Monday, August 6, 2012

Tips Membezakan Batu Alami




 Tips membezakan batu Alami.

    1. Kristal / Kaca itu bening, sedangkan batu alami kebanyakannya mengandungi serat-serat di dalamnya. Sebahagian orang awam mengira bahawa batu asli itu pecah, tapi sebenarnya hanya serat-serat alami batu. Ada pula batu yang dianggap palsu kerana tidak berserat dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar, jika demikian gunakan Triplet Kanta Pembesar 30x21MM memperbesar lebih dari 3x pembesaran untuk melihat seratnya. Namun jarang sekali ditemukan batu permata alami yang bersih tanpa serat.

    2. Cuba tempelkan permata itu ke pipi anda. Apakah terasa dingin? Kalau terasa dingin ini adalah merupakan satu ciri bahawa permata anda itu asli.

    3. Berat. Cuba bandingkan permata asli dan tiruan, pasti permata asli lebih berat dari permata palsu.

    4. Untuk batu-batu seperti kelulut terlihat bawahnya seperti berlubang-lubang kasar tidak mengkilat hal ini kerana bahagian bawahnya tidak digosok sehingga tidak terlihat kilatannya dan kemulusannya bukan bererti batu ini batu palsu.

    5. Cara lain cubalah dititiskan dengan air diatas batu jika batu menetap merupakan ciri batu alami.

    6. Untuk membezakan prosesan plastik cuba di ketuk-ketukan pada gigi jika berbunyi dipastikan bukan plastik atau dibakar.

    7. Untuk mutiara cuba anda korek dengan sesuatu yang tajam mutiara tersebut kemudian di lap dengan kain jika masih mengkilat bererti mutiara asli.

    8. Harga bagi setiap batu mungkin ditentukan oleh serat-serat@urat-urat halusnya selain daripada kekerasan dan bentuk fizikalnya. Itu pendapat aku la,kalau lu orang aku tak tau la macamna.Tapi bagi aku la kan,aku lebih suka tengok serat-serat dalam batu macam-macam aku leh imagine wooo...hehehe.

(Tips ni aku cilok ja...Segala penghargaan semuanya aku tujukan kepada pemiliknya)

pstttt : kalau takmau kena tipu boleh la cuba tips ni...hehehe...

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!