KUALA LUMPUR 15 Ogos - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC) Ekmeleddin Ihsanoglu mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya
kepada semua umat Islam sempena Aidilfitri ini, sambil mengingatkan
mereka agar menumpukan usaha membantu masyarakat Rohingya di Myanmar
mengatasi masalah mereka.
Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, masyarakat Islam Rohingya yang merupakan kaum minoriti di Myanmar, masih menderita akibat pencabulan secara terang-terangan yang mengancam kewujudan mereka di negara itu.
Beliau juga menggesa umat Islam terus menyokong rakyat Palestin untuk memastikan penubuhan negara Palestin yang merdeka dengan menjadikan Al Quds Al Sharif sebagai ibu negara.
Menurutnya, walaupun bulan Ramadan adalah bulan keamanan, ketenangan dan selamat, namun perkara-perkara itu tidak dirasai di sesetengah negara Islam tertentu."Walaupun sesetengah daripada kita mendapati bulan Ramadan masa yang merasa aman dan tenang, ia adalah menyedihkan bagi saya untuk menyatakan bahawa di beberapa negara Islam telah dinafikan ketenangan dan keamanan itu."Sementara di beberapa bahagian lain pula sedang menghadapi kesengsaraan dan syarat keras terutama di Syria yang mana keperluan asas dinafikan, kurangnya keselamatan serta gangguan yang semakin meningkat, pencabulan hak asasi manusia serta pembunuhan yang berlaku pada setiap hari," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berharap nama dan logo baharu organisasi itu akan membawa satu era baharu kemakmuran dan memperkasakan dunia Islam serta mencerminkan keadilan, kesaksamaan, keamanan dan toleransi.
"Ini adalah ciri ajaran agama Islam sebenar yang bertolak ansur, menghormati kesucian hidup dan merangkumi nilai-nilai maruah manusia, menghormati hak asasi manusia, mengatasi kesulitan dan pertikaian serta penyelesaian melalui dialog dan cara-cara damai dalam konteks persaudaraan dan pertimbangan," katanya.
OIC adalah organisasi antara kerajaan kedua terbesar selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan keanggotaan 57 negara dari empat benua dengan penduduk kolektif lebih 1.5 bilion orang.
Organisasi itu telah menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam kepada Pertubuhan Kerjasama Islam pada 28 Jun tahun lepas pada Sesi ke-38 Majlis Menteri-menteri Luar OIC di Astana, Kazakhstan.
Sesi itu meluluskan resolusi menukar nama dan logo organisasi itu untuk meningkatkan keberkesanannya sebagai satu sistem antarabangsa yang berurusan dengan isu-isu pembangunan politik, ekonomi, budaya dan sosial. - BERNAMA UTUSAN MALAYSIA

No comments:
Post a Comment
Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!