Mahsuri binti Pandak Maya |
Mahsuri binti Pandak Mayah merupakan
seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan
Pandak Mayah dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung
Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan
dengan jolokan Puteri Langkawi.
Kehidupan dan sejarah Mahsuri
telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan
lagenda dan kisah rakyatnya.
Kisah yang paling popular tentang kehidupan
beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini
dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah
kepada cerita kanak-kanak.
Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri
adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram
Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni
al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803)
iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.
Wan Aishah Wan Nawawi |
Dikhabarkan bahawa pasangan
Pandak Mayah dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah
Alang) datang dari Siam. Pandak Mayah boleh dikatakan sebagai orang yang
berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat
dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.
Kelahiran Mahsuri turut
dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas
ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang
dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak
perempuan bernama Mahsuri.
Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti
anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan
masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri
membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat
terutamanya di kalangan kaum wanita.
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang
pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada
wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma
Jaya) dan Wan Mahura.
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad
Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah
(1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan
Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber
menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah).
Makam Mahsuri |
Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya.
Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah
sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi.
Kebolehannya
menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri,
Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam
bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan
kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau
Langkawi.
Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila
Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan
Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan
Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya
sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus
pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi
ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman.
Telaga Mahsuri |
Mahsuri diikat di sebuah batang
pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan
tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan
bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang
menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang
rumahnya.
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah
masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan.
Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak
menghalalkan darahnyajatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan
mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang
jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu
bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa
yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih
hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke
bumi.
Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas.
Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan
yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada
tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.
Seminggu selepas Mahsuri
dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas
mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa
anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam
menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.
Rumah Mahsuri |
Datuk Pekerma Jaya melarikan
diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk
Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa
serta dibunuh dengan kejam.
Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol
dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang
dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan
melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau
Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang
teruk.
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak
makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding
manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah,
Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana
tempat pengkebumian Mahsuri.
Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah
kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali
sebagai Makam Mahsuri.
Menjelang 1980-an, Langkawi
menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja
untuk membina makam Mahsuri).
Ada yang menyatakan kemakmuran itu
disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan
kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi.
Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama
Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand
ketika pertama kali dijejaki.
Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan
bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana
Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu
mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan
menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!