PAS akui perlukan lebih banyak masa untuk selesaikan masalah-masalah di Kelantan
|
Pihak-pihak berkuasa di Kelantan yang ditadbir oleh PAS
telah mengakui bahawa walaupun telah memegang tampuk pentadbiran negeri
Kelantan selama 22 tahun, mereka masih perlukan lebih banyak masa untuk
menunaikan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat sebelum PRU12 yang
lepas.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan mendakwa bahawa
manifesto bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam tempoh satu penggal.
“Dalam sesebuah manifesto, ada perkara yang boleh
dilaksanakan dengan cepat, dan ada pula yang akan mengambil masa yang lama,”
ujar beliau.
“Atas sebab inilah kami meminta pengundi-pengundi
memberikan kami peluang melanjutkan pentadbiran kami memandangkan ada
janji-janji kami yang perlukan masa yang panjang untuk ditunaikan.”
Pentadbiran PAS di Kelantan sejak tahun 1990 telah
dikecam hebat kebelakangan ini kerana pembangunan Kelantan yang perlahan jika
dibandingkan negeri-negeri lain, dalam kedua-dua aspek ekonomi dan juga sosial.
Menyentuh tentang manifesto PAS untuk pilihanraya umum
yang akan datang, Amar mendakwa mereka akan tunggu dan lihat apa yang
ditawarkan oleh Barisan Nasional sebelum mengeluarkan manifesto mereka.
Sementara itu pula, BN kini sedang menunjukkan keyakinan
baru di Kelantan.
Pada bulan lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional merampas
semula Kelantan agar negeri itu tidak ketinggalan dalam program transformasi
yang sedang dikecapi di seluruh negara.
“Sekiranya anda ingin keluar dari kegelapan ini, eloklah
berikan peluang kepada BN. Sekiranya anda rasakan BN gagal, tukar semula
selepas lima tahun, kuasa terletak pada tangan rakyat,” kata Muhyuddin.
“Berilah peluang kepada Perdana Menteri yang memohon
mandat baru, dan nilaikan cara-cara kami, sudah pasti akan ada perubahan dalam
masa lima tahun. Sekiranya tiada perubahan, anda ada hak untuk menukarkan kami.
Kami mahu buktikan apa yang kami mampu lakukan untuk rakyat.”
Pengundi-pengundi di Kelantan semakin bertambah bosan
dengan pentadbiran PAS yang lama dan tidak efektif serta wujud juga kebimbangan
dalam kalangan orang bukan Islam tentang agenda agama yang semakin menyelinap
masuk ke dalam pentadbiran negeri – ini berkemungkinan akan mengurangkan sokongan
bukan Islam terhadap Pakatan Rakyat.
Diterjemahkan dari The Choice.
|
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!