Showing posts with label Petua-petua. Show all posts
Showing posts with label Petua-petua. Show all posts

Friday, August 31, 2012

Misteri Khasiat Belimbing Buluh

Salam...ok kali ni kita cerita plak misteri kebaikan Belimbing buluh. Dekat kampung kalau tak silap aku berlambak pokok buah belimbing buluh ni,kat umah tok aku kat penang ada tanam pokok ni. Selalu tok aku buat masak lemak,sedap woooo. Selain sedap, ia turut berkhasiat.

Anda yang ada penyakit darah tinggi pun boleh memanfaatkan khasiat semulajadinya. Kaedahnya akan saya nyatakan satu-persatu sebentar saja lagi. Okey?



BelimbingBuluh @ BelimbingAsam - Wikipedia

1. Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar.

2. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.

3. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.

4. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.

5. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.


Daun belimbing buluh pun ada kegunaannya. Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh cuba petua di bawah;


1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar.

2. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.

3. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih.

4. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.

5. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan.

6. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.


Buat sementara waktu ni, begitulah antara khasiat belimbing buluh yang dapat sifu aku kongsikan dengan hangpa semua. Iaitu sebagai ubat darah tinggi juga ubat demam panas. Harap ianya dapat dipanjang-panjangkan ya.

-Sifu Herba-
Misteri Bersambung- Misteri Khasiat Belimbing Buluh

Tuesday, August 7, 2012

Petua-petua Orang Melayu (Malays Tips)



 Kebal Peluru

Salam Sejahtera keatas semua Saudara Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat-sahabat Baginda SAW

Segala puji-pujian kepada ALLAH dengan sebanyak bilangan ciptaan-NYA

Jampi Kebal Peluru

Assala mu'alaikum
Nabi Jankia Nama Bapa mu
Nabi Rabbana nama Ibu mu
Sang Mabok nama ubat mu
Naga umbang nama peluru mu
Jala patah nama suara mu
akulah anak mu Radin Aria Misan
Sekar dari dunia ini

Nota: Gunakan dengan Besi Kuning (susah untuk mendapatkannya), dipakai kemana-mana.

Petua jika mahu tahu samada Besi Kuning atau tidak, Besi Kuning hanya boleh dipotong dengan Daun Sireh.Wallahualam.

psssttt : aku tak tau la jadi ke tak...ni aku copy-paste dengan mintak izin...

Klik Sini
Misteri Bersambung- Petua-petua Orang Melayu (Malays Tips)