SUKAR membayangkan bagaimana seorang kanak-kanak yang baru berusia
enam tahun menghadapi saat getir dirogol kemudian dilemaskan sehingga
mati di sebuah terusan berdekatan Salt Lake City, Utah, Amerika
Syarikat.
Sierra Newbold diculik ketika tidur di rumahnya, kemudian dilarikan dan dirogol berulang kali sebelum dibunuh. Kes ini disedari apabila ibu mangsa mendapati Sierra tiada di bilik tidurnya dengan tingkap terbuka pada keesokan harinya.
Panik dengan kehilangan Sierra, ibu mangsa membuat laporan polis, malangnya tidak sampai 30 minit selepas itu mayat mangsa ditemui terapung di sebuah terusan berdekatan rumah keluarga mangsa.
Awalnya, polis buntu mengenal pasti suspek kes ini sekalipun banyak bukti forensik ditemui di lokasi kejadian sehingga memaksa campur tangan Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Namun, tiga hari selepas pembunuhan, polis secara kebetulan menangkap penyangak, Terry Lee Black, 41 ketika merompak sebuah bank, dan siasatan lanjut mendapati Black bertanggungjawab membunuh Sierra berdasarkan bukti forensik.
Berdasarkan siasatan, polis mendapati kesan kotoran pada baju suspek sama seperti ditemui pada pakaian mangsa. Suspek juga didapati tinggal berjiran dengan keluarga mangsa, malah mereka berkunjung ke gereja sama.
Ketua Polis West Jordan, Douglas Diamond berkata, pihaknya mendapati ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan ke atas mangsa turut mengaitkannya pada suspek.
“Jenayah dilakukan suspek memberi petunjuk yang bertentangan dengan kesalahan asalnya (merompak) sehingga pegawai penyiasat tidak dapat melihatnya dengan jelas.
“Kami menahannya di penjara tanpa menyedari dia sebenarnya suspek pembunuhan (sehingga bukti forensik ditemui),” katanya.
Suspek masih dalam tahanan dan hanya dibebaskan dengan jaminan RM6.2 juta. Pada 31 Julai lalu, suspek dihadapkan ke Mahkamah Daerah West Jordan dengan dua tuduhan iaitu merogol, menculik dan membunuh Sierra; serta merompak bank dan mencuri kereta.
Tiada kenyataan daripada ibu bapa mangsa yang masih trauma dengan pembunuhan kejam ini, kecuali datuknya, Reed Newbold yang menyifatkan kes ini membuatkan seluruh keluarga mereka ‘patah hati’ dan terkilan.
Bekas pengurus apartmen yang disewa Black, Eldon Thomas menjelaskan, suspek tidak bergaul dengan komuniti di kejiranannya selain pemabuk.
“Dia bukan jenis bersosial, yang keluar dan bergaul dengan orang lain. Dia juga kaki botol dan kadangkala tidak kelihatan dalam lima hingga enam minggu,” katanya.
Mengikut rekod polis, suspek juga pernah melakukan jenayah lain sebelum kes ini. Dia pernah ditangkap kerana mencuri kereta, pecah rumah dan mencabul.
INFO
SUSPEK: Terry Lee Black.
UMUR: 41 tahun.
TUDUHAN: Merogol, menculik, membunuh dan merompak.
LOKASI KEJADIAN: Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat.
TARIKH KEJADIAN: 26 Jun 2012.
MANGSA: Sierra Newbold, 6.
FAKTA JENAYAH: Sierra yang diculik ketika tidur di rumahnya, dirogol berulang kali sebelum dibunuh. Kejadian disedari keesokan harinya apabila ibu mangsa mendapati Sierra tiada di bilik tidurnya dengan tingkap terbuka. Secara kebetulan tiga hari kemudian, polis menangkap Black ketika dia merompak sebuah bank, dan siasatan lanjut mendapati dia membunuh Sierra berdasarkan bukti forensik.
FAKTA KES: Suspek dihadapkan ke Mahkamah Daerah West Jordan dengan dua tuduhan iaitu merogol, menculik dan membunuh Sierra; serta merompak bank dan mencuri kereta.
SHAMRAN SARAHAN
psssttt : masalah global yang mesti dihapuskan dengan segera...kesian kanak-kanak yang tak berdosa...

No comments:
Post a Comment
Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!