Friday, August 31, 2012

Diseksa Kerana Haus

Meskipun sudah hampir 56 tahun kisah ini berlalu, namun bagi Azizan Darus, 87, pengalaman melihat seorang lelaki pertengahan umur diseksa tentera Jepun di Kampung Pantai Cicar, pada tahun 1942 masih terpahat kukuh dalam ingatannya.

Betapa tidak, pengalaman itu dianggap paling ngeri sepanjang ‘tempoh penyeksaan’ sewaktu pendudukan tentera Jepun di negara ini.

“Sampai saat ini masih terngiang-ngiang raungan kawan-kawan yang kena seksa. Tapi apa boleh buat, kekejaman tentera Jepun pada masa itu seperti tiada batas. Saya hanya mampu menahan sebak sambil berdoa supaya Allah hentikan kekejaman itu,” katanya.

Tambah Azizan, dia bersama ramai penduduk termasuk dari beberapa kampung berhampiran dikerah membina sebuah landasan kapal terbang sepanjang satu kilometer untuk digunakan tentera Jepun.

“Berbekalkan alat-alat yang pada fikiran saya langsung tak padan, cangkul dan baji mata dua, kami dikerah memugal tanah keras kemudian mengangkut batu-batu besar untuk ditanam semula ke dalam tanah sebagai lapik awal sebelum ditambun batu-batu kecil.




“Kerja seperti itu memang perit. Kami langsung tak dibenarkan berhenti rehat sebelum sampai waktunya. Kalau sesiapa yang langgar arahan itu, alamat nak kenalah,’ujarnya.

Bagaimanapun kata Azizan, peristiwa seorang lelaki pertengahan umur diseksa dengan begitu dahsyat hanya kerana dia minta untuk minum air adalah paling menyayat hati berlaku di depan matanya.

“Kerana terlalu haus, lelaki itu minta berhenti sekejap kepada seorang tentera Jepun yang sedang berbual untuk minum air. tambahan pula ketika itu cuaca sangat panas.

“Tahu apa balasannya? Lelaki itu dihentak dengan buntut senapang dan diheret ke tepi. Dalam keadaan itu pun dia masih cuba melutut minta belas kasihan kepada tentera Jepun itu tapi langsung tidak diendahkan.

“Lelaki itu kemudiannya diikat kaki dan tangannya dalam keadaan menelentang lalu mulutnya disumbat dengan getah paip lalu dimasukkan air hingga perutnya buncit.

Tak cukup dengan itu, tentera Jepun tadi disertai beberapa rakannya memijak perut lelaki itu lalu bersemburlah air keluar dari telinga, mulut, hidung dan duburnya,” ujarnya.

Tambah Azizan, hingga ke hari ini dia tidak dapat melupakan peristiwa tersebut dan ia kadangkala terbawa-bawa dalam tidurnya.

psssttt : fikir-fikirkan lah...
Misteri Bersambung- Diseksa Kerana Haus

Misteri Perigi Lama Di Melaka

MELAKA: Ramai kurang menyedari kewujudan sebuah perigi lama peninggalan sejarah ketika zaman penjajahan kerajaan Belanda di negeri ini di dalam kawasan kampung di Jalan Hashim, Alai, di sini.

Kedudukan perigi lama itu di dalam kawasan kampung di Jalan Hashim, Alai, berhampiran laut dipercayai menyebabkan orang ramai tidak menyedari kewujudannya.

Walaupun hanya 400 meter dari laluan masuk kampung itu berhampiran simpang lampu isyarat Alai, kebanyakan orang kurang perasan kewujudannya.

Penduduk, Hasnoryanti Hashim, 29, berkata, ada pengunjung melawat perigi berkenaan termasuk datang bersama keluarga selain di kalangan agensi kerajaan yang datang dalam kumpulan kecil.

“Pada pandangan saya, mereka yang berkunjung ke perigi itu mungkin ingin melihat keadaan atau bentuknya selepas mengetahui melalui maklumat di muzium atau Internet.

“Mungkin ada yang perasan papan tanda kecil Perigi Belanda yang dipasang di tepi jalan depan kampung ini,” katanya.

Pengunjung tempatan yang mahu dikenali sebagai Zam, 46, dari Melaka Tengah berkata, dia tidak mengetahui wujud perigi lama tinggalan sejarah di situ.

Menurutnya, dia hanya menyedari kewujudan Perigi Belanda itu ketika melalui kawasan berkenaan bersama suami dan dua anak mereka berusia lima serta tujuh tahun.

“Walaupun pada zahirnya nampak biasa saja, ia tetap mempunyai nilai sejarah berdasarkan maklumat dipaparkan.

“Bagi saya kunjungan singkat ke perigi itu mampu mengisi masa lapang ketika bersiar bersama keluarga pada hari cuti,” katanya.

Berdasarkan fakta sejarah dipaparkan pada papan maklumat di situ, perigi berkenaan dipercayai dibina tentera Belanda yang berkawal di situ ketika menentang orang Bugis.

Perigi itu juga berfungsi sebagai sumber air utama tentera Belanda yang bertugas di situ di samping sebagai keperluan minuman dan memandikan kuda milik mereka pada masa itu.

Maklumat yang ada juga mencatatkan bahawa perigi itu dibina menggunakan batu bata Belanda yang biasanya terdapat pada bangunan milik mereka.

Penduduk kampung juga mendakwa air perigi itu tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau dan sering digunakan penduduk untuk kegunaan harian hingga kini.

Mohamad Yatim Latip 
Misteri Bersambung- Misteri Perigi Lama Di Melaka

Manusia Paling Kerdil Di Dunia

LONDON: Dua manusia paling kerdil di dunia dipertemukan untuk kali pertama bagi meraikan pertubuhan yang membantu mempopularkan ‘kelebihan’ mereka, lapor media semalam.

Manusia Paling Kerdil Di Dunia
Lelaki paling rendah di dunia, Chandra Bahadur Dangi, 72, bersemuka dengan wanita paling rendah di dunia, Jyoti Amge, 18, sempena pelancaran edisi terkini buku Rekod Dunia Guinness.

Lelaki dari Nepal dan gadis warga India itu mencuri perhatian dunia apabila ketinggian mereka diiktiraf Rekod Dunia Guinness, baru-baru ini. Walaupun dipisahkan jurang usia yang besar, Chandra dan Jyoti tetap mesra bergurau dalam suasana santai ketika sesi fotografi untuk pelancaran buku berkenaan.

Kedua-dua mereka mengenakan pakaian tradisional masing-masing. Gambar itu juga mencipta rekod dunia tersendiri apabila - untuk kali pertama - lelaki dan wanita paling rendah dipertemukan secara langsung. Sebuah buku terkini Rekod Dunia Guinness yang diletakkan di antara Chandra dan Jyoti menyebabkan naskhah itu menjadi luar biasa besarnya walaupun pada hakikatnya, ia hanya setinggi kira-kira 30.5 sentimeter.

Jyoti - berasal dari Nagpur, India - mendapat pengiktirafan itu pada hari dia menyambut ulang tahun kelahiran ke-18, pada 16 Disember tahun lalu.

Jyoti menghidap masalah tumbesaran, dikenali sebagai Achondroplasia, menyebabkan saiz badannya kekal setinggi 78.8 sentimeter.

Di sebalik keunikan itu, Jyoti menyimpan cita-cita tinggi dalam bidang hiburan dan mula membintangi beberapa filem Bollywood.

Dia dijadual melawat Britain bagi membantu pelancaran buku Rekod Dunia Guinness, bulan depan. Kata Jyoti, dia tidak sabar membuat kunjungan ke Britain. “Saya suka mengembara dan sejak mendapat pengiktirafan Guinness, saya berpeluang melawat banyak negara luar seperti Jepun dan Eropah,” katanya.

Sementara itu, Chandra amat teruja apabila namanya tercatat dalam buku rekod dunia kali ini. “Ia jadi kebanggaan kepada saya, keluarga, kampung dan negara,” katanya. Dia dibesarkan di Kampung Rhimkola, 250 kilometer di barat Kathmandu sebelum keunikan fizikalnya dikesan dan mendapat pengiktirafan, Februari lalu.

Chandra meninggalkan kampungnya untuk kali pertama dalam hidupnya apabila mengunjungi Kathmandu bagi membolehkan badannya diukur pegawai Rekod Dunia Guinness.
Dengan ketinggian 54.6 sentimeter, Chandra juga dianggap lelaki paling rendah dalam sejarah. - DM

-Sumber-
Misteri Bersambung- Manusia Paling Kerdil Di Dunia

Penumpang 'Terbang'

SLIM RIVER: “Kerusi tercabut dan saya tercampak ke bahagian depan bas. Dalam kesakitan, saya terpandang pemandu sudah tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduknya yang remuk.”
Demikian kata R Kumutha, 23, seorang daripada 12 penumpang bas yang cedera, empat daripada mereka parah dalam kemalangan meragut nyawa pemandu bas berkenaan di Kilometer 362.7, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Plaza Tol Slim River, di sini, jam 10.30 malam kelmarin.

Pemandu bas ekspres yang terbunuh itu dikenali sebagai Hussain Jaafar, 29 dan ketika kejadian bas terbabit dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Butterworth, Pulau Pinang.
Kemalangan berlaku apabila bas terbabit melanggar belakang sebuah treler dengan muatan besi seberat 30 tan itu sebelum menyeret treler itu sejauh lebih 100 meter.

Kumutha yang juga penuntut Sarjana Sumber Manusia, Universiti Selangor (Unisel) berkata, ketika kejadian dia sedang tidur tidak jauh dari pemandu bas itu.

“Saya tidak ingat apa yang berlaku dan hanya tersedar apabila saya tercampak. Saya tidak dapat bergerak dan berasa sangat sakit.

“Ketika itu, keadaan menjadi kelam-kabut dan ramai orang menjerit kesakitan serta meminta tolong,” katanya yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

Menurutnya, orang awam dan penumpang bas kemudian membantu memapahnya keluar dari bas berkenaan sebelum dihantar dengan ambulans ke Hospital Slim River di sini.

Kumutha yang ditemui di Hospital Slim River (HSR) semalam berkata, doktor yang melakukan pemeriksaan dan imbasan X-Ray memberitahu tulang pinggangnya patah dan dia perlu menjalani pembedahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila bas dipandu Hussain gagal mengelak treler yang bergerak perlahan di depan.

Menurutnya, impak perlanggaran yang kuat itu menyebabkan kebanyakan kerusi penumpang di bahagian hadapan bas tercabut dan penumpangnya tercampak “Pemandu bas ekspres itu maut di tempat kejadian. Kedua-dua kakinya hancur akibat tersepit.

“Mayat pemandu bas dan empat penumpang yang parah serta lapan yang cedera ringan dihantar ke HSR,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Othman berkata, ada penumpang mendakwa bas itu dipandu keadaan terhoyong-hayang sebelum nahas dan kemungkinan pemandu bas berkenaan mengantuk.

Menurutnya, pemandu kedua bas ekspres itu dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati bas ekspres itu melekat di belakang treler.

Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Misteri Bersambung- Penumpang 'Terbang'

Misteri Khasiat Belimbing Buluh

Salam...ok kali ni kita cerita plak misteri kebaikan Belimbing buluh. Dekat kampung kalau tak silap aku berlambak pokok buah belimbing buluh ni,kat umah tok aku kat penang ada tanam pokok ni. Selalu tok aku buat masak lemak,sedap woooo. Selain sedap, ia turut berkhasiat.

Anda yang ada penyakit darah tinggi pun boleh memanfaatkan khasiat semulajadinya. Kaedahnya akan saya nyatakan satu-persatu sebentar saja lagi. Okey?



BelimbingBuluh @ BelimbingAsam - Wikipedia

1. Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar.

2. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.

3. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.

4. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.

5. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.


Daun belimbing buluh pun ada kegunaannya. Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh cuba petua di bawah;


1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar.

2. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.

3. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih.

4. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.

5. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan.

6. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.


Buat sementara waktu ni, begitulah antara khasiat belimbing buluh yang dapat sifu aku kongsikan dengan hangpa semua. Iaitu sebagai ubat darah tinggi juga ubat demam panas. Harap ianya dapat dipanjang-panjangkan ya.

-Sifu Herba-
Misteri Bersambung- Misteri Khasiat Belimbing Buluh

Misteri CInta Bilik Mandi Di Brazil (English)


The myth of the bathroom Blonde is known almost everywhere in brazil,being reported in numerous ways,not only by those who claim to have had the experience of meeting unexpected and undesirable with this fantastic creature,but also by those who heard the story from the mouth who claim to have seen,some day,these apparition is nothing reassuring.

Therefore,the places where the fantastic creature that appears are varied,including them schools,hospitals,shopping malls,restaurants,highway or streets of any city.

Truck drivers often give news of the emergency of this view in bathrooms of gas stations of fuel installed on the banks of the busiest roads,and they all report that the woman who appears to them almost always has his back,but anyone realizes his body is beautiful,her legs well made and long,straight hair,and bright,but wothout definite colour.Nut when she turns and faces the unfortunate seeing that, it shows you a face bruised,bloodied and contracted by fear of something, thus giving a big scare in poor sap that but now surely awaits all, less so.

This urban legend is contemporary with minor modifications in all regions of the country, which is why it is known by many names assimilited 'Blonde the bathroom in some places','Blonde Phantom in others'.'Big Blonde,girl or simply Cotton Blonde in certain cities,and so on.

Both can be a girl in the prime of life,as a awoman ever made,married or not ,but his appearances invariably happen in public restrooms,in the form of a female figure with wide blonde hair, the colour of very pale face,sunken eyes marked by dark circles and baggy black, bringing the nostrils plugged with cotton balls, as if to prevent blood flow.

Generally, it is said that the blonde in the bathroom, as its name implies, lives in the bathrooms of the schools, and the explanation of his preference for the so-called toilets is that it is the spirit of a student who liked to "kill" classes, and to do it as a hideout used cubicles exist in these halls female health.


One day, legend has it, she slipped on the wet floor, hit his head on a corner, fractured his skull and died right there, without that might help.

But dissatisfied with the tragic and premature end he had in life, his soul still does not take the path intended for him, and so it remains there, waiting or wishing not know what.

In another version, it is a teacher who loves to be filled in by one of his students, departed from the cuckolded husband, jealous and angry that he killed her with a knife in one of the bathrooms of the school where she taught.

Since then, the schoolteacher victimized by the follies of love appears to students at any time seek to satisfy their "needs" physiological, showing them where, his body bloodied and his clothes in tatters.

Many believe that the spirit of the blonde in the bathroom can be invoked by anyone who is willing to face him, just for that, the courageous push the box by downloading three times, then kick or a vase with force health, so that at the same time the supernatural figure appears ready to torment the first to enter the room.

So the express recommendation of someone who understands these issues: never throw the discharge three times, nor kick the toilet to unload their tensions or private college, because this procedure can put in front of the ghostly creature and terribly frightening.


Misteri Bersambung- Misteri CInta Bilik Mandi Di Brazil (English)

Misteri Manusia Kerdil Di Kepulauan Flores

MISTERI MANUSIA KERDIL

Orang Kerdil
Sekadar Hiasan
 
PADA zaman purba, di Kepulauan Flores, dipercayai wujud sejenis spesies manusia aneh yang keadaan fizikalnya berlainan sekali daripada manusia normal yang hidup ketika ini.

Jasad manusia aneh itu kerdil sehinggakan kalangan dewasa dalam kelompok mereka hanyalah setinggi kanak-kanak berusia lima tahun.

Mereka memiliki lengan lebih panjang, alis tebal, dahi yang miring, tidak mempunyai dagu dan rahang bawahnya diisi gigi besar tumpul. Gigi depannya lebih kecil seperti gigi manusia moden, lubang mata spesies manusia ini besar dan bulat manakala otak mereka pula hanyalah sepertiga daripada otak manusia sekarang.

Walaupun fizikal spesies manusia aneh ini berbeza daripada jasad manusia yang wujud ketika ini iaitu `Homo Sapiens',perilaku mereka mirip manusia moden.

Mereka menggunakan api untuk memasak dan memburu sejenis gajah primitif yang hidup di wilayah itu dikenali Stegodon. Keupayaan berfikir dan kebijaksanaan mereka terserlah apabila dengan jasad kecil mereka itu, mereka mampu memikirkan taktik untuk menewaskan Stegodon yang seberat 1,000 kilogram.

Kewujudan mereka terus `tersembunyi' di wilayah terasing di Kepulauan Flores,Indonesia itu selama entah beberapa lama sehinggalah pada suatu hari,secara tiba-tiba spesies manusia aneh itu lesap terus di muka bumi ini.

Seorang tua di Flores masih teringat legenda setempat yang diceritakan dari generasi ke generasi sehingga ke zaman moden.

“Di kepulauan kita ini, ada makhluk kerdil beredar selama berabad-abad,suatu ketika dulu. Mereka dinamakan Ebu Gogo, manusia kerdil berbulu yang tingginya hanya satu meter.” demikianlah antara maklumat makhluk legenda yang diceritakan kepadanya dan anak-anak watan Flores secara turun-temurun.

Lelaki tua itu masih tertanya-tanya, benarkah wujud makhluk Ebu Gogo seperti diceritakan legenda masyarakatnya? Jika ya, mengapa makhluk itu tidak lagi ditemui? Jika sudah pupus, apa yang menyebabkan mereka pupus?

Tahun 2003, penyelidik Universiti New England, New South Wales, Australia, mengerut dahi kehairanan tatkala menemui tulang belulang aneh ketika menjalankan kerja arkeologi di gua Liang Bua di Flores. Yakin tulang yang dijumpai bersama fosil tikus raksasa, komodo dan gajah kecil itu adalah rangka manusia tetapi anehnya, ia bersaiz kecil.

Kajian lanjut mendapati ia bukanlah rangka kanak-kanak sebaliknya rangka spesies manusia aneh yang wujud suatu ketika dulu tetapi sudah pupus ketika ini!

Selepas ribuan tahun kekal sebagai rahsia yang tidak diketahui akhirnya kewujudan spesies manusia aneh itu yang kemudian dikenali dengan nama saintifik sebagai `Homo Floresiensis' mula terbongkar.

Seterusnya fosil rangka spesies manusia aneh itu bersama peralatan batu mereka ditemui berterusan dan antara penemuan tulang belulang terbaru dipercayai milik sembilan jasad Homo Floresiensis.

Penemuan rangka sembilan Homo Floresiensis itu bagaimanapun berusia 15,000tahun, membuktikan jarak masa antara fosil pertama dan fosil terbarua dalah 3,000 tahun.

Kumpulan spesies manusia kerdil itu wujud dan membiak di Flores selama 3,000 tahun! Mereka dipercayai terus hidup terasing di pulau itu dalam tempoh amat lama.

Penemuan menimbulkan pelbagai teori mengenai kewujudan Homo Floresiensis. Ada mengatakan mereka pada asalnya bersaiz sama seperti manusia biasa tetapi ketika tiba di kepulauan Flores, keadaan alam mengubah mereka menjadi kerdil, sama seperti kebanyakan haiwan lain di pulau itu yang turut bersaiz kecil.

Sesetengah lain menyangkal teori berkenaan dengan menyatakan bahawa Homo Floresiensis sememangnya spesies manusia yang kecil.

Satu lagi misteri membingungkan menyelubungi penemuan fosil Homo Floresiensis adalah mengapa mereka pupus? Dan benarkah mereka pupus atau mereka sekadar meninggalkan kepulauan Flores dan berhijrah ke wilayah lain?

Terdapat teori menyatakan masyarakat Homo Floresiensis pupus disebabkan lava gunung berapi yang melanda keseluruhan pulau itu tetapi punca sebenar kepupusan atau keghaiban mereka dari dunia ini, tiada siapa yang tahu.

Masih banyak persoalan tidak terjawab mengenai kewujudan Homo Floresiensis atau Ebu Gogo; mengapa mereka hanya wujud di Flores saja? Adakah mereka masih wujud ketika ini tetapi bersembunyi daripada manusia lain?

FAKTA: Homo floresiensis

Ramai pihak menggelarkan Homo Floresiensis sebagai Hobbit lantaran fizikal spesies manusia itu yang kerdil menyamai gambaran Hobbit yang kerap muncul dalam cerita fiksyen antaranya ‘Lord of The Rings’.

Kajian lanjut mendapati rangka yang ditemui pada September 2003 itu milik perempuan, tingginya ketika berdiri tegak kira-kira satu meter dan beratnya hanya 25 kilogram. Ia dianggarkan berusia sekitar 30 tahun ketika meninggal dunia.

Homo floresiensis menghasilkan peralatan batu seperti pisau batu dan peralatan rumah lain manakala makanan mereka adalah ikan, katak, ular, kura-kura dan burung.

Ebu Gogo dikatakan berkomunikasi sesama mereka dalam bahasa yang terdengar seperti menggumam dan mampu menirukan ucapan manusia seperti burung kakak tua.

1 HOMO HABILIS ~ NICKNAME: Handyman LIVED: 2.4 to 1.6 million years ago HABITAT: Tropical Africa DIET: Omnivorous – nuts, seeds, tubers, fruits, some meat

2 HOMO SAPIEN ~ NICKNAME:
Human LIVED: 200,000 years ago to present HABITAT: All DIET: Omnivorous - meat, vegetables, tubers, nuts, pizza, sushi

3 HOMO FLORESIENSIS ~ NICKNAME:
Hobbit LIVED: 95,000 to 13,000 years ago HABITAT: Flores, Indonesia (tropical) DIET: Omnivorous - meat included pygmy stegodon, giant rat

4 HOMO ERECTUS ~ NICKNAME:
Erectus LIVED: 1.8 million years to 100,000 years ago HABITAT: Tropical to temperate - Africa, Asia, Europe DIET: Omnivorous - meat, tubers, fruits, nuts

5 PARANTHROPUS BOISEI ~ NICKNAME:
Nutcracker man LIVED: 2.3 to 1.4 million years ago HABITAT: Tropical Africa DIET: Omnivorous - nuts, seeds, leaves, tubers, fruits, maybe some meat

6 HOMO HEIDELBERGENSIS ~ NICKNAME:
Goliath LIVED: 700,000 to 300,000 years ago HABITAT: Temperate and tropical, Africa and Europe DIET: Omnivorous - meat, vegetables, tubers, nuts

7 HOMO NEANDERTHALENSIS ~ NICKNAME:
Neanderthal LIVED: 250,000 to 30,000 years ago HABITAT: Europe and Western Asia DIET: Relied heavily on meat, such as bison, deer and musk ox
Misteri Bersambung- Misteri Manusia Kerdil Di Kepulauan Flores

Misteri Rumah Hantu Paling Menyeramkan Di Jepun

Misteri Rumah Hantu Paling Menyeramkan

Rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan.

Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.

Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital.  Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.

Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar.  Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung.  

Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar.  Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat.  Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.

Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu.  Berikut adalah di antara gambar-gambar yang menyeramkan di rumah hantu tersebut :
 


Misteri Bersambung- Misteri Rumah Hantu Paling Menyeramkan Di Jepun

Apa Nak Jadi

Dalam kemeriahan kita menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia/Malaya/Tanah Melayu pada bulan syawal yang indah ini,kita telah dikejutkan dengan beberapa gambar-gambar/video/artikel yang begitu biadap/kurang sopan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Malaysia yang pemikiran mereka 'dijajah' oleh politik kepartian yang penuh duri dan ranjau.Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa,agama dan budaya yang cintakan keamanan,kemakmuran,kemajmukan dan sikap bertoleransi yang sekian lama telah dipupuk akhirnya semakin menghakis.Budaya baru telah tercipta untuk diterapkan kedalam pemikiran masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.Budaya hasut-menghasut,aib-mengaibkan,hentam-menghentam dan pelbagai lagi yang dapat disaksikan secara zahir perlahan-lahan membuatkan pemikiran segelintir masyarakat Malaysia bertindak seperti orang yang tidak mempunyai pemikiran waras.Apakah kita mahu Tragedi Berdarah 13mei berulang? Apakah kita mahu berlakunya Perang Saudara? Adakah kita mahu generasi kita akan datang tanpa segan-silu mengaku sebagai pengamal LGBT? Adakah kita mahu agama kita dipandang hina (tanpa mengira agama)? Apakah ini yang anda semua mahukan? Tepuk dada,tanya diri masing-masing.Kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi sekarang bukannya mudah untuk diperolehi.Ianya memerlukan pengorbanan,semangat kekitaan,semangat juang,semangat toleransi,semangat kenegaraan yang tinggi dan jitu dari semua masyarakat Melayu,Cina,India,Sabah dan Sarawak untuk mengecapi kemanisan dan kenikmatan iaitu 'KEMERDEKAAN'!Penghinaan terhadap 'Jalur Gemilang' iaitu Bendera Malaysia,gambar Perdana Menteri Malaysia juga dipijak-pijak yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Malaysia menandakan yang kita perlu 'berhati-hati' dan 'bijak' dalam menangani isu tersebut.'Mereka-mereka' ini WAJIB 'diasingkan' dari masyarakat Malaysia yang yang masih 'berpijak di bumi nyata'.

Tentera Pengkhianat



Timbalan Ketua Pengkhianat


Bukti Sah!

Tentera Pengkhianat

-Sumber Video-
Misteri Bersambung- Apa Nak Jadi

Berjaga Dihujung Jambatan

Bercakap Dengan Jin 5 : Berjaga Dihujung Jambatan

 
Datuk amat merahsiakan peristiwa yang terjadi pada dirinya pada anak cucu. Pada orang lain perkara itu bukan rahsia bagi datuk. Dia boleh menceritakan peristiwa itu dari A sampai Z . 
 
Biasanya, perkara itu cuma sekali sahaja datuk mahu menceritakannya. Kalau ada orang minta datuk bercerita bagi kali yang kedua, datuk akan marah.
“Aku bukan tukang cerita,” katanya. Dan ada orang yang tidak percaya dengan apa yang terjadi pada diri datuk. Malah, ada yang mengatakan datuk cuma mengadakan cerita itu untuk tujuan bersuka-suka pada sebelah petang, bila datuk tidak berburu. 
 
Datuk tidak marah dengan tuduhan yang dilemparkan oleh kawan-kawan pada dirinya. Cukup mudah bagi datuk menjawab cabaran itu dengan berkata :
“Mari ikut aku atau biar aku hantarkan kalian ke tempat tersebut dan kalian lihat nanti, apa yang akan terjadi.” Anehnya, tidak ada seorang pun dari kalangan kawan-kawan datuk yang mahu menjawab cabaran itu. 
 
Akhirnya, cerita datuk bertemu dengan perempuan cantik dan bermalam di rumahnya, merupakan satu lagenda yang jadi buah mulut orang-orang setempat. Sekarang, cerita itu tidak lagi diperkatakan oleh orang.
Dua bulan berselang sesudah peristiwa itu., datuk telah diserang penyakit, seluruh badannya sakit dan bengkak-bengkak. Anak cucu membawa datuk ke klinik kerajaan dan swasta, tapi sakit datuk tidak juga mahu hilang. 
 
Bila anak cucu mengambil keputusan untuk menghantarnya ke Rumah Sakit Lumut atau Batu Gajah, bagi mendapatkan rawatan yang sempurna, datuk membantah dengan alasan, dia tidak suka duduk di hospital. Tidak ada seorang cucu datuk yang berani memaksa datuk untuk tinggal di hospital. 
 
Jadi datuk terpaksa dirawat secara kampung. Semua dukun dan bomoh yang terkenal dipanggil untuk merawatnya. Sakit nya tidak juga mahu hilang.
 
Seorang dukun dari Mambang di awan dekat Kampar mengatakan sakit datuk sukar diubat, kecuali oleh pawang yang benar-benar handal.
“Kenapa tok bomoh ?” seorang cucu datuk bertannya.
“Sakitnya dibawa oleh orang atas,” jawabnya pendek.
“Siapa orang atas tu tok bomoh,” desak cucu datuk. Dan bomoh itu tidak mahu memberikan jawapannya. Begitulah datuk, ia terus terlantar di tempat tidur menanggung sakit. 
 
Walaupun sakit terlentang merenung atap rumah, datuk masih mahu bercakap, kalau ada kawan-kawannya yang datang melawat. 
 
Kadang-kadang datuk memaksa dirinya untuk duduk. Bila anak cucu mahu datang membantunya. Dia segera melarang dan menepis tangan anak cucunya.
“Aku masih kuat lagi,” katanya. Dengan itu semua anak cucu pun menyepi. Pada sutu malam, semua anak cucu datuk berkumpul dan mengambil keputusan untuk memanggil dukun orang asli yang tinggal dekat Grik. Entah macammana rancangan itu sampai ke pengetahuan datuk. 
 
Dia jadi berang dan membuang semua benda yang berhampiran dengannya. Rancangan itu terpaksa dibatalkan. Kemudian datuk terus dipujuk untuk menerima rawatan doktor swasta yang sanggup datang ke rumah untuk merawatnya.
Memang di luar dugaan, anak cucu , datuk setuju dengan rancangan itu. Menurut doktor itu, sakit datuk tidaklah berapa serius sangat, tapi dia memerlukan rawatan yang agak lama. 
 
Sesudah menerima suntikkan dan memakan pil yang diberikan oleh doktor itu, datuk pun boleh bangun dan berjalan dari ruang tengah ke anjung ruamh. 
 
Mukanya nampak berseri. Tidak pucat lagi. Datuk mula boleh makan nasi. Sebulan, sesudah menerima rawatan dari doktor swasta ternyata datuk beransur sihat, tapi pada satu malam, datuk terus rebah sesudah menunaikan sembahyang Isyak.
 
Dia tidak boleh bercakap. Terpaksa diusung ke tempat tidur. Semua anak cucunya mengerumuninya. Semua anak cucu yang mengerumuninya resah, bilik tidur datuk dikuasai oleh bau-bauan yang wangi, diganti pula dengan bau kemayan. Serentak dengan itu datuk mula terbatuk dua tiga kali. Dia terus duduk.
“Carikan aku tiga biji limau, tiga gelai daun sireh putus urat, seulas pinang, kemenyan dan tempat membakarnya,” ujar datuk tenang.
“Nak buat apa,” tingkah nenek.
“Usah banyak soal, sediakan perkara yang aku mahu itu sekarang,” datuk membeliakkan matanya. Semua keperluan itu disediakan. Diletakkan dalam dulang tembaga berlapikkankain kuning. 
 
Bila barang-barang itu tersedia, bau harum datang kembali menguasai bilik tidur datuk. Duduklah datuk mengadap dulang tembaga, asap kemenyan pun keluar dari dupa, bagaikan ada kuasa ghaib yang menaburkan serbuk kemenyan di dalam dupa.
“Duduklah,” datuk bersuara sambil merenung ke tepi dinding. Anak cucu merenung ke tepi dinding. Tidak ada siapa pun yang bediri di situ. Kemudian anak cucu datuk melihat buah limau tiga biji bergerak-kerak bagaikan ada tangan yang menyentuh.
“Kalian keluarlah, ada pawang nak mengubat aku,” datuk memberi perintah. Semua anak cucu keluar. Datuk mengunci pintu biliknya dari dalam. Tapi, bau kemenyan terus juga lepas keluar.
 
“Dah berapa lama sakit ini, kenapa tak beritahu,” anak cucu datuk terdengar suara orang perempuan bercakap di dalam bilik. Semua hati anak cucu berdebar dan cuba mengintai dari celah pintu . 
 
Tidak ada orang lain dalam bilik selain dari datuk sahaja yang terlentang dekat dulang tembaga, sesekali datuk bergerak, bagaikan ada tangan yang sedang mengurut badannya. Sesekali datuk melipatkan kaki kanannya menandakan dia tidak mahu kaki kanannya diurut.
“Berapa lama sakit ni,” terdengar lagi suara perempuan.
“Dah dekat tiga bulan,” sahut datuk
“Patutlah lama tak ke rumah.”
“Sibuk.”
“Apa asalnya , ada jatuh atau ada tersalah makan.”
“Salah makan tu tak ada, tapi jatuh jatuh memang ada,saya jatuh dekat perigi buta.”
“Patutlah, kalau jatuh cepat berurut atau berubat, kalau tak diubat inilah jadinya.
“Itu salah saya,” datuk mengaku.
Suasana dalam bilik datuk sunyi, cuma yang kedengaran hanyalah bunyi orang mengambil sesuatu serta bunyi orang mengoyakkan daun sireh.
“Amalkan apa yang saya buat, tapi ingat kalau dah sihat jangan lupakan tempat saya,”terdengar lagi suara perempuan. Beberapa saat kemudian, datuk memebuka pintu bilik , bau wnagi masuk ke ruang rumah. Lepas itu datuk memebuka pintu depan. Datuk berdiri di muka pintu.
“Selamat jalan,” kata datuk pada malam yang samar-samar itu. Datuk melambaikan tangannya. Entah pada siapa datuk melambaikaikan tangan. Tidak seorang pun anak cucunya yang tahu. 
 
Perkara itu berlanjutan hingga tiga malam. Masuk malam keempat datuk mengadakan kenduri kesyukuran. Datuk sudah pulih. Datuk sudah boleh berjalan dan memandu kereta buruknya . 
 
Datuk sudah pun mengucapkan ribuan terima kasih pada doktor swasta yang datang merawatnya. Dan anak cucunya bertambah pening. Antara doktor dan dukun siapakah yang sebenarnya merawat datuk hingga sembuh. 
 
Lalu anak cucu datuk membuat kesimpulan begini : Masa kuat sakitnya doktor yang mengurangkannya dan dukun itu cuma mendapat rahmat dari doktor sahaja.
 
Seminggu kemudian, datuk ghaib dari rumah dan anak cucu tidak merasa apa-apa atas kehilangannya itu, semuanya tahu, bahawa datuk pergi ke rumah isteri orang bunian. Dan datuk akan kembali ke pangkuan nenek sesudah tinggal dengan isterinya orang bunian itu selama tiga empat hari. 
 
Nenek tidak pula merasa cemburu. Apa yang nenek fikirkan ialah tentang kebahagiaan diri datuk. Biarlah datuk buat apa sahaja. Asalkan datuk gembira dan boleh panjang umur. Cukup mulia hati nenek.
Macam selalu, bila datuk pulang dari rumahnya di kampung bunian, datuk akan membawa seekor dua ayam hutan dan buah labu atau mentimun untuk nenek dan anak cucunya.
“Siapa yang merawat dalam bilik dulu,” tanya nenek pada suatu petang. Datuk tersenyum mendengar pertanyaan itu.
“Isteri muda kitalah.”
“Siapa ?”
“Orang bunian.”
“Hum, lagi apa katanya pada awak.”
“Tidak ada apa-apa, cuma dia berpesat satu sahaja, kalau ada apa kesusahan pada keluarga kita, segera beritahu padanya.” Jawapan yang diberikat itu cukup menyenangkan nenek.
Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, datuk terlibat dalam pengambilan ahli-ahli pengawal kampung untuk menentang pihak komunis yang sentiasa mengancam keselamatan penduduk kampung. 
 
Datuk telah dipilih untuk menjadi anggota AP. Kerana itu datuk kena menjaga kampung pada setiap malam secara bergilir-gilir dengan orang-orang kampung yang lain. Kerana datuk dianggap penduduk yang tertua di kampung itu dan tahu pula serba sedikit ilmu dunia, datuk telah dipilih untuk menjadi ketua.
Kadang-kadang datuk dipanggil juga oleh pasukan keselamatan untuk masuk ke hutan untuk mengempar sarang komunis. Ini bukanlah beban yang berat baginya. 
 
Datuk mernerimanya dengan rasa senang hati. Satu keistimewaan datuk, ialah dia cukup kurang tidur tapi badannya tetap sihat. Wajahnya tidak cengkung atau pucat. 
 
Satu malam telah diarahkan pasukan keselamatan untuk membawa anak buahnya menjaga kawasan kampung yang bersempadan dengan jalanraya yang merintangi sebuah anak sungai. 
 
Datuk pecahkan anak buahnya kepada dua pasukan, setiap pasukan dianggotai oleh lima orang. Satu pasukan ditugaskan peronda tapi sungai mengala ke utara. 
 
Sedangkan datuk dengan kawan-kawan menguasai sebelah selatan hingga sampai ke jabatan besi. Datuk memilih pangkal jambatan besi itu sebagai tempat ia mengatur sebarang gerakan.
Malam itu datuk bertugas dengan tenang di atas jambatan besi. Sesekali malam yang sepi itu dipecahkan oleh bunyi jentera lori pasukkan keselamatan yang melintas di atas jambatan besi.
 
“Kau berdua pergi ke hujung sama, dan kau berdua pergi berjaga dekat pokok besar,” datuk memerintahkan anak buahnya.
“Di sini, siapa nak tunggu, tanya Hamid, salah seorang dari anak buahnya. Datuk tidak menjawab pertanyaan itu dengancepat. Dia termenung berfikir.
“Di sini, biar aku tunggu,” katanya. Anak buahnya yang sudah diperintah mengikut arahan yang ditetapkan. Malam bertambah sejuk. Datuk mengigil kesejukan. Dua tiga kali dia menguap. 
 
Badannya disandarkan pada besi jambatan. Tiba-tiba datuk terkejut, seekor ular berbelang kuning dan hitam meniti atas palang besi jambatan menuju ke arahnya. 
 
Lebih kurang satu ela mahu sampai padanya , ular itu berhenti. Panggung kepala. Menjulurkan lidah. Mata ular itu nampak merah. Dari mulut ular itu terpancar sesuatu macam api. 
 
Bila ular itu mengkatupkan mulutnya. Api itu padam dan api itu akan wujud kembali, bila ular itu membuka mulutnya.

Misteri Bersambung


Misteri Bersambung- Berjaga Dihujung Jambatan

Thursday, August 30, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun Malaysia


Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.

Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946.

Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.
Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 berjaya mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.
Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu.

Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan.

Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang.

Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.

Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk

Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka.

Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang Menteri Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara permohonan.

Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. UMNO dipimpin oleh ramai tokoh yang terbilang seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Ghaffar Baba, Dr. Ismail, Aziz Ishak, Sardon Jubir dan sebagainya untuk menyusuri jalan kemerdekaan.

Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato’ Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Ternyata perjuangan berabad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa cuba mengembalikan maruah bangsa dan negara.

Perjuangan mereka dimulai secara perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya.

Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan pada sekitar awal 1900 mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol,  begitu juga peranan Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas pada tahun-tahun 1930-an dan guru-guru Melayu khususnya dari Sultan Idris Training College.

Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena. Mereka daripada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu khususnya daipada Utusan Melayu banyak memberikan pendedahan mengenai perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan.

Antara pelopornya ialah Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), A. Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga sebahagian daripada mereka menjadi buruan Inggeris dan dipenjarakan. Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menumpahkan keringat, darah dan air mata.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Misteri Bersambung- Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun Malaysia

Tuesday, August 28, 2012

Kereta Datuk Tersadai Ditepi Jalan

Bercakap Dengan Jin Siri 4 : Kereta Datuk Tersadai Ditepi Jalan



Sudah seminggu Hari Raya berlalu, tapi rumah datuk tetap sibuk dengan anak cucu yang datang berhari raya ke rumahnya, pada malam 27 likur yang lalu, datuk turut sama memasang lampu di haalman rumah dengan anak cucu. Datuk membelikan mereka untuk anak cucu. Datuk membelikan mercun untuk anak cucunya. 

Sesungguhnya, datuk amat menyayangi semua anak cucunya memang menjadi kebiasaan dalam hidup datuk, pada Hari Raya pertama ia akan mungumpulkan anak cucunya di anjung rumah, makan lemang dan rendang bersama anak cucu, kemudian akan mengepalai anak cucunya pergi ke masjid untuk sembahyang Hari Raya.
Lepas itu, datuk akan mengajak semua anak cucunya pergi ke tanah kubur menziarahi kubur nenek moyang yang sudah pergi, datuk pun menunjukkan kubur datuk nenek pada anak cucu sambil menyebut keistimewaan datuk nenek masa ada hayatnya dulu. 

Dalam suasana yang sibuk itu, tiba-tiba datuk menghilangkan diri. Tidak ada siapa yang tahu ke mana datuk pergi. 

Bila salah seorang cucu mengesyurkan supaya kehilangkan datuk itu dilaporkan pada pihak polis, nenek dengan tenang bersuara :
“Usah bimbang, ia akan balik dalam sehari dua ini.”
“Dia berhari raya ke rumah yang lagi satu.” Jawapan nenek itu, menghilangkan keraguan anak cucu.
Nenek pun menceritakan pada anak cucu, sepanjang bulan puasa yang lalu, datuk tidak pergi turun memburu, ia banyak menghabiskan masanya di kampung orang bunian, bersama isteri barunya, setiap kali datuk pulang, ia membawa buah tangan untuk nenek yang dibekalkan oleh orang bunian. 

Sebagai isteri yang setia, nenek tidak pernah bertanya tentang isteri muda datuk. Nenek tahu, kalau ditanya dan disoaljawab nanti datuk naik darah, akibatnya akan berlaku pertengkaran, kalau sudah bertengkar nanti mudah masam muka. 

Kalau ini terjadi tentulah tidak elok. Malu pada anak menantu dan cucu cicit. Demi menjaga kerukunan rumahtangga dan anak menantu ada baiknya perkara itu dibiarkan. Itulah pendapat nenek. 

Ia merasa bersyukur pada Tuhan, kalau datuk sihat dan boleh makan dengan baik, itu sudah cukup, bagi nenek kalau kasihkan datuk sepenuh hati pun tidak ada gunanya, satu hari, salah seorang daripada mereka akan berpisah juga atas kehendak Allah yang maha besar.
Barang kali esok atau lusa ia akan meninggalkan datuk, bila nyawa miliknya diambil oleh Tuhan, begitu juga dengan datuk, tidak ada yang abadi di dunia ini melainkan Allah yang maha bijaksana. 

Nenek menghitung semuanya ini, kerana itu ia tetap bersikap tenang dan senang ke atas apa yang terjadi pada diri datuk. Akhirnya anak cucu datuk yang berkumpul di rumah terpaksa meninggalkan rumah datuk kerana urusan diri masing-masing. 

Ada yang sudah bekerja sendiri dan tidak kurang pula yang makan gaji. Kereta yang bersusun di depan rumah datuk, sebuah demi sebuah meninggalkan halaman rumah datuk, pulang ke tempat masing-masing. 

Nenek berpeluk-peluk dengan anak cucu sambil mendoakan keselamatan mereka semasa dalam perjalanan. Nenek berharap pada Hari Raya tahun depan anak cucu akan kembali ke kampung.
Cuma yang nenek terkilan hanya satu sahaja, iaitu semasa kereta anak cucunya bergerak, datuktidak dapat melambaikan tangan. Datuk tidak dapat memeluk anak cucu dengan penuh mesra. Mengingatkan ini semua nenek jadi sayu, perasaannya cukup hiba.
“Sampaikan salam pada datuk,” kata Ahmad Zaki cucu datuk yang kedua belas. Matanya merenung muka nenek.
“Boleh, jangan bimbang,” nenek memberikan perngakuan. Ahmad Zaki yang lewat sekali meninggalkan rumah datuk. Ia bertugas sebagai guru mengajar di Sekolah Menengah Dr Burhanuddin di Taiping. 

Bila semua anak cucu sudah pergi, nenek kembali dengan kerjanya membelah pokok sireh di belakang rumah, melihat ayam yang bertelur di reban serta memetik kacang panjang. 

Kalau diikut kata hati, nenek mahu sahaja mengikut salah seorang dari anak cucunya. Duduk sama mereka. Tidak guna kalau dudu rumah sendiri sedangkan suami selalu sahaja meninggalkannya.
Bila nenek mengkaji semula hal ini dengan sedalam-dalamnya. Ia tidak rela meninggalkan datuk. Ia mengira semua yang terjadi atas dirinya adalah atas kehendak Tuhan yang maha bersar. Sudah tiga jam anak cucunya pergi, tapi telinga nenek masih dapat mendengar suara anak cucu, bagaikan terbayang tingkah kalu anak cucu di depan matanya. 

Nenek tidak tahu pukul berapa anak cucunya pergi meninggalkannya yang pasti masa anak cucunya pergi tadi matahari baru naik segalah, tapi sekarang matahari sudahpun berada di pucuk kelapa.
Nenek masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja ia membasuh dan memotong kacang panjang. Ia terdengar bunyi suara kereta masuk. Nenek menerpa ke muka pintu. Ia melihat Muhammad Hakim keluar dari kereta.
“Kenapa ada barang tinggal ?” Tanya nenek.
“Tak ada apa nek, kereta Ramlah berlangar dekat pekan pusing. Nenek diam. Ia tahu cucunya itu dalam perjalanan pulang ke Johor Bharu. Ramlah bertugas sebagai pegawai kastam.
“Apa yang mesti kita buat ?” Nenek menyoal. Mohammad Hakim suruh nenek masuk ke dalam keretanya untuk pergi ke Batu Gajah. Pada jiran sebelah telah ditinggalkan pesan, bila datuk balik suruh dia pergi ke Hospital Batu Gajah. Jiran yang baik hati itu berjanji mahu menyampaikan amanat itu.
Bagaikan digerakkan oleh sesuatu, datuk yang sudah lama tinggal dengan isteri mudanya di kampung bunian, teringat mahu balik. Isteri mudanya tidak menahan. 

Datuk pun balik. Datuk sampai ke rumah waktu maghrib, dia tidak bertanya pada jiran tentang nenek yang tidak ada di rumah. Selepas sembahyang, seorang jiran datang menemuinya dan menyampaikan berita yang dipesan. Datuk menerima pesanan itu dengan tenang.
“Terima kasih, aku ingat lepas sembahyang Isyak aku nak pergi,” kata datuk pada jiran yang menyampaikan pesan. 

Apa yang dicakapkan oleh datuk, di kotakannya, lepas sembahyang Isyak datuk pun mengidupkan injin keretanya, kemudian datuk matikan injin kereta itu, datuk buka bonet kereta untuk memastikan ia membawa barang keperluan, kalau tayar keretanya bocor di tengah jalan. 

Datuk periksa injin kereta,. Ia yakin keadaan keretanya cukup baik dan selamat untuk perjalanan jauh.
Masa datuk meninggalkan rumah, keadaan langit agak mendung, tidak ada bintang mengerdip, tiada bulan sabit di kaki langit. Datuk terus memandu kereta Ford Anglianya dengan tenang membelah kegelapan malam. 

Kereta datuk sudahpun melintasi Kampung Buruk Bakul dan Simpang Tiga, bila masuk ke dalam kawasan Kampung Buluh Aur, hujan mula turun dengan lebatnya,agak sukar juga datuk memandu dalam malam hujan lebat. 

Ia terpaksa melarikan keretanya dengan perlahan sekali. Sesekali datuk terbabas ke tepi jalan. Bila selisih dengan lori balak atau lori ikan datuk terpaksa memberhentikan keretanya.
Datuk sudahpun melalui Jambatan Nordin di Tanjung Belanja, sekarang datuk sudah memasuki Pekan Parit hujan tidak juga beransur reda, walau apa yang terjadi datuk tetap mahu meneruskan perjalannya ke Hospital Batu Gajah, datuk meninggalkan Pekan Parit, datuk menggigil kesejukan, sampai di satu selekoh kereta datuk berhenti dengan tiba-tiba, Ia cuba menghidupkan injinnya, usahanya itu tidak berjaya. 

Dalam hujan yang lebat itu datuk keluarkan dari perut kereta. Datuk membuka bahagian depan dengan lampu oicit di tangan ia meraba semua wayar yang terdapat pada injin kereta. Badannya sudah basah. Ia menggigil.
Datuk ingin menghidupkan kereta. Tidak berjaya. Datuk membunyikan hon, tidak bersuara. Datuk masih juga tenang. Walaupun ia tahu, ia sekarang berada di tempat sunyi di kiri kanannya penuh dengan hutan tebal. 

Kilat mula bermaharajalela. Dari cahaya kilat itu datuk dapat memastikan bahawa diri nya berada tidak jauh dari Bukit Berapti. Setiap kali cahaya kilat memancar ia dapat melihat Bukit Berapit yang tertegun berdiri di kiri kanan jalan.
Hujan terus turun. Jalanraya sudah penuh dengan air melimpah-limpah, datuk melihat jam di tangan, sudah hampir pukul dua belas malam. Tidak ada sebuah kereta yang melintas di situ. 

Datuk tetap menggigil dalam perut kereta Ford Anglia, Tiba-tiba datuk melihat ada cahaya api dari sebelah kanan jalan. Ia mempastikan cahaya lampu itu datangnya dari sebuah rumah.
Datuk ambil golok, lalu diselitkan ke pinggang . Kemudian ia memutuskan untuk pergi ke rumah yang ada cahaya lampu itu. Datuk menguncikan semua pintu kereta. Datuk menyeberang jalan dalam hujan yang begitu lebat. Datuk masuk ke dalam satu lorong menuju ke rumah tersebut. 

Sampai sahaja di kawasan rumah itu, kilat pun memancar, datuk dapat melihat rumah itu, ialah sebuah rumah batu beringkat dua, di halamannya penuh dengan pokok-pokok bunga yang sudah basah dengan air hujan.
Datuk masuk ke bawah rumah lalu mengetuk pintu berulang-ulang kali. Tidak ada jawapan. Datuk ketuk lagi. Pintu pun terkuak, seorang perempuan muda berdiri sambil di tangannya tertatang sebuah pelita minyak tanah.
“Saya mahu tumpang berteduh,” kata datuk.
“Begitu, masuklah ke dalam.”
“Tak payah, biarlah di luar sahaja.”
“Jangan begitu masuklah.” Pelawa perempuan itu mendesak juga datuk supaya masuk ke dalam rumah. Akhirnya datuk masuk. Ia disuruh duduk di ruang tamu. 

Perempuan yang baik hati itu memberikan datuk kain pelikat dan baju Melayu. Datuk terus memakainya. Perempuan itu juga memberikan datuk secawan kopi panas habis dihirup, datuk terasa badannya cukup segar.
 

“Tinggal seorang saja,” tanya datuk. Perempuan muda yang berambut panjang itu tersenyum, lampu minyak tanah terlintuk liok ke kiri dan kanan ditiup angin malam.
“Emak dan ayah saya pergi ke Bagan Serai, tengok orang sakit.”
“Suami ?”
“Saya belum bersuami, dulu bertunang dengan askar, tapi tunang saya mati ditembak komunis di Sungai Siput.”
“Kalau begitu, tidak manis saya berada di rumah anak dara, malam begini,”
“Apa salahnya, kita tidak berbuat jahat, awak datang dengan kereta awak rosak, dan saya berkewajipan menolongnya, masa ini masa awak, nanti ada masanya saya memerlukan pertolongan dari awak.”
“Awak perempuan yang baik hati,”
“Usahlah terlalu memuji,” tingkah perempuan muda.
Di luar ruamh hujan terus menggila, petir dan kilat juga menunjukkan gagah. Angin yang bertiup kencang menghasilkan bunyi suara daun yang berlaga sama sendiri, sesekali terdengar bunyi dahan pokok yang sekah. 

Datuk terdengar bunyi lolongan anjing sayup-sayup di luar bersama bunyi suara kucing berkelahi. Dari arah dapur datuk terdengar bunyi pinggan dan piring berlaga, serentak dengan itu datuk terdengar bunyi suara perempuan mengilai. Datuk tidak menyoal apa yang didengarnya pada perempuan muda itu. Ia tetap tenang. 

Tentulah tidak wajar sekali bertemu di rumah orang yang baik budi bahasa mahu menyoal hal peribadi. Itu biadab namanya. Datuk tidak mahu, perempuan muda menuduh dia biadab.
Malam itu, perempuan muda yang cantik, berbibir nipis, berdahi luas memberitahu datuk, bahawa dia dan orang tuanya berasal dari Pulau Pinang dan berbangsa Cina. 

Masa zaman pemerintahan Jepun mereka tinggal di Batu Gajah dan mereka sekeluarga terus memeluk agama Islam. Bila Jepun kalah, mereka pindah ke Seputih dan membeli rumah dan tanah yang mereka duduki sekarang ini.
Dengan penjelasan itu, datuk senang hati. Kemudian perempuan muda itu memberikan datuk sebuah bilik yang lengkap dengan katil dan meja serta almari.
“Bilik untuk awak tidur di sini,” ujar perempuan muda itu, datuk melihat sebatang lilin yang dimamah api tersedia di atas meja.
“Usah bimbang, esok saya suruh orang baiki kereta awak,” tambah perempuan cantik itu, “kereta awak dan awak selamat di sini.”
“Terima kasih.” Perempuan muda itu merapatkan daun pintu bilik. Datuk terdengar perempuan muda itu mengunci bilik dari luar. Datuk tersenyum, dan terfikir bahawa perempuan muda itu berbuat begitu adalah untuk kebaikan dirinya, ia bimbang datuk akan keluar mencarinya di tengah malam lalu merogolnya. Datuk menggelengkan kepala.
“Aku tidak sejahat itu,” kata datuk dalam hati. Ia rebahkan badan atas katil. Bila datuk mahu merapatkan kedua belah kelopak matanya, ia terdengar bermacam-macam bunyi di luar, ada bunyi orang berjalan, ada suara orang menangis. 

Datuk tidak mengiraukannya barangkali itu cuma perasaannya sahaja. Akhirnya, datuk terlelap, ia bermimpi ada orang kepala anjing datang padanya lalu mahu membaham pangkal pehanya. Datuk melawan dengan sekuat hati. 

Dalam perlawanan itu , datuk tewas pada orang berkepala anjing itu terus mengoyak daging peha datuk. Darah bertaburan dalam bilik. Datuk menjerit dengan sekuat hati. Datuk pun terjaga.
Datuk terkejut, kerana hari sudah cerah, matahari mula bersinar dan masuk ke dalam ruang bilik. Datuk mengerutkan dahi, kerana ia mendapati dirinya cuma tidur di atas simen di sebuah bilik yang kotor dan buruk. Tidak ada katil. Tidak ada meja. 

Cuma yang ada hanya tunggul kayu dan batang pisang. Datuk keluar. Datuk menarik nafas panjang. Rumah yang malam tadi, indah ternyata sebuah rumah buruk yang hanya menanti masa untuk rebah ke bumi.
Di halaman rumah penuh dengan hutan keduduk, serunai laut, pemandangan kekitar rumah itu ama meyeramkan. Datuk mencari perempuan muda yang melayannya semala. Tidak napak batang hidung. 

Datuk pergi ke ruang tengah. Ia melihat satu cawan sumbing yang kotor. Di dalamnya ada air hitam yang busuk. Ada dua tiga ekor bangkai cicak yang kembung perutnya terdapat dalam cawan itu.
Datuk mengucapkan panjang. Ia ingat malam tadi ia minum di situ. Ia yakin air itu sudah masuk ke dalam perutnya.
“Syaitan, aku dipermainkan oleh syaitan,” bisik batin datuk. Ia pun meninggalkan kawasan rumah itu menuju ke jalanraya. 

Datuk cuba menghidupkan injin keretanya. Suara kereta mengaum. Datuk cuba memandu dua tiga rantai ke depan. Keretanya tidak mengalami sebarang kecelakaan. 

Datuk terus menuju Hospital Batu Gajah. Ia kecewa. Ramlah yang terlibat dalam kemalangan jalanraya sudah meninggal dunia. Jenazahnya telah dibawa ke kampung malam itu juga. Datuk menceritakan kisah yang dialaminya pada seorang pekerja di Hospital Batu Gajah.
“Begini pak cik, rumah tu rumah tinggal anak dara tuanpunya rumah itu menggantung diri di ruang tengah rumah tu,” beritahu pekerja itu pada datuk.
“Sebab ?”
“Dia kecewa, kerana tunangnya berkahwin dengan orang lain.”
“Begitu ?” suara datuk lembut.
Misteri Bersambung- Kereta Datuk Tersadai Ditepi Jalan

Mangsa Ilmu Hitam?

KUALA TERENGGANU: Alahan makanan atau mangsa ilmu hitam?

Itu persoalan yang bermain di fikiran peminat bola sepak Terengganu selepas penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee diserang penyakit gatal seluruh badan secara tiba-tiba ketika beraksi dalam perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu lalu.

Sharbinee yang terpaksa dikejarkan ke Hospital Selayang selepas pitam seketika di padang pada separuh masa kedua dikatakan mengalami alahan makanan atau ubat walaupun penjaga gol berusia 25 tahun terbabit mengaku yang dia tidak alah langsung kepada sebarang makanan termasuk udang yang dimakannya sebelum perlawanan.
Dia yang dihubungi semalam mengakui masih samar dengan apa yang berlaku tetapi tidak mahu berfikir terlalu jauh termasuk kemungkinan menjadi mangsa ilmu hitam.

“Saya juga tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya ketika diserang kegatalan amat sangat walaupun diberitahu oleh doktor yang merawat bahawa itu cuma reaksi alahan daripada makanan atau ubatan yang saya ambil.

“Saya tidak mahu memikirkan soal sama ada saya dikhianati dengan ilmu hitam kerana ketika ini saya sudah hampir pulih sepenuhnya dan bersedia untuk diturunkan pada perlawanan Piala Malaysia menentang Kedah esok (hari ini),” katanya.
Jurulatih Terengganu, Peter Butler berkata, dia belum membuat keputusan sama ada menurunkan Sharbinee dalam kesebelasan utama di Alor Setar, esok.

“Saya juga hairan dengan kejadian menimpa Sharbinee kerana sepanjang pembabitan saya sebagai pemain dan jurulatih di dalam dan luar negara, belum pernah saya melihat seorang pemain terpaksa dikeluarkan daripada permainan kerana mengalami masalah alahan makanan,” katanya.
Pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh pula berkata, apa yang penting Sharbinee dapat dirawat segera dan kini hampir pulih sepenuhnya.

“Tidak ada gunanya sekiranya kami menyangka ada perbuatan khianat dalam kejadian itu kerana segalanya sudah selesai dan kami hanya ingin menumpukan perhatian kepada perlawanan akan datang,” katanya.

Sementara itu, bekas pemain Terengganu dan Singapura pada 1950-an, Yaacob Salleh berkata, kejadian yang berlaku ke atas Sharbinee akan cepat dikaitkan dengan ilmu hitam jika berlaku di eranya.

“Penggunaan bomoh pada masa dulu memang sudah diketahui ramai namun sekarang di zaman serba moden ini, ramai yang sudah tidak percaya dengan bomoh lagi.

“Tetapi itu tidak bererti bahawa bomoh dan ilmu hitam sudah tidak digunakan lagi sekarang kerana selagi manusia bernama manusia dan rasa tidak puas hati tidak hilang di hati mereka, selagi itulah khidmat bomoh-membomoh ini tidak akan hilang,” katanya.

Seorang lagi bekas pemain negeri yang enggan dikenali berkata, sehingga kini masih ada pasukan bola sepak menggunakan khidmat bomoh untuk mendapatkan kelebihan buat mereka dalam perlawanan.

“Saya sendiri pernah melihat bomoh yang digunakan oleh satu pasukan bola sepak berjalan mengelilingi padang dan berada dalam pintu gol beberapa jam sebelum perlawanan bermula,” katanya.

-Sumber-
Misteri Bersambung- Mangsa Ilmu Hitam?

Monday, August 27, 2012

Tidur Dirumah Bunian

Bercakap Dengan Jin Siri 3 : Tidur Dirumah Bunian


Sebulan kemudian, datuk pergi ke tempat tersebut. Ia berhasrat untuk menemui perempuan cantik. Tepat, pukul tiga petang datuk pun masuk ke dalam hutan. 

Lebik kurang setengah jam berada di dalam hutan. Datuk diberkas oleh anggota tentera kerana masuk ke dalam kawasan hitam.
 

Datuk lalu dibawa ke balai polis. Seminggu datuk tidur dalam lokap sementara menanti hari perbicaraan. Bila dihadapkan ke mahkamah datuk didapati bersalah dan dihukum penjara selama seminggu, datuk bersyukur pada tuhan, kerana pihak mahkamah mengambil kira hukuman itu berjalan dari tarikh ia mula ditahan. Pada perbicaraan itu datuk pun dibebaskan.

Datuk mengambil keputusan yang tepat. Ia melupakan tentang perempuan cantik itu. Tapi, perangainya yang suka memburu itu tidak dapat dikikisnya dari hati. Kalau sehari ia tidak pergi memburu, ia terasa hidupnya terlalu sepi. 


Semua yang dilakukannya serba tidak kena. Akhirnya, datuk teringat tentang hutan kecil di pinggir bukit kota. Menurut orang-orang yang berladang di pinggir bukit itu, ayam hutan cukup banyak terdapat di situ. 

Pelanduk dan landak juga selalu ditemui oleh mereka. Kerana bukit kota tidak termasuk dalam kawasan hitam, datuk pun mengambil keputusan untuk berburu ke tempat tersebut.

Datuk berusaha mengumpulkan beberapa orang kawannya. Diajak berunding untuk berburu ayam hutan. Semua kawan-kawannya menolak dengan alasan takut tersua dengan komunis atau terjumpa dengan anggota tendera.

“Jangan bodoh, kawasan itu, kawasan putih,” kata datuk pada kawan-kawannya dengan nada suara yang keras sambil meraba-raba misai tebalnya.

“Kami tak mahu pergi,” jawab kawan-kawan datuk.

Kemudian mereka meninggalkan datuk sendirian di anjung rumah. Cerita orang-orang yang berladang di pinggir Bikit Kota terserempak dengan komunis, bukanlah perkara baru. Sudah jadi buah mulut orang ramai. 


Sudah sampai ke pengetahuan ketua Kampung Kota dan penghulu. Sudah pun dilaporkan kepada pihak polis. Orang-orang komunis itu memang suka melintas jalan ikut Bukit Kota dari Segari menuju ke Ulu Perak, akhirnya masuk ke dalam kawasan Thailand. 

Orang-orang yang berladang di kaki bukit merasa beruntung dan bertuah kerana orang-orang komunis itu tidak menggangu mereka.

Walaupun kawan-kawannya tidak mahu pergi, datuk tetap meneruskan rancangannya. Ia berazam mahu menembak ayam hutan sebanyak yang boleh disamping itu ia berharap juga akan dapat menembak seekor dua napuh atau landak. 


Tidak ada persiapan tertentu yang diatur oleh datuk untuk pergi memburu kecuali sehari sebelum masuk hutan, ia membakar kemenyan di hujung bendul sambil membasuh mukanya dengan air kelapa muda tiga kali.

Pagi itu, datuk bertolak dari rumah sesudah makan nasi dan minum kopi. Ia menaiki basikal sejauh dua batu untuk sampai ke ka Bukit Kota. 


Memang, sudah dirancangnya untuk memburu ayam hutan pada sebelah pagi. Ia berpendapat pergi memburu pada sebelah pagi banyak untungnya, boleh meredah hutan hingga matahari jatuh.

Waktu datuk sampai di kaki Bukit Kota matahari sudah pun meninggi. Air embun di hujung daun nampak bersinar-sinar di panah matahari.


Datuk tidak terus masuk ke dalam hutan. Ia singgah dulu di sebuah pondok kepunyaan kawannya. Ia bertanya pada kawannya, arah mana terdapat bunyi kokok ayam hutan.Kawannya itu pun menunjukkan arahnya.

“Batalkan saja rancangan kau tu,” ujar kawannya dengan tenang sambil merenung ke arah pokok-pokok hutan. Datuk tersenyum sambil melurut muncung senapangnya dua tiga kali dengan tapak tangan.

“Kenapa ?” Datuk menimang senapangnya. Kawannya terdiam tapi merenung pada tali pinggang datuk yang digayuti peluru.

“Merbahaya.”
”Kau takut aku ditangkap komunis,“Kalau tidak kenapa kau tahan aku.”

Datuk meletakkan buntut senapang ke bumi. Ia merenung pada puncak Bukit Kota. Datuk terdengar bunyi kokok ayam hutan atau ayam denak. Mata datuk bercahaya, kokok ayam itu bertalu-talu dan bersahutan -sahutan pula. 


Datuk sudah tidak boleh bersabar lagi. Ia segera meletakkan senapang atas bahu dan bersedia untuk melangkah masuk ke dalam hutan.
 

“Jangan terburu-buru nanti buruk padahnya,” kawan datuk yang bertahi lalat di pipi mengingatkan datuk.

“Kau usah banyak cakap, kalau mahu daging ayam hutan, cakap terang-terang, aku boleh beri. Berapa ekor kau mahu.” Balas datuk dan ia pun mengatur langkah menuju lorong ke dalam hutan. 


Kawannya segera mengejarnya. Tiba-tiba sahaja hati datuk jadi panas dengan perbuatan kawannya itu. “Usah pergi,” tahan kawannya. “Ini urusan aku, kau tunggu di pondok habuan kau ada.”

“Aku tak mahu apa yang kau dapat, tapi kau mesti ingat tempat ini bukan tempat sebarangan, banyak orang yang sesat di dalamnya.“Dia orang itu siapa, dan aku siapa, kalau tak cukup syarat di dada aku tak jadi pemburu tau.Datuk mula membangga diri. Dan datuk terus masuk ke dalam hutan. Kawannya geleng kepala.
 

Makin jauh datuk meredah hutan, makin kerap didengannya suara kokok ayam jantan. Datuk pun sampai ke satu kawasan agak lapang. 

Datuk berhenti di situ, tiba-tiba ia terpandang sekumpulan ayam hutan keluar dari celah-celah pokok menuju ke kawasan tanah lapang, mencakar-cakar tanah di situ, kemudian masuk ke dalam semak kembali. Memang tidak salah lagi inilah tempatnya kata datuk dalam hati.

Ia merangkak perlahan-lahan menuju ke balik batang besar. Ia duduk di situ, matahari beransur terik, tapi sinar matahari itu tidak dapat menjamah batang tubuh datuk kerana ia diteduhi oleh rimbunan pokok hutan. 


Datuk memasukkan peluru penabur ke dalam laras senapang. Datuk terdengar kokok ayam hutan di atas kepalanya. Datuk dongakkan kepala. Ia nampak seekor ayam jantan dengan bulu yang berkilat bertenggek atas dahan. 

Ayam itu mengepak-ngepakkan sayapnya. Ekornya yang panjang berkilat bergerak-gerak dimain angin. Datuk melompat, seekor lipan bara sepanjang satu jengkal keluar dari celah daun-daun kering merayap atas kasut. 

Kerana kuat sangat datuk melompat lipan itu terpelanting atas tanah. Datuk segera memijaknya hingga lipan itu mati. Ayam jantan atas kepala terbang dan hilang. Datuk kecewa. Datuk terus memaki lipan yang sudah hancur itu. 

Datuk membuat rancangan lain. Ia mahu berubah tempat kerana datuk yakin ayam-ayam itu tidak akan datang ke situ lagi.

Baru lima langkah datuk melangkah ia terdengar kokok ayam. Datuk berpatah balik ke tempat asal. Duduk di situ sambil menghisap rokok daun nipah. Sepuluh minit masa berlalu, ayam hutan tidak juga datang ke tanah lapang. 


Waktu datuk mencampakkan puntung rokoknya ke pangkal pohon meranti patah cabang, datuk terdengar kokok ayam lagi. Datuk tersenyum. Ia yakin ayam-ayam itu akan datang juga ke situ. Memang benar dugaan datuk. 

Ranting pokok sebelah kanannya bergerak-gerak. Seekor ayam hinggap di situ, kemudian turun ke tanah lapang. Ayam itu memanggil kawan-kawannya yang lain. Dua tiga ekor ayam betina keluar dari celah-celah pokok lalu menghampiri ayam jantan.

Satu peluang yang baik bagi datuk. Ia melepaskan tembakan. Ayam jantan menggelupur atas tanah. Datuk segera menerkam lalu menyembelihnya. 


Masa datuk mengikat kaki ayam untuk digantung ke pinggangnya, seekor ayam betina meluru padanya berpusing di depan datuk dua tiga kali. Datuk segera menangkapnya. Mata golok yang tajam pun memutuskan urat di tengkok ayam. Bila datuk memeriksa badan ayam itu ternyata pangkal paha ayam itu sudah ditembusi peluru.
 

Dua ekor ayam hutan tergantung di pinggang datuk. Cukup senang hatinya. Dan datuk bercadang salah seekor daripada ayam itu akan diberikan pada kawannya yang berladang di kaki bukit. 

Panas kian terik dan datuk mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Pada sebelah petangnya ia akan datang lagi berburu kesitu.

Datuk mendongak ke langit. Matahari sudah agak condong ke barat. Datuk senyum, ia dapat menduga pukul berapa sekarang. “Masih awal lagi, kalau tak silap baru pukul tiga,” kata datuk dalam hati. 


Dengan cara mendadak sahaja ia membatalkan rancangannya untuk pulang. Ia mahu memburu lagi, sebelum matahari jatuh di kaki langit, ia bercadang untuk menembak paling kurang lima ekor ayam lagi. 

Alang-alang berburu biar puas. Esok lusa belum tentu boleh datang lagi ke sini. Siapa tahu entah esok , entah tulat kawasan ini akan dijadikan ‘Black Area’. Sebelum semuanya berlaku biar aku gunakan peluang ini. Itulah yang difikirkan oleh datuk.
 

Ia menyumbatkan peluru ke dalam laras senapang. Pusing kiri pusing kanan, Akhirnya datuk berjalan ke arah utara mengikuti lorong ayam hutan dengan harapan di hujung lorong itu ia akan bertemu dengan barang yang dicarinya. Baru lima ela berjalan datuk sudah terdengar kokok ayam jantan.

“Kali ini kawan-kawan yang tidak mahu ikut aku memburu tentu rugi,” kata datuk dalam hati sambil mematah dahan pokok hutan. Datuk kian jauh masuk ke dalam hutan. Datuk terdengar bunyi suara orang bercakap. 


Ia segera menyembunyikan diri di celah rimbun pokok hutan. Suara orang bercakap itu makin lama makin dekat berselang seli dengan bunyi kokok ayam dan suar itik. Sesekali datuk terdengar bunyi orang mengukur kelapa. 

Puas datuk melihat kiri kanan, ia tidak nampak pun bayang manusia. Datuk mengira itu cuma perasaannya sahaja. Ia segera keluar dari tempat persembunyiaan dan meneruskan perjalanannya. 

Datuk terasa kepalanya pening dan ia tercium bau wangi di kelilingnya. Ia menduga penunggu Bukit Kota mahu menguji dirinya. Cepat-cepat datuk membaca sesuatu, tapi bau wangi itu makin kuat datangnya, kepalanya terasa berdenyut-denyut.

“Ganjil,” kata datuk sambil menggaru tanah. Dengan hujung goloknya datuk membuat garisan tiga segi di muka bumi. Tapi hujung garisan itu dipacaknya dengan ranting kayu. Mulut datuk terus membaca sesuatu dengan tenang. 


Kemudian ia menghembus pancang yang dicacaknya itu dengan mulut. Ketiga-tiga pancang itu rebah ke bumi. Tahulah datuk, bahawa ia tidak berhadapan dengan penunggu Bukit Kota, tapi ia berhadapan dengan makhluk lain yang serba aneh.
 

Datuk meneruskan perjalannya. Bau wangi tetap menyumbat lubang hidungnya. Daun-daun hutan yang tua berguguran ke bumi. Angin bukit yang bertiup menyegarkan badannya. Rasa pening di kepalanya hilang. 

Datuk berhadapan dengan pokok-pokok bunga yang beraneka rupa. Datuk tidak peduli pada semuanya itu. Ia menyimpang ke kiri, masuk ke arah hutan kelubi. Di situ juga datuk bersua dengan pokok-pokok bunga.

Di hujung pokok-pokok bunga itu terdapat jalan tanah merah. Datuk terus ikut jalan itu , kerana kokok ayam hutan datangnya dari situ. Datuk berhenti berjalan, bila ia terpandang seorang perempuan tua berdiri di hujung jalan. Bila melihat datuk berhenti, perempuan itu segera menghampirinya.

“Kau sesat,” kata perempuan itu.

“Tidak.”

“Habis macam mana kau ke mari.”

“Saya memburu ayam.”

“Patutlah ayam aku banyak yang hilang.”

“Saya….”

“Sudah mari singgah di rumah aku dulu.”

Datuk terus mengikuti perempuan tua itu ke rumahnya. Kerana perempuan itu mendakwa, bahawa ayam yang tergantung di pinggang datuk itu, adalah ayam kepunyaanya, tanpa soal jawab datuk terus menyerahkan padanya. 


Ayam itu dijadikan gulai yang kemudiannya dijadikan hidangan makan malam buat datuk. Selain dari perempuan tua itu datuk dapat berkenalan dengan seorang perempuan muda yang tinggal serumah dengan perempuan tersebut.

Datuk diberitahu oleh perempuan tua, bahawa perempuan muda itu adalah anaknya, datuk cuma angguk kepala sahaja, kemudian datuk minta perempuan itu menghantarkannya ke kaki Buki Kota. Permintaan datuk itu tidak dapat dipenuhi oleh perempuan tua tersebut. Ia minta datuk bermalam di rumahnya.

“Baiklah, tapi pagi esok saya mesti balik,” kata datuk.

“Boleh, kami tidak pernah mungkir janji.”

“Hantarkan saya sampai ke kaki bukit.”

“Tentulah boleh, tapi kau mesti berjanji kepada kami.”

“Janji apa ? “

“Jangan menembak binatang ternakan kami.”

Datuk terdiam. Apa haknya perempuan tua ini menahan kesukaannya. Datuk menatap wajah orang tua itu lama-lama. Orang tua itu tersenyum.

“Kau susah dengan syarat itu ?”

“Tak susah, tapi….”

“Memburulah di tempat lain tapi jangan di sini.”

“Baiklah.”

“Kalau kau mungkir janji buruk padahnya.” Orang tua itu mengingatkan datuk dengan nada yang keras. Bulu tengkuk datuk meremang.

Malam itu datuk tidak tidur. Orang tua itu mengajak datuk berborak hingga menjelang subuh. Secara diam-diam datuk jatuh hati pada perempuan muda yang nampak bersopan santun. Cantik orangnya dengan sepasang mata yang besinar. 


Berkulit putih dan rambut terurai di atas bahu. Subuh itu datuk terpaksa sembahyang subuh di surau bersama dengan penduduk di kampung tersebut. Orang di situ menerima datuk dengan mesra.

Seperti yang dijanjikan. Orang tua itu bersama anaknya menghantar datuk sehingga ke kaki bukit Kota. Sebagai tanda kenangan anak orang tua itu menghadiahkan kepada datuk sebilah keris pendek.

“Ingat, jadilah manusia yang teguh pada janji, tidak menipu dan menyeksa sesama mahkluk, ” kata orang tua, bila bertemu dengan jalan ia mula masuk ke hutan dulu.

“Kalau mahu ayam minta pada kami, jangan menembaknya atau mencurinya,” sambung perempuan tua itu. Datuk mengangguk kepala sambil menoleh ke kanan. Bila datuk menoleh ke kiri semula, perempuan dan anaknya hilang. 


Datuk pulang tanpa ayam hutan tapi membawa keris pendek yang terpaksa di usap dengan kemeyan setiap malam Jumaat. Itu pesan perempuan tua yang mesti dipatuhinya, tapi setiap kali keris itu diusap, anak pada perempuan tua itu akan menjelma. Satu perkara yang tidak disenangi oleh datuk.

Lantas datuk mengambil keputusan untuk memulangkan keris itu. Ia pun pergi ke bukit Kota, satu hari satu malam dia berada di situ. Dia tidak juga bertemu rumah perempuan tua itu. Tempat yang ditandanya dulu, ternyata hutan besar yang menakutkan dan penuh dengan pokok-pokok besar dan akar kayu berjuntaian. 


Dari kawan datuk yang membuat pondok di kaki bukit Kota, datuk mendapat tahu, bahawa kampung yang dimasukinya dulu ialah kampung orang bunian. Dan datuk terjumlah pada orang yang beruntung, kerana orang bunian itu berkenan padanya kerana itu dia dilayan, kalau orang bunian tidak berkenan, sudah pasti datuk sesat di dalam hutan berbulan-bulan.

Walaupun begitu, datuk masih dapat menjalinkan silaturahimnya dengan orang bunian dengan baik. Malah ia telah dikira sebagai salah seorang anggota orang bunian. 


Datuk mendapat tahu semuanya ini menerusi anak perempuan orang tua melalui keris pendek yang di usapnya pada tiap-tiap malam Jumaat.

“Ingat, buat baik sesama manusia, jangan tamak dalam hidup, bersihkan diri dari perasaan hasad dan dengki,” kata perempuan tua itu pada datuk pada suatu malam.

“Saya tahu,” jawab datuk. Kemudian perempuan itu menghilangkan diri di tengah-tengah bau kemenyan yang semerbak. Dua minggu kemudian, datuk menghilangkan diri selama seminggu. Seluruh anak buahnya jadi gempar. 


Masuk minggu yang kedua, datuk pulang dan memberitahu nenek, bahawa dia telah berkahwin dengan orang bunian. Nenek terdiam. Tidak memberikan sebarang komen.

Misteri Bersambung...
Misteri Bersambung- Tidur Dirumah Bunian