PRU-13: Seronoknya Mereka 'Berebut
Kerusi'...
|
Sana sini heboh maklum tentang
'tabiat' rebut kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika bahang
pembubaran Parlimen semakin dirasai untuk memberi laluan kepada 'ibu segala
pilihanraya' PRU-13 dilangsungkan. Berikut adalah antara episod permainan
'rebut kerusi' mereka;
Parlimen Gelang Patah
Pertelagahan antara Ketua DAP
Johor
dan Pengerusi PKR Johor akhirnya ditamatkan oleh pengumuman Ketua Umum PR
bahawa calon kerusi ini adalah veteran DAP, Lim Kit Siang. Tidak
semena-mena,
nama Lim Kit Siang yang dipilih sehingga menyebabkan kelibat Chua Jui Meng
tidak lagi kelihatan dalam mana-mana ceramah umum di Johor setelah
pengumuman
tersebut. Difahamkan, Chua Jui Meng akan ditawarkan sebuah kerusi di Kedah,
persoalannya, apakah PKR di Kedah ada pengaruh kuat? Dan yakinkah PR masih
memimpin Kedah selepas PRU-13 ketika gelombang 'Save Kedah' oleh BN kuat
bergema!
Parlimen Bagan Serai
Pengerusi PKR Perak, Dr. Muhamad
Nur
Manuty diumumkan oleh Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi ini dalam satu
ceramah
Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai tempoh hari. Berikutan pengumuman
ini,
PAS Kawasan Bagan Serai menzahirkan protes dengan mengadakan sidang akhbar
menyatakan tidak menyokong pencalonan PKR di kawasan ini malahan nekad
meletakkan calon dari PAS. PAS Bagan Serai turut memaklumkan kemungkinan
besar
berlakunya pertandingan 3 penjuru antara calon BN vs calon PKR vs calon
PAS.
Sekiranya pucuk pimpinan tertinggi PAS tidak merestui permintaan PAS Bagan
Serai, mereka juga nekad memboikot jentera PAS untuk tidak membantu calon
PKR
malahan tidak akan turun mengundi calon PKR tersebut.
Seimbas lalu, kerusi Bagan Serai
adalah kerusi 'tradisi' PAS sebelum diserahkan kepada PKR pada PRU-12. Pada
PRU-12, calon PKR, Mohsin Fadzil menang tetapi bertindak keluar parti
selepas
itu dan menjadi YB Bebas. Masakan PAS tidak serik dengan 'pengkhianatan'
rakan
sekutu mereka..?
Perkembangan terbaru, Anwar
Ibrahim
dikatakan bakal bertanding di Kerusi Bagan Serai sebagai langkah menamatkan
konflik pertelagahan ini. Situasi yang hampir sama dilakukan di Gelang
Patah.
Apakah kepimpinan PAS Bagan Serai sudi menerima jangkaan keputusan ini? Dan
di
manakah nasib Dr Manuty yang sudah diumumkan sebagai calon di sini?
DUN Changkat Jering
YB Mohamad Nizar, bekas MB Perak
diumumkan sebagai calon untuk kerusi ini oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu
Bakar
Hussain. Pengumuman ini katanya telah mendapat restu Setiausaha Agung PAS,
Datuk Mustafa Ali turut berjaya mencetuskan konflik dengan rakan pakatan
yakni
PKR. PKR Perak menyatakan ketegasan bahawa pencalonan YB Nizar ini bukti
PAS
telah 'melanggar syarat' antara mereka difahamkan berkenaan isu pertukaran
kerusi boleh menang. Walau bagaimanapun, PAS Perak bertegas meletakkan
calon di
DUN ini sebagai respons 'balas dendam' kepada pengumuman PKR meletakkan
calonnya di Parlimen Bagan Serai.
Untuk rekod, kerusi Changkat
Jering
sehingga 2004 milik PAS sebelum dihadiahkan kepada PKR pada 2008. Kpt (B)
Osman
Jailu dari PKR menang tetapi bertindak keluar PR selepas memenangi kerusi
ini.
DUN di Kedah
Kebuntuan sudah membarah dan
terbaru,
kes sabotaj satu ceramah PR di Alor Semadom, Alor Setar dipercayai dari
kelompok dalam PR akibat ketidakpuashatian berkenaan pencalonan kerusi.
Dikhabarkan, PAS Alor Setar yang mahu berebut DUN Bakar Bata, milik kuota
PKR
sebelum ini. PAS berkeras mahu meletakkan Timbalan Yg Dipertua PAS Alor
Setar
yang gigih melobi sehingga merancakkan pertengkaran mulut antara PKR dan
PAS.
Itu bukan satu-satunya kes di Kedah, umum mengetahui, penentuan formula
pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan PKR di Kedah masih bermasalah kerana
kedegilan PAS untuk menggunakan formula sama pada PRU 2008. Dalam formula
itu,
DAP tentunya seperti 'melukut di tepian gantang'.....
Dalam permainan 'rebut kerusi',
memang
ada seronoknya. Mengelilingi bulatan kerusi sambil diiringi alunan muzik,
muzik
dihentikan, kita pun berebut. Pasti ada yang terjatuh tersingkir tak
mendapat
kerusi. Dalam realiti politik, yang 'bermain rebut kerusi' bukan seorang.
Pemainnya disingkir, penyokongnya bakal menyingkir...
Sepakat membuka mata, mencelik
minda..
Perebutan kerusi menggambarkan
pakatan
sangat lemah!
Perebutan
kerusi menggambarkan pakatan rakus (PR) dan tamak kuasa!
Sepanjang pengamatan, tabiat
sebegini
tidak diamalkan Kerajaan BN kerana permuafakatan 13 parti komponen cukup
utuh
dan bukan secara semberono tetapi diperhalusi sebaiknya oleh YAB Pengerusi
BN
untuk transformasi politik yang berkesan.
Demi agama, bangsa & negara BN Pilihan Rakyat 1Malaysia |
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!