Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Misteri Melihat Jin (Media Lilin)

Salam semua pa habaq? Lama sungguh tak tulis kat blog Misteri kita ni... Bukan apa aku sibuk sket la... Tadi baca pi baca mai ada la terjumpa satu artikel kat Blog ni,syok jugak aku baca,hihi...
 
Ni aku bagi petikan dari Blog dia.. Harap tuan blog izinkan ya... 
 
'Saya ingin berkongsi salah satu pengalaman saya dalam melihat jin di sekitar kita. Cara ini berhasil bagi saya, mungkin ada sahabat-sahabat di luar sana ingin mencuba cara ini. Cara ini tidak perlu puasa, tidak pakai mantera @ wirid pelik-pelik. Bagi mereka yang tidak mempunyai mata batin@ mata ketiga, anda boleh mencubanya.'
 

Sekadar Hiasan

Caranya:

1.) Sediakan satu lilin,nyalakan...
 
2.) Titiskan lelehan lilin tersebut ke dalam mangkuk yang berisi air
 
3.) Setelah itu cuba lihat pada rekahan @ cantuman lilin di dalam air tersebut, pasti wajah jin @ mahkluk halus @ roh ada.


Mengapa lilin?
 
Lilin menghasilkan cahaya, syaitan pula dijadikan daripada api. 
Apabila lilin dinyalakan, maka ia memberikan kesan cahaya pada mahkluk halus, mereka tidak suka kerana akan menampakkan susuk tubuh mereka.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)
 
 
Misteri Bersambung- Misteri Melihat Jin (Media Lilin)

Tuesday, August 14, 2012

Tips Penjagaan Geliga

TIPS PENJAGAAN GELIGA

 
MADU
Madu lebah asli amat sesuai untuk proses 'penuaan' geliga lipan,delima dan pelbagai jenis batu cincin..biasanya madu akan menjadi kering apabila merendam geliga lain dan delima,..apa yg menariknya geliga ini akan berubah warna dan sifat fizikalnya... wahuallahualam.( di petik dari komen dari sebuah blog)



ZA'FARAN
Za’faran adalah sejenis pokok herba rempah ratus dari stigma bunga Zafaran (Crocus sativus Linn), dari spesis keluarga Iridaceae dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah.Za'faran juga banyak digunakan dalam masakan. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.Biasanya za'faran yg telah dijadikan minyak di gunakan..calitkan atau letak zafaran ke atas kapas yang telah di tempatkan geliga tersebut.


Khasiat Lain Za'faran :

Membantu menyempurnakan proses penghadaman
Menguatkan ingatan
Merawat anemia
Mengawal tekanan darah dan kolestrol
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
Melancarkan pengaliran darah
Merawat penyakit saraf
Mengurangkan keletihan
Mengurangkan sembelit, bisa-bisa sendi
Pertumbuhan akal dan fizikal bayi , kanak-kanak serta remaja
Penenang diri
Perangsang tenaga batin




psssttt : nanti aku sambung lagi pasal za'faran ni...
 

BERAS
Jika nak diterangkan mungkin mereka-mereka akan berkata,…Kenapa Lipan,semut,labah,ular dan lain-lain binatang tidak meletakkan beras,kemenyan,padi dan sebagainya pada geliga yang mereka miliki…Baiklah..Pertama..ianya adalah Petua..pernahkah sewaktu sahabat kecil dulu, orang-orang tua jika mendapati buah atau apa-apa jenisnya yang masih belum cukup masak..mereka akan meletakkan kedalam Beras dan selang beberapa hari, buahtersebut akan masak dengan sendirinya..iaitu apa yang dikatakan ..peram buah…(Tak percaya ambil buah ciku yang tua tetapi belum cukup masak disimpan didalam beras)..InsyaAllah buah ciku tersebut akan masak secara semulajadi..tidak seperti memeramnya didalam bungkusan dan disimpan bersama cobalt (Kabait)..Contoh..geliga lipan jika disimpan tanam didalam beras..ia akan mengekalkan Aura renjatan yang terdapat pada geliga tersebut serta akan membuatkan geliga tersebut masak dengan cara semulajadi…kebanyakkan geliga-geliga disimpan didalam beras untuk tujuan mengekalkan keampuhannya..tetapi jika untuk memulihkan geliga apa-apa jenis sekalipun..ianya haruslah dengan dari asas usulnya..seperti geliga embun..pulihkan dengan air embun…(Contoh)…tetapi jika geliga ular pula..mana la nak cari bisa ular..so simpan didalam beras..kan dulu-dulu ada cerita berkenaan semangat padi…lagi pun..kita ni orang melayu jika 3 hari tak makan nasi..apa jadi kat kita??..kan ke asalnya dari beras..dan padi dan asal tumbuhan dari tanah..ada juga..jika sesuatu geliga ada yang diperam didalam tanah..(contoh Tanah Liat atau Clay)..ini kerana sesetengah geliga adalah terjadi dari tindakbalas dari dalam badan binatang itu sendiri..tetapi asas dan asal usul datangnya geliga ini adalah dari Allah..iaitu dari langit…apakah yang turunnya dari Langit???…bukankah asal nya dari air…asal air adalah dari langit??..malah segalanya bermula dari tanah,air,api dan angin…dan selebihnya dari ALLAH yang maha menjadikan..
Lagipun beras ni kalau nak diikutkan banyak khasiatnya selain dari pada hanya dimasak nasi jer..dari segi perubatan pun ada juga..contoh..bedak sejuk..ianya adalah dari asas Beras..tampal kat muka ..kan licin bersih kulit tu…walau bagaimana pun..banyak lagi jenis material diguna pakai untuk menyimpan sesuatu barangan yang bersifat Alami ataupun Mistik..wallahuallahullam...... ( di petik dari komen dari sebuah blog)


 

BUNGA.. 
Kebiasaannya saya menggunakan bunga melur..nampak perubahan jika diletakkan bersama geliga lipan ( letak geliga lipan di dalam kudup bunga melur)( di petik dari komen dari sebuah blog)



 
 
KEMEYAN PUTIH 
Amat baik jika di letakkan bersama geliga lipan ( maklumat yg di nyatakan sendiri oleh penjaga geliga lipan milik saya...) ( di petik dari komen dari sebuah blog)


Sumber : Pelbagai Blog 
Misteri Bersambung- Tips Penjagaan Geliga

Sunday, August 12, 2012

Tips Membuat Widget Iklan

Salam...ni aku nak kongsi sikit la cara nak buat widget untuk hangpa semua iklankan apa-apa saja produk yang hangpa nak.Mana tau kut-kut dalam ramai-ramai ni ada yang buat bisnes jual cupcake ka,barang antik ka,baju raya ka...hehehe.Banner iklan ni bersaiz 125 x 125 dengan lebar 265 maksimum menggunakan HTML kod mudah.


Ok ni cara-caranya :

Tiru dan tampalkan kod Html/Javascript kat bawah ni kedalam kotak widget Html/Javascript


<div align="center">
<table border="0"  cellpadding="2" cellspacing="6" Lebar="265" bgcolor="#ffffff">
<tbody>

<tr><td><center><a href="Url Pengiklan" rel="nofollow"><img border="0" alt="AD DESCRIPTION" width="125" src="Url Imej Gambar Banner" height="125"/></a></center></td>

<td><center><a href="Url Pengiklan" rel="nofollow"><img border="0" alt="AD DESCRIPTION" width="125" src="Url Imej Gambar Banner" height="125"/></a></center></td> </tr>

<tr><td><center><a href="Url Pengiklan" rel="nofollow"><img border="0" alt="AD DESCRIPTION" width="125" src="Url Imej Gambar Banner" height="125"/></a></center></td>

<td><center><a href="Url Pengiklan" rel="nofollow"><img border="0" alt="AD DESCRIPTION" width="125" src="Url Imej Gambar Banner" height="125"/></a></center></td> </tr>

</tbody></table>

<table border="0" bordercolor="#0084ce" cellpadding="2" cellspacing="6" width="265" bgcolor="#ffffff">
<tbody>
   
<tr><td><center><a href="Url Pengiklan" rel="nofollow"><img width="265" height="37" border="0" alt="Iklankan Sekarang!" src="Url Imej Gambar Banner" /></a></center></td>
      </tr>

    </tbody></table>
</div>




1. Tukarkan 'Url Pengiklan' kepada link website pengiklan.

2. Tukarkan 'Url Imej Gambar Banner' kepada link imej gambar banner pengiklan.

3. Tukarkan 'Iklankan Sekarang!' mengikut kehendak hangpa.Jangan iklan lucah dah ler...hehehe.

Cukupla kut kan...kang banyak-banyak kang pening plak,aku pernah buat pandai sampai blog aku lingkup terus...hehehe.Hangpa try la tukar-tukar nombor yang ada kat kod atas tue,kalau ada yang berubah bermakna kod tue memang untuk benda tue,dari situ lama-lama hangpa leh jadi pandai.

psssttt : macam tue la cara aku belajar....hehehe...
Misteri Bersambung- Tips Membuat Widget Iklan

Friday, August 10, 2012

Tips Melihat Aura


Ramai orang menyangka aura seseorang hanya dapat dilihat dengan kekuatan batin tingkat tinggi, atau dengan bantuan khodam (jin dan makhluk halus). Yang lebih moden, aura dapat dilihat dengan jelas menggunakan kamera khas.

Tapi tahukah anda, aura sebenarnya dapat dilihat dengan mata kasar. Tips di bawah ini akan menerangkan cara-cara bagaimana untuk melihat aura seseorang. Namun sebelum kita melangkah lebih jauh, ada baiknya kita lihat sejenak mengenai apakah dan bagaimanakah sifat aura itu. Maksudnya agar kita tidak tersalah pemahaman tentang aura.

Ada beberapa hal penting yang berkaitan dengan aura :

Aura manusia selalu berubah-ubah sesuai dengan kematangan dan keperibadian seseorang.

Aura manusia berwarna-warni sesuai dengan keperibadian dan kehidupan seseorang. Masing-masing warna aura menunjukkan keperibadian yang berbeza.

Panjang pendeknya aura dapat dikesan dengan panca indera biasa seperti kulit ataupun dengan alatan pengesan aura.

Aura seseorang dapat mempengaruhi serta dipengaruhi oleh persekitaran. Ia dapat bertambah dan berkurang kerana faktor persekitaran.

Ada beberapa perkara yang dapat dilakukan agar pancaran aura seseorang tetap bersinar, diantaranya ialah:

1. Makan makanan yang halal, baik dan tidak berlebihan.

2. Melakukan senaman dan olahraga yang cukup dan teratur.

3. Memenuhi keperluan tubuh seperti mendapatkan udara segar.

4. Istirehat yang cukup, mengurangkan tabiat rokok, alkohol dan ubat terlarang.

5. Menjauhi gerak hati, gerak fikir dan kegiatan-kegiatan yang negatif.

6. Menjauhi sikap hati yang kasar, mudah marah sebaliknya membanyakkan rasa kasih sayang.

Sekarang, mari kita melakukan latihan melihat aura. Sebelum melihat aura orang lain, ada beberapa urutan latihan yang harus dilakukan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

1. Melihat Aura Dengan Jari Tangan

Carilah tembok yang berwarna putih, lalu duduklah dengan tenang pada jarak 1/2 meter dari tembok. Ambil nafas sebanyak mungkin dan tahan selama mungkin. Lakukan sebanyak 5 kali. Gosoklah kedua telapak tangan hingga terasa hangat. Rapatkan masing-masing jari tangan kanan dan kiri saling berpasangan. Letakkanlah kedua tangan yang masih berpasangan tadi 30 cm di depan mata dengan latar belakang tembok berwarna putih. Renggangkanlah perlahan-lahan kedua telapak tangan saling menjauh. Perhatikanlah, antara kedua ujung jari tadi akan mengeluarkan garis cahaya putih. Itulah aura yang memancar dari ujung jari kita.

2. Melihat Aura Dengan Telapak Tangan

Tariklah nafas dan gosokkanlah kedua telapak tangan seperti pada cara No. 1. Tempelkanlah salah satu telapak tangan pada tembok yang berwarna putih. Tariklah nafas, tahan dan hembuskanlah. Lepaskan telapak tangan dari tembok. Amatilah bekas telapak tangan yang tertinggal ditembok. Itulah aura yang memancar dari telapak tangan dan lama kelamaan akan larut dalam aura alam.

3. Melihat Aura Diri Sendiri

Letakkanlah cermin besar dihadapan kita. Duduklah dengan tenang. Usahakanlah latar belakang tembok berwarna putih dan penerangan berupa lampu neon. Tariklah nafas sebanyak mungkin dan tahanlah selama mungkin. Ulangilah sebanyak 5 kali. Tataplah bayangan diri kita yang ada di cermin. Pandangan mata diusahakan tidak melihat tubuh maupun bayangan tubuh, namun lihatlah batas tepian kepala dengan latar belakang tembok. Setelah pandangan mata kita terfokus, maka perlahan-lahan dari kepala dan bahu akan keluar cahaya aura kita. Sinar yang pertama kali terlihat, biasanya berwarna putih. Putih ini biasanya bukan merupakan warna aura kita yang sesungguhnya, melainkan dari warna aura yang sesungguhnya. Tataplah terus sampai kita melihat warna lain yang tidak berubah. Setelah berhasil, mulailah untuk melihat aura orang lain.

4. Melihat Aura Orang Lain

Mintalah bantuan seseorang yang akan menjadi objek untuk berdiri didepan tembok yang berwarna putih. Usahakanlah penerangan di dalam ruangan dibuat remang-remang atau redup. Berdirilah lebih kurang 3 meter di depan objek. Fokuskanlah pandangan mata pada bagian tepi kepala dan bahu objek. Perlahan-lahan akan keluar sinar aura dari tepi kepala objek. Fokuskanlah pandangan pada seluruh tepian tubuh objek, maka seluruh tubuh objek akan memancarkan warna aura.

Sumber : Cara Melihat Aura

psssttt : pasni boleh la try sendiri...hehehe...
Misteri Bersambung- Tips Melihat Aura

Monday, August 6, 2012

Tips Membezakan Batu Alami




 Tips membezakan batu Alami.

    1. Kristal / Kaca itu bening, sedangkan batu alami kebanyakannya mengandungi serat-serat di dalamnya. Sebahagian orang awam mengira bahawa batu asli itu pecah, tapi sebenarnya hanya serat-serat alami batu. Ada pula batu yang dianggap palsu kerana tidak berserat dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar, jika demikian gunakan Triplet Kanta Pembesar 30x21MM memperbesar lebih dari 3x pembesaran untuk melihat seratnya. Namun jarang sekali ditemukan batu permata alami yang bersih tanpa serat.

    2. Cuba tempelkan permata itu ke pipi anda. Apakah terasa dingin? Kalau terasa dingin ini adalah merupakan satu ciri bahawa permata anda itu asli.

    3. Berat. Cuba bandingkan permata asli dan tiruan, pasti permata asli lebih berat dari permata palsu.

    4. Untuk batu-batu seperti kelulut terlihat bawahnya seperti berlubang-lubang kasar tidak mengkilat hal ini kerana bahagian bawahnya tidak digosok sehingga tidak terlihat kilatannya dan kemulusannya bukan bererti batu ini batu palsu.

    5. Cara lain cubalah dititiskan dengan air diatas batu jika batu menetap merupakan ciri batu alami.

    6. Untuk membezakan prosesan plastik cuba di ketuk-ketukan pada gigi jika berbunyi dipastikan bukan plastik atau dibakar.

    7. Untuk mutiara cuba anda korek dengan sesuatu yang tajam mutiara tersebut kemudian di lap dengan kain jika masih mengkilat bererti mutiara asli.

    8. Harga bagi setiap batu mungkin ditentukan oleh serat-serat@urat-urat halusnya selain daripada kekerasan dan bentuk fizikalnya. Itu pendapat aku la,kalau lu orang aku tak tau la macamna.Tapi bagi aku la kan,aku lebih suka tengok serat-serat dalam batu macam-macam aku leh imagine wooo...hehehe.

(Tips ni aku cilok ja...Segala penghargaan semuanya aku tujukan kepada pemiliknya)

pstttt : kalau takmau kena tipu boleh la cuba tips ni...hehehe...
Misteri Bersambung- Tips Membezakan Batu Alami