Showing posts with label Pengujian. Show all posts
Showing posts with label Pengujian. Show all posts

Thursday, August 23, 2012

Pengalaman 4


Assalamualaikum...perghhh dah berapa hari tak update posting kat blog MisteriAlamMelayu.blogspot.com aku ni,siap taip nama penuh blog lagi tue...wakakaka....Maklum lah tengah dalam mood raya lagi ni.Raya tahun ni aku tak balik ke Sungai Petani,Kedah tapi aku pi beraya di Kalumpang.

Bagi aku raya tahun ni kureng sikit la sebab macam dah tak ramai yang buat ketupat.Lemang dengan nasi impit ja banyak,adoiii...

Haaa,ni cerita tadi pagi kat Kalumpang.Jiran sebelah wan aku hilang duit rm8k dalam rumah,dia cerita tu duit dia simpan hasil jualan buah durian dari dusun dia.Banyakkk tueee beb...bukan setakat duit dia ja hilang termasuk sekali duit anak-anak dia yang balik beraya kat umah dia.

Patutla malam tadi aku duk dengar suara anjing duk menyalak.Untuk info aku tido kat bilik depan memang jelas dengar bunyi anjing menyalak.Mula-mula dengar macam jauh pastue makin dekat plak kat jalan depa umah.Lagipun aku bukannya reti apa pun benda-benda camni so aku buat dek ja la.

Pastue pagi tue jugak ada berita terkini dari atok(bukan nama sebenar) sebelah umah wan aku ni.Dari cerita atok(bukan nama sebenar) dia bagitau kat wan aku yang dia perasan ada benda melayang masuk dalam umah dia.Aku nak kata toyol,takkan toyol masuk umah orang mencuri barang dengan melayang kut? ish...ish...ish...entahlah aku pun taktau.

Setakat tue ja la yang wan aku cerita kat aku pagi tadi sebelum aku balik semula ke Damansara.Tapi ada 1 petua aku rasa lawak jugak la,wan aku kata orang dulu-dulu,depa simpan duit kat celah ketiak dengan kat dalam spender,sebabnya toyol takut dengan bulu ketiak dan bulu tut tut tut...wkwkwkw...aku pun tak faham.Apa kena mengena bulu-bulu tue semua dengan toyol? zzz...

Wan aku ada cerita lagi yang Si Polan(bukan nama sebenar) ada bela toyol.Dia kata toyol ni ada masa-masa dia kena bagi 'menetek' atau bagi hisap susu badan kalau tuan dia pompuan.Lagi 1 wan aku kata tuan dia akan sediakan  1 bilik gelap khas untuk toyol dia 'menetek'.

Sebelum aku lupa nak taip,wan aku kata lagi yang duit hasil curian toyol tue tuan dia kena habiskan dalam masa sehari.Lupa aku nak tanya kalau lebih sehari sebab apa tak boleh.Rupa-rupanya zaman moden camni pun ada lagi orang duk buat keja macam ni...huhuhu.

psssttt : Jangan Biarkan Hartamu Kecurian Toyol...hehehehehe...
Misteri Bersambung- Pengalaman 4

Sunday, August 12, 2012

Pengalaman Kali Ketiga

Salam...hehehe amacam hangpa punya puasa? ada yang dah tertinggal ka? hehehe...takpa,ada umur panjang leh cuba lagi puasa bagi penuh.Haaa baru-baru ni aku ada dapat 1 barang nama dia Geliga Jed Darah.Fuhhhyooo punya la cantik batu dia.

Aku cukup paling suka tengok urat-urat dalam batu tue yang mana bila kita letak kat bawah cahaya nampak bercahaya cantik sangat.Selalunya aku letak kat cahaya yang kat roller tetikus/mouse tue tapi aku punya pakai yang lampu-lampu tue jenama Logitech MX518.Hangpa nak tau tak? Ok macam ni,ni cerita hari sabtu punya.

Masa tue aku tengah duk rilek-rilek la kat umah.Tiba-tiba dapat 1 call,mula-mula tue aku tengok nombor yang aku tak kenal so,aku tak jawab la call tue.Bila dah banyak kali sangat call,aku dengan bengangnya pun jawabla call tue.

Nak dijadikan cerita,rupa-rupanya yang call tue kawan aku masa kat Damansara ni.Dulu selalu jugak aku lepak dengan dia minum kopi kat kedai mamak.Terus terang aku cakap,tak silap aku dekat 2-3 tahun jugak la tak jumpa.

Sejak dia kena pindah pi batu pahat,johor,aku pun kurang la nak melepak sangat.ok lah aku straight-to-the-point ja,tiba-tiba dia mintak aku punya no akaun bank,aku tak tanya banyak aku terus la bagi.Pastue kami sembang-sembang la sikit lagi pun bukan aku yang call dia,hehehe...jimat kredit eden.

Dah habis sembang apa semua dah off call,dia sms aku kata dia nak bagi sesuatu kat aku,aku tanya bagi apa,dia jawab 'ada la'.aku pun duk tunggu la 'benda' yang dia nak bagi tue.Terkejut lembu aku,rupa-rupa dia bank-in aku rm dalam akaun aku.

Laaaa...Aku tanya la dia,'pasaipa hang bagi rm kat aku ni weiii?' Dia kata kat aku,dulu masa dia susah aku sentiasa ada dengan dia,entahla aku pun dah tak ingat,huhuhu.Apapun semoga hang berjaya dalam hidup hang dan dimurahkan rezeki hg sebanyak-banyaknya,sahabatku.Amiiin.Boleh la cek beli baju raya tahun ni,hehehe...

psssttt : member aku tue kat Terengganu skang ni sebab dia orang ganu...hehehe.
Misteri Bersambung- Pengalaman Kali Ketiga

Thursday, August 9, 2012

Pengalaman Kali Kedua


Salam...tahun ni aku rasa aku raya sakan dengan isteri aku.Baru tadi isteri aku sms aku pukul 4.05pm yang dia kata bos dia kat oversea nun bagi duit raya rm2,500.Gila ka apa ni,hehe.

Aku balas sms dia yang aku kata dia tipu.Dia kata betullah sebab dia sendiri pun macam tak percaya.Perghhhh,bergaya sakan tahun ni dengan isteri aku dapat rezeki lebih,syukur Alhamdulillah hehehe.

Sebenarnya aku ada bagi dia 2 biji geliga jenis Geliga Cemara Emas dengan Geliga Air Terjun.Aku bubuh dalam dia punya beg tangan.Khasiat kedua-dua geliga nantilah aku cerita lain.Dah boleh dah tue buat bayar hutang-hutang tertunggak yang ada.

Buat hangpa semua jangan la pulak hangpa semua percaya yang geliga-geliga tu yang bagi rezeki pulak naa,takmau takmau.Yang bagi rezeki kat kita semua cuma ALLAH S.W.T.Benda-benda  tue mungkin cuma  kebetulan ka.

Macam kita tanam pokok la,bukan terus seketul kita dapat pokok.Mula-mula kita tanam biji benih dari biji benih dia jadi akar,batang,ranting,daun-daun dan buah-buahan.Biji benih tue siapa yang bagi? ALLAH S.W.T yang bagi kan...Macam geliga-geliga ataupun benda-benda misteri lagi mistik ni la jugak,siapa yang bagi? ALLAH S.W.T yang bagi.

Semua benda yang ALLAH S.W.T bagi kat manusia,semua ada kegunaannya bagi yang mahu berfikir.Geliga-geliga ni ada yang alami maksudnya disini tiada pengisian (khadam/khodam/jin/syaitan).

Tapi kalau yang ada 'pengisian' tu memang aku sendiri pun tak berani nak simpan woooo,apatah lagi nak menjual kat orang.Kena yang jenis 'Tin Kosong' yang beli,naya kat orang oooiii,kesian.Oklah setakat ni dulu harini cerita aku,semua cerita yang aku post semuanya terjadi pada hari yang aku tulis posting ni,tarakkk tipu-tipu punya.Kalau tipu aku cakap tipu.


psssttt : belilah yng alami bukan yang di'isi'...kihkihkih.
Misteri Bersambung- Pengalaman Kali Kedua

Monday, August 6, 2012

Pengalaman Kali Pertama

Salam...Haaa,hari ni aku nak cerita sikit pasal petang tadi.Tadi petang dalam pukul 6.30-6.47pm aku turun la nak pi kedai mamak kat bawah blok aku ni.Buat pengetahuan semua aku ni tinggal kat rumah bertingkat,hehe.

Sebelum kuar rumah tue aku dah siap-siap la nak bawa geliga aku dengan ikan tempel yang aku baru dapat dari seorang yang aku anggap sebagai sifu aku la.Ni benda-benda yang aku bawa dalam poket baju melayu aku (Ikan Tempel sekeping,Geliga Air Terjun sebiji,Geliga Batu Cemara Emas sebiji) dibalut dalam tisu ja...

Aku pasang niat sebelum kuar.Aku pun kuar rumah pi ke lif.masa dalam lif ada la 3 orang lelaki yang bersiap nak pi masjid kat tempat aku ni.Aku pun tegur la depa,depa cuma senyum.Sampai bawah lif terus aku pi kedai mamak nak bungkus nasi dengan milo ais...

Nak jadikan cerita,masa aku tengah nak bayar kat kaunter tue,aku cuma sekilas pandang ja kat luar kedai terperasan la yang ada sorang awek ni terus ja masuk kedai mamak terus order makanan dari kaunter padahal pelayan mamak tue ada ja ramai...

Yang tak tahan tue aku dapat rasa macam dia tengah usha-usha aku walaupun sekejap.Aku pun try la usha balik,kantoiii...memang dia tengah usha aku....kahkahkah...siap pakai contact lens kaler-kaler tue.Cantik la jugak orangnya...Bila aku tengok dia.tak berkelip dia tengok aku,Aku apalagi control macho lah beb,kahkahkah...

Bila dah lama sangat dia duk usha aku,aku plak naik segan...terus aku pi amik milo ais bungkus aku pastue terus aku blah.Masa tue aku dah tak ingat yang aku ada bawa benda-benda tue dalam poket atas baju melayu aku.Bila dah sampai kat lif nak balik umah,pulak dah dalam lif pulak...haih...awek kurang cun tapi cantik la duk usha pulak...Aku buat dek ja la...

Sampai ja rumah,duk teringat pasal kat kedai mamak tue adakah ianya disebabkan benda-benda yang aku bawa tue atau hanya kebetulan.Last-last aku gelak sorang-sorang...kahkahkah.

(Tak pasal-pasal mai orang ramai dalam kedai mamak tue,depa tak pi kedai sebelah.Padahal sebelum ni kedai mamak tue mana ada orang sangat time bukak posa.Maklum la bulan posa semua nak makan kat rumah dengan anak bini.Alhamdulillah rezeki kedai mamak tue la kut)

psssttt : aku memang hensem...qiqiqiqi...

Misteri Bersambung- Pengalaman Kali Pertama