PEKAN: Sambutan luar biasa apabila lebih 70,000 pengunjung membanjiri
Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di sini, sempena Rumah Terbuka Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.
Ketibaan Najib yang segak berbaju Melayu berwarna hijau pucuk pisang disambut meriah oleh pengunjung sambil ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Seawal jam 8 pagi lagi pengunjung memenuhi pekarangan taman berkenaan walaupun majlis hanya bermula jam 10 pagi.
Majlis turut diserikan dengan keberangkatan tiba Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, ahli Exco Negeri dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang.
Pengunjung, Azizah Jaafar, 45, dari Maran, berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang beramah mesra dengan Perdana Menteri selain merasa kemeriahan majlis itu.
Katanya, ini kali kedua dia mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri dan menyifatkan penganjurannya kali ini jauh lebih meriah berbanding tahun lalu.
Mohamad Jamhari, 51, berkata, jika tahun lepas dia terlewat mengunjungi rumah terbuka ini, namun pada kali ini dia datang lebih awal.
“Tahun lepas saya tiba beberapa jam sebelum majlis berakhir dan ketika itu banyak makanan habis..kali ini saya tidak mahu perkara sama terjadi lagi,” katanya.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan artis popular antaranya Noraniza Idris, Awie, Datuk Hattan, Datuk DJ Dave, Lan Pet Pet manakala Sharifah Shahira dan Linda Onn sebagai pengacara majlis.
Lebih 200 gerai menyediakan pelbagai jenis juadah antaranya nasi beriani, nasi bukhara, ketupat, sate, lemang selain hidangan tradisi Pahang iaitu laksa Pahang, ikan patin tempoyak, puding raja dan opor daging.
Antara gerai yang menjadi tumpuan orang ramai sehingga terpaksa berbaris panjang termasuklah gerai menyediakan kambing panggang, cendol dan nasi bukhara dan nasi dagang.
Lebih 180 khemah disediakan beserta 10,000 kerusi dan 4,000 meja bagi kemudahan tetamu menjamu selera. Najib turut meluangkan masa melawat gerai makanan pada majlis itu.
Sumber : Mohd Fauzi Abdullah dan Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

No comments:
Post a Comment
Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!