Thursday, August 23, 2012

Pengalaman 4


Assalamualaikum...perghhh dah berapa hari tak update posting kat blog MisteriAlamMelayu.blogspot.com aku ni,siap taip nama penuh blog lagi tue...wakakaka....Maklum lah tengah dalam mood raya lagi ni.Raya tahun ni aku tak balik ke Sungai Petani,Kedah tapi aku pi beraya di Kalumpang.

Bagi aku raya tahun ni kureng sikit la sebab macam dah tak ramai yang buat ketupat.Lemang dengan nasi impit ja banyak,adoiii...

Haaa,ni cerita tadi pagi kat Kalumpang.Jiran sebelah wan aku hilang duit rm8k dalam rumah,dia cerita tu duit dia simpan hasil jualan buah durian dari dusun dia.Banyakkk tueee beb...bukan setakat duit dia ja hilang termasuk sekali duit anak-anak dia yang balik beraya kat umah dia.

Patutla malam tadi aku duk dengar suara anjing duk menyalak.Untuk info aku tido kat bilik depan memang jelas dengar bunyi anjing menyalak.Mula-mula dengar macam jauh pastue makin dekat plak kat jalan depa umah.Lagipun aku bukannya reti apa pun benda-benda camni so aku buat dek ja la.

Pastue pagi tue jugak ada berita terkini dari atok(bukan nama sebenar) sebelah umah wan aku ni.Dari cerita atok(bukan nama sebenar) dia bagitau kat wan aku yang dia perasan ada benda melayang masuk dalam umah dia.Aku nak kata toyol,takkan toyol masuk umah orang mencuri barang dengan melayang kut? ish...ish...ish...entahlah aku pun taktau.

Setakat tue ja la yang wan aku cerita kat aku pagi tadi sebelum aku balik semula ke Damansara.Tapi ada 1 petua aku rasa lawak jugak la,wan aku kata orang dulu-dulu,depa simpan duit kat celah ketiak dengan kat dalam spender,sebabnya toyol takut dengan bulu ketiak dan bulu tut tut tut...wkwkwkw...aku pun tak faham.Apa kena mengena bulu-bulu tue semua dengan toyol? zzz...

Wan aku ada cerita lagi yang Si Polan(bukan nama sebenar) ada bela toyol.Dia kata toyol ni ada masa-masa dia kena bagi 'menetek' atau bagi hisap susu badan kalau tuan dia pompuan.Lagi 1 wan aku kata tuan dia akan sediakan  1 bilik gelap khas untuk toyol dia 'menetek'.

Sebelum aku lupa nak taip,wan aku kata lagi yang duit hasil curian toyol tue tuan dia kena habiskan dalam masa sehari.Lupa aku nak tanya kalau lebih sehari sebab apa tak boleh.Rupa-rupanya zaman moden camni pun ada lagi orang duk buat keja macam ni...huhuhu.

psssttt : Jangan Biarkan Hartamu Kecurian Toyol...hehehehehe...

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!