Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Saturday, September 1, 2012

Hitam di Dahi Perlu Diwaspadai

Tanya:

“Bagaimana cara menyamarkan/menghilangkan noda hitam di kening/di jidat karena sewaktu sujud dalam shalat terlalu menghujam sehingga ada bekas warna hitam?”
0281764xxxx

Jawab:
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ

Yang artinya, “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud” (QS al Fath:29).

Banyak orang yang salah paham dengan maksud ayat ini. Ada yang mengira bahwa dahi yang hitam karena sujud itulah yang dimaksudkan dengan tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Padahal bukan demikian yang dimaksudkan.

Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Ibnu Abbas bahwa yang dimaksudkan dengan ‘tanda mereka…” adalah perilaku yang baik.

Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang kuat dari Mujahid bahwa yang dimaksudkan adalah kekhusyukan.

Juga diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Qatadah, beliau berkata, “Ciri mereka adalah shalat” (Tafsir Mukhtashar Shahih hal 546).

عَنْ سَالِمٍ أَبِى النَّضْرِ قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى ابْنِ عُمَرَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ قَالَ : مَنْ أَنْتَ؟ قَالَ : أَنَا حَاضِنُكَ فُلاَنٌ. وَرَأَى بَيْنَ عَيْنَيْهِ سَجْدَةً سَوْدَاءَ فَقَالَ : مَا هَذَا الأَثَرُ بَيْنَ عَيْنَيْكَ؟ فَقَدْ صَحِبْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ فَهَلْ تَرَى هَا هُنَا مِنْ شَىْءٍ؟

Dari Salim Abu Nadhr, ada seorang yang datang menemui Ibnu Umar. Setelah orang tersebut mengucapkan salam, Ibnu Umar bertanya kepadanya, “Siapakah anda?”. “Aku adalah anak asuhmu”, jawab orang tersebut.

Ibnu Umar melihat ada bekas sujud yang berwarna hitam di antara kedua matanya. Beliau berkata kepadanya, “Bekas apa yang ada di antara kedua matamu? Sungguh aku telah lama bershahabat dengan Rasulullah, Abu Bakr, Umar dan Utsman. Apakah kau lihat ada bekas tersebut pada dahiku?” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3698)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ : أَنَّهُ رَأَى أَثَرًا فَقَالَ : يَا عَبْدَ اللَّهِ إِنَّ صُورَةَ الرَّجُلِ وَجْهُهُ ، فَلاَ تَشِنْ صُورَتَكَ.

Dari Ibnu Umar, beliau melihat ada seorang yang pada dahinya terdapat bekas sujud. Ibnu Umar berkata, “Wahai hamba Allah, sesungguhnya penampilan seseorang itu terletak pada wajahnya. Janganlah kau jelekkan penampilanmu!” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3699).

عَنْ أَبِى عَوْنٍ قَالَ : رَأَى أَبُو الدَّرْدَاءِ امْرَأَةً بِوَجْهِهَا أَثَرٌ مِثْلُ ثَفِنَةِ الْعَنْزِ ، فَقَالَ : لَوْ لَمْ يَكُنْ هَذَا بِوَجْهِكِ كَانَ خَيْرًا لَكِ.

Dari Abi Aun, Abu Darda’ melihat seorang perempuan yang pada wajahnya terdapat ‘kapal’ semisal ‘kapal’ yang ada pada seekor kambing. Beliau lantas berkata, ‘Seandainya bekas itu tidak ada pada dirimu tentu lebih baik” (Riwayat Bahaqi dalam Sunan Kubro no 3700).

عَنْ حُمَيْدٍ هُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ : كُنَّا عِنْدَ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ إِذْ جَاءَهُ الزُّبَيْرُ بْنُ سُهَيْلِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ فَقَالَ : قَدْ أَفْسَدَ وَجْهَهُ ، وَاللَّهِ مَا هِىَ سِيمَاءُ ، وَاللَّهِ لَقَدْ صَلَّيْتُ عَلَى وَجْهِى مُذْ كَذَا وَكَذَا ، مَا أَثَّرَ السُّجُودُ فِى وَجْهِى شَيْئًا.

Dari Humaid bin Abdirrahman, aku berada di dekat as Saib bin Yazid ketika seorang yang bernama az Zubair bin Suhail bin Abdirrahman bin Auf datang. Melihat kedatangannya, as Saib berkata, “Sungguh dia telah merusak wajahnya. Demi Allah bekas di dahi itu bukanlah bekas sujud. Demi Allah aku telah shalat dengan menggunakan wajahku ini selama sekian waktu lamanya namun sujud tidaklah memberi bekas sedikitpun pada wajahku” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3701).

عَنْ مَنْصُورٍ قَالَ قُلْتُ لِمُجَاهِدٍ (سِيمَاهُمْ فِى وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ) أَهُوَ أَثَرُ السُّجُودِ فِى وَجْهِ الإِنْسَانِ؟ فَقَالَ : لاَ إِنَّ أَحَدَهُمْ يَكُونُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مِثْلُ رُكْبَةِ الْعَنْزِ وَهُوَ كَمَا شَاءَ اللَّهُ يَعْنِى مِنَ الشَّرِّ وَلَكِنَّهُ الْخُشُوعُ.

Dari Manshur, Aku bertanya kepada Mujahid tentang maksud dari firman Allah, ‘tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud’ apakah yang dimaksudkan adalah bekas di wajah?

Jawaban beliau, “Bukan, bahkan ada orang yang ‘kapal’ yang ada di antara kedua matanya itu bagaikan ‘kapal’ yang ada pada lutut onta namun dia adalah orang bejat. Tanda yang dimaksudkan adalah kekhusyu’an” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3702).

Bahkan Ahmad ash Showi mengatakan, “Bukanlah yang dimaksudkan oleh ayat adalah sebagaimana perbuatan orang-orang bodoh dan tukang riya’ yaitu tanda hitam yang ada di dahi karena hal itu adalah ciri khas khawarij (baca: ahli bid’ah)” (Hasyiah ash Shawi 4/134, Dar al Fikr).

Dari al Azroq bin Qois, Syarik bin Syihab berkata, “Aku berharap bisa bertemu dengan salah seorang shahabat Muhammad yang bisa menceritakan hadits tentang Khawarij kepadaku. Suatu hari aku berjumpa dengan Abu Barzah yang berada bersama satu rombongan para shahabat.

Aku berkata kepadanya, “Ceritakanlah kepadaku hadits yang kau dengar dari Rasulullah tentang Khawarij!”.

Beliau berkata, “Akan kuceritakan kepada kalian suatu hadits yang didengar sendiri oleh kedua telingaku dan dilihat oleh kedua mataku. Sejumlah uang dinar diserahkan kepada Rasulullah lalu beliau membaginya.

Ada seorang yang plontos kepalanya dan ada hitam-hitam bekas sujud di antara kedua matanya. Dia mengenakan dua lembar kain berwarna putih. Dia mendatangi Nabi dari arah sebelah kanan dengan harapan agar Nabi memberikan dinar kepadanya namun beliau tidak memberinya.Dia lantas berkata, “Hai Muhammad hari ini engkau tidak membagi dengan adil”.

Mendengar ucapannya, Nabi marah besar. Beliau bersabda, “Demi Allah, setelah aku meninggal dunia kalian tidak akan menemukan orang yang lebih adil dibandingkan diriku”. Demikian beliau ulangi sebanyak tiga kali. Kemudian beliau bersabda,

يَخْرُجُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ رِجَالٌ كَانَ هَذَا مِنْهُمْ هَدْيُهُمْ هَكَذَا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ ثُمَّ لاَ يَرْجِعُونَ فِيهِ سِيمَاهُمُ التَّحْلِيقُ لاَ يَزَالُونَ يَخْرُجُونَ

“Akan keluar dari arah timur orang-orang yang seperti itu penampilan mereka. Dia adalah bagian dari mereka. Mereka membaca al Qur’an namun alQur’an tidaklah melewati tenggorokan mereka. Mereka melesat dari agama sebagaimana anak panah melesat dari binatang sasarannya setelah menembusnya kemudian mereka tidak akan kembali kepada agama. Ciri khas mereka adalah plontos kepala. Mereka akan selalul muncul” (HR Ahmad no 19798, dinilai shahih li gharihi oleh Syeikh Syu’aib al Arnauth).

Oleh karena itu, ketika kita sujud hendaknya proporsonal jangan terlalu berlebih-lebihan sehingga hampir seperti orang yang telungkup. Tindakan inilah yang sering menjadi sebab timbulnya bekas hitam di dahi.

-ustazaris-
Misteri Bersambung- Hitam di Dahi Perlu Diwaspadai

Friday, August 31, 2012

Diseksa Kerana Haus

Meskipun sudah hampir 56 tahun kisah ini berlalu, namun bagi Azizan Darus, 87, pengalaman melihat seorang lelaki pertengahan umur diseksa tentera Jepun di Kampung Pantai Cicar, pada tahun 1942 masih terpahat kukuh dalam ingatannya.

Betapa tidak, pengalaman itu dianggap paling ngeri sepanjang ‘tempoh penyeksaan’ sewaktu pendudukan tentera Jepun di negara ini.

“Sampai saat ini masih terngiang-ngiang raungan kawan-kawan yang kena seksa. Tapi apa boleh buat, kekejaman tentera Jepun pada masa itu seperti tiada batas. Saya hanya mampu menahan sebak sambil berdoa supaya Allah hentikan kekejaman itu,” katanya.

Tambah Azizan, dia bersama ramai penduduk termasuk dari beberapa kampung berhampiran dikerah membina sebuah landasan kapal terbang sepanjang satu kilometer untuk digunakan tentera Jepun.

“Berbekalkan alat-alat yang pada fikiran saya langsung tak padan, cangkul dan baji mata dua, kami dikerah memugal tanah keras kemudian mengangkut batu-batu besar untuk ditanam semula ke dalam tanah sebagai lapik awal sebelum ditambun batu-batu kecil.




“Kerja seperti itu memang perit. Kami langsung tak dibenarkan berhenti rehat sebelum sampai waktunya. Kalau sesiapa yang langgar arahan itu, alamat nak kenalah,’ujarnya.

Bagaimanapun kata Azizan, peristiwa seorang lelaki pertengahan umur diseksa dengan begitu dahsyat hanya kerana dia minta untuk minum air adalah paling menyayat hati berlaku di depan matanya.

“Kerana terlalu haus, lelaki itu minta berhenti sekejap kepada seorang tentera Jepun yang sedang berbual untuk minum air. tambahan pula ketika itu cuaca sangat panas.

“Tahu apa balasannya? Lelaki itu dihentak dengan buntut senapang dan diheret ke tepi. Dalam keadaan itu pun dia masih cuba melutut minta belas kasihan kepada tentera Jepun itu tapi langsung tidak diendahkan.

“Lelaki itu kemudiannya diikat kaki dan tangannya dalam keadaan menelentang lalu mulutnya disumbat dengan getah paip lalu dimasukkan air hingga perutnya buncit.

Tak cukup dengan itu, tentera Jepun tadi disertai beberapa rakannya memijak perut lelaki itu lalu bersemburlah air keluar dari telinga, mulut, hidung dan duburnya,” ujarnya.

Tambah Azizan, hingga ke hari ini dia tidak dapat melupakan peristiwa tersebut dan ia kadangkala terbawa-bawa dalam tidurnya.

psssttt : fikir-fikirkan lah...
Misteri Bersambung- Diseksa Kerana Haus

Thursday, August 16, 2012

Misteri Lalat Rumah Yang Kita Tidak Ketahui




Hi,saya Lalat...hehe
 Definisi
Nama saintifik lalat rumah ialah Musca Domestica. Pengelasan lalat rumah menurut ilmu zoologi diletakkan di dalam order serangga yang dipanggil Diptera, iaitu serangga bersayap dua. Lalat mempunyai enam kaki dan badan bersegmen meliputi kepala, toraks, dan abdomen. 

Kitar Hidup Lalat
Kitar hidup.
Seekor lalat rumah (selepas ini hanya disebut lalat) melalui empat peringkat untuk mencapai kitar hidup yang sempurna. Perkembangannya bermula daripada telur, larva, pupa dan lalat dewasa. Satu kitaran lengkap mengambil masa di antara tujuh hingga sepuluh hari di bawah keadaan mantap. Masa ini dipengaruhi oleh kelembapan, ketahanan telur, suhu dan cahaya. Seekor lalat betina mampu bertelur sebanyak 2700 biji telur dan biasanya dalam kelompok-kelompok yang berbeza. Setiap kelompok mengandungi antara 350 hingga 900 biji telur. 

Telur yang matang selepas enam jam ditingkalkan dan akan berkembang di dalam kepompong sehingga berukar menjadi lalat dewasa. Pada tempat yang lembap, larva boleh mendaki ke tempat yang lebih tinggi daripada permukaan kawasan telur ditinggalkan. Dalam satu kajian kes, terdapat larva yang berjalan sehingga 150 kaki daripada kawasan pembenihan. Larva kemudian bertukar menjadi pupa yang dilindungi kepompong dan membesar dalam masa tiga hingga enam hari. Lalat dewasa kemudian keluar dan akan bertelur selepas sebulan. Jangka hayat seekor lalat pula di antara satu dan dua bulan pada musim panas. 

Cara Makan. 
Lalat tidak menggigit tetapi menyedut zat makanan seperti nyamuk dengan menggunakan belalai. Sebelum makan, lalat merembeskan saliva untuk melembutkan makanan. Hasil tindak balas kimia di antara saliva ke atas makanan menjadikannya bertukar dalam bentuk cecair, kemudian disedut. Lalat mempunyai lidah berbentuk penyedut (straw). 

Lalat dari sudut pandang Islam. 
Pada asasnya, lalat amat bahaya kepada kesihatan manusia dan haiwan kerana menjadi vektor yang membawa dan menyebar organisma berpenyakit. Bakteria dibawa di luar permukaan badannya. Apabila hinggap di atas makanan, lalat juga meninggalkan tahi yang akan menyebabkan keracunan. 

Lalat
Kisah lalat diceritakan dalam hadis nabi Muhammad S.A.W, pada suatu hari nabi bersabda yang bermaksud, “jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, rejamkannya ke dalam air. Satu sayapnya mengandungi racun manakala satu sayap lagi mengandungi penawar.” (Hadis riwayat Bukhari, bilangan 537, jilid 4). Perkara yang sama dicatatkan juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, Abu Daud, at-Tahawi, Said bin Khalid dan Thumamah ibn Abdullah ibn Anas. 

Shah Wali Allah Ad-Dahlawi mengatakan di dalam kitabnya Hujjatullaahu al-Baalighah bahawa hadis ini menunjukkan Allah bebas memberikan setiap spesies yang beracun sistem imuniti atau penawar. Hal ini agar dapat memastikan kelangsungan hidup speasis tersebut. Racun pada lalat merupakan alat untuk mempertahankan dirinya sendiri daripada serangan musuh. Manakala penawar pula disediakan untuk memastikan keselamatan makhluk lain yang dicemari racunnya. Hukum timbal balik ini samalah seperti tindak balas di antara bes dan asid yang meneutralkan anatara satu sama lain.

Lalat dilengkapkan penciptaannya oleh Allah dengan kandungan penawar pada sayap sebelah kanan dan racun di sayap kiri. Apabila merasa terancam, seperti kakinya terlekat di dalam air mekanisma pertahanan diri akan bertindak secara spontan. Sayap sebelah kiri dikepak mencecah air agar racun yang dimiliki berupaya menewaskan musuh. Namun begitu, biasanya air yang melekat pada sayapnya tidak mampu memberi kekuatan kepadanya untuk terus terbang. Ketika itu, sayap sebelah kanannya masih lagi tidak mencecah air. Justeru kitalah yang terpaksa menyelamkan lalat ke dalam air bagi memastikan racun yang terserak dineutralkan semula. 

Dr. Gyath Hassan Al-Ahmad di dalam bukunya At-Tibb An-Nabawi fi Daw Al-‘Ilm Al-Hadith (Perubatan Kenabian dalam Sains Moden) melaporkan bahawa Dr. Nabih Da’ish menjalankan eksperimen di Universiti Raja Abdul Aziz, Riyadh. Dr. Nabih menyediakan sampel sepuluh kultur bakteria daripada air steril yang dimasuki lalat tanpa menyelamkan lalat. Sepuluh sampel yang ditenggelamkan lalat sekali, dua dan tiga kali masing-masing. Kemudian kesemua 40 sampel diperhatikan kandungan bakteria. Hasilnya, beliau mendapati koloni bakteria berkurang apabila jumlah selaman meningkat. Air yang tidak diselam lalat mengandungi paling banyak bakteria, manakala air yang diselam lalat sebanyak tiga kali mengandungi bilangan bakteria paling sedikit. 

Selain itu, sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Jamaal Haamid dari Jabatan Mikrobiologi Perubatan, College of Science Qassim University menjalankan kajian penentuan jenis bakteria yang terdapat pada sayap lalat. Beberapa spesies lalat diambil untuk kajian. Dua piring petri diletakkan air steril, seekor lalat dijatuhkan dalam piring kedua (2) tanpa menenggelamkannya. Sebaliknya seekor lagi lalat dijatuhkan dan ditenggelamkan sepenuhnya dalam piring pertama (1). Hasil kajian tersebut telah mendapati lalat yang dikaji mempunyai bakteria E. Coli sp. (baca 'e-kolai') yang diperoleh dalam piring petri kedua (2) iaitu lalat yang tidak ditenggelamkan sepenuhnya di dalam air. Manakala dalam piring petri pertama (1) iaitu piring yang terdapat lalat yang ditenggelamkan sepenuhnya di dalam air, wujud sejenis antibiotik Aktinomiesis (Actinomycis) diekstrak. Antibiotik ini merupakan antigen dalam sistem imun yang memusnahkan fungsi bakteria yang bertindak selaku patogen. 
 
Penemuan yang menarik ini menentusahkan kehadiran racun dan penawar yang terdapat pada kedua-dua sayap lalat. Kajian oleh kumpulan Dr. Jamaal juga mengambil kira speasis lalat selain lalat rumah. Keputusan menujukkan walau pun jenis bakteria yang dimiliki berbeza, jenis antibiotik tetap sama. Antara jenis bakteria yang diperoleh dalam kajian ini termasuklah Staphylococcus sp.,Salmonellas sp., Proteus sp., dan Coynibacterium Dephheroid. 

Perkembangan teknologi perubatan akhirnya menggerakkan saintis sama ada Islam atau Barat untuk mengkaji kesahihan hadis rasulullah S.A.W ini. Dua penemuan sains yang dijalankan oleh saintis Islam mengesahkan kebenaran hadis nabi Muhammad S.A.W. Kita selaku orang yang beriman kepada kerasulan nabi Muhammad harus merasa takjub, lantas meningkatkan lagi keyakinan kita terhadap ajaran yang dibawa oleh baginda. Perkara ini sekurang-kurangnya menjadi hujah kepada orang yang beriman bagi menolak tohmahan kononnya nabi seorang ahli sihir atau seorang yang pandai mereka-reka perkara yang tidak pasti. 

Bagaimana nabi Muhammad S.A.W mengetahui perkara ini sedangkan pada waktu itu belum ada teknologi yang canggih untuk mengesahkan kesahihan hadis baginda? Hal ini tidak lain melainkan nabi Muhammad S.A.W mendapat ilham daripada Allah secara langsung. Sesuailah dengan sifat baginda apabila bercakap. Allah menegaskan di dalam ayat 3 dan 4 surah an-Najm, mafhumnya;

“Dan dia (Muhammad) tidak bercakap mengikut hawa nafsunya. Melainkan apa yang diwahikan oleh pemberi wahyu (Allah)”

Glosari 
  • Antigen – Antibodi yang menjadi agen perencat kepada keaktifan virus dan bakteria yang menyerang sistem tubuh. 
  • Patogen – Bendasing yang hadir dalam bentuk bakteria atau virus yang mengganggu sistem pertahanan tubuh. 
  • Kultur – proses pembiakan bakteria yang digunakan dalam bidang biokimia, bioteknologi dan perubatan. 
  • Steril – bebas daripada sebarang bakteria atau bendasing. 
-Sumber-

Misteri Bersambung- Misteri Lalat Rumah Yang Kita Tidak Ketahui

Misteri Tun Mahathir Mohammad

Tun Mohammad Mahathir keluar dari dalam Kaabah

Tun Dr Mahathir berjalan keluar dari dalam Kaabah pada Mac 1982.Gambar dari: Arkib NSTP.

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada 1993.

“Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu,” cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45.

Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara.

Rosme yang bertugas dalam jet eksekutif Falcon-900 sebagai kuarter master udara antara 1985 hingga bersara pada 1993, berkata beliau dan beberapa ahli rombongan lain turut mengambil kesempatan itu memasuki Kaabah.

“Saya masih ingat ketika itu kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan, saya terlihat beberapa petugas di situ membawa tangga dan terdetik dalam hati hajat untuk memasuki Kaabah akan tercapai.

“Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah,” katanya ketika ditemui di Langkawi.

Rosme berasal dari Kuala Sanglang, Kedah dan dibesarkan di Ipoh, Perak, menyertai TUDM pada 1973 dan bersara pada 1993.

Tugas Kuarter Master udara sama seperti pramugara atau pramugari yang melayani penumpang dalam pesawat biasa, cuma bezanya dengan tugas Rosme ialah beliau dipertanggungjawabkan melayani orang kenamaan yang mengikuti penerbangan menggunakan jet Falcon-900. Tiga juruterbang terlatih dan dua krew kabin menyertai setiap penerbangan ke luar negara dengan jet eksekutif itu yang sering digunakan untuk membawa pemimpin negara dan asing.

Menceritakan pengalaman yang sukar dilupakannya di Kaabah itu, beliau berkata, ramai orang Arab yang berada berhampiran Kaabah menarik-narik kain ihramnya dan apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian, orang Arab itu mengatakan mereka mahu mendapat berkat daripada rombongan negara.

Mereka menyifatkan rombongan daripada Malaysia sebagai bertuah dan dirahmati Allah kerana terpilih oleh-Nya memasuki Kaabah sedangkan tidak semua penduduk Arab mendapat peluang itu.

Keadaan yang agak gawat ketika itu, katanya, memaksa pihak berkuasa Makkah membuat pagar manusia bagi memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri.

Rosme berkata, beliau sebelum itu pernah singgah di Makkah bagi menyahut lambaian Kaabah bersama pemimpin negara yang lain tetapi tidak pernah berpeluang memasukinya.


Selain itu, katanya, ramai tidak tahu Dr Mahathir sebenarnya mampu mendaratkan pesawat dengan baik dan itu pernah dilakukannya beberapa kali.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berbuat demikian dengan ditemani juruterbang berpengalaman dan terlatih yang berada di sebelahnya.

Beliau berkata, tugasnya cukup mudah sepanjang mengikuti penerbangan bersama Dr Mahathir kerana beliau adalah seorang yang berdisiplin tinggi dan menghargai masa.

“Bagi hidangan pertama sebaik memulakan penerbangan, beliau lazimnya akan mengeluarkan bekalan yang dibawanya iaitu daging dinding, daging yang dihiris halus dan ditambah serbuk lada.

“Kemudian, barulah kami menyediakan hidangan seterusnya selepas masa makan ditetapkan beliau. Kami juga memaklumkan kepada isterinya, Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenai menu hidangan,” katanya sambil menambah ada sebuah kamar dalam pesawat itu yang dilengkapi dapur untuk memanaskan hidangan.

Jika penerbangan mengambil masa lama, katanya, Dr Mahathir lebih suka duduk berseorangan dan tidak mahu diganggu sambil tangan mencatat sesuatu pada buku nota kecil. Beliau juga tidak mahu diganggu dengan bunyi muzik atau pemain visual dalam pesawat kerana mahukan keadaan yang senyap dan tenang.

Rosme berkata, Dr Mahathir juga pernah memasuki kokpit (kamar juruterbang) ketika penerbangan dalam negara dan bertanya juruterbang masa sampai ke destinasi dan keadaan cuaca ketika itu. Juruterbang juga akan menceritakan mengenai peralatan dalam kokpit.

Berdasarkan pengalamannya bersama Perdana Menteri Rosme berkata, beliau secara peribadi menghormati dan menyanjung tinggi keperibadian Dr Mahathir.

Justeru, katanya, cerita negatif yang diada-adakan menyentuh peribadi Dr Mahathir di luar negara disifatkannya sebagai karut semata-mata dan tidak lain hanya bertujuan menjejaskan kewibawaannya sebagai pemimpin ulung negara.
Misteri Bersambung- Misteri Tun Mahathir Mohammad

Wednesday, August 15, 2012

Imaginasi Melayu Tentang Alam Misteri

Saya ingin menganjurkan satu hipotesis bahawa peradaban alam Melayu yang dikatakan tradisional dari sudut sains mempunyai kekuatan epistemologi (asas ilmu), ontologi (pengalaman dalam bentuk realiti sosial) dan metodologinya sendiri untuk menguasai alam misteri dan imaginasi berkenaan. Dalam kata lain, untuk memahami misteri dan imaginasi yang dikatakan oleh Stephen Hawkins tidak dapat dikuasai oleh sains itu, ia memerlukan bukan ilmu sains tetapi satu bentuk ilmu lain. Ilmu inilah yang ada dalam peradaban Melayu. Bukan satu bentuk ilmu yang tradisional, rendah dan primitif tetapi suatu ilmu yang memerlukan ketajaman dan kebijaksanaan yang cukup rumit untuk menguasai serta memahami.

Kalau sains dan teknologi, melalui penciptaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah berjaya mencipta apa yang dikatakan sebagai dunia maya, yang ternyata hanya dibina melalui nombor-nombor dan teknologi satelit. Peradaban alam Melayu sudah pun memiliki prototaip kepada dunia maya ini, yang kita kenal sebagai `dunia ghaib'. Ghaib yang tidak menggunakan nombor dan satelit tetapi menggunakan pelbagai makhluk yang kita kenal sebagai jin, hantu dan beberapa yang lain.

Menarik sekali untuk dikaji dengan lebih mendalam pertemuan dan pertembungan antara dunia maya dengan dunia ghaib ini kerana ia merupakan pertembungan dua epistemologi, atau dua tunjang dan asas ilmu, yang penjelmaan ontologinya tidak berbeza.

Maksudnya, kalau dunia maya tidak dapat dilihat dan dibuktikan kecuali di kaca komputer, begitu juga dunia ghaib hanya dapat dibuktikan melalui semangkuk air, seiris limau, seperasapan kemenyan, sehelai kain hitam, kuning atau merah dan pelbagai lagi peralatan perubatan peribumi yang masih diguna dan diperlukan oleh sekian ramai anggota kelas menengah Melayu baru di Malaysia sehingga ke saat ini.

Tidaklah memeranjatkan bahawa mereka yang terdidik dalam ilmu sains Barat/Eropah melihat yang misteri dan imaginasi ini sebagai suatu ilmu alternatif.

Malah di Australia, misalnya, dalam bidang perubatan telah wujud School of Alternative Medicine (Sekolah Perubatan Alternatif) yang dikatakan menggabungkan ilmu Timur dan Barat. Ramai doktor perubatan moden di Australia menggabungkan kedua-dua jenis epistemologi perubatan ini, yang saintifik dan yang dikategorikan sebagai perubatan alternatif dalam sebuah klinik. Bahkan ini memang sudah lama berlaku di India.

Apakah alasan utama yang membolehkan ini berlaku di Australia dan tidak berlaku di Malaysia. Ia rata-rata bersifat ekonomi politik.

Maksudnya, para doktor moden di Malaysia melihat bidang perubatan itu adalah hak kepunyaan mereka yang dilegitimasikan oleh undang-undang. Sesiapa yang mempraktikkan sebarang bentuk perubatan mesti ada lesen dan mesti ada kelayakan yang diperakukan lengkap dengan sijil dan sebagainya.

Maka diharamkan sesiapa saja yang lain membuka klinik yang mengamalkan perubatan alternatif. Kerana itulah bomoh dan dukun kita mempraktikkan sendiri-sendiri, senyap-senyap di anjung rumah masing-masing. Ada yang digelar sebagai ilmu hitam dan sebagainya.

Satu usaha yang lebih positif mesti dilakukan untuk membongkar tradisi yang berpangkalan dalam peradaban alam Melayu ini. Tetapi apa yang selalu berlaku adalah tradisi ini sering dimomok dan dikeji dan dipraktikkan secara sembunyi-sembunyi.

Kita memomoknya dengan menggunakan sudut pandangan dan epistemologi sains dan teknologi moden. Kita enggan melihat kekuatan dan peri positifnya tradisi peradaban alam Melayu ini dari sudut epistemologi dalaman peradaban kita ini, yang dikategorikan oleh peradaban Eropah/Barat sebagai alternatif tadi.

Apakah oleh kerana berlakunya pelbagai hal yang dianggap keji dan kejam akibat perdukunan dan perbomohan maka keseluruhan sistem yang mendukungnya itu tercemuh?

Saya berpendapat bahawa alam misteri dalam budaya di alam Melayu itu suatu misteri dan imaginasi yang cukup luar biasa kekuatannya. Bukan sesuatu yang bersifat antitesis kepada sains dan teknologi atau pembangunan ekonomi negara. Malah terdapat hubungan saling melengkapi antara kedua-duanya, cuma kita memerlukan kedua-dua pihak yang pakar dalam bidang ini yang bermastautin di alam Melayu untuk menganjurkan pertemuan dan perbincangan serius, bukan melakukannya dengan menyorok-nyorok sehingga menambahkan misteri dan imaginasi yang bukan-bukan mengenai suatu warisan terpenting peradaban alam Melayu.

Yang diperlukan adalah keterbukaan dan tolak ansur bukan syak wasangka dan buruk sangka. Alam misteri dan imaginasi peradaban Melayu di alam Melayu mempunyai komponen yang cukup positif. Aspek dan komponen ini yang patut kita ketengahkan. Tentunya persepsi popular mengenai alam misteri dan imaginasi ini dalam ruang pemikiran dan pembacaan popular di Malaysia, misalnya, tidak menggalakkan dan rata-rata negatif kesannya.

Alam misteri dalam budaya Melayu itu adalah suatu alam yang kaya, yang mempunyai asas ilmu tersendiri dan kukuh, yang didukung oleh satu realiti dan konteks sosialnya yang unik, serta kaya dengan metodologinya tersendiri. Cuma kita perlu mensistemkannya untuk boleh diterima pakai oleh semua manusia di alam Melayu dan di luar wilayah budaya ini.

- PROFESOR DATUK DR. SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN ialah Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Rencana ini adalah petikan kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Alam Misteri dalam Budaya anjuran Jabatan Muzium dan Antikuiti baru-baru ini.

http://www.utusan.com.my/
Misteri Bersambung- Imaginasi Melayu Tentang Alam Misteri

Tuesday, August 14, 2012

Misteri Khasiat Manggis

Binomial name: Garcinia mangostana L.

Nama lain:

Manggis, mangu, mangostan, mangostanier, mesetor, semetah

Faedah buah manggis telah terkenal di benua Asia semenjak 400 tahun dahulu. Buah manggis merupakan antara buah yang dikatakan terbaik sekali di kalangan buah buahan tropika. Manggis mengandungi pelbagai jenis bahan biologi yang aktif dalam kuantiti yang besar. 
Bahan aktif yang paling penting di kenali sebagai Xanthones – kumpulan molekul yang agak unik. Xanthones dikenali sebagai Adaptagens kerana keunikan bahan ini untuk menyesuaikan diri di dalam badan kita dan membantu badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik. Manggis adalah herba yang terbukti dengan aktiviti antioksidanya.

Manggis buahnya kecil berwarna unggu,diguna secara tradisional dalam merawat inflamasi, crit birit dan penyakit kulit. Ia juga digunakan dalam melawan jangkitan dengan merebus bahagian dalaman kulit buah yang maseh segar dan dibuat minum sebagai teh.

Sea
wal 1855, seorang saintis dari German telah menggenal pasti manggis, satu yang mempunyai kuasa antioksida yang amat tinggi yang dikenali sebagai Xanthone, yang dapat melawan jangkitan, kulat (fungus), bacteria, histamine (satu compound yang terhasil dari tindak balas kimia yang meyebabkan bahagian gastric dan salur darah mengggembang) dan kemungkinan juga kanser.

Faedah Manggis Bersangkutan Dengan Kesihatan dan Senaman

Tahukah kita bahawa kita menghasilkan 20 hingga 30 kali lebih radikal bebas semasa kita bersenam dibandingkan semasa kita ber rehat?

Radikal bebas inilah yang menjadi punca kerosakan sel sel dalaman badan yang menyebabkan segala jenis penyakit dan penyakit berpunca dari pembiakkan dari sesuatu sebab semasa jangka hayat kita.

Manggis mempunyai terlalu banyak antioksida, ia mempunyai kemampuan meneutralis kan radikal bebas dan membuang keluar dari tubuh badan tanpa mendatangkan kesan sampingan.

Penjagaan kesihatan.

Perubahan gaya hidup, pencemaran dan cara pemakanan yang kurang seimbang menyumbangkan kepada kekurangan antioksida di dalam tubuh badan kita, bila kekurangan antioksida ia mengakibatkan bertambahnya radikal bebas di dalam badan dan meningkatkan tekanan oksidasi yang mengakibat sel-sel yang bermasalah. Sel-sel yang bermasalah ini di kenal pasti sebagai penyebab utama penuaan diri dan timbulnya penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung, alzheimer, dan lain-lain. Radikal bebas bertindak dan membiak secara perlahan dalam badan serta merosakkan sistem pertahanan tubuh badan kita. Oleh itu badan kita memerlukan bekalan Antioksida luaran yang mencukupi.

Bahagian yang Diguna

Selain dari isi buah manggis, daun, kulit pokok dan kulit buah itu sendiri di gunakan dalam penyediaan ubat dan rawatan.


Daun manggis turut boleh dibuat ubat bagi penyakit kencing manis. Ambil 2 atau 3 helai daun manggis, kemudian basuh bersih-bersih. Daun yang sudah dibersihkan seterusnya direbus sampai airnya menjadi kehijaun seperti teh hijau.(rasapun macam air teh). Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis bagi mereka yang terkena kencing manis kemudian pergi jumpa doctor buat pemeriksaan darah, pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.

Nilai Perubatan (Medicinal properties)


Kulit buah manggis yang kering digunakan dalam merawat dysentery, diarrhoea dan gonorrhoea. Ia dijadikan dalam bentuk bam (ointment), Serbuk kulit manggis digunakan dalam merawat penyakit kulit seperti eczema dan lain lain. Isi dan kulit buah manggis menggandungi banyak antioxida, yang membolehkan ia mempunyai ubat aktiviti anti-tumor. Manggis juga mempunyai nilai anti-inflammatory. Kajian menunjukkan prenylated xanthones mampu membantu merawat tuberculosis. Dari uji kaji keatas xanthones, alpha- , beta-mangostins dan garcinone B ada mempunyai kuasa melawan micobacterium, yang meyebabkan tuberculosis.

Kajian berterusan menemui beberapa bahan terpenting yang bernilai dan beberapa aktiviti phytochemicals yang telah dikenal pasti yang terdapat dalam buah mangis termasuk:

• 39 jenis xanthones yang berbeza – Phytonutrients yang amat berkuasa ini mempamirkan keunikan dan bahan bernilai untuk kesihatan.
• catechins – Isi Kulit lembut manggis menunjukkan terdapat tahap bahan yang sama aktif seperti terdapat dalam teh hijau.
• proanthocyanidins – Kebaikan yang sama terdapat dalam ekstrak biji anggur (grapeseed extract), proanthocyanidins ditemui dalam jumlah yang banyak dan amat berkesan dalam keseluruhan buah manggis

Sementara ini, para saintis masih berusaha membuktikan bagaimana phytochemicals ini dapat berkerjasama dengan phytonutrients yang tedapat dalam keseluruhan buah, ia adalah diantara yang menjadi tumpuan dalam banyak kajian khasiat dan faedah yang terujud masa kini. Yang nyata buat masa kini: Ekstrak tidak mungkin dapat menandingi kebaikan yang luarbiasa terdapat dalam buah manggis.

KOMPONEN KHASIAT BUAH MANGGIS


Besi, Serat, Kalsium, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, Kalium, Vitamin B2(Riboflavin), Protein, Katecin/tannin, Fosforus, Natrium, Vitamin B1(Thiamin), Vitamin B12, Vitamin B3(Niacin), Vitamin B6, Biotin, Folate, Mangan.

Kajian menunjukkan manggis mengandungi sebatian unik bernama XANTHONE yang mempunyai ciri ANTIOKSIDA yang tinggi serta baik untuk kesihatan.“Kajian menunjukkan bahan aktif Xanton mempunyai kesan positif kepada keseluruhan sistem badan,” menurut Penyelidik J.Frederick Templeman, M.D. “Dari penambahan tenaga untuk melindungi sistem dalam tubuh dari kerosakan radikal bebas, Xanton menyampaikan faedah yang luas.” Xanton merupakan sebahagian daripada super antioksida yang paling mujarab.

Xanthone merupakan satu komponen aktif biologi unik yang mempunyai ciri-ciri antioksida. Terdapat lebih 200 xanthone dan 40 daripadanya terdapat pada kulit (pericarp) manggis. Tiada sumber lain yang mempunyai kuantiti seperti ini melainkan buah manggis.


Penyelidikan terhadap xanthone menunjukkan, ia memberi kesan positif pada keseluruhan sistem badan, daripada menambah tenaga untuk menghalang daripada kerosakan radikal bebas serta memberi faedah yang sangat luas.

Dua jenis xanthon yang paling baik dalam manggis adalah Alpha Mangostin and Gamma Mangostin. Menurut jurnal professional seperti Free Radical Research, Journal of Pharmacology,dan the Indian Journal of Experimental Biology, xanthon-xanthon memberi kesan yang baik untuk kesihatan jantung,bertindak sebagai antibiotik semulajadi, antiviral, anti radang, anti mikrob, anti alahan, anti kanser, dan merupakan antioksida yang paling hebat di alam

Antioksida merupakan molekul atau atom yang mempunyai elektron yang berlebihan. Bahan antioksida ini dapat meneutralkan dan menstabilkan radikal bebas serta dapat mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Antioksida boleh didapati daripada Vitamin C dan E serta sistem pertahanan badan, tetapi ia tidak dapat menandingi kehebatan antioksida daripada tumbuhan seperti Manggis.

Bahan ini bertindak menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif.

Dr. James Duke yang telah bekerja bersama USDA selama 35 tahun telah merumuskan lebih 138 ciri-ciri dan khasiat manggis, dan sebahagiannya dalah seperti berikut;

>Anti radang demam/sakit kepala, Anti tumor, Anti kanser, Anti Parkinson/strok, Anti fatigue ( memberi tenaga), Anti bakteria, Anti virus
>Anti kulat, Anti depressant (tekanan atau stress), Anti diarrhea (cirit birit), Anti Alzheimer, Menghalang jangkitan kulat dan bakteria
>Menurunkan kolesterol, Menurunkan darah tinggi ( hiper tension), Menurunkan kandungan gula dalam darah, Melindungi jantung
>Menyokong fungsi sendi dan tulang rawan, Mencegah penyakit tulang ( Osteoporosis), Anti penuaan,
>Anti neuralgic (mengurangkan kesakitan saraf), Menghalang penyakit berkaitan mata seperti katarak dan glukoma
>Mengubati penyakit kulit seperti jerawat,Membantu kesihatan gusi, Melancarkan sistem penghadaman, Mencegah sembelit
>Melincinkan dan mencantikkan kulit.

Kemampuan dan Khasiat Manggis:


Melambatkan penuaan
• Melawan bacteria jangkitan
• Menghalang Alzheimer
• Menambah baik symptoms Parkinson’s
• Membantu anxiety dan depression
• Membantu menggurangkan symptoms allergy
• Menanbah baik kesihatan gusi dan kesihatan mata
• Menggurangkan Migraines
• Meyembuh gatal gatal kulit
• Menggurangkan tekanan darah
• Memberi tenaga
• Menggurangkan inflammasi
• Menggurangkan kesakitan
• Menggurangkan pembentukan tumo
• Menggurangkan kesakitan saraf
• Meredahkan demam
• Menurunkan cholesterol
• Merangsangkan ketumbuhan sel darah merah
• Membantu peyembuhan Ulcer perut, mulut dan usus
• Membantu melawan kuman dan jankitan
• Menampung kepadatan tulang (Support bone mass)
• Mengemaskinikan tindakbalsa immune
• Membantu pelindungan Jantung
• Membantu menggurangkan pembentukan cataracts
• Menggurangkan mudah terganggu saluran perut (Reduce irritable bowel)
• Membantu melawan kulat dan hama (Help fight fungus and parasites)
• Membantu menampung kesihatan vascular

Kini, ketika orang ramai sedang berlumba-lumba mahu mencari produk kecantikan yang mesra alam, tidak memberikan kesan sampingan daripada luar negara kita terlupa bahawa kita sendiri mampu menghasilkannya.

Krim anti penuaan yang sering menjadi rebutan kaum hawa kini bukan sahaja mudah dimiliki malah ia seratus peratus dihasilkan daripada bahan semula jadi.

Sekumpulan pengkaji dari Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak bersama Fakulti Sains, Jabatan Kimia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menemui sebatian antipenuaan dari pohon manggis.

Ketua kumpulan pengkaji tersebut, Vivien Jong Yi Mian mendapati di dalam pohon manggis terdapat sebatian yang dikenali sebagai prenlylated xanthones, benzophenones dan biflavanoids bertindak sebagai bahan antipenuaan.

Manggis yang dikenali sebagai Garcinia Mangostana dalam keluarga Clusiaceae memiliki keupayaan anti oksida yang tinggi.Justeru, ia dilihat amat bersesuaian untuk dijadikan sebagai krim tangan antipenuaan yang bersifat semula jadi.
Selain itu, ia juga memiliki gizi yang baik untuk tangan dan mampu membina semula serat kolagen baru, mencipta elastin baru dan menggalakkan penciptaan sel kulit baru.

Krim yang dikenali sebagai Mangostana sempena nama saintifik pohon manggis juga tidak memiliki sebarang risiko kesan sampingan bahan kimia kerana ia dihasilkan secara semula jadi. Hasil kajian tersebut juga memiliki potensi yang besar untuk dikomersialkan secara besar-besaran sebagai produk kecantikan dalam industri kosmetik.

Terlalu banyak khasiat dan faedah manggis dalam membantu menghalang penyakit jantung termasuk menurunkan cholesterol, menggurangkan tekanan darah, menggurangkan inflammasi dan membantu menampung kesihatan vascular. Terdapat banyak lagi faedah dan khasiat yang belum dicatit.

Phytochemicals


Manggis menggandungi phytochemicals seperti: Catechins, Rosin, Mangostin, Normangostin, Xanthones, Gartanin, Tiada satu sumber asli dalam dunia yang dapat menawarkan lebih dari keseluruhan buah manggis Kajian terkini menunjukkan manggis menggandungi jumlah khasiat terbaik:

Xanthones:Catechins:


Manggis menggandungi 9 kali catechins daripada teh hijau mempunyai. Catechins adalah antioxidants yang amat berkuasa dikenali oleh sain Manggis adalah 14% catechins pada pertimbangan. 517,000 kertas pembentangan telah ditulis berkenaan phytochemicalnya

Sterols:

Melindung sistem cardiac. 1,870,000 kertas pembentangan telah ditulis berkenaan phytochemicalnya. Sterols telah dibukti secara saintifik menurunkan LDL Cholesterol.

Pycnogenol:

1,850 kertas pembentangan terlah ditulis berkenaan phytochemicalnya. Pycnogenol adalah 20 kali lebeh berkuasa dari Vitamin C dan 50 kali lebih berkuasa dari Vitamin E. (Pycnogenol adalah mudah pelarut air)

Polysaccharides:

(Komponan utama Aloe Vera.) Terdapat lebih polysaccharides dalam Manggis dari Aloe Vera.

Polyphenols:

1,920,000 kertas pembentangan telah ditulis berkenaan phytochemicalnya.

Proanthocyanidins:

(komponan utama dalam ekstrak biji Anggur dan buah delima) 446,000 kertas pembentangan berkenaan phytochemicalnya telah ditulis.

Epigallocatechin Gallate (EGCG):

433,000 kertas pembentangan telah ditulis berkenaan phytochemicalnya.

Epigallocatechin:

Kajian menunjukkan keberkesanan sebagai anti-tumour. 1,180 kertas pembentangan telah ditulis berkenaan phytochemicalnya

Benar benar mengkagumkan dan adalah amat unik tentang buah manggis, ia adalah benar benar sejenis buah buahan dalam dunia yang menggandungi berbagai simpanan senjata pemusnah phytochemical dibandingkan diantara semua jenis buah buahan.

“Manggis akan,tanpa ragu, menjadi paling berjaya makanan sampingan selamanya.”
– J Frederic Templeman, M.D. 

Pemakanan dan Kandungan phytochemical
Manggis ditinkan, bungkusan manisan

Nilai pemakanan bagi 100 g (3.5 oz)

Energy :          305 kJ (73 kcal)       
Carbohydrates:                    18 g      
 Sugars:                                          ? g
 Dietary fibre:                             1.8 g
 Fat:                                           0.6 g
  Protein:                                     0.4 g
  Water:                                        81 g

Peratusan bersamaan US recommendations for adults.
Source: USDA Nutrient database



 
 
Misteri Bersambung- Misteri Khasiat Manggis

Sunday, August 12, 2012

Melawan Barat demi jati diri

Jangan terperanjat apabila kuasa Barat menyerang negara Islam ketika ini kerana agenda agama dan penguasaan ekonomi. Mereka pernah lakukan sejak ratusan tahun lalu di alam Melayu.

Kuasa Barat, mulai awal abad ke-16 mengunjungi alam Melayu atas alasan berdagang rempah ratus. Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Portugis, Belanda dan Inggeris, bukan sekadar berdagang rempah ratus. Mereka juga berusaha menyebarkan Kristian, di samping memperluaskan tanah jajahan di Timur untuk meneguhkan ekonomi empayar masing-masing.

Keadaan yang berlaku dulu berlanjutan hingga kini apabila Barat dan ejen Zionis mengancam kepentingan Melayu dan Islam.

Kesan yang ditinggalkan penjajah Portugis dan Belanda di Tanah Melayu tidaklah seluas dan mendalam seperti kesan yang ditinggalkan Inggeris. Tempoh penjajahan Inggeris yang lebih lama, meluas dan diturunkan serta dibudayakan dalam sistem pendidikan, pentadbiran, politik negara ini dan sebagainya berbanding pengaruh Portugis dan Belanda.

Kesan pengaruh Barat

Tanpa menafikan kesan positif hasil legasi Barat, umpamanya pendidikan dan teknologi moden yang memberi manfaat, tadbir urus yang lebih sistematik serta pengembangan ekonomi dan sebagainya, pengaruh Barat sedikit banyak mengikis jati diri sesuatu bangsa.

Hal ini dapat dilihat dari aspek yang paling ekstrem, iaitu Kristianisasi hinggalah kepada budaya serta dominasi bahasa Inggeris terhadap maruah serta kedaulatan bahasa Melayu di tanah airnya sendiri.
Menyedari pentingnya bangsa Melayu mempertahankan maruah serta jati diri, kira-kira 150 tahun yang lalu pujangga dan sasterawan Melayu menanamkan bibit melawan Barat menerusi karya sastera.

Di samping sikap keterbukaan kita terhadap nilai universal yang baik, pujangga-sasterawan kita sejak abad yang lalu mengingatkan kita untuk mempunyai keberanian melawan Barat demi jati diri bangsa.

Dua ceritera Melayu

Dua ceritera Melayu yang selalu disebut sebagai mewakili sikap Melayu yang melawan balik kuasa Barat ialah Cerita Anggun Cik Tunggal dan Cerita Malim Dewa. Sungguhpun cerita lisan Melayu lainnya seperti Hikayat Raja Budiman dan Hikayat Bongsu Pinang Peribut turut memerikan kisah watak Portugis, tetapi wacana balas dua ceritera di atas sering menarik perhatian pengkaji sastera lisan Melayu.

Dua ceritera di atas menampilkan watak protagonis yang kental dengan semangat bertindak balas atau menyerang balas, atau dalam bahasa kolonialnya striking-back terhadap penguasa atau kuasa luar yang pernah mengharu-birukan kerajaan Melayu.

Dalam Cerita Malim Dewa, wiranya Malim Dewa bukan saja berjaya membunuh Maharaja Pertukal (baca: Portugis), malah berjaya memikat hati puterinya, Tuan Puteri Cahaya Laut, lalu dibawa pulang ke negeri asal Malim Dewa di alam Melayu.

Serangan angkatan yang diketuai Malim Dewa ke atas Portugal adalah serampang dua mata untuk mengalahkan Maharaja Pertukal dan membuktikan kejantanan wira Melayu dari Timur ini, yang bukan saja belayar ke Barat, malah dapat mengalahkan sebuah kuasa Barat yang besar.

Anggun Che Tunggal

Dalam ceritera kedua, watak utamanya (Anggun Che Tunggal) ialah cucu kepada beberapa bangsawan Melayu yang mencari tujuh nendanya yang dibawa lari oleh penjajah beberapa dekad sebelumnya.

Seperti Malim Dewa, Anggun Che Tunggal juga bertindak balas atau menyerang balas penguasa atau kuasa asing itu dalam usaha untuk menemukan semula leluhurnya. Raja Berdurai Putih, antagonis dalam hikayat ini dapat dibunuh oleh Anggun Che Tunggal, seorang protagonis Melayu.

Raja Pertukal ketika itu terpaksa melutut meminta perdamaian dengan Anggun Che Tunggal kerana takut negerinya dibinasakan.

Nenda Anggun Cik Tunggal, selama beberapa dekad dalam tawanan, telinga mereka ditulikan daripada mendengar bahasa Melayu, dan telinga serta lidah mereka dibiasakan dengan bahasa Nasrani sehingga tatkala diselamatkan watak yang ada tokoh orang Melayu itu tidak dapat memahami bahasa Melayu lagi.

Justeru Bujang Selamat mencadangkan kepada rajanya Anggun Che Tunggal agar watak yang ada tokoh orang Melayu itu dibawa pulang, serta diajar menguasai bahasa Melayu semula.

Cerita itu yang berusia kira-kira 150 tahun patut menjadi iktibar kepada semua orang Melayu dan bukan Melayu yang memperjuangkan bahasa Melayu. Sebagai jati diri utama bagi bangsa Melayu, bahasa Melayu harus dimartabatkan dalam pelbagai lapangan kehidupan di tanah airnya. Tanpa kita menolak kepentingan bahasa lain yang boleh membuka jendela ilmu kepada anak bangsa kita.

Sumber : Dr Anwar Ridhwan
Misteri Bersambung- Melawan Barat demi jati diri

Friday, August 10, 2012

Misteri Ainul Hayat

Ternyata ada suatu rahsia yang menyebabkan Nabi Khidir a.s masih hidup hingga sekarang ini. Tentu semua itu adalah kehendak Allah SWT terhadap hamba-Nya yang satu ini.

Kisah ini diriwayatkan oleh Ats-Tsa'labi dari Imam Ali ra.Semoga dengan kisah ini akan lebih memantapkan keimanan kita kepada Allah SWT, bahawa jika Allah SWT berkehendak maka akan TERJADILAH. Tak seorang pun yang mampu menghalanginya.


Berikut Kisahnya.

Pada zaman dahulu hiduplah seorang hamba Allah SWT yang melebihkan kepada dirinya dengan menjadi seorang raja. Dialah Raja Iskandar Zulkarnaen, yang namanya telah tersebut dalam Al Qur'an.

Pada tahun 322 SM, Raja Iskandar Zulkarnaen berniat mengadakan perjalanan untuk mengelilingi bumi dan Allah SWT mewakilkan salah satu malaikatnya yang bernama Rofa'il untuk menyertainya dalam perjalanan panjang itu.

Dialog Malaikat dan Raja Iskandar Zulkarnaen.

Kerana ditemani oleh seorang malaikat, Raja Zulkarnaen banyak mengajukan pertanyaan seputar dunia dan akhirat serta isinya. Salah satu pertanyaan yang paling terkenal adalah tentang ibadah para malaikat di langit.

"Wahai Malaikat Rofa'il, ceritakanlah kepadaku tentang ibadahnya para malaikat yang ada di langit," tanya Raja Zulkarnaen.

"Para malaikat yang ada di langit ibadahnya ada yang berdiri tidak mengangkat kepala selama-lamanya, ada juga yang bersujud tidak mengangkat kepala selama-lamanya, ada pula yang rukuk tidak mengangkat kepala selama-lamanya," jawab Malaikat Rofa'il.

"Duh, alangkah senangnya hati ini seandainya aku boleh hidup bertahun-tahun lamanya untuk beribadah kepada Allah SWT," kata Raja Zulkarnaen.

"Wahai raja, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sumber air di bumi. Namanya Ainul Hayat, ertinya sumber air hidup. Maka barang siapa yang meminum airnya seteguk, maka ia tidak akan mati sampai hari kiamat sehingga ia memohon kepada Allah SWT untuk dimatikan," kata Malaikat Rofa'il.

"Apakah engkau tahu tempat Ainul Hayat itu wahai Malaikat Rofa'il?" tanya raja."Sesungguhnya Ainul Hayat itu berada di bumi yang gelap," jawab Malaikat Rofail.

Setelah Raja Zulkarnaen mendengar penuturan malaikat Rofa'il tentang Ainul Hayat itu, maka raja segera mengumpulkan para alim ulama pada saat itu. Sebelumnya, raja bertanya kepada mereka tentang letak Ainul Hayat, tapi mereka semua menjawab tidak tahu.

"Wahai para alim ulama, tahukah kalian dimanakah letak Ainul Hayat itu?" tanya raja."Kami tidak mengetahuinya wahai baginda, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui," jawab salah seorang ulama.

Di luar dugaan, dari pertanyaan Raja Zulkarnaen tersebut, ada salah seorang ulama yang mampu menjawab meski tidak terperinci letaknya.

"Sesungguhnya aku pernah membaca di dalam wasiat Nabi Adam as bahwa beliau berkata bahawa
sesungguhnya Allah SWT meletakkan Ainul Hayat itu di bumi yang gelap," kata ulama itu."Dimanakah bumi yang gelap itu?" tanya raja."Iaitu di tempat terbitnya matahari," jawab orang alim ulama itu.

Kemudian Raja Zulkarnaen menyuruh para pengawalnya untuk menyiapkan segala keperluan untuk mencari dan mendatangi tempat Ainul Hayat itu.

"Kuda apa yang sangat tajam penglihatannya di waktu gelap?" tanya raja."Kuda betina yang masih perawan," jawab para sahabatnya.

Akhirnya raja mengumpulkan seribu kuda betina yang masih perawan dan ia memilih diantara 6 ribu tenteranya yang pandai serta ahli dalam peperangan. Di antara para tentera itu, ada yang bernama Nabi Khidir a.s, bahkan beliau menjawat jawatan sebagai perdana menteri pada waktu itu.

Perjalanan Mencari Ainul Hayat.

Setelah dirasa semua cukup dan siap, maka berangkatlah Raja Zulkarnaen dan Nabi Khidir as yang berjalan di depan pasukan. Setelah sekian lama mencari, akhirnya mereka mengetahui tempat terbitnya matahari.

Mereka pun menuju arah terbitnya matahari tersebut.Perjalanan ke tempat tujuan tersebut memakan waktu 12 tahun lamanya untuk sampai di bumi yang gelap itu. Gelapnya bukanlah seperti di waktu malam hari, melainkan gelap kerana ada pancaran seperti asap.

Raja Zulkarnaen sudah tak sabar lagi hendak masuk ke tempat gelap itu, namun salah seorang cendikiawan mencegahnya. Para tentera berkata kepada raja,

"Wahai Baginda, sesungguhnya raja-raja yang terdahulu tidak ada yang masuk ke tempat gelap ini, kerana tempat yang gelap ini berbahaya.""Wahai perajurit, kita harus memasukinya, tidak boleh tidak," sanggah sang raja.

Kerana raja berkeras hendak masuk, maka tak ada seorang pun yang berani melarangnya."Diamlah dan tunggulah kalian di sini selama 12 tahun. Jika aku datang kepada kalian dalam masa itu, maka kedatanganku terhadap kalian bermaksud baik. Dan jika aku tidak datang dalam 12 tahun, maka pulanglah kalian kembali ke negeri kalian," ujar sang raja.

Setelah itu raja mendekat dan bertanya kepada malaikat Rofa'il,"Apabila kita melewati tempat gelap ini, apakah kita dapat melihat kawan-kawan kita?""Tidak mungkin kelihatan" jawab Malaikat Rofa'il.

"Akan tetapi aku memberimu sebuah marjan atau mutiara. Jika mutiara itu ke atas bumi, maka mutiara itu dapat menjerit dengan suara yang keras, dengan demikian kawan-kawan kalian yang tersesat jalan dapat kembali kepada kalian," jelas Malaikat Rofa'il lebih lanjut.

 

Masuk ke Ainul Hayat.

Demikianlah, akhirnya Raja Iskandar Zulkarnaen masuk ke tempat yang gelap itu. Selama 18 hari lamanya tidak pernah melihat matahari dan bulan, tidak pernah melihat malam mahu pun siang. Tidak pernah melihat burung dan binatang liar, sedangkan raja berjalan dengan didampingi Nabi Khidir as.

Pada saat mereka berjalan, maka Allah SWT memberi wahyu kepada Nabi Khidir as."Bahawa sesungguhnya Ainul Hayat itu berada di sebelah kanan jurang dan Ainul Hayat ini Aku khususkan untuk kamu."

Setelah Nabi Khidir a.s menerima wahyu itu, beliau berkata kepada sahabat-sahabatnya,"Berhentilah kalian di tempat masing-masing dan jangan kalian meninggalkan tempat kalian sebelum aku datang kepada kalian."

Kemudian Nabi Khidir a.s menuju kanan jurang hingga beliau menemukan Ainul Hayat itu. Beliau turun dari kudanya, melepaskan pakaiannya dan turun ke Ainul Hayat tersebut. Beliau mandi dan minum air sumber hidup tersebut dan beliau merasakan bahawa airnya lebih manis daripaada madu.

Sesudah mandi dan minum air tersebut, beliau keluar dari tempat itu kemudian menemui Raja Iskandar Zulkarnaen. Raja tidak mengetahui apa yang telah terjadi atas diri Nabi Khidir a.s.

Wallahu A'lam.

Sumber : misteri rahsia Nabi Khidir berumur panjang

psssttt : kekuasaan Allah yang Maha hebat...
Misteri Bersambung- Misteri Ainul Hayat

Kesilapan Umat Islam dalam bulan Ramadhan

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)




4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja.

Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.



11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.


Nabi Muhammad menceritakan :-


ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ


Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-


ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم


Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.


إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد


Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih.


Sumber : Blog-Misteri


psssttt : baca jangan tak baca...hehehe
Misteri Bersambung- Kesilapan Umat Islam dalam bulan Ramadhan

Puaka Kaum Ibrani

Salam...tengah syok-syok duk blogwalking sana-sini terjumpa lak artikel ni,menarik wooo...untuk tatapan hangpa bagi yang malas blogwalking...hehehe...sharing is caring maaa...


Setiap bangsa memiliki kepercayaan terhadap hantu mengikut versi, budaya masing-masing. Jika masyarakat Melayu terkenal dengan jin yang menyerupai hantu seperti pontianak,hantu raya, pocong atau toyol; masyarakat Barat terutama kaum Ibrani kuno mengenali 72 jenis puaka atau jin yang wujud dalam kepercayaan mereka.

Pengkaji paranormal dari pasukan Penyiasatan Lokasi Paranormal (PSI), Jamie Surina Hisham, berkata mengikut kepercayaan masyarakat itu, 72 jin terbabit adalah ketua utama yang memerintah pasukan tentera syaitan untuk berkeliaran melakukan angkara
di muka bumi.

Beliau berkata, setiap puaka itu mempunyai kepakaran dan 'kesaktian' tertentu antaranya memukau, menyihir, menjelma membentuk sesiapa atau apa saja selain menggunakan pelbagai kekuatan magis untuk mempengaruhi pemikiran manusia seterusnya menyesatkan mereka daripada kebenaran.

"Mengikut mitos kaum terbabit, semua jin atau puaka ini pada asalnya dikurung Raja Solomon dalam tujuh bekas berasingan di sebuah kuil purba di Jerusalem pada ribuan tahun lalu. Akan tetapi apabila tentera Romania datang ke kuil itu, mereka menemui bekas terbabit lalu membukanya menyebabkan semua jin yang terperangkap itu akhirnya bebas sehingga kini," katanya.

 
 
 
 
 
Jamie berkata, berikutan jin terbabit memiliki kekuatan sihir dan magis, ada antara puaka terbabit yang dipuja pihak tertentu dalam ritual songsang selain diseru ahli sihir kononnya bagi mendapatkan bantuan makhluk ghaib terbabit. "Antaranya Aaron C Donahue, seorang ahli sihir yang mengaku memiliki kebolehan untuk melihat ke 'alam lain' malah dia juga mendakwa pernah menyeru kebanyakan puaka terbabit untuk muncul di hadapannya," katanya.

Beliau berkata, pihak PSI kini mengadakan kajian mengenai pengaruh budaya dalam sesuatu masyarakat sehingga wujudnya pelbagai tanggapan berlainan mengenai jenis hantu antara suatu kaum dengan kaum yang lain.
"Kajian kami mendapati terdapat 99 mitos hantu dalam masyarakat Melayu manakala bagi kaum Ibrani ini pula, terdapat 72 mitos hantu atau puaka yang dipercayai mereka; setiap bangsa memiliki hantu mengikut versi budaya masing-masing yang jelas berbeza
dengan hantu bangsa lain," katanya.

Kedua-dua kajian mengenai hantu itu iaitu 'Mitos 72 Jin Solomon' yang berdasarkan kepercayaan kaum Ibrani selain 'Kajian 99 Makhluk Halus' yang wujud di alam Melayu, bakal diterbitkan PSI tidak lama lagi. Jamie berkata, antara puaka yang dipercayai kaum Ibrani termasuk masyarakat Barat
ialah:

d Bael -
Bael adalah puaka yang tidak gemar bekerja di bawah sesiapa. Ahli sihir silam yang mendakwa kononnya Bael pernah muncul di hadapan mereka menggambarkan puaka itu memiliki tiga kepala iaitu manusia, kucing dan katak, berkaki labah-labah dan bersuara garau. Ia memiliki kuasa mengghaibkan dirinya dan pengikutnya. Bael adalah raja di timur dan menguasai 66 pasukan tentera syaitan.

d Agares -
Puaka ini dikatakan berkuasa menyebabkan gempa bumi, membekukan sesuatu yang sedang bergerak dan memukau seseorang sehingga menganggap manusia yang menjadi pengikutnya dipandang mulia dan memahami pelbagai bahasa. Ia menguasai 31 pasukan tentera syaitan dan digambarkan menjelma di hadapan ahli sihir sebagai seorang lelaki tua kurus yang memegang burung dan menunggang buaya.

d Vassago -
Digelar 'Raja Ramal' kerana kononnya berkuasa meramal masa hadapan, membantu pengikutnya mengesan harta karun dan mencungkil rahsia lampau. Vassago digambarkan memiliki perwatakan nakal, suka menukar rupa, bentuk dan menyakat sesiapa yang menyerunya.

d Marbas -
Berkebolehan mengubah rupa bentuk sesiapa yang berada di sekelilingnya seperti menukarkan manusia kepada serigala atau beruang, mengetahui rahsia terpendam, menyebabkan penyakit menular serta mampu mengubatinya. Apabila diseru, ia menjelma sebagai seekor kucing besar atau singa selain rupa seorang lelaki.

d Valefor -
Dikenali sebagai puaka yang amat jahat, memiliki sikap yang kurang disenangi dan penuh dengan muslihat. Menjelma sebagai singa berkepala keldai. Pakar dalam ilmu mencuri dan menjadi pendorong dan penghasut supaya seseorang mencuri.

d Amon -
Orang Mesir purba dikatakan menyembah Amon dan ia digambarkan sebagai lelaki berkepala burung selain serigala berekor ular. Bersifat licik dan gemar memanipulasi sehingga menyebabkan manusia menganggap ia sebagai 'tuhan'.

d Paimon -
dikatakan puaka yang amat berbahaya dan berkuasa di kalangan jin. Menguasai 200 pasukan tentera. Ahli sihir silam mengatakan Paimon adalah jin yang amat sukar untuk diseru. Ia menjelma sebagai manusia yang memakai mahkota dan diiringi tenteranya selain muzik tertentu akan berkumandang. Berkuasa menjadikan seseorang itu berpengaruh dan bermartabat.

d Gusion -
Menjelma sebagai lelaki bertubuh sasa dan memakai jubah kuning, bercakap dengan lembut dan tenang serta kelihatan baik. Berkebolehan menjawab segala persoalan lampau dan masa hadapan. Menguasai lebih 45 pasukan tentera.

d Sitri -
Berkuasa membangkitkan nafsu seks dan menghasut supaya manusia bertelanjang dan melakukan hubungan kelamin. Digambarkan menjelma sebagai makhluk berkepala harimau dan bersayap.

d Beleth -
Menguasai 85 pasukan tentera. Menjelma sebagai seorang kesatria yang menunggang kuda pucat dan diiringi muzik tertentu, mulutnya mengeluarkan api. Antara jin yang sukar diseru.

d Lerie -
Suka menghasut sehingga berlakunya perang dan menyebabkan kecederaan yang dialami sesiapa saja ketika perang tidak akan sembuh selagi Lerie tidak beredar. Cara terbaik adalah memotong bahagian yang cedera atau mati. Menguasai 30 pasukan tentera. Menjelma sebagai seorang pemanah kacak.

d Bathin -
Berkuasa memindahkan seseorang ke tempat atau ke negara lain. Menjelma sebagai lelaki gagah berekor ular yang menunggang kuda pucat. Menguasai 30 pasukan tentera.

d Ipos -
Digelar 'Putera Helah' dan menjelma sebagai jin yang memiliki kepala singa dan berkaki angsa. Seseorang yang dikuasai Ipos akan lebih gemar bergaduh daripada bercakap. Menguasai 36 pasukan tentera dan berkuasa menjadikan seseorang itu cerdas dan berani.

FAKTA: Makhluk ghaib

Puaka, syaitan dan hantu sebenarnya adalah jin yang jahat manakala ketuanya adalah Iblis. Selain puaka yang diterangkan, jin lain yang dipercayai kaum Ibrani adalah Samigina, Barbatos, Eligos, Zepar, Botis, Sallos, Purson, Morax, Aim, Naberius, Glasya-Labolas, Bune, Ronove, Berith, Astaroth, Forneus, Foras, Asmodeus, Gaap, Furfur, Marchosias, Stolas, Phenex, Halphas, Malphas, Raum, Focalor, Vepar, Sabnock, Shax, Vine, Bifrons, Uvall, Haagenti, Crocell, Furcas, Balam, Alloces, Caim, Murmur, Orobas, Gremory, Ose, Amy, Orias, Vapula, Zagan, Buer, Volac, Andras, Haures, Andrealphus, Cimejes, Amdusias, Belial, Decarabia, Seere, Dantalion, Andromaliu.
Misteri Bersambung- Puaka Kaum Ibrani

Wednesday, August 8, 2012

Asal Usul Melayu (Malay Origin)

Salam...hehehe...

Dari apa yang aku baca masa duk blogwalking (Melayu,Mala,Malai) bermaksud Gunung,jadi melayu bermaksud Bangsa Gunung,betulkah? Aku pun bukannya pandai sangat,hehe.Betulkah bangsa (Melayu,Malai,Mala) dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.? Dari apa yang aku baca kat blog tu,penulis bllog tersebut mengatakan tak mustahil Bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang.
 
Nak tahu mengenai sejarah-sejarah dan rahsia-rahsia bangsa (Melayu,Mala,Malai) Bangsa Gunung yang (berasal@dilahirkan) dari ibunda (Keturah@Qeturah),isteri Nabi Ibrahim yang berasal dari kerajaan melayu kemboja purba serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yg hilang telah mendapat hidayah Allah SWT dan akan menentang kaum Bani Israel yg sesat a.k.a bangsa yahudi kat negara haram israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan.



BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejaki sejarah mereka sahaja.

Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu 'KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL-QURAN'.Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan 2 puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.

Di dalam Kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin.

Setelah Yahudi Zionis membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador, sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip ‘lost tribe’). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).

Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah 'Ibu' bagi segala orang-orang Manasseh ‘The Lost Tribe’.

Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Professor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, 'Ibu' bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Untuk menguatkan lagi cerita, 'Tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.Mala Adalah 'The Lost Tribe' Yang Sebenar,Lebih Tersembunyi Dari 'The Tribe Of Dan'.<----------- memang aku sendiri pun tak tahu sebab ada yang kata melayu asal usul dari indonesia dan ada yang kata dari thailand,pening aih...

Jadi kalau berpandu kepada Kitab Yahudi Kuno bahawa ‘The Lost Tribe’ dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi Zionis di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana Hadith mengenai Imam Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s.

Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu (Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% varian Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang ‘the lost tribe’ ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.

Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini ‘Bumi Mala’? Apakah yang diceritakan di dalam manuskrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?
Dari mana salsilah “Melayu”. Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf? . Kenapa? .
MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ “Q” ? . Apakah itu “3 Mim” ?
Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism… kenapa?



MELAYU – JAWI

Siapakah Melayu? Dari manakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ‘di penghujung dunia’. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. ‘Di hujung dunia’, setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat… tidur dengan lenanya… senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka…dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?
‘Dihujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak tidur!

Keturah@Qeturah (Ibu Melayu)

Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabadkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang (yang saya curi-curi baca sewaktu berusia 12 tahun), ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi.

Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai.

Apa maknanya semua ini? Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama.
Tapi… siapakah Keturah??

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor).

Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.Melayu diambil dari perkataan ‘Mala’ (nama bangsa asas Keturah).Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani).

Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s. Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s .

Levi merupakan Ketua Ulama dan Ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.

INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. Melayu Adalah Bangsa Mala (Yang Mempunyai Darah Keturunan Nabi Ibrahim a.s) .

Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.

DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan ‘Mala’ dengan ‘Mon’ tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat ‘benang-benang merah’ sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan ‘Suvarnabhumi’-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka)

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak,ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah.

Begitu juga Melayu Selangor,Perak,Johor dan lain-lain serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri.

Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks,merangkumi persoalan Ophir,Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba),kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar,Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN.MISTERI YANG LAIN.

Jawab soalan ini,bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland?

Ada misteri di situ. Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani.Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, Perpustakaan Iskandariah yang terkenal,yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba)

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai ‘benang-benang merah’ dengan Bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam.

Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang Arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).Kambuja,Aryan,Mala,Manasseh,suku Sakya dan Buddha.

Bangsa Mala itu memang bukan dari Yahudi.Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehudah (Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan abangnya Shimon (Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s).

Sedangkan kan hipothesis dari Dr.Ralph Olsen mengatakan Bangsa Mala ini dari Bani Menasseh anak kepada Nabi Yusof a.s ini jelas bila kajian DNA telah dilakukan pada puan ‘Bnaei Menasseh’ di Daerah Assam, Burma telah mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel.

Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari dari Peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah.Kajian mengatakan Bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam.

Oleh kerana itu,bangsa Mala yg sifatnya tidak menyenangi ‘Yahudi’ ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dalam perigi oleha saudaranya Shimon dan Yehudah.

Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada 'bloodline' dengan bani Menasseh (Keturunan Nabi Yusof a.s@Joseph) maka layak lah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi.

Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan nabi Yaakob a.s,sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel.

Samalah dalam kes Pendita Yahudi kata Nabi Ibrahim a.s itu Yahudi,lalu ALLAH tegaskan baginda bukan Yahudi mana tidaknya Yahudi hanya salah satu suku kaum dari Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim a.s.

Seperkara lagi bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan Puak Lemba Afrika memang ada Genetik Israel dari Bani Benjamin@Bunyamin adik kepada Nabi Yusof a.s malahan di Cina pun ada keturunan Isarel yang dah bercampur dengan bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.

Jadi 'Lost Tribe Israel' memang lari ke sebelah Asia melalui ‘Laluan Sutera’ untuk turun ke Yunnan,Mekong dan Indochina hingga terserap dalam bangsa Mala (Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad yakni Islam).Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.

Jadi Bani Israel merangkumi keturunan Nabi Ibrahim turun kepada  Nabi Ishak lalu Nabi Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak nabi Yaakob a.s., jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah pilihan Puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan ALLAH Taala.

Kajian Projek Genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralph Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk website beliau link: http://www.mormonlocations.com/author.html).Projek Genome itu dijangka lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk 'The Lost Tribe' disebelah South East Asia Region.

psssttt : sumber dari Klik Sini ...aku copy-paste ja tpi dengan izin ya...hehehe.
Misteri Bersambung- Asal Usul Melayu (Malay Origin)