Misteri Villa Nabila
Misteri Villa Nabila, Johor Bharu
Kisah Villa Nabila mempunyai pelbagai versi, seperti : Keluarga Nabila
telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian
mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Assalamualaikum,
rasanya dah ramai yang tahu akan cerita ini, villa yang dikatakan
menyeramkan di Johor Bahru, berhampiran dengan Danga Bay.. memang banyak
kisah misteri tentang rumah ini Sebenarnya banyak kisah yang
diceritakan orang mengenai kejadian di rumah ini, tetapi tak dapat nak
dipastikan kesahihannya..antaranya
.
Versi 1 – Terdapat satu
keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan
si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang
bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta
ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di
satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya
sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh
orang gajinya.
.
Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang
sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam.
Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun. .
.
Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh
dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
.
Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya.
Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni
yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
. .
Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama
isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina
villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6
orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya.
Tapi bila si suami
dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan
adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah
mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami
tersebut.
Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu
mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain
selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang
samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan
sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut
dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang
pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat
pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit
tersebut.
Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah
bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu
sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa
tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang
berada termasuklah mat-mat salleh.
Kemudian sekitar tahun 90-an villa
tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri
yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu
mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi
cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
.
Versi 6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal.
Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’
berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau
dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut.
Villa
tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau
beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia
sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.
.
P/s: Memang
banyak kisah misteri disebalik Villa Nabila di Johor Bahru ini, ini
belum lagi termasuk dari cerita mulut ke mulut, rasanya lebih banyak
misteri yang dapat diselongkar.
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!