Ok ni adalah salah satu item dari sifu@Tokmat yang dinamakan Geliga Buaya.Sifu@Tokmat mendapatnya dengan sekali dulang dan kain kuning seperti yang hangpa nampak dalam gambar tersebut.Ianya berbentuk bulat.
Geliga Buaya RM21 sebiji
Geliga Buaya RM21 sebiji
Kegunaannya : Menjauhkan binatang buas yang berada didalam sungai,kolam semasa berenang atau menaiki sampan.Sebagai penawar sengatan binatang berbisa dan buas.
Cara Penggunaannya :
1-Dicampakkan sebiji kedalam sungai/kolam yang ingin kita lalui dan diketahui dihuni binatang buas.Sesuai untuk kaki pancing atau pemancing udang galah.
2-Disertakan dengan doa yang akan diberikan melalui email.
Maka Seberangilah, insyallah...
psssttt : tapi kalau dah ajal takleh nak buat apa la...ni cuma ikhtiar sahaja...
Siri Bercakap Dengan Jin Siri 12 : Toyol Jadi-jadian
Kalaulah bukan datuk yang mengejutkan
saya di tengah malam buta itu sudah pasti kena penendang sulung saya.
Kerana datuk, saya tidak dapat berbuat apa-apa. Terpaksa saya terima
dengan manis muka, meskipun hati meradang dengan perbuatannya.
“Kenapa
tok?” tanya saya sambil menggesel-gesel kelopak mata. Datuk tersenyum
sambil meraba-raba misai bengkoknya yang macam tanduk seladang jantan.
Sekali-kali misainya turut bergerak.
“Kita sudah hampir pada matlamatnya.” “Matlamat apa tuk?” “Mencari orang yang jadi tuan toyol.” “Kalau kau faham baguslah.”
Datuk
merebahkan badannya di sisi saya. Memang saya tidak sedar waktu mana
datuk bangun. Bila saya buka kelopak mata, datuk sudah sudahpun selesai
sembahyang subuh.
Dia memaksa saya pergi ke perigi sendirian untuk
mengambil air sembahyang. Saya patuh dengan cakapnya itu.
Datuk tidak
dapat dapat melupakan kebiasaannya berjalan berbatu-batu sambil
membasuh muka dan badannya dengan air embun waktu pagi.
Datuk pula tidak
mengambil semua air embun di daun kayu untuk membasuh muka dan
badannya. Dia memilih jenis daun yang tidak miang atau gatal. Cara dia
menyapu air ke muka juga agak ganjil.
Dia memulakan dari pangkal dagu
membawa ke atas hingga sampai ke gigi rambut. Kemudian baru dia membasuh
kedua belah keningnya. Paling akhir sekali dilakukannya ialah
memasukkan air ke dalam lubang hidung hingga bersin. Kemudian
datuk akan memijak rumput hijau tujuh kali ke arah matahari naik dan
enam langkah ke arah matahari jatuh.
Kebiasaannya itu, dibuatnya juga
semasa dia berada di Ulu Kuang dekat Chemor, apa yang datuk lakukan saya
terpaksa membuatnya dan datuk berjanji, pada suatu hari kelak, bila
umur saya genap dua puluh satu tahun dia akan memberi beberapa mentera
yang perlu dibaca bila mandi air embun. Pagi
itu, berjalanlah saya bersama datuk di pinggir Kampung Ulu Kuang sambil
mandi air embun. Saya terasa seronok melihat matahari pagi dengan sinar
yang kilau-kilauan di celah-celah pokok besar.
Bila sinar matahari itu
menikam air embun di hujung daun, kelihatan bermanik-manik dan sungguh
menarik sekali.
Damai dan
terhibur hati saya mendengan bunyi kicau beburung hutan yang bermacam
ragam dan bermacam rupa yang terbang dan melompat dari dahan ke dahan.
Sambil berjalan datuk memberitahu nama-nama burung yang saya nampak.
Bila matahari mula meninggi satu galah, saya dan datuk sudah jauh
meninggalkan pinggir Kampung Ulu Kuang. Kami memasuki satu lorong kecil
menuju ke arah sebuah anak bukit.
Di kaki bukit itu ternampak sebuah
pokok berdinding tepas dan beratapkan daun rumbia. Tiangnya dari kayu
hutan jenis bulat. Dalam jarak lima puluh langkah mahu sampai ke halaman
pondok itu datuk berhenti berjalan.
“Kenapa
datuk?” tanya saya ragu-ragu. Datuk diam, kedua belah tangannya
dilekapkan atas dada. Kedua belah kelopak matanya dirapatkan. Datuk
melangkah tujuh tapak ke depandan berdiri atas kedua belah tumit kakinya
beberapa detik.
Bila mata dibuka dan kedua belah tangan diluruskan
serta tapak kaki memijak bumi, datuk kelihatan tersenyum.
“Memang
tidak salah penglihatan aku malam tadi, cahaya dari tanah kubur itu
menuju ke sini, “dengan tenang datuk bersuara. Saya jadi
termanggu-manggu.
“Kita balik, kalu kita maju, kita bahaya,” datuk pun menarik tangan saya. Kami berpatah balik menuju ke rumah adik datuk.
Sepanjang
jalan pulang itu datuk tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak
memerhatikan gerak geri rumput dan dedaun.
Saya faham benar, bila datuk
berbuat demikian ertinya dia menumpukan seluruh perhatinnya pada sesuatu
benda yang tidak dapat dijangka oleh akal fikiran manusia biasa. Saya
kira, fikiran dan perasaannya tertumpu ke satu alam yang lain.
Saya
tidak berani bertanya padanya tentang hal itu. Saya takut dia naik
angin. Kalau datuk naik angin, saya kena maki dengan percuma. Kalau
datuk tidak maki, dia akan menjegilkan biji matanya sebesar telur ayam
hutan.
“Jauh berjalan
pagi ni,” soal adik datuk sebaik saja kami tiba di kaki tangga. Dia baru
saja melepaskan ayam di reban. Saya tidak menjawab kecuali tersenyum
panjang.
“Macam biasa,” balas datuk. Kami terus membasuh kaki dan memijak tangga naik ke rumah.
Di rumah tengah rumah sudah tersedia sarapan. Air kopi pekat dan rebus ubi kayu serta kelapa parut.
“Rumah siapa dekat belukar tu,” datuk mengkemukakan soalan. Adik datuk terdiam mengingati sesuatu. “Rumah Kidon.” “Orang sini jati?” “Tidak, macam kita juga berasal tanah seberang.” “Orang Padang ke orang Jambi.”
Pertanyaan
datuk itu segera dijawab oleh adiknya. Saya sudahpun berhenti makan ubi
rebus, Isteri adik datuk sudah turun ke tanah pergi ke ladang.
Bila
pertanyaan itu tidak mendapat jawapan, datuk tidak lagi mahu
mengemukakan pertanyaan. Dia terus menghirup air kopi dengan tenang.
“Dari Sumatera katanya dari keturunan Batak,” tiba-tiba saja adik datuk bersuara. “Ada bini tak?” cara tidak sengaja saya bertanya. Datuk menjeling tajam pada saya. “Dah mati, bininya orang Kedah, emak bapanya bininya menetap di Kuala Kangsar” terang adik datuk dengan jujur.
“Ada anak?’ cepat-cepat datuk meningkah. “Tak ada, bininya tu mati bersalin anak sulung,” “Hummmm…,”
suara datuk perlahan. Dia menekan pipi kirinya dengan tangan kanan.
Terus-terang datuk menyatakan pada adiknya, bahawa dia perlu duduk di
Ulu Kuang paling kurang enam bulan.
Datuk juga meminta adiknya membuat
sebuah pondok untuk diri dengan alasan senang untuk beramal ibadat serta
berusaha menghancurkan tuanpunya toyol jadi-jadian. Permintaan datuk
itu tidak keberatan untuk dipenuhi oleh adiknya.
Seminggu
kemudian, terpacaklah sebuah pondok baru di Ulu Kuang Chemor yang
didirikan secara gotong-royong oleh penduduk-penduduk di situ. Saya dan
datuk pun pindahlah ke pondok baru.
Perkara
yang tidak menyenangkan hati saya, bila duduk di pondok baru, ialah
bila bulan mengambang penuh. Ketika itu kelihatanlah beberapa ekor
harimau besar di depan pondok.
Dari atas pondok datuk melompat ke tanah
lalu bersilat dengan harimau-harimau itu. Sekiranya,
datuk malas ke tanah kerana badannya terlalu letih. Harimau-harimau itu
akan menjulurkan ekornya dari celah lantai buluh.
Datuk akan mencium
atau mengurut-urut ekor harimau itu sambil membelitkan ke batang
lehernya. Bila terdengar bunyi suara burung jampok atau burung hantu,
barulah datuk memerintahkan harimau-harimau peliharaannya pulang.
“Ambilkan
aku kain putih, mangkok putih, taruh air dalam mangkok putih separuh,
kain putih letakkan ke dinding,” datuk mengeluarkan perintah pada saya
malam itu.
Kalau tidak silap, malam itu malam Rabu kira-kira pukul
sepuluh. Apa yang diperintahkan datuk saya lakukan dengan senang hati.
Datuk
duduk bersila di tengan pondok, Asap kemenyan dari dupa melintuk-liuk
memenuhi ruang pondok. Baunya semerbak. Datuk mengatur tujuh piring di
depan.
Piring tepi sebelah kanan ditaruh batang lengkuas, sementara di
sebelah kiri ditaruh sebatang serai. Piring tengah ditaruh darah ayam
yang disembelihnya petang tadi.
Tiba-tiba
seekor kucing hitam melompat masuk ke tengah pondok melalui pintu yang
terdedah. Kucing itu merenung muka datuk dengan tajam.
Datuk
menghalaunya, kucing itu tidak mahu bergerak. Saya lihat datuk
mengeluarkan secekak tualng-tulang ikan dari karung yang terletak
sebelah kanannya. Datuk melemparkan tulang-tulang ikan kering itu pada
kucing hitam.
Dengan tiba-tiba batang lilin yang menyala padam. Saya
menyalakan lilin tersebut. Saya lihat kucing hitam sudah hilang dan
tempatnya diganti oleh sebungkus kain hitam. Saya kenal, kain hitam itu
kepunyaan datuk.
Datuk
menyuruh saya memadamkan lampu minyak tanah. Sebatang lilin yang
bercahaya dipadamkannya. Keadaan dalam rumah jadi agak samar-samar dan
sepi sekali.
Bunyi katak dan cengkerik jelas kedengaran. Sayup-sayup
terdengar suara burung hantu ganas di ranting. Atap pondok bagaikan
bergerak-gerak disentuh angin.
Serentak dengan itu terdengar bunyi air
menimpa atap pondok. Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar bunyi
suara orang perempuan ketawa dan menangis tersedu-sedu, dekat pokok
tembusu di belakang pondok.
“Suara langsuir, bertenang cucuku, bertenang kitan mencari jalan kebaikan dan bukan jalan jahat,” bidik datuk ke telinga saya.
Datuk
tidak bergerak bila seketul batu besar meluru masuk ke dalam pondok.
Batu itu tepat mengenai pangkal bahu kiri datuk.
Bila batu jatuh atas
lantai, pondok kecil bergegar datuk tidak peduli. Dengan pertolongan
cahaya lilin saya merenung ke muka pintu. Satu lembaga besar tanpa
tangan, tanpa kaki dan kepala berdiri di situ.
Datuk
menarik muka saya. Dia suruh saya melihat air dalam mangkok putih. Di
luar guruh bersahut-sahutan sedangkan cuaca malam itu cukup baik.
“Pedulikan
semuanya itu, sekarang kau tengok kain putih tu, apa yang kau lihat,
jangan kau ceritakan pada sesiapa, kalau kau buat juga padahnya kau
tanggung sendiri,” kata datuk, dia terus menabur kemenyan atas bara
dalam dupa.
Saya terpaku,
saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat pada kain putih.
Saya raba ibu jari kaki saya, saya raba telinga kanan saya, semuanya ada
dan saya tahu, bahawa apa yang saya lihat itu bukan mimpi. Saya
melihatnya dalam keadaan sedar dan siuman.
Saya
melihat pada kain putih itu, batang tubuh seorang lelaki sedang
menggali kubur. Lelaki itu melakukannya waktu malam, Badannya kelihatan
berpeluh. “Itulah Kidon mengorek kubur anaknya,” datuk memberi tahu saya.
Saya lihat mata cangkul Kidon menyentuh papan keranda. Kidon meletakkan cangkul ke tepi lalu menyapu peluh di dahi sebentar.
Kidon
mengambil sebatang besi lalu mencungkil papan keranda. Bau busuk
membuat dia hampir-hampir muntah. Kidon tidak peduli semuanya itu. Dia
turun ke dalam lubang kubur. Dia menatang mayat anaknya keluar dari
dalam kubur. Diletakkan dekat pokok.
Kidon
masukkan papan keranda kembali, kemudian menimbus lubang kubur seperti
sedia kala. Kidon masukkan mayat anaknya ke dalam guni plastik berwarna
hijau.
Dia memikul cangkul dan besi di bahu kiri. Tangan kanannya
menjinjing mayat anaknya, macam menjinjing ikan dari pasar.
Sampai di
rumah Kidon membuka kain kapan anaknya. Mayat anaknya diletakkan atas
para yang sudah disiapkannya terlebih dahulu. Dia membasuh mayat anaknya
dalam baldi besar.
“Air basuh mayat itu, diambil dri tujuh kuala
anak sungai,” beritahu datuk pada saya.
Saya angguk kepala. Mata tidak
berkelip melihat kain putih, macam menonton wayang gambar, cuma tidak
ada iringan muzik saja. Datuk hanya menerangkan sesekali saja pada saya.
Anehnya datuk tidak melihat apa yang terjadi pada kian putih. Kedua
matanya pemjam rapat seperti orang tidur, dengkur nafasnya macam orang
yang sedang tidur lena.
Ketika itu, saya seperti tidak berada di dalam pondok. Saya berada di satu tempat asing sungguh sunyi sepi sekali. “Air itu diambil ketika remang-remang senja, bersama bunyi gagak,” ujar datuk.
Saya
lihat Kidon membuka semua pakaian di badan. Dia sudah bogel. Tujuh
bunga yang berlainan warna dimasukkan ke dalam baldi.
Selesai memandikan
mayat anaknya, Kidon merenjiskan pula dengan air sebanyak tujuh kali,
mulutnya membaca sesuatu Kidon basuh muka dan minum air yang telah
digunakan membasuh mayat anaknya tadi.
Saya
perhatikan,. Kidon melakukan semuanya itu dengan teliti. Setitik air
pun tidak jatuh ke atas lantai. Mayat anak itu diletakkan atas para.
Kidon ambil air mandi mayat anaknya.
Disiramkannya ke atas kepalanya
hingga ke hujung kaki. Selesai
dengan tugas itu, Kidon melumurkan mayat anaknya dengan abu dapur dan
minyak kelapa. Mayat anaknya tiu dibawa masuk ke dalam satu bilik.
Disitu sudah tersedia sebuah salai tergantung. Mayat anaknya diletakkan
atas salai tersebut dan ditutup dengan kulit kambing.
Kidon keluar
dari kamar itu. Masuk semula dengan membawa zink buruk. Zink itu
diletakkan di bawah salai. Atas zink itu ditaruh kayu arang dan
habuk-habuk papan. Kidon menghidupkan api. Bila kayu arang sudah menjadi
bara, barulah dia beredar.
“Mayat
itu disalaikan selama empat puluh empat hari, dan Kidon terpaksa
berpuasa selama tujuh hari tujuh malam, amalan itu dikenali dengan nama
puasa pati Geni,” datuk membisikkan ke telinga saya.
Di kain putih saya
lihat Kidon duduk dengan meletakkan kedua belah tangannya atas lutut
kiri dan kanan.
Dia membilang biji tasbih. Menurut datuk pekerjaan itu
dilakukan tanpa diketahui oleh orang lain, selepas menjalani puasa tujuh
hari barulah Kidon keluar rumah membuat pekerjaan biasanya iaitu
menoreh getah di kebun Haji Ahmad Alam Shah.
Bila mayat bayi sudah cukup
disalai selama empat puluh empat hari, Kidon pun mencari dan
menyediakan manisan lebah, pisang emas dan pisang embun. Kidon juga
menyediakan sebuah katil lengkap dengan cadar dan bantal untuk seorang
bayi.
Waktu tengah malam
mayat itu pun diturunkan dari tempat salai, panjangnya cuma sejengkal
dan besar lebih kurang sama besar dengan anak yang berusia dua tahun,
sambil memangku bayinya di tangan kiri, Kidon membasahkan tubuhnya
dengan air dengan tangan kanan. Dia terus berbisik dengan tenang ke
telinga anaknya begini :
“Dengarlah anakku, Perasaan dan hatimu Bersatu dengan aku Dua tubuh Satu harapanku Kaulah yang mengerjakannya Tujuh lapis bumi, Tujuh lapis langit, Bersatu di bukit Kaf Bersemadi dalam diri kita."
Selesai
Kidon membisikkan pada telinga anaknya, dia menarik nafas
panjang-panjang, kemudian bibir bayi yang kering itu ditiupnya. Dia
melakukan ini selama tujuh pagi dan tujuh malam.
Mayat bayi kering itu
diletakkan di tempat tidur dengan bertemankan lampu yang terus menyala
selama dua puluh empat jam. Kidon yang berbadan kurus itu, bertambah
kurus kerana kurang tidur. Tentu dia merasa puas.
Dalam tempoh beberapa
hari lagi mayat anaknya akan dapat digunakan untuk mencari harta orang
kampung. Dia terus membayangkan tentang kemewahan dan kesenangan
dirinya sendiri.
Masa
yang ditunggu pun tiba. Kidon masuk ke dalam bilik bayi keringnya. Dia
mencium ubun-ubun bayi kering itu.
Tiba-tiba ubun-ubun bayi kering itu
mengeluarkan asap setelah Kidon menggunakan jampi serapah. Bayi kering
itu menjelma menjadi kucing jantan hitam. Menjilat-jilat tapak tangan
Kidon. Kidon pun menepuk-nepuk kepala kucing hitam.
Kidon menjilat kaki
kucing dengan lidahnya. Kemudian Kidon memberikan belut kering pada
kucing itu. Dalam masa beberapa saat saja, belut kering itu habis
dimakan oleh kucing itu.
“Kau pergi ke rumah orang kaya, kau ambil wangnya separuh dan bawa kemari,” Kidon memerintah kucing hitam.
Kucing
itu menggaru-garu papan lantai akhirnya terjun ikut tingkap. Tugas
Kidon setiap malam ialah menumpukan perhatian pada pelita minyak tanah
di depannya.
Jika api pelitanya bergoyang tanpa angin ertinya toyol
jelmaannya dalam bahaya, bagi mengatasinya dia harus memadamkan api
pelita itu dengan secepat mungkin.
Toyol jelmaannya akan ghaib dari
pandangan orang. Saya terkejut bila melihat Kidon tersungkur di kain
putih. “Ilmunya sudah aku tawarkan,” suara datuk keras.
Dia
membuka mata. Air dalam mangkuk putih tertumpah dengan sendirinya.
Lilin yang padam menyala sendiri begitu juga dengan pelita minyak tanah.
Saya lihat dari kain hitam keluar asap berkepul-kepul.
Tulang-tulang
ikan yang berselerakkan atas lantai berkumpul dengan sendiri dan bergerak
masuk ke dalam karung di samping datuk. Bila asap dari kain hitam
hilang. Datuk pun mengangkat kain hitam itu.
“Kau
lihat,” ujar datuk pada saya. Saya menggigit bibir. Saya lihat mayat
kering terdampar atas lantai pondok. Baunya cukup busuk. Tekak saya jadi
loya dan mahu muntah dibuatnya. Datuk membiarkan mayat kering itu di
situ.
“Kau pulangkan pada
yang berhak,” datuk bersuara lagi sambil menyiramkan darah ayam pada
mayat kering. Saya perhatikan mayat kering itu bagaikan bergerak-gerak.
Bila datuk melangkah mahu duduk di tempat asalnya.
Seorang lelaki muncul
di muka pintu membawa parang panjang. Badannya kurus. Di luar bunyi
suara burung hantu kembali menguasai malam yang sepi. Di bawah pondok
terdengar bunyi suara perempuan menangis. “Kau datang Kidon,” lantang suara datuk. “Jangan buat aku begini, aku mahu hidup, jawab Kidon. “Kerjamu
salah di sisi agama. Kau menyeksa mayat anakmu. Kau jadi tuan pada
toyol jelmaan ini. Aku tahu dalam minggu ini kau mahu mencari
pasangannya, bukan begitu Kidon.” “Memang
benar, begitulah rancangan aku, tapi aku terpaksa membatalkannya,
kerana menurut firasatku ada oang yang tahu rancangan aku tu, orang itu
adalah kau.” “Sekarang, apa yang kau mahu dari aku Kidon?” “Pulangkan toyol jelmaan itu pada aku, aku sembah kau, aku sujud pada kau, janganlah perkara ini dihebohkan.”
“Aku
tidak mahu menghebahkan pada sesiapa tapi toyolmu akan aku pulangkan ke
tempatnya malam ini juga.” Datuk memberi keputusan muktamad. Kidon
terdiam seketika. Dia melompat turun dan menghilangkan diri dalam
kegelapan malam.
Suara langsuir ketawa kedengaran dengan jelas. Bila
suara itu hilang, saya terdengar suara orang menjerit meminta tolong.
Saya renung muka datuk. Dia kelihatan muram. Niat saya mahu bertanya
padanya suara siapa yng menjerit itu jadi terbantut melihat wajahnya
dalam keadaan begitu.
Suara siapa itu? Saya bertanya dalam hati. Datuk
bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya. Dia pun rapat pada
saya.
Salam semua aku cuma nak tolong my sifu sahaja promosi barang-barang dia...bagi yang berminat untuk memiliki item-item mistik,misteri unuk dijadikan koleksi atau apa-apa saja dengan harga mampu milik,asli,tiada penipuan,budget kecil aku boleh tolong hangpa...Dengan syarat semua item-item tue hangpa kena amik by-hand la...aku malas nak pos laa (kecuali hangpa nak sangat-sangat barang tu)...aku duk area damansara...kalau boleh biarlah kawasan yang berdekatan damansara,kahkahkah...Jadi disini aku bertindak sebagai runner bidan terjun SEBAB aku boleh dapat dengan harga yang TAK MASUK AKAL!!! Ini antara senarai item-item tersebut...item mistik tipu dari indonesia pun ada jugak kalau hangpa nak mahar,untuk TEST saja...mungkin dengan cara tue nanti hangpa semua tak mudah untuk ditipu oleh penjual barang-barang mistik ni...Jangan tanya aku banyak soalan sebab aku pun macam hangpa jugak,PENGOLEKSI maaa...
Antara barang-barangnya :
Item 1 : Pisau Naga Hitam Berwafaq
RM56
Kegunaan : Taktau...
Item 2 : Keris Kecil Sarung Merah (Terhad)
RM66
Kegunaan : Perubatan,Pendinding dan Persilatan
Item 3 : Semar Wayang Berwafaq
RM36
Kegunaan : Pelaris
Item 4 : Mandian Wafaq Zaa'faran ( 1 set )
RM46
Kegunaan : Mandian Perubatan
1 Set mengandungi : 1 Wafaq Azimat,Bulu Perindu,Tulisan Ayat Suci Al-Quran Yang Boleh Larut Dalam Air dan Minyak Zaa'faran Asli
Item 5 : Wang Kertas Sukarno ( Dalam Posting Baru Esok )
Apa-apa tanya aku dulu item ada lagi ke tak...
email : misterialammelayu@gmail.com
psssttt : kepompong besi kuning,buluh temu ruas pun ada TAPI aku takmau jual sebab nanti hangpa kena tipu dengan aku!!! <-------------------- Faham tak maksud aku?! kahkahkah...
Item aku,aku tak JUAL!!! Nanti aku plak susah nak dapat...kahkahkah
Siri Bercakap Dengan Jin Siri 11 : Menunggang Harimau Ditengah Malam
Datuk terus membaca sesuatu. Datuk
mengambil seketul batu dari perut perahu. Batu itu dibalingkan pada
lembaga yang terpacak dalam sungai. Bila batu itu terkena badan lelaki
yang besar dan gagah,dia segera menjerit dengan sekuat hatinya.
Kemudian dia menghilangkan diri. Air sungai yang melimpah terus surut.
Suasana yang cerah bertukar menjadi gelap. Saya merenung ke langit.
Bintang bertaburan. Mr.Brown tidak berkata walau sepatah pun. Dia
terjelepuk dalam perut sampan. “Dia
sudah pergi,” kata datuk dan terus menggalah sampan ke hilir. Lebih
kurang pukul sepuluh malam kami sampai ke Jambatan Pengkalan Bharu. Dari
situ datuk menumpang lori ikan menuju ke Pekan Pantai Remis. Datuk
membuat laporan ke balai polis. Sarjan Ramli menyuruh seorang pemandu
kereta polis membawa datuk ke Jambatan Pengkalan Bharu kembali. Dengan
kereta polis kami menghantar Mr.Brown ke bungalownya. Kerana jam sudah
pukul dua belas. Mr.Brown menyuruh saya dan datuk tidur di bungalownya.
Kira-kira pukul dua pagi Mr.Brown menjerit tidak tentu arah. Dia berlari
ke seluruh kawasan bungalownya sambil menjerit.
Semua pekerja ladangnya
menjadi gempar. Datuk dengan bantuan pekerja ladang getah berjaya
menangkap Mr.Brown. Mr.Brown terpaksa diikat di pangkal pokok getah di
depan bungalownya dengan rotan seni.
Dan datuk terpaksa menjaganya hingga
ke pagi. Seorang kerani besar di ladang tersebut. Mr.Anadurai terus
menghubungi Hospital Lumut. Lebih kurang pukul sepuluh pagi sebuah
ambulan dari Hospital Lumut tiba.
Mr.Brown yang masih menjerit dan
mengoyak pakaiannya dimasuk ke dalam kereta tersebut. Dari Hospital
Lumut dia dibawa ke Hospital Besar Ipoh. Seminggu Mr.Brown duduk dalam
jeriji besi di Hospital Besar Ipoh. Lepas
itu Mr.Brown dibawa ke rumah sakit otak di Tanjung Rambutan. Tiga bulan
Mr.Brown ditempatkan di situ. Datuk tidak pernah sekali pun melawatnya.
Penyakit Mr.Brown tidak juga mahu sembuh. “Orang putih tu tak jujur,” datuk mengadu pada saya. “Kenapa tok kata macam tu ?” “Aku
yakin dia tak jujur,” suara datuk merendah. Saya bertambah bingung
kerana datuk tidak menerangkan apakah maksudnya dengan perkataan tidak
jujur itu. Dan saya tidak mahu menyoal lebih lanjut tentang perkara
tersebut.
Datuk nampak resah saja sepanjang hari itu. Semua kerja yang
dibuatnya terganggu. Dia asyik mahu marah saja, kalau saya membunyikan
radio agak kuat. “Aku
mahu ke rumah orang putih bangsat tu, memanglah orang-orang dari England
ni, satu bangsa yang tak boleh dipercayai, di depan kita bukan main
baik, belakang kita jadi pengkhianat pada diri kita sendiri,” datuk
merungut panjang. Dia pun mengenakan seluar hitam dan baju merah ke
badannya. “Buat apa datuk ke rumah dia ?” Dia bukan ada.” “Kau
mana tau, ini urusan aku.” Datuk memijak anak tangga turun dan
mengambil basikal di bawah rumah. Dengan basikal dia pergi rumah besar
Mr.Brown.
Lebih kurang pukul lima petang datuk pun pulang. Saya melihat
dia membawa satu bungkusan kecil di pelantar basikalnya. Sebaik saja
datuk menongkat basikal saya terus menghampirinya. “Jangan pegang bungkusan tu.” “Apa bendanya tok ?” “Tanah yang diambil Mat Sallih bangsat tu, di tempat puaka disembunyikan dalam beg.” “Tok nak buat apa dengan tanah itu.” “Aku nak pulangkan balik, kalau tak dipulangkan kita kena petakanya. Mendengar
cakap datuk itu, fahamlah saya kenapa dia menuduh Mr.Brown tidak jujur.
Dan malam itu saya menemani datuk menghanyutkan tanah di sungai. Datuk
meletakkan tanah segumpal itu di atas upih pinang, kemudian dihanyutkan.
Masa datuk melakukan semuanya itu, dia tidak bercakap atau bersuara
cuma mulutnya saja yang kelihatan kumat-kamit membaca sesuatu.
Seminggu
selepas datuk menghanyutkan tanah puaka itu. Datuk mendapat berita dari
kerani besar ladang getah yang Mr.Brown telah meninggal dunia. Mayatnya
telah pun dihantar ke England.
Tempat Mr.Brown segera diganti oleh
J.Mackintos dari Singapura, tetapi yang anehnya pengurus baru itu tidak
berani duduk di bungalow. Setiap kali dia tidur di bungalow tersebut.
Dia
selalu saja diganggu oleh satu lembaga yang menyerupai Mr.Brown.
Kadang-kadang pengurus baru itu diangkat dari bilik tidur ke ruang
dapur. Ada kalanya dicampakkan ke tengah halaman bungalow.
Jadi, bungalow
besar yang serba lengkap terbiar. Dalam tahun 1960 bungalow besar itu
dibakar oleh seorang pekarja ladang getah yang naik darah kerana setiap
malam dia terdengar bunyi orang menangis dalam bungalow tersebut.
Sebaik
saja bungalow itu hangus di makan api. Pekerja itu mati ditimpa oleh
salah satu tiang dari dalam bungalow itu hingga kini masih wujud. Penuh
dengan pokok-pokok hutan. Semua
peristiwa itu dijadikan datuk sebagai pengajaran. Dia selalu
mengingatkan saya begini
"Lakukan semua pekerjaan atau apa saja dengan
rasa tanggung jawab dan jujur. Kerana kejujuran adalah harga diri
manusia yang tidak ternilai. Terlalu sedikit manusia yang tidak jujur
pada diri sendiri, pada janji dan sebagainya, bila kau menjadikan
kejujuran itu panduan hidup, engkau akan merasa kebahagiaannya". Saya
cuma anggukkan kepala sahaja bila mendengar dia berkata begitu.
Beberapa bulan berselang, datuk menyatakan hasratnya untuk pergi ke
Kampung Sadang untuk memikat burung waktu malam.
Saya tidak tahu
bagaimana datuk teringatkan hal itu. Pada fikiran saya dia sudah tentu
melupakannya. Sebenarnya, saya sudah memutuskan dalam hati, bahawa saya
tidak akan menurut bersama datuk pergi ke tempat tersebut. “Minggu depan, petang Jumaat aku nak pergi,” datuk mengingatkan saya. “Baguslah tu tok, barang-barang yang dulu semuanya ada di dalam bilik.” “Kau bagaimana ? Tak mahu ikut sama ?” tanya datuk. “Saya
malaslah datuk.” Datuk puas hati dengan jawapan saya itu. Sementara
menanti petang Jumaat, datuk hanya duduk di rumah saja. Kadang-kadang
dia menjenguk bini mudanya di kampung bunian.
Pada suatu petang. Selepas
datuk menemui isteri mudanya, dia memanggil saya. Cepat-cepat saya
menghampirinya. Datuk duduk terjuntai kaki di kepala tangga. “Ada apa datuk ?” “Dua tiga hari ni, aku selalu teringatkan adik bongsu aku yang duduk di Hulu Kuang, agaknya dia sakit.” “Habis datuk nak pergi ke sana ?” “Hajat tu memanglah begitu.” “Kata datuk, datuk nak pergi ke Kampung Sadang.” “Itu
tak mustahak yang penting adik beradik.” Saya terdiam mendengar cakap
datuk itu. Saya segera teringat, kali terakhir saya bertemu dengan adik
bongsu datuk yang saya panggil ayah Ngah itu, dalam tahun 1947.
Lepas
itu saya tak pernah bertemu dengannya lagi, terlalu sukar untuk pergi ke
Hulu Kuang. Tidak ada kenderaan yang boleh sampai ke sana.
Lagipun
kawasan itu termasuk dalam kawasan hitam, (sekarang sudah ada jalanraya
dan kenderaan yang berulang-alik dari Chemor ke Hulu Kuang) kerana
hal-hal itu saya dan datuk terpisah dengan keluarga.
Petang itu juga
kami bertolak dari rumah datuk ke Ipoh dengan naiki bas. Dari Ipoh kami
menyewa teksi pergi ke Chemor. Sampai ke Chemor sudah pukul enam petang.
Kami tidak dibenarkan masuk ke Hulu Kuang, kerana kawasan itu terlibat
dengan perintah berkurung dari jam enam petang hingga enam pagi. Datuk
terus melaporkan dirinya ke Balai Polis Chemor kerana kami membuat
keputusan untuk tidur di masjid Chemor. Sesudah memberikan butir-butir
mengenai diri kami kepada pihak polis, kami dibenarkan tidur di masjid
tersebut.
Sesudah menunaikan sembahyang Isyak, saya terus baring di bucu
masjid. Datuk baring dekat tiang. Akhirnya saya terlena. Lebih kurang
pukul dua pagi, datuk mengejutkan saya. “Bangun kita pergi ke Hulu Kuang.” “Macam mana nak pergi, nanti kita kena tangkap atau ditembak askar.” “Kau ni banyak cakap pula, bangun sajalah,” suara datuk keras. Dia
menarik tangan saya hingga terduduk. Saya terus kesat mata dengan
belakang tangan. Datuk menyuruh saya berdiri di muka pintu masjid.
Perintahnya saya ikuti. “Sebentar lagi dia datang,” Datuk beritahu saya. “Apa yang datang tok ?” tanya saya ingin tahu. “Kau jangan banyak cakap,” Datuk menyergah saya. Mukanya
kelihatan bengis. Masa itu datuk sudahpun mengenakan baju hitam, seluar
hitam di badan. Kepalanya juga dililit dengan kain hitam.
Dalam hati
kecil saya timbul keraguan tentang diri datuk. Saya mengira dia ada
hubungan dengan pengganas komunis. Kalau tidak masakan dia berani
berjalan malam waktu zaman darurat. “Ke
tepi,” datuk menolak badan saya yang tercegat di muka pintu masjid.
Saya tersungkur atas lantai. Datuk menampar tangan kanannya ke pangkal
paha kanannya dengan sekuat hati. Dia melemparkan tujuh biji batu bertih
ke tengah laman masjid.
Kemudian datuk menekan ibu jari kanannya ke
tapak tangan kiri tujuh kali berturut-turut. Tiba-tiba saya terdengar
bunyi suara harimau mengaum. Cukup kuat. Kepala lutut saya mengeletar.
Dengan tiba-tiba sahaja saya rebah atas lantai masjid dan tidak berdaya
bangun. Seekor harimau belang yang cukup besar muncul di depan halaman
masjid sambil menguit-nguitkan ekornya. “Makanlah
kau lapar,” suara datuk keras. Saya lihat harimau itu terus memakan
tujuh biji bertih. Bila harimau itu selesai makan. Datuk segera
merapatinya. Datuk menggosok-gosok kepala harimau itu dengan tangannya.
Dan lidah harimau yang panjang itu menjilat pipi dan hidung datuk.
Harimau itu berguling-guling atas tanah sambil kakinya menampar seluruh
badan datuk. Datuk menggosok perut harimau itu. Datuk mengira kuku di
jari harimau.
Datuk bermain-main dengan harimau macam bermain dengan
anak kucing. Akhirnya datuk menepuk dahi harimau tujuh kali dengan
tangan kiri. Harimau pula menjilat telinga kanan datuk tujuh kali. “Bangun,
kau dah kenyang.” Mendengar cakap datuk itu , harimau besar segera
bangun sambil menguap. Saya bertambah ngeri melihat giginya yang tajam
dan putih. Harimau itu mengaum lagi.
Datuk memanggil saya. Saya cuba
bangun tapi saya tidak berdaya. Tempurung lutut saya terasa longgar.
Datuk terus menarik tangan saya. Saya diheret hingga ke depan harimau
besar.
“Ini cucu aku,” datuk memberitahu harimau besar. Saya lihat
sepasang mata harimau itu merenung ganas ke wajah datuk. Datuk berdehem
tiga kali berturut-turut. Harimau itu melunjurkan kaki depannya. Badannya
direndahkan. Datuk mengangkat badan saya lalu diletakannya di pangkal
tengkuk harimau berbadan besar serta berbelang tebal.
Saya rasa nyawa
saya sudah melayang dari badan. Badan saya jadi lembik. Saya tidak boleh
duduk tegak. Dada dan muka saya terhempap atas batang leher harimau. Bulu
harimau yang kasar dan keras itu menyucuk batang hidung dan pipi saya.
Bila harimau itu menggerak-gerak badannya saya juga ikut bergerak. “Peluk tengkuknya kuat-kuat,” datuk mengigatkan saya. Antara
sedar dengan tidak saya lihat datuk terus naik atas belakang harimau.
Harimau besar itu segera menegakkan badannya. Datuk terus menepuk-nepuk
punggung harimau, macam gembala lembu menepuk punggung lembu. “Ke
Hulu Kuang,” saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu harimau
pun melangkah. Saya rasa harimau itu berjalan bagaikan tidak jejak ke
bumi. Melayang-layang di udara membelah pekan Chemor melintasi jambatan
keretapi.
Terus menghala ke kampung Cik Zainal serta melintasi kawasan
Kampung Baru Tanah Hitam. Saya nampak tentera berjaga dengan senjata di
tangan. Semuanya tidak memandang ke arah kami. Kerana terlalu laju
harimau itu bergerak.
Badan saya terasa sejuk. Belum selesai saya
menghitung dari satu sampai ke sepuluh. Harimau itu sudahpun tiba di
kaki tangga rumah adik bongsu datuk. Hari masih gelap lagi. Kokok ayam
masih kedengaran. Datuk menurunkan saya dari belakang harimau. Sebelum
harimau meninggalkan kami, datuk memberi harimau itu makan tujuh biji
bertih. Saya tidak tahu dari mana bertih itu diperolehi oleh datuk.
Selesai saja harimau itu memakan bertih.
Lagi sekali datuk menepuk-nepuk
dahi harimau. Datuk membisikkan sesuatu ke telinga harimau. Dan harimau
itu bagaikan mengerti dengan apa yang diucapkan oleh datuk kerana
telinganya bergerak-gerak. “Balik
ke rumah kita jaga kampung serta tanah ladang kita,” suara datuk
meninggi. Harimau itu menguap panjang. Dengan sekelip mata saja harimau
besar hilang dari pandangan saya.
Datuk tidak segera mengejutkan adik
bongsunya. Menurut datuk pantang besar kalau kita menunggang harimau
mengejutkan tuan rumah yang kita pergi sebelum tuan rumah itu terjaga.
Adik bongsu datuk terkejut , bila dia membuka pintu rumah pagi itu
didapatinya kami duduk di kaki tangga. Dia mengucap panjang dan merasa
takjub bagaimana kami boleh sampai pagi ke tempatnya sedangkan perintah
berkurung berakhir pada jam enam pagi.
Dia terus menyoal datuk bagaimana
kami boleh sampai terlalu awal. Pertanyaan atau soalan itu tidak
dijawab oleh datuk. Datuk mengubah tajuk perbualan pada perkara lain. Sambil
minum kopi pagi, adik bongsu datuk menceritakan keadaan kampung Hulu
Kuang sambil bertanya khabar hal nenek serta anak cucu datuk. Perbualan
datuk dengan adik bongsunya sungguh rancak pagi itu.
Saya tidak banyak
campur dalam perbualan mereka. Saya lebih senang berdiri di muka tingkap
melihat daun-daun pokok yang menghijau serta puncak gunung yang
diselimuti kabus nipis. “Kau
sakit, aku nampak kau kurus sangat ni,” saya terdengar suara datuk.
Saya segera menoleh ke belakang. Saya lihat datuk sedang memerhati tubuh
adik bongsunya yang cengkung dan kurus. “Saya baru baik dari demam, dan tu kena berjaga malam pula,” jawab adik bongsu datuk. “Hai, musim darurat pun kena berjaga malam ?” “Berjaga
dalam rumah ?” sahut isteri adik bongsu datu dari dapur. Saya tertarik
hati dengan perbualan itu. Memaksa saya duduk di sebelah datuk. Datuk
saya lihat mengerutkan keningnya.
“Kenapa pula tu. Ada pencuri ke ?”
Pertanyaan itu tidak dijawab oleh adik bongsu datuk dan isterinya.
Mereka kelihatan resah dan tidak menentu. “Apa
halnya cakap. Kalau boleh aku tolong, aku berusaha menolong kalau tak
boleh kita cari orang lain untuk menolongnya,” datuk memberi sebuah
harapan. Isteri adik bongsu datuk tersenyum. Adik bongsu datuk termenung
panjang. “Susah orang nak menolongnya,” begitu hampa nada suara adik bongsu datuk. “Susah macam mana ?” tanya datuk. “Kerja iblis.” “Kita lawan cara iblis.” “Begini,
di kampung ni ada toyol jadi-jadian , sekejap menjelma jadi kucing,
sekejap jadi tikus.” Adik bongsu datuk menerangkan sambil merenung ke
kiri kanan. Datuk terdiam. Lama juga datuk termenung.
Datuk bangun
berdiri di muka pintu. Tangan kanannya memaut jenang pintu. Datuk duduk
kembali. “biasanya toyol jadi-jadian ni, ada orang yang membelanya. Dia
mesti sepasang ada jantan betinanya. Rumah kau ada dia masuk ?” “Ada,
dia menyerupai kucing hitam, bila terserempak dengan kami dia
menghilangkan diri.” Dengan penerangan adik bongsunya itu datuk dapat
menduga bahawa toyol jadi-jadian itu masih belum mempunyai pasangan
lagi. Dan orang yang
membela akan berusaha mencari pasangannya. Datuk memberitahu adik
bongsunya, perkara itu boleh diatasi atau dilenyapkan terus dengan
syarat dia harus tinggal di Hulu Kuang agak lama sedikit.
Untuk mencari
tuan punya toyol jadi-jadian itu memakan masa. Memerlukan beberapa
syarat yang tertentu. “Kerjanya sulit, tapi harapan masih ada kerana tuan punya masih mencari pasangannya lagi,” jelas datuk dengan tenang. “Macam
mana caranya ?” soal isteri adik bongsu datuk. Mendengarkan pertanyaan
itu datuk tersenyum panjang sambil memicit pangkal dagu. “Kita
tunggu kalau ada perempuan mati beranak sulung, baru senang menangkap
tuannya. ” Cakap datuk itu membuat adik bongsu datuk dan isterinya
berpandangan. Dalam
kepala isteri adik bongsu datuk mula terbayang tentang
perempuan-perempuan di Kampung Hulu Kuang yang mengandung anak sulung.
Ada lima orang semuanya.
Atas persetujuan orang-orang Kampung Hulu Kuang
datuk diminta duduk di kampung tersebut selama dua bulan untuk
menghalau toyol jadi-jadian yang menganggu kampung mereka.
Nasib datuk
dan saya agak baik, baru tiga minggu di Hulu Kuang, terdengar salah
seorang daripada penduduk kampung itu meninggal dunia ketika melahirkan
anak sulung.
Anak dan ibu mati serentak. Datuk pergi ke rumah keluarga
yang malang itu, datuk turut sama menghantar jenazah ibu dan anak itu ke
tanah kubur.
Tetapi, sebaik sahaja datuk pulang dari tanah kubur. Datuk tidak dapat tidur sepanjang malam.Dia
didatangi dengan berbagai-bagai mimpi yang ngeri dan menakutkan. Datuk
membuka kertas firasat yang dibawanya.
Waktu dia membaca firasat itulah
datuk terdengar suara perempuan memujuk anak yang menangis di bawah
rumah. Datuk membuka pintu, datuk melihat satu cahaya berekor panjang
naik ke udara dari tanah perkuburan.
Salam...ok wang bunian dana ummah aku dah sampai...ada dalam dompet aku...nanti aku cerita macammana cara aku test duit ni plak...wakakakaka...yang aku boleh btau 'BOLEH TAHAN' hehehe...cuma la ni aku tengah tunggu gadget lampu UV sebab aku nak test tengok betoi ka ada tulisan kat dalam duit tue...sebab aku test tengok pakai lampu umah tak nampak apa pun...bentuk semua sama...not rm10...ni ada orang cerita ada orang juai duit ni nilai rm1 sampai rm4k!!! kepala hotak dia betoi (orang yang juai tue la)...agak-agak la nak juai pun,kena orang nak tue orang susah,tak ka naya...tue takpa lagi,kena plak yang juai tue juai duit tipu,macammana plak tue?!...macam-macam hal lah...Tapi kena ingat Allah yang bagi rezeki kat kita dan 'benda-benda' macam ni adalah sekelumit pemberian dari Allah pada makhluknya...Amiiin
Pandangan Belakang
Pandangan Hadapan
Kelihatan Wafaq 2' 3' 6'
Kelihatan Tulisan 'Dana Ummah'
Dana Ummah
Kelihatan Tulisan 'Bank Alam Bunian'
Wafaq 2' 3' 6'
email : misterialammelayu@gmail.com
psssttt : tunggu gadget lampu UV aku sampai baru aku upload gambaq duit tue kat sini...sapa yang rasa terlampau terer tue sila btau aku nanti samaada duit tue tipu punya ka atau asli dari sana...wakakakak!!!
“Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup”
(Surah Al-Anbia, ayat 30 )
Maha Suci Allah yang telah
mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk
yang paling setia dan amat peka sekali dalam menjalankan perintah
Tuhannya!
Di dalam Al-Quran ada menyatakan
peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya
28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini.
Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana
rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di
dalam kandungan air semata-mata?
Air diperakui oleh saintis
sedunia sebagai alat perakam terbaik. Air sebenarnya boleh merakam
setiap bunyi gema getaran yang dihadirkan kepadanya dengan baik termasuk
dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata).
Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan
semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat,
begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di
letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang
merakam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun
begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks. Air
terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.
Kajian saintifik di Jepun : Dr.
Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan
penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di
Pulau Honshu didoakan mengikut tradisi agama Shinto, lalu didinginkan
sehingga -5 °C di makmal, kemudian ia diambil gambar dengan mikroskop
elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut
membentuk kristal segi enam yang indah.
Ujikaji diulangi dengan
membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan
botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan
menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”.
Kristal membentuk dengan
keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “syaitan”, maka
molekul air berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal
muncul berbentuk bunga. Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, molekul
kristal air itu terus hancur.
Ketika 500 orang berkonsenstrasi
memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi
mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika diuji dengan
dibacakan doa Islam,kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul
berkilauan. Subhanallah!
Punca Air Zamzam
Semasa di suatu seminar yang
rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan
beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau
menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal
yang bercabang-cabang dan berkilauan.
Beliau kemudiannya bertanya kepada
hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya
seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul
air zam-zam, air yang paling mulia”.
Prof. Emoto menggangguk dan berkata
“Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak
tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”.
Dr. Emoto akhirnya
mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin,
Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New
York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh
“mengerti” pesanan.
Di dalam bukunya iaitu "The
Hidden Message in Water", Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air
mempunyai sifat yang boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau 'compact disk'.
Semakin kuat konsentrasi yang diberikan oleh pemberi
pesanan (contoh pembaca doa perubatan menggunakan air) maka akan semakin
kuat dan berkesan rakaman yang dirakamkan pada molekul air berkenaan.
Maka air itu boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang
lain.
Penemuan ini menjelaskan air
putih yang didoakan mampu menyembuhkan penyakit mengikut bacaan dan
niat. Air berkemampuan untuk menangkap pesanan dan niat doa untuk
penyembuhan penyakit lalu dipindahkan pesanan dan niat itu kepada
molekul air yang ada dalam badan pesakit itu contohnya kepada molekul
cecair darah.
Tubuh manusia terdiri daripada 75% air. Otak mempunyai
74.5% air, Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandungi 22% air.
Rasulullah saw, bersabda,
"ZamZam Lima Syuriba Lahu," maksudnya Air Zam-Zam akan melaksanakan
pesanan dan niat orang yang meminumnya. Barang siapa yang meminumnya
untuk merasa kenyang, dia akan berasa kenyang. Barang siapa yang
meminumnya dengan niat untuk penyembuhan, InsyaAllah dia akan sembuh.
Persidangan Air Sedunia
baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala
fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia
diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“.
Kamera berfrekuensi tinggi
berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada
air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga
termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti.
Sesuatu yang nyata adalah
Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala
perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu
kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalahstrukturnya tidak
berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang
sedang diberikan padanya.
Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor
dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau
ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah
ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang
sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.
Molekul Air Zamzam
Rahsia kehebatan air begitu terserlah
apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk
Kaabah ada terkandung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air
Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara
gema gelombang, penyerahan yang harus diniatkan dan sebaliknya bukan
niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur
dan sebagainya.
Betapa ramai yang telah kita dengari akan jemaah yang
tersesat daripada dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang
tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat
yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan
permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikkan segala niat
kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!
Hanya mereka yang benar-benar
ingin mengambil tahu dan mempercayai tanpa ragu akan rahsia kehebatan
air Zam-Zam ini sahajalah yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan
keunikan air zam zam ini.
Di Kaabah, apabila niat kita
benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya,
kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia
melakukan tawaf 7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku
resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan
dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang
rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa
begitu hening, tenang serta lapang justeru akan terasa sebak lalu
menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT
semata-mata.
Sebenarnya rahsia Kaabah dan
Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut.
Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa
saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim
wanita, berjuta-juta sperma berenang ke arah kanan ke kiri sebanyak 7
kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan
telur maka persenyawaan pun terjadi maka samalah dengan rahsia pusingan
jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh,
penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru
sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang
Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa
yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah
kecil sahaja kerana “alam pada diri manusia” itu jauh lebih besar dan
memegang segala rahsia luaran dan dalaman.
Air adalah sumber penyucian. Ia
berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk sambil
membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang
sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah”
yang “berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk
menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal
tempat-tempat itu.
Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha
Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan
terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalan-Nya!
Apabila kita renungkan
berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa
Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak
sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya
penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia.
Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib
air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang
Al-Quran.
Persetubuhan, suami isteri wajib
mandi wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi.
Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah
menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan
membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus
melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis.
Adakah anda tahu 60-70% daripada
badan manusia terdiri daripada unsur cecair (air)? Cuba anda bayangkan
bentuk molekul air dalam badan anda jika anda membuat sesuatu perkara
yang positif atau negatif? Dan setiap perkara pasti ada kesannya maka
apakah kesannya pula terhadap diri anda jika anda membuat sesuatu
perkara yang positif atau negatif? Muhasabah dirilah kita bersama-sama.
Menurut Ustaz Zamri, jika kita
melakukan atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif
molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak
cantik’. Apakan akan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga
kacau seperti molekul air itu, rasa tidak tenang.
Jika kita
mengalunkan zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat
kerja-kerja yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita
menjadi tenang seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau yang
telah dibuktikan melalui bacaan ayat suci alquran yang dijalankan oleh
Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama . Wallahua’lam..
Marilah kita menonton pula sedikit sedutan video berkaitan molekul air
yang hebat ini terutamanya molekul air zam zam yang dijumpai oleh
Profesor Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama :
psssttt : kalau la ada kat Malaysia,makin sihat aku...Amiiin...
Mahsuri binti Pandak Mayah merupakan
seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan
Pandak Mayah dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung
Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan
dengan jolokan Puteri Langkawi.
Kehidupan dan sejarah Mahsuri
telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan
lagenda dan kisah rakyatnya.
Kisah yang paling popular tentang kehidupan
beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini
dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah
kepada cerita kanak-kanak.
Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri
adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram
Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni
al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803)
iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.
Wan Aishah Wan Nawawi
Dikhabarkan bahawa pasangan
Pandak Mayah dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah
Alang) datang dari Siam. Pandak Mayah boleh dikatakan sebagai orang yang
berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat
dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.
Kelahiran Mahsuri turut
dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas
ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang
dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak
perempuan bernama Mahsuri.
Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti
anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan
masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri
membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat
terutamanya di kalangan kaum wanita.
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang
pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada
wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma
Jaya) dan Wan Mahura.
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad
Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah
(1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan
Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber
menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah).
Makam Mahsuri
Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya.
Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah
sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi.
Kebolehannya
menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri,
Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam
bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan
kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau
Langkawi.
Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila
Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan
Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan
Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya
sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus
pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi
ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman.
Telaga Mahsuri
Mahsuri diikat di sebuah batang
pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan
tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan
bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang
menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang
rumahnya.
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah
masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan.
Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak
menghalalkan darahnyajatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan
mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang
jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu
bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa
yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih
hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke
bumi.
Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas.
Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan
yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada
tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.
Seminggu selepas Mahsuri
dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas
mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa
anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam
menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.
Rumah Mahsuri
Datuk Pekerma Jaya melarikan
diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk
Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa
serta dibunuh dengan kejam.
Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol
dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang
dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan
melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau
Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang
teruk.
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak
makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding
manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah,
Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana
tempat pengkebumian Mahsuri.
Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah
kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali
sebagai Makam Mahsuri.
Menjelang 1980-an, Langkawi
menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja
untuk membina makam Mahsuri).
Ada yang menyatakan kemakmuran itu
disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan
kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi.
Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama
Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand
ketika pertama kali dijejaki.
Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan
bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana
Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu
mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan
menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.
Siapa kata bangunan raksasa berbentuk
kon yang biasa dipanggil sebagai piramid hanya terdapat di Mesir??
Selama puluhan tahun, terdapat sebuah legenda, yang beredar di dunia
barat bahawa di sebuah lokasi terpencil di China, terdapat banyak
piramid misteri yang ia bahkan lebih besar berbanding piramid yang
terdapat di Mesir. Benarkah lagenda tersebut??
Selama puluhan tahun, kerajaan China dan para arkeologinya telah
menafikan kewujudan piramid-piramid ini, dan penafian ini membuatkan
dunia barat semakin tertarik untuk menyelidikinya.
Apakah benar ada piramid di China? Apakah yang sesungguhnya tersimpan di
dalam piramid-piramid ini? Mengapa kerajaan China menyangkal
kewujudannya? Namun, pada masa kini, melalui space imaging dan google
earth, kita mampu untuk mengetahui jikalau piramid-piramid di China ini
benar-benar wujud, bahkan kuantitinya berjumlah sehingga 100 buah.
Piramid-piramid ini terletak di daerah Xaanshi di kota kuno Xian.
The Great White Pyramid
Pada tahun 1983, Bruce Cathie iaitu seorang penulis mengakui kerajaan
China telahpun mendedahkan kepadanya bahawa piramid-piramid itu
sebenarnya benar-benar wujud. Namun tidaklah ada kemisteriannya kerana
piramid-piramid itu hanyalah kubur para maharaja mereka.
Di dalam bukunya yang berjudul The Bridge to Infinity (1983), Cathie
menceritakan asal usul piramid China ini mulai dikenali di dunia barat.
Semuanya bermula daripada pengalaman seorang juruterbang tentera udara
Amerika yang bernama James Gaussman.
Ketika itu pada tahun 1945,
Gaussman sedang terbang di antara India dan China dalam misi rutinnya.
Namun ketika engin pesawatnya mengalami sedikit masalah, ia harus
merendahkan ketinggian kapal terbangnya. Pada saat itulah ia telah
terlihat sebuah piramid raksasa China yang misteri.
Dalam laporannya, ia mengatakan:
"Aku menerbangkan pesawat mengitari sebuah gunung dan
kemudian aku masuk ke sebuah lembah. Tepat dibawah kami, terlihat sebuah
piramid putih raksasa yang seakan-akan muncul dari negeri dongengan.
Piramid itu putih gemerlapan. Mungkin diperbuat daripada logam atau
bebatuan jenis tertentu. Seluruh sisinya berwarna putih. Namun yang
paling menarik adalah terdapat sebuah batu di puncak piramid tersebut -
sebuah material berharga seperti mutiara. Aku benar-benar takjub dengan
kedashyatan bangunan itu."
Pada ketika itu, boleh dikatakan bahawa simbol kewujudan piramid
hanyalah identiti bagi negara Mesir. Jadi, seharusnya laporan Gausmann
boleh menarik perhatian lebih banyak penyelidik di barat kerana penemuan
Gausmann adalah piramid di China.
Namun, Laporan Gaussman hanya
berakhir di dalam arkib tentera Amerika tanpa diketahui sebabnya.
Mungkin mereka menyangka itu hanyalah kekeliruan Gausmann akibat masalah
kapal terbangnya.
Dua tahun selepas laporan Gausmann, piramid China kembali heboh
diperkatakan. Kolonel Maurice Sheahan, pengarah Trans World Airline
mengakui bahawa beliau juga pernah melihat piramid raksasa China itu.
Pengakuan Sheahan itu dimuatkan di dalam akhbar harian New York Times
pada 28 Mac 1947 dengan judul artikel "Juruterbang Amerika melihat piramid raksasa China di pergunungan terpencil di barat daya Xian".
Dalam artikel tersebut, Sheahan mengatakan bahawa piramid ini memiliki
ketinggian 300 meter dengan lebar 450 meter. Jika anggaran ini tepat,
maka piramid ini mengalahkan saiz piramid Mesir yang hanya sekadar
memiliki ketinggian 135 meter.
Sheahan juga mengatakan bahawa piramid ini terletak di lembah kaki
Gunung Qin Ling sekitar 40 batu ke barat daya Xian. Di piramid raksasa
tersebut, ia melaporkan adanya ratusan gundukan kecil yang juga serupa
seperti piramid. Namun pengakuan Sheahan itu tidak menyebutkan adanya
batu seperti mutiara di puncak piramid berkenaan.
Dua hari selepas artikel itu dimuatkan dalam akhbar New York Times,
Kisah ini dimuatkan kembali ke New York Sunday News. Kali ini mereka
menampilkan sebuah foto piramid yang diketahui sebagai imej yang diambil
oleh Gaussman pada tahun 1945.
Sejak saat itu bangunan akhbar berkenaan
menjadi objek perdebatan dan spekulasi. Siapakah yang membinanya? Untuk
apakah bangunan itu dibina? Namun tiada seorangpun yang benar-benar
tahu dengan pasti kerana ketika itu, Kerajaan China bertindak
mengasingkan diri daripada dunia luar.
Beberapa tahun kemudian, penulis Jerman bernama Hartwig Hausdorf telah
menulis di dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1994 berjudul Die
Weisse Pyramide (The white pyramid). Di dalam buku tersebut dipaparkan
banyak foto piramid-piramid di China.
Hausdorf mengaku bahawa ia telah
dibenarkan oleh kerajaan China untuk melawat beberapa lokasi yang
dahulunya terlarang untuk diambil gambar-gambar di wilayah tersebut.
Dan
pada masa sekarang, piramid-piramid di China sudah bukan bersifat
rahsia lagi. Kita boleh melihat piramid-piramid ini dari google earth
dan bahkan kita boleh melawat terus ke lokasi tersebut.
Berbeza dengan piramid di Mesir yang diperbuat daripada batu-batu besar,
piramid di China terbina daripada gundukan tanah yang dipadatkan yang
dibina sebagai kubur para maharaja. Dua di antara piramid piramid yang
terbesar dan paling terkenal adalah Qin Shi Huang Mausoleum dan Maoling Mausoleum.
Qin Shi Huang Mausoleum
Mausoleum ini adalah piramid China yang terbesar sekali di antara
kesemua piramid yang ada di China. Ketinggian awalnya adalah sekitar 76
meter, namun seiring dengan perjalanannya waktu, piramid ini terhakis
sehingga tinggal 47 meter sahaja. Dasarnya mempunyai saiz 357 meter X
354 meter.
Tempat ini adalah tempat peristirahatan terakhir maharaja Qin Shi huang,
raja pertama Dinasti Qin yang membina tembok china dan menyatukan
seluruh China pada tahun 221 SM. Di piramid ini juga, pada tahun 1974,
tiga orang petani yang ingin membuat telaga tanpa sengaja telah menemui
parit-parit yang mengandungi patung-patung teracotta yang sekarang ini
merupakan salah satu lokasi arkeologi paling termahsyur di dunia.
Menurut buku "Records of the Historian: Biography of Qin Shi Huang",
sejarawan Sima Qian (145-90 SM) menyebutkan bahawa mausoleum ini
mempunyai bilik-bilik yang mengandungi miniatur-miniatur istana dan
paviliun dengan kolam air raksa yang mengalir di bawah langit- langit
bertakhtakan permata yang membentuk gambar matahari, bulan dan bintang.
Dengan kata lain, isi mausoleum ini menunjukkan replika dari kerajaan
sang maharaja lengkap dengan lima gunung suci di dalamnya. Para
penyelidik Cina yang meneliti kandungan tanah di sekitar mausoleum
sememangnya ada menemui kandungan raksa yang cukup tinggi. Ini
mengesahkan kredibialiti tulisan Sima Qian. Menurut catatan Sima Qian,
makam ini dibina ketika Qin Shi Huang masih berusia 13 tahun. Tenaga
buruhnya adalah seramai 700,000 pekerja dan diselesaikan dalam masa 20
tahun.
Para pekerja memindahkan tanah sehingga sama tinggi dengan paras air di
dalam tanah, lalu lantainya dilapisi dengan gangsa cair yang kemudian
ditimpa dengan batu sarkofagus. Setelah kerja pembinaannya selesai,
semua pekerja yang mengetahui jalan masuk ke makam ini dibunuh untuk
menjaga kerahsiaannya piramid ini.
Hingga ke hari ini, piramid ini masih menyimpan rahsianya kerana
kerajaan China masih belum membongkarnya dengan alasan takut merosakkan
beberapa bahagian berharga dari kubur itu.
Maoling Mausoleum
Mausoleum ini, yang juga dikenali sebagai piramid putih besar, memiliki
ukuran dasar 222 meter X 217 meter. Ini menjadikannya sebagai piramid
kedua terbesar di China. Piramid ini adalah piramid yang fotonya
terpampang di surat khabar New York Sunday News pada tahun 1947.
Dengan
kata lain, piramid inilah yang telah dilihat oleh Sheahan, dan mungkin
juga oleh Gaussman. Namun, sepertinya Sheahan telah keliru dalam membuat
anggaran ketinggian piramid ini kerana piramid ini ternyata hanya
memiliki ketinggian sekitar 45 meter.
Mausoleum ini merupakan tempat peristirahatan terakhir Maharaja Wu yang
bernama Liu Che (atau Wu Di) yang memerintah dari tahun 157-87 SM. Ini
bermakna piramid tersebut telah berusia 2.000 tahun lebih.
Sejarah telah mencatatkan bahawa diperlukan waktu sehingga 53 tahun
untuk menyiapkan binaan ini dan di dalamnya tersimpan banyak objek
berharga. Berbeza dengan mausoleum Qin Shi Huang, mausoleum ini telah
diekskavasi dan sebahagian artifak berharganya disimpan di muzium dan
dipamerkan.
Walaupun telah diketahui bahawa piramid ini adalah sama dengan piramid
di dalam foto yang muncul pada tahun 1947 itu, namun masih ramai lagi
para penyelidik yang masih kebingungan dengan satu kemisteriannya.
Menurut Gaussman, ia mengakui telah melihat terdapat sebuah material
yang seperti mutiara di puncak piramid itu. Namun, didapati bahawa
puncak piramid ini ternyata datar, seperti terpotong. Apakah Gausmann
berbohong?
Atau, apakah seseorang telah memindahkan puncak piramid tersebut? Atau
mungkin, di suatu tempat di China masih ada lagi sebuah piramid putih
raksasa setinggi 300 meter dengan puncak berkilau yang belum ditemui?