Showing posts with label Misteri Dunia. Show all posts
Showing posts with label Misteri Dunia. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

Misteri RMS Queen Mary

Misteri Hantu Kelabu RMS Queen Mary

KELIBAT misteri sering dilihat di ruang jalan antara bilik.

Kisah paranormal kapal seberat 60,000 tan lebih menggerunkan dikaitkan dengan kematian seorang anggota bomba pada 1966. 
 
KAPAL perang RMS Queen Mary pernah digelar Hantu Kelabu atau "The Grey Ghost" kerana ketika Perang Dunia Kedua, penyamaran dan risikan kerap kali dikaitkan dengan warna kelabu.  
 
RMS Queen Mary disifatkan antara kapal perang yang besar dan laju. Untuk sekali pelayaran, kapal itu boleh memuatkan 15,000 penumpang, Bagaimanapun, selepas perang tamat dan hampir 60 tahun berkhidmat, RMS Queen Mary masih dikenali sebagai Hantu Kelabu. 
 
Malah, ia bukan sekadar nama, sebaliknya terlalu banyak kisah paranormal dilaporkan berlaku dalam kapal itu. Antaranya, suara kanak-kanak menangis di bilik asuhan yang dulunya digunakan sebagai bilik santai kelas tiga. 
 
Selain itu, bunyi kocakan air di kolam renang kelas pertama yang tidak dikunjungi sesiapa. Juga kisah lelaki tinggi berpakaian serba hitam dan bayangan seorang wanita cantik yang mengganggu anak kapal pada lewat malam.

BILIK komunikasi RMS Queen Mary.
Kisah hantu di kapal RMS Queen Mary lebih menggerunkan apabila dikaitkan dengan kematian seorang anggota bomba muda, John Pedder, 18, pada 1966. Pedder dikatakan terbunuh ketika pintu di bilik enjin tiba-tiba terbuka dan menghentamnya. 
 
Dia mati di tempat kejadian dan hantunya yang dikatakan tidak tenteram sering berkeliaran dalam kapal itu.

RMS Queen Mary sebenarnya dibina ketika kehangatan Jerman melancarkan dua kapal perangnya, Bremen dan Europa. 
 
Britain yang tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan pembinaan kapal perang akhirnya mengarahkan Star Line membina sebuah kapal seberat 60,000 tan manakala sebuah lagi syarikat, Cunard membina satu lagi kapal seberat 75,000 tan. Kedua-duanya ketika itu masih belum diberi nama dan hanya dikenali sebagai No 552 dan No 534.

Akhirnya Raja George V bersetuju kapal itu dinamakan RMS Queen Mary, sempena nama isterinya, Mary walaupun pada awalnya Cunard ingin menamakannya Victoria. 
 
RMS Queen Mary dibina oleh dua syarikat, John Brown & Company Shipbuilding dan Engineering Shipyard yang berpangkalan di Clydebank, Scotland pada Disember 1930. 
 
Bagaimanapun, pembinaan itu terhenti pada Disember 1931 disebabkan kemelesetan ekonomi. Cunard kemudian memohon pinjaman Kerajaan British untuk menyiapkan No 534 dan pinjaman itu diluluskan untuk menyiapkan kapal berkenaan manakala bakinya digunakan menyiapkan kapal yang dikenali sebagai No 552. Kapal itu kemudian dinamakan Queen Elizabeth.

Ketika memberi pinjaman kepada Cunard, satu daripada terma pinjaman Kerajaan British menyebut Cunard mesti bergabung dengan White Star Line. Atas persetujuan, kedua-dua syarikat besar itu bergabung pada April 1934. 
 
Kerja menyiapkan RMS Queen Mary disambung semula dan akhirnya dilancarkan secara rasmi pada 26 September 1934. Bagaimanapun, reka bentuk RMS Queen Mary disifatkan sebagai sangat tradisional dan menerima kritikan hebat. 
 
Ia dikatakan versi baru yang lebih besar untuk satu lagi kapal perang era Perang Dunia Pertama yang juga dibina oleh Cunard. Malah, reka bentuk dalamannya yang diberi sentuhan “Art Deco” sangat konservatif berbanding kapal perang milik Perancis.

Bagaimanapun, RMS Queen Mary membuktikan semua kritikan itu salah, apabila ia menjadi kapal perang yang terbesar dan boleh mengangkut lebih banyak tentera berbanding kapal perang negara Eropah lain. 
 
Kapal itu juga muncul sebagai kapal perang terpantas. Ini terbukti apabila pada Ogos 1936, kapal itu memenangi anugerah untuk kapal terpantas, Blue Riband. Dalam Perang Dunia Kedua, RMS Queen Mary bukan saja berkhidmat untuk tentera British sebaliknya turut membawa kumpulan tentera Australia dan New Zealand ke United Kingdom.  
 
Oleh kerana saiz dan prestijnya, tentera musuh terutama Jerman ingin sekali melihat ia karam.

Malah, Adolf Hitler pernah menawarkan $250,000 kepada tenteranya jika berjaya menenggelamkan RMS Queen Mary. Selepas perang tamat, RMS Queen Mary akhirnya dijual bagi membolehkan Cunard menambah modal membina kapal baru. 
 
RMS Queen Mary ‘menamatkan’ perkhidmatannya pada 1967. Bagaimanapun reputasi Hantu Kelabu tidak berakhir begitu saja. Sepanjang 60 tahun berkhidmat, 49 kematian dilaporkan berlaku di situ. Justeru, RMS Queen Mary kerap kali dirujuk sebagai lokasi roh tidak tenteram berkumpul.

Atas tarikan dan reputasinya, pemilik baru menjadikan RMS Queen Mary sebagai tarikan pelancong. Malah, bukan lagi rahsia apabila dalam usaha menjadikan kapal itu lebih berhantu, beberapa kesan khas yang lebih dramatik dipasang di beberapa lokasi strategik antaranya bilik enjin.  
 
Menerusi lawatan yang dibuka setiap hari, pelancong boleh melakukan siasatan aktiviti paranormal peribadi. Pelancong juga digalakkan mendokumentasikan pengalaman itu. Ketika sambutan Halloween, RMS Queen Mary adalah lokasi berhantu paling popular menerusi aktiviti yang dinamakan “Queen Mary’s Shipwreck’ yang diadakan setiap tahun.

Disebabkan reputasinya, RMS Queen Mary kerap kali menjadi tarikan kumpulan paranormal untuk membuat penyelidikan. Malah, ia pernah dipaparkan dalam pelbagai rancangan televisyen seperti Ghost Hunters. 
 
Sebuah rancangan paranormal terbitan British, Most Haunted turut memaparkan misteri RMS Queen Mary. Tidak ketinggalan, siri paranormal terkenal 1998, X Files turut merakamkan satu episod mengenai kapal berkenaan.

FAKTA: RMS Queen Mary kerap kali menjadi lokasi penggambaran filem, siri televisyen dan iklan antaranya termasuk

# The Poseidon Adventure (1972).
# SOS Titanic (1979).

# Iklan kereta Toyota untuk versi Celica All-trac Turbo (1991)

# Tidal Wave: No Escape (1997).
# Pearl Harbor (2001).

# Fiona Apple "O' Sailor" (video).

# Rancangan paranormal Britain, Most Haunted (2005).
# Siri akhir rancangan bersiri Arrested Development (2006).
# National Lampoon's Dorm Daze 2 (2006). 
 
-Sumber-
Misteri Bersambung- Misteri RMS Queen Mary

Friday, September 21, 2012

Misteri Keajaiban Air Zam-Zam

Firman Allah S.W.T :

“Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup”
(Surah Al-Anbia, ayat 30 )

Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat peka sekali dalam menjalankan perintah Tuhannya!

Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?

Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik. Air sebenarnya boleh merakam setiap bunyi gema getaran yang dihadirkan kepadanya dengan baik termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). 
 
Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks. Air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.

Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan mengikut tradisi agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian ia diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.

Ujikaji diulangi dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. 
 
Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “syaitan”, maka molekul air berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, molekul kristal air itu terus hancur. 
 
Ketika 500 orang berkonsenstrasi memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika diuji dengan dibacakan doa Islam,kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!

Punca Air Zamzam

Semasa di suatu seminar yang rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. 
 
Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. 
 
Prof. Emoto menggangguk dan berkata “Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”. 
 
Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan.

Di dalam bukunya iaitu "The Hidden Message in Water", Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air mempunyai sifat yang boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau 'compact disk'
 
Semakin kuat konsentrasi yang diberikan oleh pemberi pesanan (contoh pembaca doa perubatan menggunakan air) maka akan semakin kuat dan berkesan rakaman yang dirakamkan pada molekul air berkenaan. Maka air itu boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain.

Penemuan ini menjelaskan air putih yang didoakan mampu menyembuhkan penyakit mengikut bacaan dan niat. Air berkemampuan untuk menangkap pesanan dan niat doa untuk penyembuhan penyakit lalu dipindahkan pesanan dan niat itu kepada molekul air yang ada dalam badan pesakit itu contohnya kepada molekul cecair darah. 
 
Tubuh manusia terdiri daripada 75% air. Otak mempunyai 74.5% air, Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandungi 22% air.

Rasulullah saw, bersabda, "ZamZam Lima Syuriba Lahu," maksudnya Air Zam-Zam akan melaksanakan pesanan dan niat orang yang meminumnya. Barang siapa yang meminumnya untuk merasa kenyang, dia akan berasa kenyang. Barang siapa yang meminumnya dengan niat untuk penyembuhan, InsyaAllah dia akan sembuh.

Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. 
 
Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. 
 
Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalahstrukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. 
 
Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.
 
Molekul Air Zamzam

 
Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkandung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus diniatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. 
 
Betapa ramai yang telah kita dengari akan jemaah yang tersesat daripada dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikkan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!

Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu dan mempercayai tanpa ragu akan rahsia kehebatan air Zam-Zam ini sahajalah yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air zam zam ini.

Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf 7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang justeru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.

Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang ke arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana “alam pada diri manusia” itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman.

Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk sambil membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah” yang “berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu. 
 
Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalan-Nya!

Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. 
 
Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran.

Persetubuhan, suami isteri wajib mandi wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis. 

Adakah anda tahu 60-70% daripada badan manusia terdiri daripada unsur cecair (air)? Cuba anda bayangkan bentuk molekul air dalam badan anda jika anda membuat sesuatu perkara yang positif atau negatif? Dan setiap perkara pasti ada kesannya maka apakah kesannya pula terhadap diri anda jika anda membuat sesuatu perkara yang positif atau negatif? Muhasabah dirilah kita bersama-sama.

Menurut Ustaz Zamri, jika kita melakukan atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak cantik’. Apakan akan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga kacau seperti molekul air itu, rasa tidak tenang. 
 
Jika kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat kerja-kerja yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi tenang seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau yang telah dibuktikan melalui bacaan ayat suci alquran yang dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama . Wallahua’lam..
 
Marilah kita menonton pula sedikit sedutan video berkaitan molekul air yang hebat ini terutamanya molekul air zam zam yang dijumpai oleh Profesor Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama :
 
 
psssttt : kalau la ada kat Malaysia,makin sihat aku...Amiiin...
 
Misteri Bersambung- Misteri Keajaiban Air Zam-Zam

Misteri Piramid Di China

Sekadar Hiasan
 
Siapa kata bangunan raksasa berbentuk kon yang biasa dipanggil sebagai piramid hanya terdapat di Mesir?? Selama puluhan tahun, terdapat sebuah legenda, yang beredar di dunia barat bahawa di sebuah lokasi terpencil di China, terdapat banyak piramid misteri yang ia bahkan lebih besar berbanding piramid yang terdapat di Mesir. Benarkah lagenda tersebut??

Selama puluhan tahun, kerajaan China dan para arkeologinya telah menafikan kewujudan piramid-piramid ini, dan penafian ini membuatkan dunia barat semakin tertarik untuk menyelidikinya.

Apakah benar ada piramid di China? Apakah yang sesungguhnya tersimpan di dalam piramid-piramid ini? Mengapa kerajaan China menyangkal kewujudannya? Namun, pada masa kini, melalui space imaging dan google earth, kita mampu untuk mengetahui jikalau piramid-piramid di China ini benar-benar wujud, bahkan kuantitinya berjumlah sehingga 100 buah. Piramid-piramid ini terletak di daerah Xaanshi di kota kuno Xian.

The Great White Pyramid

Pada tahun 1983, Bruce Cathie iaitu seorang penulis mengakui kerajaan China telahpun mendedahkan kepadanya bahawa piramid-piramid itu sebenarnya benar-benar wujud. Namun tidaklah ada kemisteriannya kerana piramid-piramid itu hanyalah kubur para maharaja mereka.

Di dalam bukunya yang berjudul The Bridge to Infinity (1983), Cathie menceritakan asal usul piramid China ini mulai dikenali di dunia barat. Semuanya bermula daripada pengalaman seorang juruterbang tentera udara Amerika yang bernama James Gaussman.

Ketika itu pada tahun 1945, Gaussman sedang terbang di antara India dan China dalam misi rutinnya. Namun ketika engin pesawatnya mengalami sedikit masalah, ia harus merendahkan ketinggian kapal terbangnya. Pada saat itulah ia telah terlihat sebuah piramid raksasa China yang misteri.

Dalam laporannya, ia mengatakan:

"Aku menerbangkan pesawat mengitari sebuah gunung dan kemudian aku masuk ke sebuah lembah. Tepat dibawah kami, terlihat sebuah piramid putih raksasa yang seakan-akan muncul dari negeri dongengan. Piramid itu putih gemerlapan. Mungkin diperbuat daripada logam atau bebatuan jenis tertentu. Seluruh sisinya berwarna putih. Namun yang paling menarik adalah terdapat sebuah batu di puncak piramid tersebut - sebuah material berharga seperti mutiara. Aku benar-benar takjub dengan kedashyatan bangunan itu."

Pada ketika itu, boleh dikatakan bahawa simbol kewujudan piramid hanyalah identiti bagi negara Mesir. Jadi, seharusnya laporan Gausmann boleh menarik perhatian lebih banyak penyelidik di barat kerana penemuan Gausmann adalah piramid di China. 
 
Namun, Laporan Gaussman hanya berakhir di dalam arkib tentera Amerika tanpa diketahui sebabnya. Mungkin mereka menyangka itu hanyalah kekeliruan Gausmann akibat masalah kapal terbangnya.

Dua tahun selepas laporan Gausmann, piramid China kembali heboh diperkatakan. Kolonel Maurice Sheahan, pengarah Trans World Airline mengakui bahawa beliau juga pernah melihat piramid raksasa China itu. 
 
Pengakuan Sheahan itu dimuatkan di dalam akhbar harian New York Times pada 28 Mac 1947 dengan judul artikel "Juruterbang Amerika melihat piramid raksasa China di pergunungan terpencil di barat daya Xian".

Dalam artikel tersebut, Sheahan mengatakan bahawa piramid ini memiliki ketinggian 300 meter dengan lebar 450 meter. Jika anggaran ini tepat, maka piramid ini mengalahkan saiz piramid Mesir yang hanya sekadar memiliki ketinggian 135 meter.

Sheahan juga mengatakan bahawa piramid ini terletak di lembah kaki Gunung Qin Ling sekitar 40 batu ke barat daya Xian. Di piramid raksasa tersebut, ia melaporkan adanya ratusan gundukan kecil yang juga serupa seperti piramid. Namun pengakuan Sheahan itu tidak menyebutkan adanya batu seperti mutiara di puncak piramid berkenaan.

Dua hari selepas artikel itu dimuatkan dalam akhbar New York Times, Kisah ini dimuatkan kembali ke New York Sunday News. Kali ini mereka menampilkan sebuah foto piramid yang diketahui sebagai imej yang diambil oleh Gaussman pada tahun 1945. 
 
Sejak saat itu bangunan akhbar berkenaan menjadi objek perdebatan dan spekulasi. Siapakah yang membinanya? Untuk apakah bangunan itu dibina? Namun tiada seorangpun yang benar-benar tahu dengan pasti kerana ketika itu, Kerajaan China bertindak mengasingkan diri daripada dunia luar.

Beberapa tahun kemudian, penulis Jerman bernama Hartwig Hausdorf telah menulis di dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1994 berjudul Die Weisse Pyramide (The white pyramid). Di dalam buku tersebut dipaparkan banyak foto piramid-piramid di China. 
 
Hausdorf mengaku bahawa ia telah dibenarkan oleh kerajaan China untuk melawat beberapa lokasi yang dahulunya terlarang untuk diambil gambar-gambar di wilayah tersebut.

Dan pada masa sekarang, piramid-piramid di China sudah bukan bersifat rahsia lagi. Kita boleh melihat piramid-piramid ini dari google earth dan bahkan kita boleh melawat terus ke lokasi tersebut.

Berbeza dengan piramid di Mesir yang diperbuat daripada batu-batu besar, piramid di China terbina daripada gundukan tanah yang dipadatkan yang dibina sebagai kubur para maharaja. Dua di antara piramid piramid yang terbesar dan paling terkenal adalah Qin Shi Huang Mausoleum dan Maoling Mausoleum.

Qin Shi Huang Mausoleum
 
Mausoleum ini adalah piramid China yang terbesar sekali di antara kesemua piramid yang ada di China. Ketinggian awalnya adalah sekitar 76 meter, namun seiring dengan perjalanannya waktu, piramid ini terhakis sehingga tinggal 47 meter sahaja. Dasarnya mempunyai saiz 357 meter X 354 meter.

Tempat ini adalah tempat peristirahatan terakhir maharaja Qin Shi huang, raja pertama Dinasti Qin yang membina tembok china dan menyatukan seluruh China pada tahun 221 SM. Di piramid ini juga, pada tahun 1974, tiga orang petani yang ingin membuat telaga tanpa sengaja telah menemui parit-parit yang mengandungi patung-patung teracotta yang sekarang ini merupakan salah satu lokasi arkeologi paling termahsyur di dunia.

Menurut buku "Records of the Historian: Biography of Qin Shi Huang", sejarawan Sima Qian (145-90 SM) menyebutkan bahawa mausoleum ini mempunyai bilik-bilik yang mengandungi miniatur-miniatur istana dan paviliun dengan kolam air raksa yang mengalir di bawah langit- langit bertakhtakan permata yang membentuk gambar matahari, bulan dan bintang.

Dengan kata lain, isi mausoleum ini menunjukkan replika dari kerajaan sang maharaja lengkap dengan lima gunung suci di dalamnya. Para penyelidik Cina yang meneliti kandungan tanah di sekitar mausoleum sememangnya ada menemui kandungan raksa yang cukup tinggi. Ini mengesahkan kredibialiti tulisan Sima Qian. Menurut catatan Sima Qian, makam ini dibina ketika Qin Shi Huang masih berusia 13 tahun. Tenaga buruhnya adalah seramai 700,000 pekerja dan diselesaikan dalam masa 20 tahun.

Para pekerja memindahkan tanah sehingga sama tinggi dengan paras air di dalam tanah, lalu lantainya dilapisi dengan gangsa cair yang kemudian ditimpa dengan batu sarkofagus. Setelah kerja pembinaannya selesai, semua pekerja yang mengetahui jalan masuk ke makam ini dibunuh untuk menjaga kerahsiaannya piramid ini.

Hingga ke hari ini, piramid ini masih menyimpan rahsianya kerana kerajaan China masih belum membongkarnya dengan alasan takut merosakkan beberapa bahagian berharga dari kubur itu.

Maoling Mausoleum
 
Mausoleum ini, yang juga dikenali sebagai piramid putih besar, memiliki ukuran dasar 222 meter X 217 meter. Ini menjadikannya sebagai piramid kedua terbesar di China. Piramid ini adalah piramid yang fotonya terpampang di surat khabar New York Sunday News pada tahun 1947. 
 
Dengan kata lain, piramid inilah yang telah dilihat oleh Sheahan, dan mungkin juga oleh Gaussman. Namun, sepertinya Sheahan telah keliru dalam membuat anggaran ketinggian piramid ini kerana piramid ini ternyata hanya memiliki ketinggian sekitar 45 meter.

Mausoleum ini merupakan tempat peristirahatan terakhir Maharaja Wu yang bernama Liu Che (atau Wu Di) yang memerintah dari tahun 157-87 SM. Ini bermakna piramid tersebut telah berusia 2.000 tahun lebih.

Sejarah telah mencatatkan bahawa diperlukan waktu sehingga 53 tahun untuk menyiapkan binaan ini dan di dalamnya tersimpan banyak objek berharga. Berbeza dengan mausoleum Qin Shi Huang, mausoleum ini telah diekskavasi dan sebahagian artifak berharganya disimpan di muzium dan dipamerkan.

Walaupun telah diketahui bahawa piramid ini adalah sama dengan piramid di dalam foto yang muncul pada tahun 1947 itu, namun masih ramai lagi para penyelidik yang masih kebingungan dengan satu kemisteriannya. 
 
Menurut Gaussman, ia mengakui telah melihat terdapat sebuah material yang seperti mutiara di puncak piramid itu. Namun, didapati bahawa puncak piramid ini ternyata datar, seperti terpotong. Apakah Gausmann berbohong?

Atau, apakah seseorang telah memindahkan puncak piramid tersebut? Atau mungkin, di suatu tempat di China masih ada lagi sebuah piramid putih raksasa setinggi 300 meter dengan puncak berkilau yang belum ditemui?
 
Misteri Bersambung- Misteri Piramid Di China

Misteri Senibina Piramid Mesir Purba

Sekadar Hiasan
PIRAMID-PIRAMID MESIR PURBA menakjubkan sesiapa saja yang memandangnya. Ia adalah struktur-struktur yang masih wujud di kalangan Tujuh Keajaiban Dunia, mengharungi ribuan tahun dipenuhi cuaca padang pasir yang ganas dan kerja tangan manusia. 
Hakikat bahawa ia masih berdiri juga adalah satu misteri, memandangkan kawasan sekitarnya adalah zon gempa bumi dan banyak binaan telah tumbang sejak piramid-piramid Giza selesai didirikan dahulu.

Ramai orang mendakwa mereka telah bertemu dengan apa yang dipanggil "kuasa piramid", dengan meletakkan objek-objek tertentu di bawah model skala Piramid Agung Giza (piramid Firaun Khufu, atau Cheops). 
Model piramid itu seharusnya dilaraskan supaya setiap sisinya menghadap empat mata angin utama - Utara, Timur, Selatan dan Barat. Objek itu pula harus diletakkan di bawah satu pelantar untuk meninggikannya kepada tahap satu pertiga dari ketinggian piramid itu. Selepas beberapa lama, keajaiban-keajaiban mula berlaku.

Pada tahun 1959, satu paten telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Patent Czech kepada Karl Drbal, seorang jurutera radio, untuk satu "alat bagi mengekalkan ketajaman pisau cukur dan alat pencukur". "Alat" itu adalah satu model skala 1:1000 Piramid Agung, diorientasikan dengan betul. 
Beliau meletakkan di bawah piramid itu - pada kedudukan satu pertiga dari ketinggian piramid - pisau-pisau cukur, yang mana paksi terpanjangnya menganjur dari Utara ke Selatan. Beliau menemui bahawa pisau-pisau itu kekal tajam walaupun selepas 50 kali bercukur. Ini membuatkan beliau memohon untuk mendapatkan paten tersebut.

Para piramidologis - mereka yang mengkaji sifat-sifat piramid - mengatakan terdapat penumpuan tenaga dan medan magnetik di dalam piramid. 
Kajian terbaru menunjukkan bahawa sememangnya terdapat satu penumpuan kecil medan magnetik di dalam sebuah model skala piramid, diorientasikan dengan betul terhadap mata angin. 
Kita sedia maklum bahawa medan magnet memberikan kesan terhadap kehidupan di bumi - jerung berkepala tukul, sebagai contoh, bergantung kepada medan magnetik semula jadi di dasar lautan untuk memandu arah pergerakan mereka.

Mungkin penumpuan tenaga dan medan ini menghasilkan perubahan dalam sifat-sifat objek yang diletakkan di bawah piramid, tetapi kenapa ia berlaku di dalam piramid yang memiliki ukuran yang betul dan diorientasikan dengan tepat - soalan ini masih belum terjawab sepenuhnya. 
Banyak eksperimen turut gagal membuktikan kewujudkan "kuasa piramid".Walau bagaimanapun, ramai orang secara tidak sedar mula mempercayai bahawa piramid boleh membawa kebaikan kepada mereka. 
Dapatkah anda perhatikan bahawa banyak bangunan pencakar langit baru-baru ini memiliki puncak berbentuk piramid? Trend baru dalam senibina, atau pendekatan mistik ke arah kesempurnaan?

Fail-X: Sebenarnya melalui pengkajian yang mendalam terhadap piramid, para pengkaji memang mengakui bahawa bentuk piramid mampu menghasilkan tenaga yang boleh membawa banyak kebaikkan. Makanan yang diletakkan di bawah piramid lebih tahan lama dan tumbuhan yang berada didalam piramid lebih subur. 
 
Ada sesetengah orang yang mereka piramid sendiri dan bermeditasi di dalam piramid tersebut. Dikatakan hasil dari meditasi di dalam piramid itu membawa banyak kebaikkan kepada orang tersebut.

Malah sebuah kajian juga pernah dilakukan di negara matahari terbit, Jepun berkenaan dengan struktur binaan model piramid yang dibuat dengan ketepatan yang jitu. Eksperimen itu dilakukan dengan menggunakan sepasang bangkai tikus putih dan dua buah epal segar. 
 
Eksperimen itu dilakukan pada 2 buah eksperimen yang berbeza tetapi bukan sekaligus. Ia dilakukan dengan meletakkan seekor bangkai tikus putih dan sebiji epal segar di tengah² binaan piramid yang dipercayai tempat terletaknya makam firaun di dalam piramid yang sebenar. 
 
Sementara seekor lagi bangkai tikus putih dan sebiji epal berkenaan diletakkan di luar bersebelahan binaan model piramid dan dibiarkan selama beberapa hari.

Hasilnya setelah dibiarkan beberapa hari adalah memeranjatkan kerana didapati bangkai tikus putih dan buah epal yang diletakkan di tengah² binaan piramid tersebut kelihatan lebih baik berbanding dengan bangkai tikus dan buah epal yang diletakkan di luar bersebelahan model piramid berkenaan yang dibina pada ukuran yang jitu dan tepat. 
 
Padahal bangkai tikus dan kesegaran buah epal itu telah ditetapkan kualitinya adalah sama sebelum ia diletakkan di dalam dan di luar model piramid.

Sebenarnya kelebihan sebuah piramid itu bukan terletak pada permukaan bentuk piramid, tetapi ketepatan sudutnya. Jika anda mereka sebuah piramid tetapi mempunyai sudut yang tidak tepat, hasilnya pasti menghampakan. 
 
Piramid sebenarnya adalah salah satu bentuk geometri dari banyak bentuk geometri lain yang diaktakan ajaib. Jenis bentuk geometri ini dipanggil sebagai 'sacred geometry'. Semua 'sacred geometry' mempunyai suatu persamaan iaitu suatu ukuran sudut yang sama iaitu Phi 1.168 (Golden ratio). Jika anda berminat mengetahui tentang 'sacred geometry' ini, anda bolehlah cari di mana-mana enjin carian dengan menaip "sacred geometry".
Misteri Bersambung- Misteri Senibina Piramid Mesir Purba

Thursday, September 20, 2012

Misteri Ke Ni



Wahhh...yang ni apa cerita plak ni...kejadian berlaku di China...ada yang kata malaikat yang bantu,ada yang kata teknik Adobe Flash,After Effect...entah la eden pun tak tau nak kata camna...Layannnnn...
Misteri Bersambung- Misteri Ke Ni

Friday, September 7, 2012

Banshee (English)


Banshee in the modern world often comes with scary figures like a malignant ghost.The depiction that it is so creepy and spooky was caused by a legend of Irish or Scottish that said Banshee comes from the spirit that haunts women murdered, or women who died while giving birth. This is contrary to the history of the role,they are actually far from being sadistic.
Banshee word allegedly comes from the Irish language or bean the bean Sidhe, which has the meaning "woman of the fairy world." While the Scottish Gaelic language, Banshee has a meaning as a people of peace or "those who bring peace".  


In Irish mythology, the Banshee is known as the spirit of a woman who indicates that death is imminent. Therefore, these creatures are also known by the nickname messenger of death. Some adherents theolopist and Celtic Christians even believe that the figure of the Banshee is the angels who fell and stuck on Earth.  

That led Banshee emerged as an intimidating figure may be related to its role as the goddess of death. Many kinds of stories that describe how to proclaim the death of Banshee. The simplest example is when a figure Banshee appeared in a house that a family member in the house will die.  

There is also a belief that the Banshee foreshadows death by singing a song containing the lyrics melancholy death in the family, whether sung by her own or possess a female family member.
The creature is believed to have close links with several noble families such O'Gradys Ireland, O'Neills, O'Briens, O'Connors and Kavanagh. If any member of the family who went away for the task or fight and die, the Banshee will notify members of his family by singing a song of grief around the house.  


Usually they sing right at the moment of death, even before news of the death was made and submitted to the authorities. If a Banshee appear simultaneously then it indicates the deceased was a great hero or a saint.  

Uniquely singing Banshee will vary depending on the Banshee relationship with the deceased or his family. When you have a good relationship and he pitched singing softly to comfort the family of the deceased.  

But if you do not like the family or the deceased, singing (though still mellow) pitched loud and scary. Even supposedly the Banshee will preach death does not like passing a horrible scream!
There is also a story that says that if someone died as a result of war or bloodshed, in addition to singing songs that Banshee will appear in the river near the family members of those who died while washing hair or clothes were covered in blood.  


According to legend, when we passed by a banshee who was washing clothes in a very friendly greeting and then we will gain their trust. That way he would tell the names of family members who would die later, or cremate a petition us. But not easy to please the Banshee because they just like smart people, particularly skilled in music and poetry.
There are several versions of the story about the appearance of Banshee, sometimes he reveals himself as an old woman, but she also bias manifests as a beautiful woman. Usually he appears wearing a white or gray with long, beautiful hair. 


In various myths explained that the Banshee really like their hair beautiful and diligent combing her hair with a beautiful silver comb. In a traditional Irish tale presented that if we find combs that look expensive and beautiful on the road, we should not touch it when taking it.  

Because the comb is believed to lie deliberately kept by them, and the person who took it would be harassed by the Banshee. Although not mentioned that their disorder can be fatal, but they can mislead us that it can not find a way to get home.
As proof Banshee is not just sucking thumbs or imagination of the Irish people, to date the Irish have some special place that is believed to be the abode of the Banshee. For example, a temple located at Dunluce castle residence believed to be tied to the family Banshee O'Donnels.  


O'Neills family even had a name for them is Maeveen Banshee. When there is a family of O'Neills who died, reported that Maeveen O'Neill castle will appear in the form of an old woman with a long white dress.  

Evidence Banshee recorded appearance in Dublin on August 6, 1801, when Lord Rossmore as head of the British military forces in Ireland died. Her best friend is Sir Jonah Barrington awoke to hear singing coming from outside the window.  

Half an hour later he came back to listen to the gentle sound of Rossmore's name three times, and right at that moment Lord Rossmore dead!
Sir Jonah Baringgton stated that the incident as a terrible experience in his life. And to the staff at the residence of Rossmore, the incident is evidence of the Banshee.
Misteri Bersambung- Banshee (English)

Monday, September 3, 2012

Misteri Pembunuh Zodiak

Zodiac Killer adalah sebutan untuk pembunuh berantai yang beroperasi di California Utara pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an . Identitinya belum diketahui sehingga hari ini. Kata Zodiac digunakan oleh penjenayah sebagai tandatangan di siri surat yang mengejek, yang dihantar ke media tempatan. 

Surat itu mengandungi empat laluan, hanya salah satunya sudah didekripsi. Zodiac melakukan serangan di Benicia , Vallejo , Danau Berryessa dan San Francisco di antara Disember 1968 dan Oktober 1969 .  

Empat lelaki dan tiga perempuan berumur 16 hingga 29 tahun menjadi sasaran. Sejumlah suspek telah disebutkan oleh penguatkuasa undang-undang dan penyelidik amatur, tetapi tidak ada bukti terlibatnya dalam pembunuhan berantai itu.
Pada bulan April 2004 Jabatan Polis San Francisco menghentikan pemeriksaan perkara itu, tetapi mula kembali pada awal tahun 2007 . Perkara juga tetap terbuka di Vallejo mahupun di Napa County dan Solano County . Jabatan Keadilan California mempertahankan perkara yang terbuka tentang pembunuhan Zodiac sejak tahun 1969.
  
Korban yang disahkan :


David Arthur Faraday 1951-1968

Betty Lou Jensen 1952-1968

Darlene Elizabeth Ferrin 1947-1969

Brian Calvin Hartnell (selamat)

Kathleen Johns (selamat)

Michael Renault Mageau (selamat)

Cecelia Ann Shepard 1947-1969

Paul Lee Stine 1940-1969

Walaupun Pembunuh Zodiac telah mengaku melakukan 37 pembunuhan, para penyelidik hanya bersetuju pada tujuh korban, dua di antaranya selamat. Mereka adalah:
  • David Arthur Faraday (17) dan Betty Lou Jensen (16) ditembak mati di Lake Herman Road, dalam batas kota Benicia pada 20 Disember 1968 .
  • Michael Mageau Renault (19) dan Darlene Elizabeth ferrin (22) ditembak di tempat letak kereta Blue Rock Springs Park di Vallejo pada 4 Julai 1969 . Mageau tetap hidup, sedangkan ferrin meninggal dalam perjalanan ke rumah sakit .
  • Bryan Calvin Hartnell (20) dan Cecelia Ann Shepard (22) ditikam dekat Lake Berryessa di Napa County pada 27 September 27 1969 . Hartnell bertahan hidup meskipun sembilan luka tusuk di belakang, tapi Shepard meninggal akibat luka-lukanya pada 29 September 1969 .
  • Paul Lee Stine (29) ditembak mati di persekitaran Presidio Heights di San Francisco pada 11 Oktober 1969 .
Korban yang mungkin
Korban pembunuhan di bawah ini dipercayai sebagai mangsa Pembunuh Zodiac, tapi tidak diluluskan para penyelidik.
  • Robert Domingos (18) dan Linda Edwards (17) ditembak mati di pantai sekitar Lompoc pada 4 Jun 1963 . Edwards dan Domingos deidentifikasi sebagai korban Zodiac yang mungkin kerana persamaan dengan serangan di Tasik Berryessa.
  • Cheri Jo Bates (18) ditikam mati dan hampir dipenggal kepala dekat Riverside City College di Riverside pada 30 Oktober 1966 . Hubungan antara Zodiac dan Bates yang mungkin muncul hanya 4 tahun kemudian dibunuh, ketika wartawan San Francisco Chronicle Paul Avery menerima sebuah pembisikan tentang persamaan keadaan pembunuhan berantai Zodiac dan kematian Bates.
  • Donna Lass (25) terkini terlihat di Stateline, Nevada pada 6 September 1970 . Sebuah kad pos dengan reklam kondominium Forest Pines yang telah diterima Chronicle pada 22 Mac 1971 diertikan sebagai pengakuan Zodiac pada pembunuhan Lass. Tidak ada bukti Tersangkutnya Zodiac dalam kelenyapannya.
Ada saja orang yang selamat ketiga selepas bertemu dengan Zodiac yang mungkin:
  • Kathleen Johns (22), menurut katanya, diculik pada 22 Mac 1970 di jalan raya 132 sebelah barat Modesto. Johns dapat melari dari kereta lelaki yang membawanya dan anak perempuannya di sesuatu tempat antara Stockton dan Patterson selama kira-kira 3 jam.
       
  • Wikipedia   dan  Sini
 
Misteri Bersambung- Misteri Pembunuh Zodiak

Friday, August 31, 2012

Misteri CInta Bilik Mandi Di Brazil (English)


The myth of the bathroom Blonde is known almost everywhere in brazil,being reported in numerous ways,not only by those who claim to have had the experience of meeting unexpected and undesirable with this fantastic creature,but also by those who heard the story from the mouth who claim to have seen,some day,these apparition is nothing reassuring.

Therefore,the places where the fantastic creature that appears are varied,including them schools,hospitals,shopping malls,restaurants,highway or streets of any city.

Truck drivers often give news of the emergency of this view in bathrooms of gas stations of fuel installed on the banks of the busiest roads,and they all report that the woman who appears to them almost always has his back,but anyone realizes his body is beautiful,her legs well made and long,straight hair,and bright,but wothout definite colour.Nut when she turns and faces the unfortunate seeing that, it shows you a face bruised,bloodied and contracted by fear of something, thus giving a big scare in poor sap that but now surely awaits all, less so.

This urban legend is contemporary with minor modifications in all regions of the country, which is why it is known by many names assimilited 'Blonde the bathroom in some places','Blonde Phantom in others'.'Big Blonde,girl or simply Cotton Blonde in certain cities,and so on.

Both can be a girl in the prime of life,as a awoman ever made,married or not ,but his appearances invariably happen in public restrooms,in the form of a female figure with wide blonde hair, the colour of very pale face,sunken eyes marked by dark circles and baggy black, bringing the nostrils plugged with cotton balls, as if to prevent blood flow.

Generally, it is said that the blonde in the bathroom, as its name implies, lives in the bathrooms of the schools, and the explanation of his preference for the so-called toilets is that it is the spirit of a student who liked to "kill" classes, and to do it as a hideout used cubicles exist in these halls female health.


One day, legend has it, she slipped on the wet floor, hit his head on a corner, fractured his skull and died right there, without that might help.

But dissatisfied with the tragic and premature end he had in life, his soul still does not take the path intended for him, and so it remains there, waiting or wishing not know what.

In another version, it is a teacher who loves to be filled in by one of his students, departed from the cuckolded husband, jealous and angry that he killed her with a knife in one of the bathrooms of the school where she taught.

Since then, the schoolteacher victimized by the follies of love appears to students at any time seek to satisfy their "needs" physiological, showing them where, his body bloodied and his clothes in tatters.

Many believe that the spirit of the blonde in the bathroom can be invoked by anyone who is willing to face him, just for that, the courageous push the box by downloading three times, then kick or a vase with force health, so that at the same time the supernatural figure appears ready to torment the first to enter the room.

So the express recommendation of someone who understands these issues: never throw the discharge three times, nor kick the toilet to unload their tensions or private college, because this procedure can put in front of the ghostly creature and terribly frightening.


Misteri Bersambung- Misteri CInta Bilik Mandi Di Brazil (English)

Monday, August 27, 2012

Misteri Mumia Menjerit


Tak dapat dinafikan lagi Sejarah Mesir purba sememangnya sinonim dengan kewujudan piramid-piramid pelbagai saiz dan firaun-firaunnya. Penyelidikan berterusan yang dijalankan ahli pakar arkeologi negara itu berjaya membongkar pelbagai kisah dalam sejarah keagungan Mesir purba yang mengagumkan.

Ahli sejarah Mesir juga tidak ketinggalan menjalankan pelbagai kajian firaun bagi mencari jawapan kepada pelbagai misteri yang wujud di sebalik setiap mumia yang ditemui.

Satu daripada kajian terbaru dijalankan ke atas mumia yang ditemui pada 1881 dan kini ditempatkan di Muzium Mesir di Kaherah berjaya membantu sekumpulan ahli kaji purba menghimpun sebuah kisah cubaan membunuh, komplot menjatuhkan raja dan bunuh diri.

Analisis mendapati Mumia Mesir yang ditemui dengan wajah yang membayangkan kesakitan amat sangat itu dipercayai mumia Putera Pentewere, suspek yang disyaki merancang pembunuhan ayahandanya, Firaun Ramses III.

Mumia berkenaan dikenali sebagai 'Mumia Menjerit' dan 'Lelaki E Yang Tidak Diketahui' berikutan rahangnya yang terbuka luas dan wajah kesakitan yang ditunjukkan, membingungkan penyelidik sejak ia ditemui kali pertama dan hinggalah selepas hampir 130 tahun berlalu.

"Kami percaya ada dua tindakan bertentangan hendak dilakukan ke atas mumia ini, satu pihak cuba menghapuskannya dan satu lagi cuba menyelamatkannya," kata Dr Bob Brier, seorang ahli kaji purba yang menjalankan pemeriksaan dan kajian ke atas mumia itu tahun ini.

Ketika ditemui di lembah Deir El Bahri, 460 kilometer ke selatan Kaherah, mumia berkenaan berada dalam keadaan yang menyayat hati dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat ketat, terlalu ketat sehingga bekas ikatan jelas kelihatan. Wajah mumia itu berkerut dan mulutnya terbuka seolah-olah menjerit kerana kesakitan yang amat sangat.

Beberapa ahli kaji purba sebelum ini mengemukakan satu teori mengenai punca kematian mumia itu dengan berkata putera berkenaan mungkin ditanam hidup-hidup atau diracun, atau mungkin seorang Putera yang dikenali dengan nama Hitite dan hidup pada zaman Firaun Tutankhamen.

'Mumia Menjerit' itu bagaimanapun bukan Putera Hitite berikutan beliau berkemungkinan besar tidak dimumiakan.

“Mereka tidak akan memumiakan putera itu jika mereka membunuhnya, sebaliknya mereka akan menghapuskan mayatnya," kata Brier, sambil menambah teori bahawa putera itu diracun atau dipaksa meminum racun tidak ditolak.

Satu dokumen papirus yang ditemui menceritakan mengenai satu perbicaraan ke atas permaisuri Firaun Ramses III, yang dijalankan pada abad ke 12 Sebelum Masihi (SM). Beliau didakwa bersubahat membunuh suaminya untuk digantikan dengan Putera Pentewere.

Komplot itu bagaimanapun segera dibongkar dan mereka yang bertanggungjawab dijatuhi hukuman mati.

Putera Pentewere terlepas hukuman mati berikutan kedudukannya sebagai putera raja, sebaliknya beliau dibenarkan membunuh diri dengan meminum racun.

Keadaan Mumia Menjerit menunjukkan kematian berlaku secara tidak hormat dan ia mungkin membayangkan bentuk hukuman yang diterima Pentewere, jika kisah konspirasi itu benar.

"Kami menemui mumia ini dibalut dengan kulit kambing. Bagi orang Mesir purba, kulit kambing bermakna beliau tidak suci. Beliau melakukan sesuatu yang jahat di dalam hidupnya," kata Ketua Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir Dr Zahi Hawass.

“Pentewere mungkin dijatuhi hukuman mati dengan disuruh meminum racun selepas komplot pembunuhan itu berjaya dibongkar,” kata Hawass dan Brier.

Mumia Menjerit juga ditemui tanpa tanda makam dan ini akan menghalangnya daripada sampai kepada kehidupan selepas mati, dipercayai satu lagi hukuman tambahan kepadanya kerana bersubahat dalam cubaan membunuh bapanya sendiri.

Bagaimanapun, Brier berpendapat Pentewere mungkin dimumiakan secara tergesa-gesa kerana otak dan organ dalamannya tidak dikeluarkan, malah mayatnya juga tidak cukup kering. Selain itu kaedah yang digunakan untuk memumiakannya juga amat kasar.

"Selepas otak dikeluarkan, damar akan dimasukkan ke dalam rongga tengkorak, tetapi dalam kes Mumia Menjerit, kajian menunjukkan damar tidak dituangkan ke dalam tenggoroknya. Ia seolah-olah menunjukkan kerja memumiakan Pentewere dilakukan separuh hati atau kerana terdesak," katanya.

Persoalan timbul mengenai kenapa mayat Pentewere tidak dibuang begitu saja tanpa dimumiakan?

"Seseorang yang berpengaruh mungkin bersimpati dan mahu mayat Pentewere dimumiakan dan tidak dihapuskan begitu saja.

“Atas sebab tertentu, ada pihak yang mahu memastikan Pentewere tidak menemui kehidupan selepas mati dan satu pihak lagi, seseorang yang bersimpati terhadapnya, menentang cubaan itu," katanya.

Sementara itu, sekumpulan ahli arkeologi lain berkata anggapan Mumia Menjerit adalah Putera Pentewere masih satu spekulasi dan setakat ini hanya ujian imbasan dijalankan ke atas mumianya.

Hawass berkata, beliau bercadang menjalankan ujian DNA untuk mengesahkan hubungan Mumia Menjerit dengan Ramses III.





psssttt : sapa nak jadi mumia? hehehe...
Misteri Bersambung- Misteri Mumia Menjerit

Thursday, August 23, 2012

Misteri 2012

KEJADIAN tsunami dahsyat di Jepun telah membuat manusia beranggapan apakah peristiwa sebegini membawa petanda dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.
--------------------------------------------------------------------------------
TSUNAMI yang berasal dari perkataan Jepun bermaksud "ombak gergasi" sudah cukup untuk menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk memusnahkan apa saja yang berada di hadapannya.

Sehinggakan manusia semakin terfikir apakah fenomena tsunami yang melanda dunia, yang dilihat lebih kerap adalah hanya satu lagi fitrah alam atau apakah ia angkara petanda kemarahan alam terhadap kerakusan manusia itu sendiri?

Melihat kepada tragedi tsunami yang melanda Jepun pada tanggal 11 Mac lepas memang mengerikan namun ia bukanlah sesuatu yang baru di negara matahari terbit itu.

Akibatnya ramai yang mula beranggapan apakah peristiwa tsunami sebegini membawa petanda apakah dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.

Dunia sudah dilanda dua kejadian tsunami besar dalam tahun millennium baru dan semakin ramai yang terpengaruh dengan ramalan kiamat dan kemusnahan total pada 2012.

Melihat kepada telahan umum ramai yang beranggapan tahun 2012 adalah tahun di mana satu bencana besar akan berlaku malah ada yang begitu yakin kiamat akan melanda manusia pada tahun tersebut.

Kiamat 2012

Apatah lagi sudah terdapat filem mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dalam filem 2012.

Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya yang berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012. Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.

Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Tamadun ini mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.

Pada tarikh 21 Disember 2012 Bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Nostradamus

Begitu juga bagi peminat Nostradamus bilamana mereka telah membuat andaian akan berlaku satu peristiwa besar pada 2012, berdasarkan ramalan di bawah;

"At the place where HIERON has his ship built,
There will be such a great sudden flood,
That one will not have a place nor land to fall upon,
The waters mount to the Olympic Fesulan."

Nostradamus mendakwa planet-planet di angkasa lepas akan berantakan yang akan mengakibatkan hancurnya kehidupan. Namun tiada sebarang tarikh khusus yang dinyatakan cumanya pengikut Nostradamus membuat andaian berdasarkan pemahaman mereka.

Keadaan kini semakin kalut apabila dikatakan sebuah planet bernama Nibiru atau Planet X oleh NASA sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini digambarkan 100 kali ganda besar berbanding bumi atau sama besar dengan planet Musytari.

Planet Nibiru

Adalah dijangkakan pada 23 Disember 2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada Bumi apabila ia menceroboh sistem solar Bumi.

Apabila ini berlaku kesan paling buruk adalah ia akan memutarkan kedudukan kutub-kutub sekarang kepada terbalik (polar shifting). Bagi mereka yang percaya ia dikaitkan dengan peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh alaihissalam dahulu.

Bagaimanapun planet ini dikatakan tidak akan menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Planet ini dikatakan hanya akan lalu di antara bumi dan matahari, dimana kecerahannya muka buminya berwarna kemerah-merahan seperti matahari.

Maka ada yang beranggapan ia sebagai antara tanda besar kiamat dimana akan kelihatan objek merah di langit.

Planet Nibiru dipercayai mempunyai muka bumi yang tandus, senantiasa berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam lain dan ia mampu memudaratkan hidupan-hidupan yang menghampirinya. Selain itu Planet Nibiru dipercayai berkuasa magnetik dan boleh menganggu kestabilan geografi bumi.

Semenangnya banyak kajian mengenai planet ini telah dijalankan namun kewujudannya masih menjadi misteri. Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet, kerana kedudukannya yang berada jauh dari Pluto.

Malahan pada tamadun Mesopotamia dan pada era kegemilangan Kota Babylon yang diperintah oleh Raja Nebuchadnezzar, Planet Nibiru juga dikenali sebagai Planet Tiamat, maka adakah ia juga satu sebutan bagi kiamat?

Kod rahsia

Selain itu teori akan berlaku kiamat pada 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik. Menurut mereka, bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

Bagi seorang penulis, Fahd Amir al Ahmadi mengatakan bahawa banyak ilmuwan yang bersepakat dengan suku Maya bahawa satu kejadian besar akan berlaku pada tahun 2012 namun masih belum diketahui jenis bahananya.

Di Asia, hal yang sama telah ditunjukkan oleh berbagai buku yang ditulis oleh para astrologi China dari Dinasti Chang sejak tahun 1766, akan berlaku bencana besar pada 3778 M (yang bertepatan dengan tahun 2012).

Seorang ahli astronomi Jepun, Haido Itakawa pula berkata pada tahun 1980 bahwa planet-planet matahari akan tersusun di dalam satu garis di belakang matahari, dan ini kemudiannya akan mengakibatkan kejadian kemusnahan di angkasa raya sekaligus menghentikan kehidupan di atas muka bumi juga pada tahun 2012.

Itu adalah antara sebahagian tilikan dan kepercayaan sesetengah manusia bahawa kejadian tsunami yang semakin hebat melanda dunia adalah antara petanda dunia sudah semakin sampai ke penghujung.

Sesungguhnya ramalan mengenai kiamat tahun 2012 itu disandarkan pada penemuan beberapa ahli astrologi kuno serta para ahli astronomi moden. Namun bagi kita sebagai umat Islam seseorang wajib beriman bahawa hari kiamat pasti datang dan berlaku. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsianya.

Islam

Namun begitu soal kiamat merupakan hal ghaib yang harus dipercayai oleh setiap Muslim namun tarikh sebenar hanya diketahui oleh Allah SWT seperti firmannya dalam surah al A'raf: 187, maksudnya :

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba".

Malah tokoh Islam, Syeikh Yusuf al Qaradhawi pernah ditanya apakah dunia akan hancur pada tahun 2012 ?

Beliau menjawab bahawa ini termasuk pembicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masa yang akan datang, menyingkap apa-apa yang mungkin terjadi pada anda besok atau lusa, dan itu semua tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah SWT.

Tsunami Jepun

Sehingga kini berdasarkan rekod, Jepun adalah negara paling banyak dilanda tsunami dan sememangnya ia sudah sangat sinonim dengannya. Dalam jangkamasa lebih 1,300 tahun, sebanyak 195 kejadian tsunami telah melanda Jepun dan secara puratanya kejadian ini berlaku sekali dalam 6.73 tahun.

Malah, gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala Richter yang juga kelima terkuat di dunia telah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di dasar laut negara itu sepanjang beratus-ratus kilometer.

Hingga kini jumlah korban sebenar masih belum boleh dipastikan kerana angkanya terus meningkat dari saban hari. Dijangka jumlah sebenar mungkin melebihi 10,000 orang.

Mengenali rakyat Jepun nyata mereka dikenali dengan semangat tinggi untuk bangkit seperti kebangkitan yang ditunjukkan mereka selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima.

Namun diharapkan selepas tertinggal di belakang China pada nombor tiga sebagai negara ekonomi terbesar dunia, mungkin peristiwa tsunami ini akan memberi sinar baru yang lebih baik dan bermakna dalam kehidupan.

-Sumber-
Misteri Bersambung- Misteri 2012

Friday, August 17, 2012

Misteri Asal Usul Zombie -Tamat-

Pada tahun 1980, Angelina Narcisse sedang membeli barang di l'Estere, Haiti apabila satu suara membisikkan ke dalam telinganya nama timangan abangnya, Clairvius, yang mati pada 2 Mei 1962 akibat demam teruk, dan dikebumikan pada hari seterusnya di tanah perkuburan di utara l'Estere. 
 
Nama timangan ini sepatutnya hanya diketahui oleh ahli keluarga terdekat dan tidak pernah digunakan lagi sejak zaman kanak-kanak mereka, oleh itu Angelina berasa sangat terkejut. Tetapi dia lebih terperanjat apabila dia berpaling ke belakang - dan melihat Clairvius sendiri!

Selepas pulih dari kejutannya, Angelina dapat mengesahkan bahawa lelaki itu adalah sebenar-benarnya Clairvius, abangnya yang dikatakan sudah mati. 
 
Ini disahkan juga oleh anggota keluarga dan lain-lain penduduk l'Estere setelah Clairvius mampu menjawab banyak soalan dan menceritakan kembali tentang kehidupannya dahulu di kalangan mereka. 
 
Clairvius menjadi terkenal serta-merta apabila dia mendedahkan bahawa dia telah menjadi seorang zombie. Lebih penting lagi, dia dapat menceritakan bagaimana ia berlaku, dan kehidupannya sebagai mayat hidup.

Hollywood memaparkan gambaran stereotaip zombie yang dikenali manusia seluruh dunia, orang yang telah mati yang dibangkitkan dari kuburnya untuk menjadi hamba kepada tuannya. 
 
Kepercayaan terhadap zombie begitu meluas di kawasan di mana voodoo mempunyai pengaruh kuat, salah-satunya di Haiti, sebuah negara kecil Carribbean. Apabila seseorang itu meninggal dunia, kaum keluarganya akan melakukan apa saja untuk meletakkan batu-batu berat di atas kubur supaya mayat tidak dicuri oleh bokor - bomoh voodoo. 
 
Seorang bokor akan memberikan bahan campuran khusus, dipercayai dadah-dadah tertentu, kepada seorang zombie supaya zombie itu kekal sebagai hambanya.
 
 
Zombie boleh makan, bernafas dan bergerak, tetapi mereka tidak mampu berfikir sendiri dan mengenang kembali apa-apa tentang diri mereka atau keadaan hidup mereka di waktu silam. Terdapat banyak kes zombifikasi yang disahkan, diselidiki oleh ramai pengkaji terkemuka di dunia Barat, dan kes Clairvius hanyalah satu daripadanya.

Wade Davis, seorang ahli biologi Amerika yang pernah bersama Harvard Botanical Museum telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti identiti bahan-bahan yang digunakan dalam proses zombifikasi. Dia yakin bahawa beberapa komponen tertentu memainkan peranan terbesar.
 
Satu daripadanya adalah tetrodotoxin, satu racun saraf yang mengakibatkan lumpuh seluruh badan secara pantas, sering diperolehi dari ikan buntal. Seorang bokor yang mahu menukar mangsanya kepada zombie akan memberikan mangsa itu bahan ini, menyebabkan tanda-tanda demam yang seterusnya mengakibatkan keadaan terpukau seolah-olah sudah mati.

Dalam keadaan ini, mangsa itu sedar sepenuhnya tetapi lumpuh. Kulitnya sepucat mayat sementara denyutan jantungnya hampir tidak dapat dikesan. Walaupun diperiksa oleh doktor, mangsa itu dengan pantas akan diisytiharkan telah mati. 
 
Jelaslah ini adalah apa yang berlaku ke atas Clairvius, di mana dia dipercayai telah mati akibat demam.Yang kedua adalah sejenis cecair yang mengandungi hallucinogen, suatu pelali kuat yang dirembeskan oleh kelenjar pada kulit katak beracun Bufo marinus.

Manakala untuk membangkitkan semula mangsa yang telah "mati" itu, datura yang diperolehi dari apa yang digelar "timun zombie" (Datura stramonium, juga dikenali sebagai thorn apple dan rumput jimson) digunakan. 
 
Datura menyebabkan khayalan, kekeliruan mental, disorientasi, amnesia (hilang ingatan) dan keadaan separuh sedar yang sukar ditembusi, kesemuanya ciri-ciri biasa zombie. Datura perlu diberikan kepada zombie terus-menerus supaya dia kekal sebagai zombie.
 
 
Namun, biarpun zombie itu tidak lagi menerima datura, mereka jarang memperolehi semula keadaan mental seperti biasa. Jika dibiarkan di dalam keranda buat satu tempoh masa secukupnya sebelum dikeluarkan, mangsa itu akan mengalami kekurangan oksigen dan mengakibatkan kerosakan otak yang tidak boleh dirawat.

Dalam kes Clairvius, dia mengatakan doktor/dukun/bomohrnya telah mati dan tiada siapa yang memberikannya dadah, oleh itu bekalannya langsung terhenti. Dia mampu kembali ke keadaan sebenarnya mungkin kerana tidak dibiarkan secukup lama di dalam kerandanya untuk mengakibatkan kerosakan otak.

Satu lagi misteri paranormal yang berjaya diselesaikan oleh sains.
 
-Tamat-
Misteri Bersambung- Misteri Asal Usul Zombie -Tamat-

Thursday, August 16, 2012

Misteri Asal-usul Zombie

Zombie sebenarnya berasal dan muncul dari Pulau Haiti di Karibia. Mereka adalah orang² yang hampir mati, lalu dihidupkan kembali dari tubuh yang hampir mati tersebut oleh para pendita/dukun Voodoo (melalui ilmu ghaib/supernatural suku-suku indian dengan menggunakan mantera-mantera tertentu). 
 
Zombie² ini biasanya digunakan sebagai budak suruhan/hamba abdi selama sisa² hidup mereka. Seperti halnya dengan manusia normal, zombie juga dapat bergerak, makan, mendengar, dan berbicara, namun mereka tidak memiliki daya ingatan dan matlamat serta wawasan dalam diri mereka. 
 
Sebaliknya mereka hanya menjadi seperti haiwan peliharaan yang diarahkan mengikut telunjuk ketuanya yang terdiri daripada kalangan manusia normal.

Lagenda berkenaan zombie ini telah wujud selama berabad-abad, namun sekitar tahun 1980 barulah muncul sebuah kes baru yang didokumentarikan berkaitan dengan zombie. Peristiwa ini dimulai pada tahun 1962 di Haiti. 
 
Seorang lelaki yang bernama Clairivius Narcisse telah dijual kepada salah seorang Dukun Voodoo oleh saudara lelakinya sendiri kerana Clairvius menolak untuk menjual tanah wasiat bahagiannya yang merupakan warisan keluarganya. 
 
Maka setelah dijual, Clairvius dilakonkan sebagai telah meninggal dunia dan dikuburkan kononnya sebagai mayat. Namun, hakikat sebenarnya ialah Clairvius tidaklah mati, dia hanya 'dimatikan' selama beberapa jam untuk 'dibangkitkan' semula sebagai zombie iaitu sebagai budak suruhan/hamba abdi dan dibiarkan bekerja di sebuah ladang tebu bersama para pekerja yang juga merupakan daripada kalangan zombie. Pada tahun 1964, setelah pemilik zombie berkenaan meninggal, para zombie itu akhirnya telah terbebas tanpa sebarang arahan dan mereka telah mengembara melintasi pulau dalam keadaan separuh sedar selama lebih kurang 16 tahun lamanya sebelum mereka ditangkap semula.

Dr.Wade Davis, seorang ahli etnobiologi dari Universiti Harvard, memutuskan untuk pergi Ke Haiti bagi meneliti kebenaran cerita tersebut dan ketika berada disana beliau telah benar² menemui beberapa dukun voodoo yang pernah mempraktikkan cara penciptaan zombie. 
 
Asasnya adalah menjadikan mereka seperti mati dan menjadikan mereka seperti gila, sehingga fikiran mereka dapat ditundukkan. Seringkali dukun² tersebut secara diam² memberikan sejenis ubat-ubatan kepada bakal zombie untuk mencapai matlamatnya dalam perkara ini. 
 
Cara menjadikan mereka seperti dalam keadaan mati tidaklah seperti apa yang kita bayangkan, misalnya ditetak pakai celurit atau dipukul menggunakan objek tumpul dan sebagainya.
 
Namun selepas itu dukun² berkenaan menggunakan cara yang cukup unik, iaitu dengan menggunakan campuran kulit katak yang biasa digelar sebagai bufo dan ikan pufer (maka dengan kaedah ini ia telah menjadikan bakal zombie itu kelihatan seperti benar-benar telah mati namun hakikatnya mereka tidaklah mati tetapi mungkin hanya seperti nyawa² ikan sebelum dirawat kembali). 
 
Campuran ini dapat ditambah ke dalam makanan, atau disapukan pada kulit, terutama pada kulit yang lembut dan tidak rosak pada bahagian dalam lengan berdekatan dengan siku. Kemudian setelah beberapa minit, bakal zombie tersebut akan terlihat seperti telah mati, dengan nafas dan degup jantung yang sangat lemah serta sukar untuk mengesan degup nadinya. 
 
Sudah pasti sesiapa yang melihat mangsa dalam keadaan itu akan menyangka bahawa mangsa sudahpun meninggal dunia walau hakikatnya adalah tidak. Hanya dukun² berkenaan sahaja yang lebih mengetahui keadaan sebenar bakal zombienya itu.

Kemudian, setelah mangsa dikebumikan oleh ahli keluarganya, dukun haruslah perlu menunggu terlebih dahulu selama kira² beberapa jam untuk menggali dan kemudian mengambil semula jasad bakal zombie berkenaan (tetapi ia tidaklah dibiarkan terlalu lama kerana mangsa boleh betul² mati akibat daripada sesak nafas yang berpunca daripada kekurangan oksigen).

Lalu bagaimanakah kaedah yang digunakan oleh para dukun untuk menjadikan mereka gila? Caranya adalah dengan memaksa bakal² zombie itu untuk memakan sejenis pasta yang diperbuat daripada datura (rumput jimsons). 
 
Datura ini sifatnya adalah mampu untuk memutuskan hubungan akal dengan realiti kehidupan, dan kemudiannya menghancurkan seluruh ingatan mangsa yang wujud ketika zaman hidup normalnya. 
 
Setelah proses kejam itu dilakukan, mangsa yang bakal dijadikan zombie itu akan kelihatan kebingungan, meraka tidak akan tahu ini hari apa, di mana mereka berada, bahkan dirinya sendiri ia tidak akan kenali. 
 
Maka telah selesailah proses penciptaan zombie yang dibuat untuk dijadikan budak suruhan/hamba abdi di ladang² perkebunan. Zombie² ini akan tetap terus diberikan datura jikalau didapati perasaan dan ingatan mereka seakan² kembali pulih. 

Maka hakikat kebenarannya bahawa zombie yang sebenarnya wujud itu bukanlah seperti yang digambarkan atau diwayangkan didalam video² game mahupun didalam filem² yang umumnya menceritakan bahawa zombie terjadi apabila ia mati dan hidup kembali menjadi seperti vampire² china yang mampu bangkit semula setelah mati, lalu berjalan, dan kemudian dapat bergerak untuk menyerang manusia bagi meminum darahnya. 
 
Pernyataan itu adalah sama sekali satu kesalahan besar kerana zombie yang sebenarnya adalah seperti yang telah diceritakan di atas.
 
Maka tentu timbul persoalan bagaimanakah analisa kimia atau pembuktian kajian sains terhadap proses penciptaan Zombie seperti di atas?

Telah kita ketahui bahawa para dukun voodoo menggunakan kulit katak bufo dan ikan pufer untuk membuatkan seseorang itu menjadi zombie. Kenyataanya kulit katak jenis bufo itu sangatlah berbahaya, terdapat beberapa kandungan kimia yang bersifat racun yang jika diberikan kepada seseorang ia boleh membunuh dan nama bahan kimia itu adalah biogenetik amina, bufogenin, dan bufotoksin. 

Sedangan ikan pufer pula lebih dikenali di Jepun dengan nama Fugo. Ikan ini juga mempunyai racun dan racunnya itu dikenali sebagai âtetrodotoksinâ. Racun ini akan menyerang sistem saraf yang juga boleh mengakibatkan berlakunya kematian. Untuk menghilangkan rasa kesakitannya sahaja memerlukan 160.000 kali ganda lebih kuat daripada kokain. Memakan ikan jenis ini boleh mengakibatkan âKeblingerâ dikeranakan oleh kandungan racunnya. Di Jepun, ramai orang yang telah mati setelah menjadikan ikan daripada spesis ini sebagai salah satu santapan mereka. Pada umumnya selepas toksik tersebut berada di dalam badan, ia dengan pantasnya akan masuk ke saluran darah dan menurunkan suhu badan serta tekanan darah. Selain daripada itu, ia juga boleh menyebabkan orang yang memakannya berada didalam keadaan koma selama beberapa ketika.

Sementara datura pula adalah sejenis tumbuhan rumput jimson (nama latinnya adalah brugmansia candida). Tumbuhan ini mengandungi bahan kimia atropin, hyoskiamin dan skopolamin yang akan menyebabkan berlakunya kehilangan daya ingatan. 
 
Bahkan jika diberikan terlalu banyak, lumpuh tubuh badan atau kematian boleh terjadi. Dukun² voodoo yang memberikan bahan² kimia di atas haruslah cukup kuat dan berkemampuan untuk membuat perkiraan dos yang sesuai dan secukupnya pada manusia yang mahu dijadikan zombie itu supaya tidak pula berlaku kematian kepada bakal zombie berkenaan.
 
Misteri Bersambung... 
 
 
Misteri Bersambung- Misteri Asal-usul Zombie