CARA PENJAGAAN DAN PENG-AKTIFAN GELIGA
LIPAN
Assalamualaikum wbt
Di sini tok akan dedahkan cara cara penjagaan dan pengaktifan
Geliga lipan yang dimaharkan di blog ini. Tok menghalalkan bagi sesiapa yang
ingin copy paste bagi tujuan masing masing kecuali sebagai perdebatan, sebelum
tok mendedahkannya ingin tok sampaikan beberapa dialog perbualan antara tok dan
guru Khusus geliga lipan di alam sana.
1 Ketika di Sebuah Kampung Yang berhampiran air terjun dan dingin
suasananya. Di dalam sebuah Rumah:
Tok : Adakah penjagaan geliga lipan perlu kita
hadiahkan wirid, fatehah kepada khadamnya tuan guru?
Guru : TIDAK
!!!!.... Apa sudah cukup amal kamu
sendiri sehingga mampu menyedekahkannya kepada orang lain?..... Geliga
Lipan
ialah barang alami ( semulajadi ) yang terjadi dari Bisa Lipan itu
sendiri,
ianya mempunyai pelbagai bentuk mengikut corak semasa lipan itu berjalan
sendiri, ada tika ia lonjong, ada tika ia tak senonoh dan ada tika ia
bulat
cantik, Jika ia berjalan melalui rumput rumput halus, maka geliganya
akan
terbentuk lonjong kerana dalam berjalan ia terheret di atas rumput, jika
ia
berjalan di celah batuan kecil, maka bentuknya tidak senonoh, jika ia
berjalan
di atas batuan besar atau di dalam sarangnya ( dalam tanah ) maka
bentuknya bulat,
Proses pembentukan ini bukanlah satu masa yang panjang bagi seekor lipan
( RAJA
), Namun bagi manusia ia adalah proses yang pendek sekitar 1 malam
sahaja,
malah ada yang cuma kurang 3 jam.
Tok : Jadi, jika ingin mendapatkan geliganya,
bagaimana?
Guru : Caranya sujek ( mudah ), jika ada
kelihatan lipan besar di atas syiling, hendaklah kamu meletakkan dulang berisi
air di bawahnya, sementara lipan ini berada di atas syiling atau celah syiling,
ia akan silau dan akan melepaskan geliga ini, jika ia tidak lepas, ia akan
jatuh bersama geliga ke dalam dulang ini, setelah jatuh ke dalam dulang berisi
air ini ia akan berenang ke tepi dulang sementara geliga ini akan jatuh ke
dalam dulang, biarkan ia ( lipan ) pergi, ambil geliga yang jatuh di dalam
dulang ini, dan ia adalah hak kamu. Jika inginkan di masjid, berpuasa sunat
selama 21 hari dan setiap harinya mesti solah dhuhaa di masjid bertentangan MIMBAR masjid, dan bacalah Yassin 1x serta
diniatkan, insyallah di hari terakhir akan terjumpa G.L di kawasan kita bersolat
dan mengaji tadi...
Tok : Jadi, bagaimana khasiatnya yakni tembus
pandang boleh berlaku, adakah ianya berkhadam atau ianya mempunyai faktor lain.
Guru : ( sambil tersenyum )...... Jika khadam (
jin ) itu hebat di alam kamu, nescaya dunia kamu tidak akan aman, semuanya
supernatural, wujudnya badang, wujudnya jenayah melampau di sana sini, bangunan
tinggi tinggi sekejap di sana dan sekejap di sini angkara Khadam Jin ini tadi,
di zaman Nabi sulaiman a.s Jin diiktiraf sebagai Pembina bangunan hebat hebat
dan mampu membina bangunan dalam kurang 1 malam, nah...adakah di dunia kamu ada
bangunan seperti ini kerap terbina ?..... jika ada, maka sohih jin juga diberi
kekuatan di alam kamu, Jin hanya kuat di alamnya, jika ia masuk ke alam kamu
dan masih kuat..maka dunia kamu sudah lama terhapus, kerana bangsa jin ini
sudah diketahui sejak dahulu kala suka kepada kerusakan dan membinasakan.
Tok : ( terkebil kebil )..... betul juga ( dalam
hati ).......
Dipendekkan Cerita :
Tok : Bagaimana cara penjagaan geliga lipan ?
Guru : Cara penjagaan geliga lipan adalah seperti
ini :
Minggu pertama :
1. Basuh G.L Dengan air basuhan beras selama 7 Hari berturut turut
( seminggu ) dan di simpan di dalam sarang tempua hutan Alaskan dengan kain
kuning agar ia bersih
Minggu Kedua :
1. Ambil G.L dan diletakkan madu di atasnya ( setitik ), jika
kering ia mesti digantikan segera dan biarkan selama seminggu , semasa proses
ini perlu menjagainya bagaikan menjaga seorang anak kecil. Kerana dikhuatiri
hilang , samada di bawa lari semut atau makhluk halus lainnya ( Bunian Ada juga Yang Meminati benda Mistik Seperti ini )
Minggu Ketiga :
1. Ambil G.L ini Bersama kain kuningnya pada selepas subuh dan
bawakan ke padang rumput, carikan sarang labah labah embun yang banyak ada di
atas rumput itu ( warna puteh , banyak kat padang bola atau kat rumput rumah
perumahan ), Letakkan kain kuning ini di atas sarang labah labah ini (tekapkan
air embun dan sarang labah labah agar melekat ), kemudian letakkan semula G.L
ini di dalam kain yang ada sarang labah labah dan embun, ikatkan macam kantung
dan digantung di atas siling rumah sebelah kanan , atau sebelah matahari terbit
atau di hadapan rumah ( boleh juga digantung di atas pokok depan rumah di dalam
kawasan lapang ), ulangi proses ini selama 7 hari ( seminggu )
Minggu Ke-empat :
1. Setiap solat maghrib atau subuh atau asar, apabila bersolat
dan berzikir , sediakan 1 sejadah lain di belakang sebelah kiri ( bhgn lelaki
kanan jika hitam, bhgn perempuan kiri bagi kuning, puteh coklat dan merah )
2. Setiap malam Simpan macam biasa ke dalam sarang tempua hutan
namun di tutupkan geliga itu dengan gelas Lutsinar kaca , semasa ingin tidur
bacalah Al-Fatehah 7x disedekahkan kepada diri sendiri dan memohon begini
" Ya Allah yang maha mengetahui antara langit dan bumi dan sekalian alam
semesta " cukup !!!!! usah berniat macam macam kerana Allah itu maha
mengetahui niat kita dan untuk apa kita kerjakan semua ini dengan G.L... Jika
ia sudah cukup BERKAROMAH...insyallah
di tengah malamnya akan naik cahaya ( cahaya kaler apa x diberitahu pulok kat
tok ), dan di dalam cahaya itu jika ia lebih kuat lagi akan ternampak bayangan
lipan atau bayangan lipan besar bergerak, dan bayangan ini tampak jelas di tepi
dinding kamar kerana cahaya ini tadi.... pada tika itu, insyallah ia bisa
diperlakukan apa sahaja yang berkaitan perubatan, khasiat untuk kegunaan
manusia
3. Proses ini bukan sekadar memakan 1 bulan, ianya perlu DIULANGI sehingga 3 bulan, insyallah Allah itu
maha mengabolkan.....
Ok Tuan Tuan dan puan puan ....sudah
jelas?.... sudah faham?... kalau x paham jugak tok tak tau lah kan
haha...insyallah..moga bermanfaat buat semua....
Sumber : Tokmat aka My Sifu...
Assalammualikum...!!!
ReplyDeleteBagaimana cara merawat dan mengaktifkan "Kepompong Besi kuning"...?
Waalaikumsalam...sorry bro,'Kepompong Besi Kuning' takda lagi dalam koleksi aku...Jadi aku xtau nak cakap mcamna...cuma apa yg aku tau semasa blogwalking ada yg letak beras,asap dgn kemenyan...
DeleteSalam tok say Ada dpt geliga tp x tau geliga apa yg prtama dpt nmpk byangan lipan yg kedua tapak kaki myucuk2 mcam Karen geliga apa tok
ReplyDeleteSalam tok,saya dah 3tahun simpan geliga lipan merah,sahabat saya bg pada saya ,saya pernah bermimpi jumpa lipan bara 2ekor satu yg kecil dan satu besar saiz manusia tapi tak buat apa2,sekarang tak ada mimpi atau tanda apa2...cuma simpan je
ReplyDeleteAyah saya ada simpan geliga lipan..tapi sekarang ayah saya dah meninggal dunia.dan ibu saya buat ikat cincin
ReplyDelete