10 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang PRU13
Penulis selalu berfikir,
kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang
dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai
terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.
Baru ini seorang rakan
berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…
Katanya, Anwar akan
bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang … dia akan simpan isu itu sampai
betul-betul menggunung … beberapa hari sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU 13),
dia akan bersumpah.
Apa-apa sahaja alasan
yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi
orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti
memihak kepada Anwar.
Anwar akan dilihat sebagai
tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan
air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.
Momentum akan
menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihanraya akan
menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan
hasil.
Anwar dijangka akan
banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan
taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.
Demi PM … Anwar boleh
buat rasanya ….
Mengikut Ahli Parlimen
Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan
Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara
yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.
Antaranya Zul Noordin
berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar
akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.
Sikap bapa Saiful, Azlan
Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini
menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.
Berikut adalah rumusan
keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya
menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir
Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.
1 – Menggunakan keluarga
Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia
sudah pun berlaku.
2 – Akan berlaku
kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia akan rancang suasana di
mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya,
tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO
ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke
arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi
Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun
lepas.
3 – Seorang Pegawai
kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan
Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa
usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari
segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof
Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya
dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.
4 – Anwar akan bersumpah
dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie,
DIA AKAN KATA ”Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh“, MAKA PEMBANGKANG
AKAN KATA “Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful.
Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti
menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos
mereka mendapat peluru baru.”
5 – Anwar akan keluarkan
JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam
pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang
dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang
kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan
jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan
beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”
6 – Memujuk ahli-ahli
yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke
dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu
kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang
ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak
isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang
sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu
ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin
yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik
bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio
Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang
terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang
keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika
dakwaan itu betul.
7 – Azmin Ali akan
keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video
tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin
dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium
tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.
***Perkara ini sudah pun
diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini
Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin
8 – Peguam-peguam dan
polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib
terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah
berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai
dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan
untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat
dalam kes Altantuya.
9 - Mereka akan hina dan
fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas
pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan
penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda,
sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah
terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara).
***Ada sesiapa
terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik
pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)… taktik
bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas
itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.
10 – Setiap ahli Pas diminta
bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang
diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah ”wallahi,
wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13,
aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon
DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik).Begini lah bagaimana PAS permainkan
agama demi kuasa ke Putrajaya.)
-MyNewsHub