Cerita Sebenar Kes Sodomi 2 Anwar (Bhg 1)
|
11 Mac 2013
SURAT FMT: dari Yuktes
Vijay, melalui emel
Saya merasa agak marah apabila membaca berita yang bapa Saiful telah
menyertai PKR.Saya sudah sedia maklum dari awal lagi bahawa parti tersebut
tidak punya integriti tetapi perkhabaran terkini ini jelas menjatuhkan lagi
kredibiliti mereka.Saya pernah bekerjasama dengan barisan peguam Anwar
sepanjang kes Sodomi 2 dan terbabit dari A-Z dalam perbicaraan itu sendiri.
Pembabitan saya dari A-Z bermaksud berjumpa dengan pakar forensik dan DNA
seterusnya mengkaji dokumen-dokumen serta mencari duluan (case laws) untuk
hujahan. Saya terlibat dalam keseluruhan proses.Saya tidak berhasrat untuk
menamakan peguam tersebut kerana saya sangat memuja beliau sebagai mentor saya
dan tidak mahu beliau diheret ke dalam kancah kekecewaan dan kemarahan saya.
Kenapa Anwar tidak memberi
keterangan?
Anwar sentiasa menyatakan bahawa beliau tidak dibicarakan secara
adil.Sebenarnya beliau tidak berani untuk memberi keterangan dari kandang
saksi.Beliau tidak akan mampu menahan segala soalan yang akan dilemparkan oleh
Datuk Yusoff yang kini berpaling menjadi sekutu beliau. Sekiranya penyokong-penyokong
Pakatan merasa sangsi, cuba tanyakan soalan-soalan berikut dan dapatkan jawapan
yang benar, boleh diterimapakai dan tidak mempersoalkan logik jawapannya.
Pasukan pembelaan Anwar sedar bahawa Anwar tidak akan dapat menahan segala
serangan oleh pihak pendakwaan, mereka membuat keputusan agar Anwar tidak
memberi keterangan atas alasan yang beliau tidak akan diberikan perbicaraan
yang adil. Anwar berjaya memperdaya,menipu dan membohongi rakyat dengan lagak
seperti Mandela.Beliau bukannya Mandela, malahan hanya seorang penipu yang
bagus.
Dana untuk pakar-pakar luar
negara
Faktor yang sangat mengejutkan di sini adalah apabila tidak ada sesiapa pun
yang mempertikaikan yuran yang terlibat untuk membayar pakar forensik, Dr Brian
Macdonald dan Dr David Wells. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka dibayar
upah yang sangat tinggi untuk membela Anwar. Sewaktu mereka berada di sini,
mereka menginap di Hotel Shang-ri La selama beberapa hari.
Dari manakah wang untuk membayar penginapan ini datang?Adakah Anwar bayar dengan
duit poket beliau sendiri?Tidak,malahan beliau juga tidak membayar yuran guaman
peguam-peguam beliau.Sebenarnya, ada Datuk-datuk yang kaya yang membiayai Anwar
Ibrahim.Saya tahu nama Datuk tersebut, tetapi atas sebab peribadi saya tidak
akan menyatakan namanya.
Persoalannya sekarang sekiranya PKR boleh mempertikaikan pembelanjaan
perkahwinan anak Perdana Menteri, kenapa tidak mempersoalkan dana untuk
membayar pakar-pakar ini?Sekiranya seorang bekas penjenayah dan ketua
pembangkang ada Datuk-datuk untuk membiayai kos guaman, apa salahnya jika ada
Datuk-datuk yang membiayai perkahwinan anak PM?
Saiful
Saya tidak tahu banyak perkara tentang Saiful.Apa yang saya boleh katakan
di sini, beliau tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya hanya kerana pegawai
penyiasat, Jude Perreira tidak mengendahkan protokol Jabatan Kimia dan
menjalankan tugas mengikut cara beliau tersendiri.
Kesan DNA Anwar ada dalam rektum beliau. Apa yang menghalang Hakim untuk
mensabitkan Anwar adalah kerana wujudnya
pecahan dalam rantaian keterangan “break in the chain of evidence.” Saya akan
menulis berkenaan isu ini dalam masa terdekat. Drama ini perlu dijelaskan dalam
satu penulisan yang lengkap.
Secara ringkasnya, wujud keterangan yang membuktikan kewujudan air mani Anwar
dalam rektum Saiful.Namun, kerana putusnya rantaian keterangan dan juga
kesangsian atas integriti sampel, keterangan tersebut tidak digunakan.
Oleh itu hakim tidak ada jalan untuk mengesahkan keterangan Saiful.
Kesimpulan bahagian 1
Anwar adalah seorang penipu tegar. Beliau mempergunakan bapa Saiful untuk
meraih undi.Kita semua sedia maklum yang setelah beliau dibebaskan, beliau
sudah hilang sedikit tarikan kerana beliau tidak ada apa untuk disuarakan lagi.
Saya benar-benar berharap agar beliau menyaman sana supaya saya dapat
membuktikan apa yang telah saya sebutkan di sini.
Ingat Anwar Ibrahim, saya membesar dalam memujamu. Saya tahu modus operandi
kamu dan saya pernah bercita-cita untuk menjadi seperti kamu. Biar semua orang
melihat Anwar Vs Anwar Klon (saya) beraksi. Ingat lagi semua emel-emel,Astroboy?
Saya ada semua. Saya cabar kamu!
Penulis, bekas Anwarista
terlibat dalam kes Sodomi 2 Anwar sebagai salah seorang peguambela.
|
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komen Yang Tidak Sesuai Akan Dipadam!!!