanggal mempunyai makanan sajinya tersendiri iaitu uri bayi dan syaratnya bayi tersebut anak sulung tidak kira anak haram atau anak halal. Dua-dua dia rembat. Minumannya pula adalah darah wanita yang sedang bersalin anak sulung. Namun begitu, ada juga versi lain penanggal tidak memilih mangsa. Penanggal akan telan apa sahaja yang dia nampak.
Bagi mengenai individu yang ada menternak makhluk penanggal adalah melalui lehernya. Lehernya ada satu garis seakan dikelar mengelilingi seluruh lehernya. 

Tetapi kebiasaannya individu yang menternak penanggal ini  akan sedaya upaya menyembunyikan garis di lehernya. 

Selain daripada itu, individu yang menternak penanggal juga mempunyai tempayan cuka di rumahnya. Tujuannya untuk mengecutkan organ bagi memudahkan penyambungan semula dengan badan.


Teknik membongkar rahsia individu yang menternak penanggal adalah dengan menterbalikan badannya semasa badannya sudah terpisah dengan kepala. 

Selain daripada itu, untuk membunuhnya adalah dengan cara mengantung daun-daun duri di tingkap atau di mana sahaja yang mampu dilalui penanggal. Sediakan kacip pinang untuk memotong isi perut penanggal. 

Cara paling mudah untuk membunuh penanggal ini adalah lempang dengan kayu hoki,huhuhu....

psssttt : Jangan biarkan diri anda di kejar penanggal...kihkihkih

2 comments:

Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!