PATTANI, Thailand - Kumpulan pemberontak disyaki membakar
beberapa helai bendera Thailand dan menaikkan bendera Malaysia di sini
dalam satu operasi pengeboman terancang yang amat jarang berlaku di
kawasan selatan negara ini semalam.
Menurut polis, alat seperti bom ditemui di sekurang-kurangnya 60 lokasi di Narathiwat dan Pattani, wilayah yang majoritinya terdiri daripada penganut Islam.
Kebanyakan alat itu adalah palsu, tetapi hampir 12 unit daripadanya meletup dan mencederakan enam orang tentera.Pegawai Operasi Keselamatan Dalaman Selatan, Pramote Prom-in memberitahu tindakan memasang bendera Malaysia dengan bahan letupan itu bertujuan menunjukkan penentangan terhadap kerajaan Thailand dan mencipta ketegangan dengan Malaysia.
Penyelidik kanan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New York, Sunai Phasuk mengakui bahawa motif pemberontak menaikkan bendera Malaysia masih misteri.
Kumpulan pemisah dikatakan mula muncul sejak Januari 2004. Sejak itu,
seramai 5,206 terbunuh dan 9,137 lagi cedera dalam banyak siri
serangan. - Agensi
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!