Showing posts with label Koleksi Misteri Geliga/Mistik. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Misteri Geliga/Mistik. Show all posts

Monday, April 8, 2013

Misteri Geliga Leleh Merah

Assalamualaikum w.b.t...

Perghhh lama tak tulis kat blog misteri kita ni...Bukannya apa aku sibuk sikit la ni...Dah la sibuk demam plak lagi...hihi...Hangpa semua pa habaq? harap-harap sihat la noo...Baru-baru ni aku ada la menambahkan lagi 1 batu dalam list koleksi aku...bukan batu-bata ar atau yang seangkatan dengannya,kahkahkah...

Aku pasemboqkan inilah dia Batu Leleh Merah yang aku beli dari Tokmat...Tokmat kata ianya jenis 'rare' dan merbahaya...apapun aku bagitau dulu khasiatnya yang tak merbahaya dulu iaitu

a) Kebal Darurat

b) Menyerap Bisa Sengatan

Khasiatnya yang dikatakan merbahaya pulak :

a) Habuknya dimasukkan kedalam minuman musuh anda 

b) Direndamkan kedalan minuman musuh anda selama 15 minit

c) Habuknya kalau termasuk dalam hidung (hidu/bau) boleh mengakibatkan muntah darah

Kesan : Deadmeat (a) (b)


Perghhh...bahaya woiiii...

Elemen yang terkandung dalam Leleh Merah tersebut :

a) Besi kuning

b) Tanah

c) Organik

d) Besi

e) Emas

f) Perak

Tapi aku cuma buat koleksi ja la,lagi 1 aku punya Geliga Dewi Laut sekali hilang daa dari dalam poket...aku lupa nak bagi member aku pegang masuk aku nak masuk tandas kat The Curve tue...adoiiiii...Nasib la cincin Mani Gajah aku tak menghilang,kalau tidak nayaaa oooiiii...

Apapun mungkin takda rezeki aku la kut...lagi 1 masa kat The Curve tue kami saja ja nak test Minyak Pengasih siam mariiii,perghhhh malas nak cakap banyak la gila-gila punya...kalau kita pakai kita duk kat 1 tempat tue,kira tempat kosong la,satgi dalam beberapa minit ja kita leh tengok dari takda orang kat tempat tue jadi ramai...macam-macam...

Dalam botol minyak tue macam ada 2 batang kayu,depa kata kayu balabak...aku pun tak tau...tue aku cuma tolong member aku ja dia keja kedai hp kat The Curve tue...dia pkai minyak tue buat pelaris,hangpa nak testimoni leh p tanya dia...kahkahkah

Memang terbaiiiiiiikkk lahhh barang Tokmat ni...Orang dia pun sempoi...kalau hangpa nak apa-apa hangpa p la cari Tokmat tue,kalau hangpa suh aku beli aku cas satgi...kahkahkah

Ok lah,tue ja lah...tunggu ja la kalau ada lagi koleksi terbaru aku update la,haritue dah terlepas Batu Petir....

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh...














Misteri Bersambung- Misteri Geliga Leleh Merah

Sunday, September 30, 2012

Geliga Buaya

Ok ni adalah salah satu item dari sifu@Tokmat yang dinamakan Geliga Buaya.Sifu@Tokmat mendapatnya dengan sekali dulang dan kain kuning seperti yang hangpa nampak dalam gambar tersebut.Ianya berbentuk bulat.

Geliga Buaya RM21 sebiji

Geliga Buaya RM21 sebiji

Kegunaannya : Menjauhkan binatang buas yang berada didalam sungai,kolam semasa berenang atau menaiki sampan.Sebagai penawar sengatan binatang berbisa dan buas.

Cara Penggunaannya :

1-Dicampakkan sebiji kedalam sungai/kolam yang ingin kita lalui dan diketahui dihuni binatang buas.Sesuai untuk kaki pancing atau pemancing udang galah.

2-Disertakan dengan doa yang akan diberikan melalui email.

Maka Seberangilah, insyallah...

psssttt : tapi kalau dah ajal takleh nak buat apa la...ni cuma ikhtiar sahaja...



Misteri Bersambung- Geliga Buaya

Saturday, September 29, 2012

Pengumuman Item Mistik Untuk Dimaharkan Khas Untuk Pembaca MisteriAlamMelayu

Salam semua aku cuma nak tolong my sifu sahaja promosi barang-barang dia...bagi yang berminat untuk memiliki item-item mistik,misteri unuk dijadikan koleksi atau apa-apa saja dengan harga mampu milik,asli,tiada penipuan,budget kecil aku boleh tolong hangpa...Dengan syarat semua item-item tue hangpa kena amik by-hand la...aku malas nak pos laa (kecuali hangpa nak sangat-sangat barang tu)...aku duk area damansara...kalau boleh biarlah kawasan yang berdekatan damansara,kahkahkah...Jadi disini aku bertindak sebagai runner bidan terjun SEBAB aku boleh dapat dengan harga yang TAK MASUK AKAL!!! Ini antara senarai item-item tersebut...item mistik tipu dari indonesia pun ada jugak kalau hangpa nak mahar,untuk TEST saja...mungkin dengan cara tue nanti hangpa semua tak mudah untuk ditipu oleh penjual barang-barang mistik ni...Jangan tanya aku banyak soalan sebab aku pun macam hangpa jugak,PENGOLEKSI maaa...

Antara barang-barangnya :

Item 1 : Pisau Naga Hitam Berwafaq

RM56

Kegunaan : Taktau...

Item 2 : Keris Kecil Sarung Merah (Terhad)

RM66
Kegunaan : Perubatan,Pendinding dan Persilatan


Item 3 : Semar Wayang Berwafaq

RM36


Kegunaan : Pelaris

Item 4 : Mandian Wafaq Zaa'faran ( 1 set )


RM46


 Kegunaan : Mandian Perubatan

1 Set mengandungi : 1 Wafaq Azimat,Bulu Perindu,Tulisan Ayat Suci Al-Quran Yang Boleh Larut Dalam Air dan Minyak Zaa'faran Asli

Item 5 : Wang Kertas Sukarno ( Dalam Posting Baru Esok )

Item Semua Terhad!!!

Apa-apa tanya aku dulu item ada lagi ke tak...

email : misterialammelayu@gmail.com

psssttt : kepompong besi kuning,buluh temu ruas pun ada TAPI aku takmau jual sebab nanti hangpa kena tipu dengan aku!!! <-------------------- Faham tak maksud aku?! kahkahkah...

Item aku,aku tak JUAL!!! Nanti aku plak susah nak dapat...kahkahkah
Misteri Bersambung- Pengumuman Item Mistik Untuk Dimaharkan Khas Untuk Pembaca MisteriAlamMelayu

Monday, September 24, 2012

Misteri Wang Bunian Not RM10 ( Updated With Picture))

Yahoo!!! Wang Besar...Wang Besar!!!

Salam...ok wang bunian dana ummah aku dah sampai...ada dalam dompet aku...nanti aku cerita macammana cara aku test duit ni plak...wakakakaka...yang aku boleh btau 'BOLEH TAHAN' hehehe...cuma la ni aku tengah tunggu gadget lampu UV sebab aku nak test tengok betoi ka ada tulisan kat dalam duit tue...sebab aku test tengok pakai lampu umah tak nampak apa pun...bentuk semua sama...not rm10...ni ada orang cerita ada orang juai duit ni nilai rm1 sampai rm4k!!! kepala hotak dia betoi (orang yang juai tue la)...agak-agak la nak juai pun,kena orang nak tue orang susah,tak ka naya...tue takpa lagi,kena plak yang juai tue juai duit tipu,macammana plak tue?!...macam-macam hal lah...Tapi kena ingat Allah yang bagi rezeki kat kita dan 'benda-benda' macam ni adalah sekelumit pemberian dari Allah pada makhluknya...Amiiin

Pandangan Belakang

Pandangan Hadapan

Kelihatan Wafaq 2' 3' 6'


Kelihatan Tulisan 'Dana Ummah'

Dana Ummah

Kelihatan Tulisan 'Bank Alam Bunian'

Wafaq 2' 3' 6'


 email : misterialammelayu@gmail.com

psssttt : tunggu gadget lampu UV aku sampai baru aku upload gambaq duit tue kat sini...sapa yang rasa terlampau terer tue sila btau aku nanti samaada duit tue tipu punya ka atau asli dari sana...wakakakak!!!

Hanya tinggal Not 10, 50 dan 100!!!
 
Misteri Bersambung- Misteri Wang Bunian Not RM10 ( Updated With Picture))

Wednesday, September 19, 2012

Barang Baik Punya

Assalamualaikum semua...pa habaq? hehe...lama tak mai usha blog aku ni,kesian dia...kui3...maleh nak panjang-panjang cerita,sebenarnya aku duk tunggu barang wang bunian dana ummah ni la.

Sebenarnya,aku pun excited nak tengok macam mana rupa duit alam bunian ni. Pada 1 hari pada petang yang syok,aku p la amik barang ni kat tuttuttut.

Laa,duit depa sama macam kita ja kut semua sama,cumanya jeng jeng jeng...perghhh,makin bertambah koleksi aku ni,wafaq ada 4 keping iaitu 2 unit Wafaq Kulit Kijang Putih 2 unit Wafaq Pelaris Pedang Nyilang,jangan tanya aku sebab apa depa buh nama camtue...kehkehkeh...

Mesti hangpa duk kata aku ni sembang ja lebey,barang tak tunjuk pun kat blog,kahkahkah...takpa-takpa rilek...ada masa aku upload naaa...ok lah takat ni ja lah,nanti sembang lain...

Sebelum terlupa 1 biji Geliga Dewi Laut...

p/s : belum test...aku tak jual sebab nanti aku plak susah nak dapat barang-barang tue...
Misteri Bersambung- Barang Baik Punya

Friday, September 7, 2012

Misteri Geliga Mata Jin

Koleksi Geliga Mata Jin

Salam semua,pa habaq? harap sihat-sihat la noo...ok gambar diatas ni adalah salah satu dari koleksi geliga/permata yang ada dalam koleksi aku.

Geliga Mata Jin atau Batu Hati Ayam ni kepadatan geliga dia memang lain macam,PADAT! Aku dah test dengan menjatuhkan geliga tue atas lantai rumah aku,dia melantun dan TAK PECAH! Saiz geliga ni lebih kurang macam puntung rokok suria/gudang garam dipotong (1/3).

Dari apa yang aku check kat google geliga ni juga dikenali sebagai Jasper/Fatamorgana (Batu Hati Ayam) dalam bahasa sainsnya.Namapun sainsss...takkan nak ikut orang putih kut,takkan semuanya depa tau kut...hehe.

Tentang khasiat geliga ni dikatakan dapat 'menghilangkan' pemiliknya dari pandangan musuh jika diniatkan, dapat melihat menembusi lapisan tirai 7 lapis menembusi ke alam Jin melalui kasyaf yang dipanggil 'kasyaf jin', dapat membaca isi hati manusia, melihat pusaka yang terpendam jika di iring dengan doa makbolnya (wallahualam).

Geliga yang ni khasiat dia aku belum test lagi,sebab la ni aku tengah duk test khasiat geliga mani gajah nak tau jugak betoi ka tak betoi macam depa duk cerita tue...nanti la aku cerita bab mani gajah plak.

Sumber Khasiat : Dari Segi Sains dan Tradisional

1- Batu Jasper atau Fatamorgana adalah dalam keluarga Quartz. Batu ini juga banyak di temui dan yang terbaik datangnya dari Indonesia. Dalam keluarga batu ini, yang paling popular ialah Batu Hati Ayam,Jasper Darah dan Tapak Jalak.Khasiat nya batu ini untuk LTB dan boleh mengurut badan. dan di percayai Tapak Asas Kota Jerusalem adalah dari batu ini.

2- Jasper dapat mengusir jin/roh jahat dan melindungi terhadap ular mahupun gigitan labah-labah. Bagi kesihatan, Jasper membantu proses penyembuhan dari lambung, menyeimbangkan kerja kelenjar endocrine.
Di abad ke 4, Jasper dikenal sebagai pembawa hujan yang hebat. Jenis-jenis Jasper dan bantuan yang dapat diberikan :

Jasper kulit Leopard dikatakan dapat memberikan orang apa yang mereka butuhkan.

Poppy Jasper membantu memberi kebahagiaan didalam hidup.

Opalite Jasper dapat membantu untuk tidur nyenyak.

Jasper Coklat membantu fungsi hormonal wanita dan mengatasi rasa tidak aman.

Jasper Hijau membantu fungsi usus kecil, mencegah sembelit, mengurangi kejang pada usus serta memerangi luka di lambung, selain itu juga mengurangi Stress/rasa tertekan yang parah maupun meningkatkan perilaku mental secara positif.

Jasper Merah menyeimbangkan kerja lambung dan pancreas, meningkatkan energi serta memberikan perlindungan terhadap tekanan dari pihak luar.

psssttt : aku tak jual sebab kalau aku jual nanti aku plak susah nak dapat,kalau nak beli plak harga lagi mahal dari yang aku dapat...kui3
Misteri Bersambung- Misteri Geliga Mata Jin

Wednesday, August 8, 2012

Ikan Tempel



Salam...hahah aku pun pelik la dengan benda ni terutama sekali khasiat ikan tempel ni.Sekali tengok macam ikan masin ja dua kali tengok macam kerepek ubi pun ada...Dengar cerita dari orang dan blog-blog yang pernah aku lawat,depa kata ikan tempel ni khasiat dia sebagai Pelaris Dan Pengasihan.

Nak tau sebab apa depa kata camtue? Jeng...jeng...jeng,sebab ikan ni selalu duk menempel kat badan ikan-ikan besar seperti Ikan Yu,Ikan Paus dan lain-lain.Cara nak menangkap ikan tempel ni pun pelbagai.

Ada yang aku baca depa dapat ikan tempel hasil penarikan ghaib! Alamak! Ada yang aku dengar depa dapat ikan tempel ni dengan cara memancing ikan tempel menggunakan kail dan bukan menggunakan jala.

Ikan tersebut akan dikeringkan dan ditapa selama beberapa hari (aku pun tak tahu).Hanya orang-orang yang berjiwa kental dan ada ilmu saja yang dapat pancing ikan ni.'Tempel' bererti 'Lekat' dalam bahasa Jawa.





Nama Saintifik :

Remora
Ikan Gemi
Echeneis naucrates



Khasiat Ikan Tempel :

1.  Khasiatnya boleh memikat seseorang perempuan sampai takmau lepas dah.Nak buat bini boleh la beli ikan tempel ni.Kalau setakat nak ejas gadis (perempuan yang elok la) buat main-main baik takyah,mengarut...hehe...(Ada cara pakainya).

2. Ikan tempel juga aku dengar boleh dibuat azimat Pelarisan untuk siapa-siapa yang berniaga.Tapi 1 ja aku nak bagitau kat sini,kalau berniaga tak sedap,masak cincai,harga mahal,kedai kotor...pakai la apa pun ikan tempel se-lori pun orang tak mau masuk...tapi ada 1 minyak kat sabah ni macam mana pun kedai hangpa orang tetap akan masuk...hehe...(Cukup setakat letak dalam dompet ataupun laci duit hangpa).

3. Lagi 1,hangpa takyah duk nak buat mengarut la ikat kain-kain kuning ni,aku punya ikan tempel aku balut tisu putih ja...Aku bawa pi test kat kedai mamak aku bungkus tisu putih ja...Dalam rumah aku simpan dalam kotak hitam besa-besa ja...

Sumber Gambar Dan Info : Remora

psssttt : jenuh menempel...kihkihkih...gambar diatas aku cilok ja sebab ikan tempel aku sama ja macam gambar diatas...kepada tuan gambar,semoga rezeki anda dimurahkan Allah S.W.T...aminnn...



Misteri Bersambung- Ikan Tempel