Salam...tahun ni aku rasa aku raya sakan dengan isteri aku.Baru tadi isteri aku sms aku pukul 4.05pm yang dia kata bos dia kat oversea nun bagi duit raya rm2,500.Gila ka apa ni,hehe.
Aku balas sms dia yang aku kata dia tipu.Dia kata betullah sebab dia sendiri pun macam tak percaya.Perghhhh,bergaya sakan tahun ni dengan isteri aku dapat rezeki lebih,syukur Alhamdulillah hehehe.
Sebenarnya aku ada bagi dia 2 biji geliga jenis Geliga Cemara Emas dengan Geliga Air Terjun.Aku bubuh dalam dia punya beg tangan.Khasiat kedua-dua geliga nantilah aku cerita lain.Dah boleh dah tue buat bayar hutang-hutang tertunggak yang ada.
Buat hangpa semua jangan la pulak hangpa semua percaya yang geliga-geliga tu yang bagi rezeki pulak naa,takmau takmau.Yang bagi rezeki kat kita semua cuma ALLAH S.W.T.Benda-benda tue mungkin cuma kebetulan ka.
Macam kita tanam pokok la,bukan terus seketul kita dapat pokok.Mula-mula kita tanam biji benih dari biji benih dia jadi akar,batang,ranting,daun-daun dan buah-buahan.Biji benih tue siapa yang bagi? ALLAH S.W.T yang bagi kan...Macam geliga-geliga ataupun benda-benda misteri lagi mistik ni la jugak,siapa yang bagi? ALLAH S.W.T yang bagi.
Semua benda yang ALLAH S.W.T bagi kat manusia,semua ada kegunaannya bagi yang mahu berfikir.Geliga-geliga ni ada yang alami maksudnya disini tiada pengisian (khadam/khodam/jin/syaitan).
Tapi kalau yang ada 'pengisian' tu memang aku sendiri pun tak berani nak simpan woooo,apatah lagi nak menjual kat orang.Kena yang jenis 'Tin Kosong' yang beli,naya kat orang oooiii,kesian.Oklah setakat ni dulu harini cerita aku,semua cerita yang aku post semuanya terjadi pada hari yang aku tulis posting ni,tarakkk tipu-tipu punya.Kalau tipu aku cakap tipu.
psssttt : belilah yng alami bukan yang di'isi'...kihkihkih.
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!