Apa nak jadi dengan orang kita zaman la ni...
KUANTAN:
Dengan mengenakan bayaran serendah RM150 setiap seorang, dua juruhebah
(DJ) bebas dikesan menubuhkan satu laman web sosial bagi menarik
perhatian peminat muzik tekno sebelum menganjurkan parti ‘Tekno
Underground’ sempena sambutan malam kemerdekaan di Teluk Juara, Pulau
Tioman, Rompin, pagi kelmarin.
Bagi peminat
muzik itu yang mahu menyertai parti liar terbabit, mereka perlu
mematuhi syarat wajib penganjur iaitu pertama, berpakaian ala Hawaii,
kedua, menghisap syabu dan ketiga, pil Ecstasy yang dibekalkan
penganjur.
Difahamkan,
dua penganjur terbabit sudah menutup akaun laman web sosial berkenaan
pada 25 Ogos lalu selepas menarik 24 individu termasuk beberapa gadis
yang meminati muzik berkenaan.
Pada masa sama, dua penganjur terbabit dikatakan memperuntukkan lebih RM1,000 bagi menyediakan kemudahan penginapan, makan serta minum kepada semua peserta.
Pada masa sama, dua penganjur terbabit dikatakan memperuntukkan lebih RM1,000 bagi menyediakan kemudahan penginapan, makan serta minum kepada semua peserta.
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!