Hi,saya Lalat...hehe |
Nama
saintifik lalat rumah ialah Musca Domestica. Pengelasan lalat rumah
menurut ilmu zoologi diletakkan di dalam order serangga yang dipanggil
Diptera, iaitu serangga bersayap dua. Lalat mempunyai enam kaki dan
badan bersegmen meliputi kepala, toraks, dan abdomen.
Kitar Hidup Lalat |
Kitar hidup.
Seekor
lalat rumah (selepas ini hanya disebut lalat) melalui empat peringkat
untuk mencapai kitar hidup yang sempurna. Perkembangannya bermula
daripada telur, larva, pupa dan lalat dewasa. Satu kitaran lengkap
mengambil masa di antara tujuh hingga sepuluh hari di bawah keadaan
mantap. Masa ini dipengaruhi oleh kelembapan, ketahanan telur, suhu dan
cahaya. Seekor lalat betina mampu bertelur sebanyak 2700 biji telur dan
biasanya dalam kelompok-kelompok yang berbeza. Setiap kelompok
mengandungi antara 350 hingga 900 biji telur.
Telur yang matang selepas enam
jam ditingkalkan dan akan berkembang di dalam kepompong sehingga berukar
menjadi lalat dewasa. Pada tempat yang lembap, larva boleh mendaki ke
tempat yang lebih tinggi daripada permukaan kawasan telur ditinggalkan.
Dalam satu kajian kes, terdapat larva yang berjalan sehingga 150 kaki
daripada kawasan pembenihan. Larva kemudian bertukar menjadi pupa yang
dilindungi kepompong dan membesar dalam masa tiga hingga enam hari.
Lalat dewasa kemudian keluar dan akan bertelur selepas sebulan. Jangka
hayat seekor lalat pula di antara satu dan dua bulan pada musim panas.
Cara Makan.
Lalat
tidak menggigit tetapi menyedut zat makanan seperti nyamuk dengan
menggunakan belalai. Sebelum makan, lalat merembeskan saliva untuk
melembutkan makanan. Hasil tindak balas kimia di antara saliva ke atas
makanan menjadikannya bertukar dalam bentuk cecair, kemudian disedut.
Lalat mempunyai lidah berbentuk penyedut (straw).
Lalat dari sudut pandang Islam.
Pada
asasnya, lalat amat bahaya kepada kesihatan manusia dan haiwan kerana
menjadi vektor yang membawa dan menyebar organisma berpenyakit. Bakteria
dibawa di luar permukaan badannya. Apabila hinggap di atas makanan,
lalat juga meninggalkan tahi yang akan menyebabkan keracunan.
Lalat |
Kisah lalat diceritakan dalam
hadis nabi Muhammad S.A.W, pada suatu hari nabi bersabda yang bermaksud,
“jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, rejamkannya ke dalam
air. Satu sayapnya mengandungi racun manakala satu sayap lagi
mengandungi penawar.” (Hadis riwayat Bukhari, bilangan 537, jilid 4).
Perkara yang sama dicatatkan juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh
imam Ahmad, Abu Daud, at-Tahawi, Said bin Khalid dan Thumamah ibn
Abdullah ibn Anas.
Shah Wali Allah Ad-Dahlawi
mengatakan di dalam kitabnya Hujjatullaahu al-Baalighah bahawa hadis ini
menunjukkan Allah bebas memberikan setiap spesies yang beracun sistem
imuniti atau penawar. Hal ini agar dapat memastikan kelangsungan hidup
speasis tersebut. Racun pada lalat merupakan alat untuk mempertahankan
dirinya sendiri daripada serangan musuh. Manakala penawar pula
disediakan untuk memastikan keselamatan makhluk lain yang dicemari
racunnya. Hukum timbal balik ini samalah seperti tindak balas di antara
bes dan asid yang meneutralkan anatara satu sama lain.
Lalat dilengkapkan penciptaannya
oleh Allah dengan kandungan penawar pada sayap sebelah kanan dan racun
di sayap kiri. Apabila merasa terancam, seperti kakinya terlekat di
dalam air mekanisma pertahanan diri akan bertindak secara spontan. Sayap
sebelah kiri dikepak mencecah air agar racun yang dimiliki berupaya
menewaskan musuh. Namun begitu, biasanya air yang melekat pada sayapnya
tidak mampu memberi kekuatan kepadanya untuk terus terbang. Ketika itu,
sayap sebelah kanannya masih lagi tidak mencecah air. Justeru kitalah
yang terpaksa menyelamkan lalat ke dalam air bagi memastikan racun yang
terserak dineutralkan semula.
Dr. Gyath Hassan Al-Ahmad di
dalam bukunya At-Tibb An-Nabawi fi Daw Al-‘Ilm Al-Hadith (Perubatan
Kenabian dalam Sains Moden) melaporkan bahawa Dr. Nabih Da’ish
menjalankan eksperimen di Universiti Raja Abdul Aziz, Riyadh. Dr. Nabih
menyediakan sampel sepuluh kultur bakteria daripada air steril yang
dimasuki lalat tanpa menyelamkan lalat. Sepuluh sampel yang
ditenggelamkan lalat sekali, dua dan tiga kali masing-masing. Kemudian
kesemua 40 sampel diperhatikan kandungan bakteria. Hasilnya, beliau
mendapati koloni bakteria berkurang apabila jumlah selaman meningkat.
Air yang tidak diselam lalat mengandungi paling banyak bakteria,
manakala air yang diselam lalat sebanyak tiga kali mengandungi bilangan
bakteria paling sedikit.
Selain itu, sekumpulan
penyelidik yang diketuai oleh Dr. Jamaal Haamid dari Jabatan
Mikrobiologi Perubatan, College of Science Qassim University menjalankan
kajian penentuan jenis bakteria yang terdapat pada sayap lalat.
Beberapa spesies lalat diambil untuk kajian. Dua piring petri diletakkan
air steril, seekor lalat dijatuhkan dalam piring kedua (2) tanpa
menenggelamkannya. Sebaliknya seekor lagi lalat dijatuhkan dan
ditenggelamkan sepenuhnya dalam piring pertama (1). Hasil kajian
tersebut telah mendapati lalat yang dikaji mempunyai bakteria E. Coli
sp. (baca 'e-kolai') yang diperoleh dalam piring petri kedua (2) iaitu
lalat yang tidak ditenggelamkan sepenuhnya di dalam air. Manakala dalam
piring petri pertama (1) iaitu piring yang terdapat lalat yang
ditenggelamkan sepenuhnya di dalam air, wujud sejenis antibiotik
Aktinomiesis (Actinomycis) diekstrak. Antibiotik ini merupakan antigen
dalam sistem imun yang memusnahkan fungsi bakteria yang bertindak selaku
patogen.
Penemuan yang menarik ini
menentusahkan kehadiran racun dan penawar yang terdapat pada kedua-dua
sayap lalat. Kajian oleh kumpulan Dr. Jamaal juga mengambil kira speasis
lalat selain lalat rumah. Keputusan menujukkan walau pun jenis bakteria
yang dimiliki berbeza, jenis antibiotik tetap sama. Antara jenis
bakteria yang diperoleh dalam kajian ini termasuklah Staphylococcus
sp.,Salmonellas sp., Proteus sp., dan Coynibacterium Dephheroid.
Perkembangan teknologi perubatan
akhirnya menggerakkan saintis sama ada Islam atau Barat untuk mengkaji
kesahihan hadis rasulullah S.A.W ini. Dua penemuan sains yang dijalankan
oleh saintis Islam mengesahkan kebenaran hadis nabi Muhammad S.A.W.
Kita selaku orang yang beriman kepada kerasulan nabi Muhammad harus
merasa takjub, lantas meningkatkan lagi keyakinan kita terhadap ajaran
yang dibawa oleh baginda. Perkara ini sekurang-kurangnya menjadi hujah
kepada orang yang beriman bagi menolak tohmahan kononnya nabi seorang
ahli sihir atau seorang yang pandai mereka-reka perkara yang tidak
pasti.
Bagaimana nabi Muhammad S.A.W
mengetahui perkara ini sedangkan pada waktu itu belum ada teknologi yang
canggih untuk mengesahkan kesahihan hadis baginda? Hal ini tidak lain
melainkan nabi Muhammad S.A.W mendapat ilham daripada Allah secara
langsung. Sesuailah dengan sifat baginda apabila bercakap. Allah
menegaskan di dalam ayat 3 dan 4 surah an-Najm, mafhumnya;
“Dan dia (Muhammad) tidak bercakap mengikut hawa nafsunya. Melainkan apa yang diwahikan oleh pemberi wahyu (Allah)”
Glosari
- Antigen – Antibodi yang menjadi agen perencat kepada keaktifan virus dan bakteria yang menyerang sistem tubuh.
- Patogen – Bendasing yang hadir dalam bentuk bakteria atau virus yang mengganggu sistem pertahanan tubuh.
- Kultur – proses pembiakan bakteria yang digunakan dalam bidang biokimia, bioteknologi dan perubatan.
- Steril – bebas daripada sebarang bakteria atau bendasing.
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!