Friday, May 10, 2013

Pakatan Rakyat Laksana Menang Sorak Kampung Tergadai

Pakatan Rakyat Laksana Menang Sorak Kampung Tergadai
Tumpuan luar biasa Pakatan Rakyat di Johor, Sarawak dan juga Sabah dalam usaha mereka untuk memecahkan kubu kebal Barisan Nasional dilihat akan memakan diri. Ramai sedia maklum bahawa ketiga-tiga negeri ini telah lama menjadi “simpanan tetap” Barisan Nasional dalam setiap Pilihan Raya Umum. Langkah meletakkan nama besar seperti Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah Johor jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat berniat untuk memecahkan dominasi Barisan Nasional di sana.

Namun begitu ramai penganalisis politik percaya langkah ini akan memakan diri Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana di dalam keghairahan mereka untuk menyerang negeri-negeri di bawah takluk Barisan Nasional, mereka seolah alpa dalam mempertahankan negeri-negeri mereka. Kedah, Pulau Pinang dan juga Kelantan dilihat sedang menghadapi serangan padu oleh pasukan gempur Barisan Nasional.

Di Kedah, pembongkaran demi pembongkaran telah dibuat oleh Barisan Nasional ke atas kepincangan pengurusan Kerajaan Negeri PAS. PAS Kedah pula seolah-olah telah dibiarkan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk mempertahankan diri mereka sendiri. Pakatan Rakyat seperti sudah menerima hakikat bahawa Kedah tidak dapat dipertahankan lagi.

Gelombang Merah yang melanda Kelantan bukan lagi satu omong kosong lagi. Gerakan tersusun yang dikepalai oleh Tok Pa telah lama menyusun langkah dan dilihat mampu memberikan tentangan hebat terhadap kerajaan negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz. PAS Kelantan telah sekian lama diberi peluang oleh rakyat untuk membawa kemajuan namun sikap “tidak apa” Tuan Guru Nik Aziz mengecewakan. Kemelut akhlak yang melanda beberapa tokoh PAS dijangka akan merencatkan usaha PAS untuk mempertahankan Kelantan.

Tuan Guru Nik Aziz pula sibuk dibawa sebagai pelaris ceramah di seluruh negara. Jalinan mesra yang dimeterai di dalam Pakatan Rakyat bersama komponen lain juga dilihat kian longlai dan mampu merencatkan jentera Pilihan Raya mereka. Oleh itu, sekiranya Barisan Nasional Kelantan mampu bergerak sebagai satu unit dan bekerja keras, tidak mustahil Kelantan akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional.

Di Pulau Pinang pula, tidak lagi kedengaran cakap-cakap kedai kopi yang menyatakan bahawa mustahil buat Barisan Nasional untuk mendapatkan semula Pulau Pinang. Kerja keras Barisan Nasional Pulau Pinang selama ini mendedahkan setiap kepincangan di bawah pemerintahan Ketua Menteri Lim Guan Eng semakin membuka mata rakyat Pulau Pinang. Kerajaan negeri Pulau Pinang pula secara sistematik cuba untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai lokasi eksklusif buat rakyat yang berada.

Apa tidaknya, harga hartanah di Pulau Pinang semakin melonjak dan projek-projek yang diperkenalkan juga hanya mensasarkan golongan yang berada. Apabila Datuk Seri Najib Razak perkenalkan perumahan mampu milik PR1MA, rakyat Pulau Pinang menyambutnya dengan tangan terbuka. Tidak mustahil Rakyat Pulau Pinang mampu diyakinkan dengan dasar dan polisi kerajaan yang jelas mengutamakan kepentingan rakyat.

Kesimpulannya, kecenderungan Pakatan Rakyat mensasarkan negeri-negeri kubu kuat Barisan Nasional dilihat mampu menjadi punca kejatuhan mereka. Tumpuan seharusnya diberikan untuk mempertahankan negeri-negeri yang telah dimenangi mereka pada Pilihan Raya yang lepas. Di dalam arena sukan, ada satu mantra yang selalu dimainkan iaitu “untuk memenangi sesuatu adalah senang, namun hendak mempertahankannya pula adalah sangat susah sekali”.
Misteri Bersambung- Pakatan Rakyat Laksana Menang Sorak Kampung Tergadai

Monday, April 8, 2013

Misteri Geliga Leleh Merah

Assalamualaikum w.b.t...

Perghhh lama tak tulis kat blog misteri kita ni...Bukannya apa aku sibuk sikit la ni...Dah la sibuk demam plak lagi...hihi...Hangpa semua pa habaq? harap-harap sihat la noo...Baru-baru ni aku ada la menambahkan lagi 1 batu dalam list koleksi aku...bukan batu-bata ar atau yang seangkatan dengannya,kahkahkah...

Aku pasemboqkan inilah dia Batu Leleh Merah yang aku beli dari Tokmat...Tokmat kata ianya jenis 'rare' dan merbahaya...apapun aku bagitau dulu khasiatnya yang tak merbahaya dulu iaitu

a) Kebal Darurat

b) Menyerap Bisa Sengatan

Khasiatnya yang dikatakan merbahaya pulak :

a) Habuknya dimasukkan kedalam minuman musuh anda 

b) Direndamkan kedalan minuman musuh anda selama 15 minit

c) Habuknya kalau termasuk dalam hidung (hidu/bau) boleh mengakibatkan muntah darah

Kesan : Deadmeat (a) (b)


Perghhh...bahaya woiiii...

Elemen yang terkandung dalam Leleh Merah tersebut :

a) Besi kuning

b) Tanah

c) Organik

d) Besi

e) Emas

f) Perak

Tapi aku cuma buat koleksi ja la,lagi 1 aku punya Geliga Dewi Laut sekali hilang daa dari dalam poket...aku lupa nak bagi member aku pegang masuk aku nak masuk tandas kat The Curve tue...adoiiiii...Nasib la cincin Mani Gajah aku tak menghilang,kalau tidak nayaaa oooiiii...

Apapun mungkin takda rezeki aku la kut...lagi 1 masa kat The Curve tue kami saja ja nak test Minyak Pengasih siam mariiii,perghhhh malas nak cakap banyak la gila-gila punya...kalau kita pakai kita duk kat 1 tempat tue,kira tempat kosong la,satgi dalam beberapa minit ja kita leh tengok dari takda orang kat tempat tue jadi ramai...macam-macam...

Dalam botol minyak tue macam ada 2 batang kayu,depa kata kayu balabak...aku pun tak tau...tue aku cuma tolong member aku ja dia keja kedai hp kat The Curve tue...dia pkai minyak tue buat pelaris,hangpa nak testimoni leh p tanya dia...kahkahkah

Memang terbaiiiiiiikkk lahhh barang Tokmat ni...Orang dia pun sempoi...kalau hangpa nak apa-apa hangpa p la cari Tokmat tue,kalau hangpa suh aku beli aku cas satgi...kahkahkah

Ok lah,tue ja lah...tunggu ja la kalau ada lagi koleksi terbaru aku update la,haritue dah terlepas Batu Petir....

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh...














Misteri Bersambung- Misteri Geliga Leleh Merah

General Kedai Kopi dan Kolonel Papan Kekunci

Baru-baru ini saya menghadiri satu majlis akad nikah dan ketika menikmati jamuan saya terdengar seorang pemuda lingkungan 30-an sedang asyik menghentam kerajaan. Saya tidak ambil pusing sangat kerana perkara ini adalah normal dalam sistem politik kepartian negara kita. Namun begitu selera saya sedikit terganggu apabila mereka mula membahaskan tentang pencerobohan pengganas Kiram dan merumuskan bahawa apa yang berlaku di Sabah telah dirancang oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Dalam negara menghadapi krisis keselamatan yang paling hebat dewasa ini, saya merasa sangat marah melihat segelintir rakyat yang mudah melempar tohmahan negatif kepada kerajaan dan pasukan keselamatan kita. Setakat ini sepuluh orang anggota keselamatan kita telah gugur di Lahad Datu dan Semporna. Adakah itu juga dirancang kerajaan? Air mata yang mengalir pada waris-waris perwira negara yang gugur juga palsu belaka?

Semua ini bertitik tolak daripada kenyataan biadap Ahli Parlimen Batu Y.B Tian Chua yang mudah merumuskan bahawa apa yang terjadi di Sabah adalah rancangan jahat UMNO dan Barisan Nasional. Beliau telah didakwa di mahkamah atas kesalahan menghasut tetapi ini tidak mampu menutup mulut penyokong Pakatan Rakyat yang percaya dengan tohmahan ini. 

Media sosial digunakan dengan rakusnya untuk melemparkan pelbagai tuduhan pada pihak berkuasa khususnya Pihak Polis Diraja Malaysia. Kata-kata seperti “anjing UMNO” dan “mati katak” digunakan sewenang-wenangnya oleh segelintir rakyat terhadap pasukan keselamatan kita seolah mereka lebih tahu hal keselamatan negara.

Salah seorang bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat, Ng Lum Yong pernah merumuskan bahawa Pakatan Rakyat hanya pandai menghasut penyokong-penyokong mereka agar merasa benci kepada kerajaan. Sikap membenci kerajaan ini telah lama dipupuk oleh pimpinan Pakatan Rakyat sehingga membutakan hati penyokong mereka untuk membezakan antara yang hak dan yang batil. PAS juga tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan laba politik dari isu di Sabah ini dengan mempersoalkan darjah “kesyahidan” wira-wira kita yang gugur.

Di manakah sensitiviti mereka ini terhadap waris-waris pejuang kita? Perlu diingat juga bahawa Ops Daulat masih lagi berjalan dan kenyataan-kenyataan biadap serta cemerkap ini mampu meruntuhkan semangat pasukan keselamatan kita di sana. Seluruh rakyat perlu sepakat di belakang kerajaan menentang dan mengutuk tindakan pengganas Kiram menceroboh kedaulatan negara kita. Inilah masanya untuk kita menzahirkan rasa patriotik kita terhadap Malaysia yang tercinta.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam telah menyatakan bahawa kerajaan akan mengadakan satu siasatan “white paper” bagi menyiasat setiap aspek pencerobohan oleh pengganas Kiram ini termasuk mengenalpasti dalang yang merancangnya. Kerajaan berdepan cabaran pertama pasca pemansuhan Akta Dalam Negeri 1960 yang sebelum ini telah digunakan dengan berkesannya bagi menangani kegiatan subversif dalam negara.

Krisis di Sabah akan beransur pulih dan kehidupan rakyat di kawasan yang terbabit akan kembali normal sedikit demi sedikit. Segelintir rakyat yang memberi komen biadap terhadap pasukan keselamatan mungkin tidak langsung mengambil kisah tentang nasib dan juga isteri dan anak-anak pejuang yang gugur. Mereka selesa menjadi General Kedai Kopi atau Kolonel Papan Kekunci dan gemar berhujah berkenaan teori konspirasi. Biarkanlah mereka, mereka jahil. Saya pulang dengan rasa yang diredam; menyedapkan hati ini memikirkan yang majoriti rakyat Malaysia masih menyokong penuh perjuangan pasukan keselamatan kita.

Zul Azry Khalil
Misteri Bersambung- General Kedai Kopi dan Kolonel Papan Kekunci

"Save Kedah"

"Save Kedah"
Barisan Nasional Kedah komited mendekati rakyat secara ofensif bagi memastikan misi "Save Kedah" direalisasikan pada PRU-13 ini. 5 tahun pentadbiran Kerajaan PR di Kedah gagal memberikan apa-apa impak namun dibebani dengan pelbagai masalah umpamanya isu KUIN, pembalakan kawasan hutan simpan, kenaikan tarif air dan kesukaran rakyat bumiputera menembusi tender projek.

Meniti saat-saat semboyan PRU13 dibunyikan, PR Kedah ketika ini sedang berdepan dengan masalah persefahaman dan pertelagahan kronik berkenaan pertindihan tuntutan kerusi DUN mahupun Parlimen. Memeranjatkan, bukan sekadar berlaku perbalahan dalaman PAS Kedah, tetapi pertelagahan 3 penjuru antara PAS v DAP v PKR.

PAS Kedah Bergolak

Umum sudah maklum tentang konflik berpanjangan antara MB Kedah, Ustaz Azizan dan Timbalan Pesuruhajaya 1 PAS Kedah, Ir Phahrolrazi. Menghampiri PRU-13, puak-puak penyokong dilihat melobi untuk memastikan pengaruh mereka masih kuat dan difahamkan untuk 'menjatuhkan' Ustaz Azizan yang tetap bertegas untuk bertanding. Dikhabarkan ketika ini, pelobian pengaruh antara puak penyokong kedua-dua tokoh meruncing di beberapa kawasan DUN umpamanya di Alor Mengkudu, Pengkalan Kundur dan beberapa DUN di Alor Setar dan Kuala Kedah. Perkembangan semasa ini pasti meningkatkan kebarangkalian berlakunya sabotaj dan protes sesama ahli PAS di Kedah.

PKR, DAP Tunjuk Hebat

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan lagak kebiasaannya mengumumkan calon kerusi Parlimen Alor Setar dan Padang Serai adalah milik wakil PKR. Pengumuman ini mendapat reaksi negatif dari Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik bahawa calon-calon dari PKR adalah tidak sah. Ini kerana kedua-dua kerusi tersebut dituntut keras oleh DAP Kedah. Begitu juga, di DUN Derga, Gurun, Bakar Arang dan Lunas, dikatakan sesama PKR dan DAP bertindih tuntutan. Akibatnya, DAP dengan lantang menyatakan tidak akan teragak-agak untuk meletakkan calon mereka dan bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru antara DAP-PKR-BN.

PKR Buat Masalah Lagi

Jentera PAS dan DAP di Kedah sudah 'lali' dengan kelemahan jentera PKR Kedah. Secara asasnya, PKR Kedah tidak banyak membantu pentadbiran PAS dan dianggap oleh pihak akar umbi sebagai lemah dalam aspek jentera pilihanrayanya. Namun, di sebalik kelemahan PKR ini, dalam bab mengumumkan calon dan merebut kerusi di Kedah, kelompok mereka adalah yang terawal. Pada ketika, DAP Kedah masih menunggu kata putus pimpinan tertinggi, begitu juga kenyataan MB Kedah bahawa calon PAS hanya diumumkan selepas Dewan Rakyat bubar, datang Anwar Ibrahim dengan yakin melaungkan nama-nama calon PKR pada kerusi yang menjadi rebutan.Tidak cukup dengan penyebaran di media maya tentang pergaduhan antara penyokong calon PAS dan PKR di kawasan Alor Semadom.

Kemelut meruncing yang berlaku sesama kelompok PR Kedah seharusnya dijadikan iktibar rakyat 1Malaysia, terutamanya di Kedah. Rakyat wajar menilai ;

1) Apa makna 'Kerajaan Pakatan' ini? Heboh menjaja betapa kuatnya 'kesepakatan' mereka namun isu pertelagahan melibatkan pertindihan kerusi dan 'menjatuh-melobi' pengaruh cukup kritikal membelenggu 'pakatan' mereka. Padanlah 5 tahun pentadbiran berdepan pelbagai isu, hendak membahagi kerusi pun cukup lemah.

2) Kenapa teruja mereka berebut? Masing-masing sedang selesa dengan pengaruh dan mahu bertaruh kuasa serta menunjuk kehebatan sesama mereka. Akibatnya, lebih elok berbalah. Rakyat sekalian, kelompok sebegini yang sedang alpa dalam kuasa seeloknya diberikan pengajaran.

Sahabat di Kedah,

5 tahun tempoh panjang sudah melalaikan pimpinan dan jentera PR Kedah di pundak kuasa dan pengaruh.
5 tahun tempoh panjang sudah mematangkan rakyat penduduk Kedah melakukan penilaian sebaik-baiknya.
5 tahun mendatang, demi masa hadapan pada sebuah negeri berpotensi tinggi, pimpinan BN semestinya Pilihan Rakyat Kedah.

Dedikasi buat PR Kedah, Terima Kasih kerana 'konflik kalian' membantu menjayakan Misi "Save Kedah" !

Oleh:hulubalangKANAN
Misteri Bersambung- "Save Kedah"

Wednesday, April 3, 2013

Penunggu Hulu Kinta

Siri Bercakap Dengan Jin Siri 13 : Penunggu Hulu Kinta


 
Datuk terus berbisik kepada saya, “tidurlah, esok kau akan tahu apa yang dah terjadi,” saya angguk kepala dan cuba memejamkan mata dengan harapan saya akan terus terlena. Usaha saya itu gagal sama sekali. Tetapi banyak perkara yang menakutkan datang dalam kepala saya. 
 
Datuk tahu dengan apa yang saya alami. Dua kali dia menghembus muka saya, kemudian memicit batang leher saya mencari urat tidur. Bila urat tidur itu dipicitnya, mata saya terasa berat sekali. Akhirnya saya terlena.
Bila saya membukakan kelopak mata, saya lihat datuk sudah pun selesai sembahyang subuh. Tanpa banyak bicara saya terus ke perigi mengambil air sembahyang. Bila saya mahu memulakan sembahyang saya lihat datuk menyandarkan badannya ke dinding. Kedua belah kakinya diluruskan.
“Aku harap kau akan jadi orang Islam yang teguh dengan rukun yang lima bila kau sudah jadi macam aku,” ujar datuk sebaik saja saya menyelesaikan perintah Allah. Saya tersenyum.
 
“Sembahyang itu tiang agama, kita pandai bercakap dan tahu hukum agama tidak bererti, kalau kita tidak sembahyang,” tambahnya sambil bangun. Datuk berdiri di muka pintu melihat matahari pagi yang mula terbit di kaki langit. Bunyi kicau burung mula kedengaran. Datuk turun ke tanah. Saya mengikutinya dari belakang. Sampai dekat pokok besar datuk berhenti berjalan.
“Kenapa ? Datuk tak mahu mandi embun pagi ni ?” tanya saya.
“Mandi, tapi aku nak mencari mayat Kidon dulu.”
“Aku agak di kawasan ni, kau cari arah matahari terbit dan aku arah matahari jatuh.” ” Baiklah Tok.”
 
Saya berjalan menuju ke arah pokok jejawi besar. Lebih kurang dalam dua puluh langkah mahu sampai ke pangkal pokok jejawi besar, saya terserempak dengan mayat Kidon. Badan saya menggigil saya lihat mayat Kidon tanpa kepala. Seluruh badannya bercalar, macam digaru oleh binatang buas. Datuk pun segera saya panggil.
“Kenapa ?” soal datuk
“Mayat.”
“Mayat,” suara datuk menurun. Dia pun melangkah menuju ke arah mayat Kidon. Datuk mematahkan anak-anak pokok lalu menutup mayat Kidon.
“Kita mandi embun dulu,” kata datuk dengan senyum.
“Mayat ni macam mana tok ?”
“Biarkan di situ dulu, lepas mandi embun baru kita uruskan, baru kita beritahu pada orang kampung.”
“Saya faham tok.”
Pagi itu, kami berjalan di tepi hutan kecil sambil mandi embun. Badan terasa cukup segar. Bila mandi embun selesai. Datuk terus menemui ketua kampung. Kerana Kidon tidak mempunyai sanak saudara, urusan pengkebumian mayatnya diuruskan oleh pesatuan khairat kematian kampung itu. 
 
Ketua kampung memberitahu pada semua penduduk, bahawa kematian Kidon di baham oleh harimau. Perkara yang serupa itu juga dilapurkan kepada pihak polis. Sejak kematian Kidon, Kampung Hulu Kuang tidak lagi diancam toyol yang mencuri wang penduduk dan barang-barang yang berharga.
Seminggu selepas itu kematian Kidon, pondoknya terbakar dengan sendiri waktu dinihari. Akhirnya orang-orang kampung tahu juga yang Kidon membela toyol jadi-jadian. Mereka datang mengucapkan tahniah atas kejayaan datuk.
“Saya tidak membunuh Kidon, dia mati dimakan oleh toyol yang diciptanya sendiri, biasanya toyol jadi-jadian boleh mendurhaka pada tuannya, itulah kepala Kidon hilang,” kata datuk pada pada orang-orang kampung yang melawat pondok Kidon yang terbakar itu.
Waktu datuk mengkais-kais di kawasan rumah Kidon yang sudah dimakan api, datuk menemui tengkorak. Datuk yakin tengkorak itu ialah tengkorak Kidon. Masuk minggu kedua Kidon dikuburkan orang-orang kampung terdengar bunyi suara lelaki menjerit dari tanah kubur waktu malam. 
 
Bila disiasat ternyata suara itu datangnya dari kubur Kidon. Orang-oang kampung terpaksa membacakan Surah Yassin selama dua minggu di surau, mohon pada Allah supaya suara menjerit itu tidak didengari oleh orang-orang kampung. Akhirnya dengan kuasa Allah yang maha besar suara itu tidak kedengaran lagi.
Menurut Imam Masjid kampung tersebut, perkara itu berlaku adalah dengan kuasa Allah yang mahu memperlihatkan kepada manusia di dunia, bahawa sesuatu yang dilakukan tidak mengikut atau terkeluar dari hukum-hukum agama akan mendapat balasan yang setimpal dari perbuatannya itu.
“Orang-orang islam yang baik mendapat rezeki yang halal melalui titik peluhnya sendiri, Islam menyuruh umatnya berusaha dengan cara yang baik, saya harap apa yang terjadi pada diri Kidon akan menjadi pelajaran pada kita semua.” Imam Kampung Hulu Kuang yang berbadan tegap itu memberitahu pada semua penduduk di satu petang di dewan orang ramai. 
 
Dalam jangkaannya, saya dan datuk akan meninggalkan Hulu Kuang pada petang Khamis kerana pada malam Jumaat datuk akan bermalam di rumah isteri mudanya orang bunian. 
 
Jangkaan itu tidak terlaksana. Waktu saya bersiap-siap pada petang Rabu seorang lelaki dari Tanjung Rambutan mengajak datuk menembak kijang di Hulu Kinta.
“Saya setuju, tapi macam mana sekarang musim dharurat,” datuk bertanya pada orang yang mengajaknya. Orang itu ketawa.
“Sebenarnya, saya memang ada memasang jerat pelanduk, kancil dan lain-lain di hutan Hulu Kinta, kita dikenakan perintah berkurung pada waktu malam saja,”
“Jadi.”
“Kita boleh pergi pada waktu siang.”
“Hurm begitu.”
“Tentu Setuju.”
Pada pagi Khamis, saya dan datuk menaiki bas dari Chemor ke Tanjung Rambutan. Dari situ berjalan kaki menuju ke batu lapan. Belumpun pukul sepuluh kami sudah berada di dalam hutan tebal. Sebelum itu kami melapurkan diri di Balai Polis Tanjung Rambutan dan menyatakan tujuan kami masuk ke dalam hutan. 
 
Kawan baru datuk itu memberikan senapang kampungnya untuk digunakan oleh datuk di samping itu dia juga menyuruh datuk membuat beberapa jerat baru. Sampai di satu kawasan, kawan baru datuk menyuruh saya dan datuk menuju ke arah sebuah anak bukit yang menurutnya di situ ada beberapa jerat yang sedang dipasang. Sedangkan dia menuju ke arah lain.
Berpeluh juga saya berjalan dalam hutan itu. Satu keistimewaan datuk yang tidak terdaya saya melawannya ialah, dia terlalu cepat bergerak dalam hutan. Dahan-dahan dan pokok-pokok yang dipijaknya tidak berbunyi. Saya terkejut besar bila seekor harimau dengan tiba-tiba muncul dari balik rimbun pokok salak jambi. Matanya tajam merenung saya. Ekornya bergerak-gerak.
 
“Ah, kamu jangan kacau aku nak lalau di sini, pergi cari makan tempat lain,” begitulah datuk berdialog dengan harimau. Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang datuk katakan itu. Dia bergerak perlahan-lahan dan akhirnya menghilangkan diri dalam hutan yang tebal itu.
“Berhenti,” datuk memaut bahu saya.
“Kenapa tok ?”
“Sembunyikan diri balik pokok.” saya pun akur dengan cakap datuk. Dia meniarap di pangkal pokok besar. Saya juga begitu. Datuk mencangkung, macam kucing mahu menerkam sesuatu. Mata datuk tajam melihat pada rimbun anak-anak pokok yang bergerak. Seekor kancil muncul di depan kami. Datuk melompat bagaikan kucing, dalam sekelip mata saja dia berjaya menangkap kancil lalu dimasukkan ke dalam guni.
Kawasan yang kami masuk itu, sekarang sudah dijadikan pusat latihan dan rumah pasukan polis hutan- Hulu Kinta. Hutan tebal yang kami jelajahi dulu, sudah digantikan dengan hutan rumah pangsa yang bertingkat-tingkat. 
 
Datuk dan saya terus berjalan, kalaulah datuk itu adik saya sudah pasti saya menarik tangannya pulang, saya terasa bosan berjalan dalam hutan yang tebal dan lembab, dengan bermacam-macam bunyi burung hutan. Saya merasakan kesal mengikutnya, kalaulah saya mengikut cakap adik datuk yang menyuruh saya tinggal di rumah tentulah saya tidak mengalami kesengsaraan semacam ini.
Bila saya fikirkan dalam-dalam, ada baiknya menurut datuk berburu dalam hutan. Dapat menambahkan pengalaman saya sendiri. Kepala dah hati terus melayan perasaan, kaki terus juga melangkah meredah duri dan onak. Saya mula terasa dahaga, tekak terasa cukup kering,
“Saya dahaga tok.”
“Kau memang banyak ragam, tadi gatal sangat nak ikut.”
“Jahanam.” Datuk merungut panjang sambil menyambung, “jalan ke depan lagi kalau-kalau ada paya atau kolam, lepas tu kau minum sampai bengkak perut,” datuk terus menolak saya. Ramalan datuk tepat, dua puluh langkah melangkah ke depan kami bersua dengan sebuah paya airnya cukup jernih. Bila saya mahu minum datuk segera menahan.
“Jangan minum.”
“Saya haus tok.”
“Minum di sini, datuk pun mencetus akar besar yang tergantung dari sepohon pokok rendang. Bila akar itu dipotong, darinya keluar air yang bersih. Dan air itu terus saya minum. Dahaga saya terus hilang. Bila saya merenung ke arah paya yang berair jernih, saya lihat air di paya itu bergerak-gerak . Di tengah perut paya itu terdapat seketul batu besar macam bentuk kapal. Saya terdengar bunyi suara orang ketawa panjang tetapi bentuk manusia memang tidak kelihatan.
“Ada suara tok.”
“Aku tahu, aku mendengarnya kerana itu aku tidak membenarkan kau meminum air paya.”
“Kita balik saja tok.”
“Tak usah kita tengok apa yang terjadi.”
Datuk dan saya pun segera bersembunyi di dalam rumpun pokok-pokok hutan. Sya lihat seorang perempuan berkulit putih berambut panjang sampai ke pinggang. Perempuan itu berkemban berenang ke tengah dan ke tepi sambil ketawa. Tiba-tiba perempuan itu hilang. Cuma yang tinggal di tengah paya ialah gelombang air yang beralun-alun memburu tepi paya.
“Siapa tu tok,” saya menyoal.
“Penunggu paya, jangan tunggu lama di sini, susah kita ,” datuk dan saya mula mengubah haluan, kami berjalan ke arah selatan. Datuk mula terasa sesuatu yang ganjil. Dia menyatakan rasa sangsinya terhadap kenalan barunya yang mengajak dia masuk hutan tadi.
Dia mula merasa kesal menerima pelawaan kawannya itu. Lebih aneh lagi kenalan barunya itu tidak pula menjumpai orang-orang di Hulu Kuang sebelum menemuinya. Masa melapurkan diri di Balai Polis Tanjung Rambutan, anggota polis bertugas di situ tidak menyoalnya, seolah-olah kenalan baru datuk itu wujud di depan anggota polis itu, meskipun kenalan datuk itu berdiri di depannya.
“Keganjilannya baru aku sedar sekarang,” rungut datuk. Saya tersenyum. Tetapi wajah datuk kelihatan muram membayangkan rasa kesal yang amat berat dideritainya.
“Aneh juga kawan kita tu, aku bagaikan terpukau. Apakah dia benar-benar manusia atau jin atau syaitan,” sebaik saja datuk berhenti bercakap, kenalan barunya terpacul di depan kami. 
 
Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan datuk. Datuk menyambutnya. Mulut datuk bagaikan terkunci. Tidak terlahir kata-kata. Kata kenalan datuk itu menundingkan jarinya ke arah barat daya. Datuk angguk kepala lalu menarik tangan saya ke arah barat daya. Bila datuk dan saya menoleh ke belakang, kenalan datuk itu sudah tiada lagi.
Saya terasa bulu tengkuk saya meremang. Bau harum dan wangi mula menusuk lubang hidung saya dan datuk.
Datuk dan saya tidak berkata walau sepatah pun kami terus berjalan hingga sampai ke tebing Sungai Kinta. Di seberang sungai terdapat perkampungan orang asli. Perkampungan orang asli itu sekarang terkenal dengan nama Kinta Intek, kebanyakkan orang asli di situ sudah memeluk agama Islam.
Matahari sudah mula condong, bunyi deru air Sungai Kinta memekakkan lubang telinga. Datuk dan saya terus membasuh muka. Tidak jauh dari tempat kami berdiri terdapat sebuah jambatan merintangi sungai tersebut. Di sekitar kawasan jambatan itu sekarang jadi tumpuan orang ramai setiap hari Ahad untuk berkelah.
“Ke mana kita nak pergi tok, ” saya menyoal datuk.
“Nampaknya ada orang mahu menguji ilmu aku, tapi biarkanlah, ilmu yang aku tuntut untuk kebaikan . Allah yang tahu hati aku,” datuk bagaikan mengeluh. Dia turun ke dalam sungai dan mandi. 
 
Lepas mandi datuk tukar pakaian, memang datuk membawa dua pasang pakaian satu untuk dipakai waktu berjalan dalam hutan, mana kala satu lagi digunakan untuk sembahyang. Datuk terus sembahyang asar di tepi sungai. Marah juga datuk pada saya kerana tidak membawa pakaian yang bersih untuk sembahyang.
Lama juga datuk duduk berehat di tepi sungai. Dia membaca sesuatu dan mengambil seketul batu. Batu itu dilemparkannya ke dalam sungai. Saya diam saja. Biarlah datuk melakukan apa saja yang difikirkannya patut. Dalam keadaan yang tidak tentu arah itu, saya tercium bau yang cukup wangi. Saya kira kenalan baru datuk akan menjelma di depan kami. Bau wangi itu hilang, kenalan datuk tidak juga menjelma.
Saya terus melihat langit, matahari kain condong ke barat. Hati saya sudah menggelabah. Datuk masih juga tenang dan damai.
“Kita balik saja,” datuk memberitahu saya. Cepat-cepat saya anggukan kepala. Saya dan datuk berpusing-pusing dalam hutan Hulu Kinta mencari jalan keluar. Kami tidak dapat menemui jalan yang mana kami lalu tadi, yang anehnya ialah sejauh mana kami bergerak, baik arah matahari jatuh atau matahari naik, kami akan sampai juga ke tepi tebing sungai, malah untuk sampai ke jambatan di sebelah hilir sungai kami tidak berdaya. 
 
Jambatan itu nampak dekat dan kami boleh melihat orang asli berjalan di atasnya, tapi kami tidak dapat menembusi hutan tebal untuk sampai ke jambatan. Berkali-kali diusahakan untuk pergi ke situ tetapi kami gagal juga. Pergi balik pergi balik kami tetap berlegar-legar di kawasan tepi sungai itu juga.
Hari mula remang senja. Datuk menggunakan segala kepandaiannya, ternyata kepandaian datuk tidak berguna sama sekali di dalam hutan Hulu Kinta. Akhirnya datuk memutuskan untuk bermalam saja di tepi tebing sungai tersebut. 
 
Waktu saya mahu pergi ke dalam perut sungai, saya terserempak dengan seekor ular, sebesar batang kelapa. Saya menjerit. Datuk segara menghampiri saya. Datuk juga terkejut melihat ular besar itu. Lama juga datuk menenung mata ular itu.
“Matanya berkedip.” Kata datuk dengan penuh semangat.
“Kenapa, mata ular tidak berkedip ke datuk ?”
“Biasanya begitulah, kalau berkedip tu, tandanya jin atau bukan ular biasa.”
Saya terdiam mendengar penerangan datuk itu. Lagi sekali, saya dan datuk tercium bau wangi yang amat sangat. Hari bertambah gelap. Fikiran saya bertambah kacau. Datuk terus mengadap ular besar. Perlahan-lahan ular itu membuka lingkarannya. 
 
Dalam sekelip mata saja, ekornya menjunam ke dalam sungai. Air sungai yang mengalir deras jadi tertahan. Saya lihat air sungai mula melimpah ke atas terbing. Menenggelamkan batu-batu besar di tengah sungai di bahagian hulu, manakala di bahagian hilir sungai, saya lihat air tidak mengalir.
Saya perhatikan datuk bercakap sesuatu dengan ular tersebut. Setiap kali datuk mengakhiri percakapannya, ular itu mengerakkan kelopak matanya. Ular itu bagaikan mengerti dengan apa yang datuk cakapkan. 
 
Datuk menyuruh saya menutup mata. Saya patuh pada cakapnya. Masa saya menutup mata itu saya terdengar bunyi suara angin yang cukup kuat. Saya juga terdengar bunyi dahan patah dirempuh angin. Bumi yang saya pijak saya rasa bergerak macam berlaku gerak gempa yang cukup dahsyat.
“Buka mata,” ujar datuk.
Saya pun membuka mata. Saya dapati diri saya dan datuk berada di sebuah surau tua. Saya terdengar suara Azan. Seorang lelaki berjubah hijau, berjanggut separas dada menyuruh saya dan datuk mengambil air sembahyang, orang tua berserban hijau itu menjadi Imam sembahyang Maghrib. 
 
Selepas membaca doa, orang tua berserban hijau itu menghantar saya dan datuk ke perkampungan orang asli. Dia menyerahkan saya pada penghulu orang asli yang dipanggilnya dengan nama tok batin bah aloi. 
 
Dia juga menyuruh penghulu orang asli itu menghantar saya dan datuk ke jalan besar Tanjung Rambutan - Ipoh pada siang esoknya. Penghulu orang asli itu memberi pengakuan akan membuat apa yang diperintahnya.
Bila orang tua itu membuka serban dan bersalaman dengan datuk, barulah saya kenal bahawa orang tua itulah yang menjadi kenalan baru datuk itu. Dia mengucapkan terima kasih pada datuk yang telah membinasakan Kidon. 
 
Dia juga mengingatkan datuk supaya jangan datang ke hutan Hulu Kinta tanpa menemuinya terlebih dahulu. Menurutnya, kawasan hutan Hulu Kinta adalah kawasannya. Dia juga meminta datuk memulangkan kancil yang ditangkap oleh datuk.
 
“Kalau kamu tidak menangkap binatang peliharaan aku, kamu tidak akan sesat di sini,” katanya dengan senyum.
“Tapi, awak yang mengajak saya ke mari berburu ?”
“Saya mahu menguji sejauh mana awak boleh menghargai nyawa makhluk lain,” katanya dengan senyum.
“Saya jadi bingung dengan perbuatan kamu,” tingkah datuk.
Jangan bingung, selain dari manusia ada makhluk lain diam di bumi ini, kamu harus mengenali mereka, tapi kau terlebih dulu mengenali kekuasaan Allah yang menjadikan langit dan bumi,” tambah lelaki serban hijau. Kemudian dia menghilangkan diri. 
 
Sebelum tidur, penghulu orang asli memberitahu saya dan datuk dia telah memeluk agama Islam. Orang bertanggung jawab mendorong dia memeluk agama islam ialah lelaki serban hijau itu. Saya menggigit lidah mendengar cakapnya. 
 
Datuk pun menceritakan semua peristiwa yang kami alami pada penghulu orang asli. Dia ketawa. Menurutnya ular besar memang selalu ditemui oleh anak buahnya. Anehnya ular itu tidak pernah membinasakan orang.
“Kalau dia lalu di depan rumah kami, waktu senja menunjukkan ada perkara yang tidak baik akan berlaku, tiga bulan dulu dia melintas waktu senja di kampung kami, seminggu kemudian anak saya mati lemas,” kata penghulu orang asli. Saya dan datuk anggukkan kepala.
“Lelaki serban hijau tu siapa tok batin ?” tanya saya
“Haji Lokman,” jawab penghulu orang asli. Selepas tidak ada pertanyaan yang keluar dari mulut saya atau datuk. Saya dan datuk disuruh tidur di bahagian depan rumah penghulu itu. 
 
Pagi esoknya atas permintaan datuk penghulu orang asli itu membawa saya dan datuk ke kawasan tempat kami bertemu dengan lelaki serban hijau itu. Tidak terdapat sebarang kesan atau tanda kawasan itu pernah didiami oleh sesiapa pun.
“Di tempat ni tak ada apa-apa, dulu kami jumpa orang komunis bunuh diri di sini,” tanpa diminta penghulu orang asli menerangkan.
Saya dan datuk dihantar oleh penghulu orang asli hingga ke tepi jalan besar. Datuk dan saya membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja pergi ke Pekan Tanjung Rambutan yang jaraknya kira-kira dua batu saja. 
 
Sedang seronok melangkah, kenalan baru datuk muncul di depan kami dalam masa dua saat, kemudian dia menghilangkan diri. Sebaik saja saya dan datuk sampai di depan balai polis Tanjung Rambutan, beberapa orang Hulu Kuang bersama adik datuk tersenyum memandang kami, mereka sedang merancang untuk mencari kami di dalam hutan.
Misteri Bersambung- Penunggu Hulu Kinta

Misteri Melihat Jin (Media Lilin)

Salam semua pa habaq? Lama sungguh tak tulis kat blog Misteri kita ni... Bukan apa aku sibuk sket la... Tadi baca pi baca mai ada la terjumpa satu artikel kat Blog ni,syok jugak aku baca,hihi...
 
Ni aku bagi petikan dari Blog dia.. Harap tuan blog izinkan ya... 
 
'Saya ingin berkongsi salah satu pengalaman saya dalam melihat jin di sekitar kita. Cara ini berhasil bagi saya, mungkin ada sahabat-sahabat di luar sana ingin mencuba cara ini. Cara ini tidak perlu puasa, tidak pakai mantera @ wirid pelik-pelik. Bagi mereka yang tidak mempunyai mata batin@ mata ketiga, anda boleh mencubanya.'
 

Sekadar Hiasan

Caranya:

1.) Sediakan satu lilin,nyalakan...
 
2.) Titiskan lelehan lilin tersebut ke dalam mangkuk yang berisi air
 
3.) Setelah itu cuba lihat pada rekahan @ cantuman lilin di dalam air tersebut, pasti wajah jin @ mahkluk halus @ roh ada.


Mengapa lilin?
 
Lilin menghasilkan cahaya, syaitan pula dijadikan daripada api. 
Apabila lilin dinyalakan, maka ia memberikan kesan cahaya pada mahkluk halus, mereka tidak suka kerana akan menampakkan susuk tubuh mereka.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)
 
 
Misteri Bersambung- Misteri Melihat Jin (Media Lilin)

Thursday, March 28, 2013

10 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang PRU13

10 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang PRU13

Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.

Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…

Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang … dia akan simpan isu itu sampai betul-betul menggunung … beberapa hari sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.

Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.

Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.

Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihanraya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.

Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.

Demi PM … Anwar boleh buat rasanya ….

Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.

Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.

Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.

Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ”Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh“, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA “Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.”

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.
***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9 - Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara).
***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)… taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10 – Setiap ahli Pas diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah ”wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik).Begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke Putrajaya.)

-MyNewsHub
Misteri Bersambung- 10 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang PRU13

Tuesday, March 26, 2013

Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Lahad Datu

THE CORRIDORS OF POWER:
Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Lahad Datu

- Raja Petra Kamarudin

Saya menulis berkenaan perkara ini lapan tahun yang lepas pada 2005. Namun mungkin ramai antara anda masih belum lagi membaca Malaysia Today pada tahun 2005 jadi terlepas untuk membaca apa yang saya tulis.

Sesiapa yang masih mengingati apa yang saya tulis, ceritanya agak panjang namun secara asasnya berkisar tentang hubungan antara pemimpin Islam dalam Kerajaan Malaysia dan juga pemimpin Islam di Filipina serta peranan yang dimainkan Malaysia berhubung “hal ehwal dalaman” Filipina.

Kebanyakan orang Malaysia tidak dapat memahami perbezaan antara Sulu, MNLF, MILF dan Abu Sayyaf—seperti mereka yang tidak mengerti perbezaan antara PLO dan Hamas. Walaubagaimanapun, izinkan saya merumuskan bahawa mereka ini adalah serpihan ataupun seteru kumpulan orang Islam di Filipina yang menuntut kemerdekaan, sama seperti orang Palestin di Timur Tengah.

Malaysia sebagai sebuah negara Islam, bersimpati dengan orang Islam di Filipina—sama seperti orang Islam di Selatan Thailand—dan kita telah banyak membantu dalam apa cara bagi menyelesaikan isu di Filipina dan Selatan Thailand.

Sepanjang jalan, bagaimanapun, sesuatu yang buruk telah berlaku. Seperti yang telah saya tulis pada tahun 2005, ada janji yang tidak dipenuhi. Dan ini ada kaitan dengan 'isu IC' Sabah (anda tidak perlu RCI untuk saya beritahu anda). Dan yang menyebabkan krisis tebusan Sipadan dan penglibatan Libya dalam menyelesaikan krisis selepas berbulan menemui jalan buntu.

Dilaporkan sejumlah RM50 juta bertukar tangan untuk mendapatkan pembebasan tebusan, kos yang ditanggung oleh Libya. Sudah tentu, tiada siapa yang akan mengaku hakikat ini walaupun mereka sendiri tidak akan dapat untuk menjelaskan bagaimana dan mengapa tebusan tersebut akhirnya dibebaskan.

Tetapi semua itu berlaku beberapa dekad yang lalu. Kita bercakap tentang permulaan krisis pada tahun 1970, apabila ramai daripada anda masih belum dilahirkan lagi, dan krisis tebusan 30 tahun kemudian pada tahun 2000. Sejak itu segala-galanya telah menjadi sangat tenang – sehinggalah tahun lepas apabila keseluruhan perkara ini telah dibangkitkan dalam persediaan untuk pilihanraya umum akan datang.

Ini apa yang berlaku baru-baru ini.

Pada 16 Julai 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Nur Misuari yang sangat rapat dengan Anwar sejak Anwar berada dalam kerajaan, dan komander tentera MNLF. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Jakarta dan telah diatur oleh Ahli Parlimen Indonesia, seorang lagi kawan rapat Anwar, dibawah arahan Anwar sendiri.

Mesyuarat kedua telah diadakan di Manila pada 4 Ogos 2012 untuk memuktamadkan dan menandatangani perjanjian. Anwar terbang ke Manila dengan penerbangan MH 704, dan jika anda semak butiran penerbangan, anda dapat mengesahkan perkara ini, dan beliau juga telah ke Jakarta hanya dua minggu sebelum itu.

Dalam mesyuarat itu, Anwar memberitahu Misuari bahawa dia memerlukan bantuan untuk memenangi pilihanraya umum akan datang. Pakatan Rakyat yakin memenangi sekurang-kurangnya 82-85 daripada 165 kerusi di Semenanjung Malaysia. Beliau tidak yakin dengan 57 kerusi di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Pakatan Rakyat perlu menang sekurang-kurangnya 30 daripada 57 kerusi di Malaysia Timur untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang cukup tipis tetapi selesa. (Anwar boleh meningkatkan majoriti ini kemudian dengan membawa ahli-ahli parlimen Barisan Nasional untuk beralih arah apabila mereka membentuk kerajaan). Untuk ini berlaku, Anwar memerlukan sokongan umat Islam di Malaysia Timur, khususnya di Sabah, ramai daripada mereka adalah orang Islam Filipina dengan kewarganegaraan Malaysia dan hak mengundi.

Anwar berjanji kepada Misuari bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak akan diberi autonomi, seperti yang telah mereka perjuangkan selama lebih 42 tahun sejak tahun 1970. Kedua-dua negeri di Malaysia Timur juga akan diberikan royalti minyak 20%, peningkatan sebanyak 15% daripada kadar semasa 5%. Ini akan memastikan bahawa kedua-dua negeri ini akan menjadi sangat kaya - dianggarkan RM4 bilion setahun bagi setiap negeri.

Tambahan pula, semua rakyat Filipina yang bukan warganegara Malaysia di Malaysia Timur akan diberi kewarganegaraan, atau sekurang-kurangya status pemastautin tetap yang sangat minimum, supaya mereka boleh mencari pekerjaan di Sabah. Pekerjaan untuk mereka juga akan dijamin.

Nur Misuari bersetuju dengan terma-terma tersebut dan kemudiannya melantik Haji Ibrahim Omar sebagai penyelaras MNLF atau 'duta tidak rasmi' ke Sabah untuk membantu Anwar meraih sokongan umat Islam Filipina di negeri itu.

Dan itulah sebabnya kerajaan Malaysia teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik apabila krisis Lahad Datu mula menjelma. Pihak Kerajaan tahu ada sesuatu di sebalik insiden tersebut dan pada masa itu masih belum jelas kaitannya secara total.

Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja. Mengambil tindakan ketenteraan hanya akan memberikan kelebihan kepada pihak pengkomplot dan meyakinkan pihak orang Islam Filipina di Sabah agar bangkit menyokong Anwar bagi mendapatkan autonomi dari pihak Kerajaan Persekutuan.

Ya, kejadian di Lahad Datu adalah satu 'wayang', seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. Tidak ramai yang akan berani untuk menyangkal perkara ini. Ramai rakyat Malaysia juga yakin bahawa terdapat 'dalang' di sebalik kejadian ini. Apa yang mereka tidak tahu ialah: Siapa dalang tersebut? Malaysia Today telah mendedahkan cerita ini dan saya mencabar kerajaan Malaysia untuk menafikan kesahihan apa yang saya baru dedahkan.
Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan ialah samada 'perang mulut' antara MNLF dan MILF juga satu “wayang”. Dengan mencanangkan konflik ini, proses damai akan hancur berkecai dan ini memberi mereka alasan untuk meneruskan konflik bersenjata. Walaubagaimanapun, hubungan antara MNLF dan serpihan kumpulan lain tidaklah bergejolak seperti apa yang ia pamerkan di sebalik tabir, jika gambar di atas dijadikan kayu ukurannya.

Kesimpulannya, memang wujud banyak plot dan sub-plot dalam perkara ini, yang mana akhirnya kita sendiri tidak mengetahui siapa yang mempermainkan siapa.
Misteri Bersambung- Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Lahad Datu

Government Transformation Programme (GTP) Annual Report

Government Transformation Programme (GTP) Annual Report
Mac 25th, 2013 by Najib Razak

Addressing Living Costs
I have listened to the rakyat’s concerns about the cost of living. We have put a lot of effort into helping to ease the burden by providing financial assistance to those in need, particularly families with school children as well as those in the low-income bracket.

Raising Living Standards of Low-Income Households

Proud that 100k people lifted out of poverty thru 1Azam. One of many initiatives to raise living standard of low-income households.

Improving Our Schools

Our children must receive the best we can offer in education. Our efforts have so far driven pre-school enrolment by 81% as well as the overall quality of our schools.

Improving Rural Basic Infrastructure

Development initiatives for roads, water and electricity have done much to unleash the potential of our rural communities. Today, we can proudly say that the Government is reaching out to those in need in every corner of Malaysia.
Misteri Bersambung- Government Transformation Programme (GTP) Annual Report

PRU-13: Seronoknya Mereka 'Berebut Kerusi'

PRU-13: Seronoknya Mereka 'Berebut Kerusi'...
Sana sini heboh maklum tentang 'tabiat' rebut kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika bahang pembubaran Parlimen semakin dirasai untuk memberi laluan kepada 'ibu segala pilihanraya' PRU-13 dilangsungkan. Berikut adalah antara episod permainan 'rebut kerusi' mereka;
Parlimen Gelang Patah
Pertelagahan antara Ketua DAP Johor dan Pengerusi PKR Johor akhirnya ditamatkan oleh pengumuman Ketua Umum PR bahawa calon kerusi ini adalah veteran DAP, Lim Kit Siang. Tidak semena-mena, nama Lim Kit Siang yang dipilih sehingga menyebabkan kelibat Chua Jui Meng tidak lagi kelihatan dalam mana-mana ceramah umum di Johor setelah pengumuman tersebut. Difahamkan, Chua Jui Meng akan ditawarkan sebuah kerusi di Kedah, persoalannya, apakah PKR di Kedah ada pengaruh kuat? Dan yakinkah PR masih memimpin Kedah selepas PRU-13 ketika gelombang 'Save Kedah' oleh BN kuat bergema!
Parlimen Bagan Serai
Pengerusi PKR Perak, Dr. Muhamad Nur Manuty diumumkan oleh Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi ini dalam satu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai tempoh hari. Berikutan pengumuman ini, PAS Kawasan Bagan Serai menzahirkan protes dengan mengadakan sidang akhbar menyatakan tidak menyokong pencalonan PKR di kawasan ini malahan nekad meletakkan calon dari PAS. PAS Bagan Serai turut memaklumkan kemungkinan besar berlakunya pertandingan 3 penjuru antara calon BN vs calon PKR vs calon PAS. Sekiranya pucuk pimpinan tertinggi PAS tidak merestui permintaan PAS Bagan Serai, mereka juga nekad memboikot jentera PAS untuk tidak membantu calon PKR malahan tidak akan turun mengundi calon PKR tersebut.
Seimbas lalu, kerusi Bagan Serai adalah kerusi 'tradisi' PAS sebelum diserahkan kepada PKR pada PRU-12. Pada PRU-12, calon PKR, Mohsin Fadzil menang tetapi bertindak keluar parti selepas itu dan menjadi YB Bebas. Masakan PAS tidak serik dengan 'pengkhianatan' rakan sekutu mereka..?
Perkembangan terbaru, Anwar Ibrahim dikatakan bakal bertanding di Kerusi Bagan Serai sebagai langkah menamatkan konflik pertelagahan ini. Situasi yang hampir sama dilakukan di Gelang Patah. Apakah kepimpinan PAS Bagan Serai sudi menerima jangkaan keputusan ini? Dan di manakah nasib Dr Manuty yang sudah diumumkan sebagai calon di sini?
DUN Changkat Jering
YB Mohamad Nizar, bekas MB Perak diumumkan sebagai calon untuk kerusi ini oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain. Pengumuman ini katanya telah mendapat restu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut berjaya mencetuskan konflik dengan rakan pakatan yakni PKR. PKR Perak menyatakan ketegasan bahawa pencalonan YB Nizar ini bukti PAS telah 'melanggar syarat' antara mereka difahamkan berkenaan isu pertukaran kerusi boleh menang. Walau bagaimanapun, PAS Perak bertegas meletakkan calon di DUN ini sebagai respons 'balas dendam' kepada pengumuman PKR meletakkan calonnya di Parlimen Bagan Serai.
Untuk rekod, kerusi Changkat Jering sehingga 2004 milik PAS sebelum dihadiahkan kepada PKR pada 2008. Kpt (B) Osman Jailu dari PKR menang tetapi bertindak keluar PR selepas memenangi kerusi ini.
DUN di Kedah
Kebuntuan sudah membarah dan terbaru, kes sabotaj satu ceramah PR di Alor Semadom, Alor Setar dipercayai dari kelompok dalam PR akibat ketidakpuashatian berkenaan pencalonan kerusi. Dikhabarkan, PAS Alor Setar yang mahu berebut DUN Bakar Bata, milik kuota PKR sebelum ini. PAS berkeras mahu meletakkan Timbalan Yg Dipertua PAS Alor Setar yang gigih melobi sehingga merancakkan pertengkaran mulut antara PKR dan PAS. Itu bukan satu-satunya kes di Kedah, umum mengetahui, penentuan formula pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan PKR di Kedah masih bermasalah kerana kedegilan PAS untuk menggunakan formula sama pada PRU 2008. Dalam formula itu, DAP tentunya seperti 'melukut di tepian gantang'.....
Dalam permainan 'rebut kerusi', memang ada seronoknya. Mengelilingi bulatan kerusi sambil diiringi alunan muzik, muzik dihentikan, kita pun berebut. Pasti ada yang terjatuh tersingkir tak mendapat kerusi. Dalam realiti politik, yang 'bermain rebut kerusi' bukan seorang. Pemainnya disingkir, penyokongnya bakal menyingkir...
Sepakat membuka mata, mencelik minda..
Perebutan kerusi menggambarkan pakatan sangat lemah!
Perebutan kerusi menggambarkan pakatan rakus (PR) dan tamak kuasa!
Sepanjang pengamatan, tabiat sebegini tidak diamalkan Kerajaan BN kerana permuafakatan 13 parti komponen cukup utuh dan bukan secara semberono tetapi diperhalusi sebaiknya oleh YAB Pengerusi BN untuk transformasi politik yang berkesan.

Demi agama, bangsa & negara

BN Pilihan Rakyat 1Malaysia
Misteri Bersambung- PRU-13: Seronoknya Mereka 'Berebut Kerusi'

Thursday, March 21, 2013

Cerita Sebenar Kes Sodomi 2 Anwar (Bhg 1)

Cerita Sebenar Kes Sodomi 2 Anwar (Bhg 1)
11 Mac 2013
SURAT FMT: dari Yuktes Vijay, melalui emel
Saya merasa agak marah apabila membaca berita yang bapa Saiful telah menyertai PKR.Saya sudah sedia maklum dari awal lagi bahawa parti tersebut tidak punya integriti tetapi perkhabaran terkini ini jelas menjatuhkan lagi kredibiliti mereka.Saya pernah bekerjasama dengan barisan peguam Anwar sepanjang kes Sodomi 2 dan terbabit dari A-Z dalam perbicaraan itu sendiri.
Pembabitan saya dari A-Z bermaksud berjumpa dengan pakar forensik dan DNA seterusnya mengkaji dokumen-dokumen serta mencari duluan (case laws) untuk hujahan. Saya terlibat dalam keseluruhan proses.Saya tidak berhasrat untuk menamakan peguam tersebut kerana saya sangat memuja beliau sebagai mentor saya dan tidak mahu beliau diheret ke dalam kancah kekecewaan dan kemarahan saya.
Kenapa Anwar tidak memberi keterangan?
Anwar sentiasa menyatakan bahawa beliau tidak dibicarakan secara adil.Sebenarnya beliau tidak berani untuk memberi keterangan dari kandang saksi.Beliau tidak akan mampu menahan segala soalan yang akan dilemparkan oleh Datuk Yusoff yang kini berpaling menjadi sekutu beliau. Sekiranya penyokong-penyokong Pakatan merasa sangsi, cuba tanyakan soalan-soalan berikut dan dapatkan jawapan yang benar, boleh diterimapakai dan tidak mempersoalkan logik jawapannya.
  • Kenapa Anwar secara peribadi dan spesifik meminta Ketua Kakitangan beliau, Ibrahim Yaakob supaya menghantar Saiful ke pagsapuri tersebut bersama dokumen-dokumen padahal ada kakitangan lain yang boleh ke sana;
  • Bagaimana Saiful mengetahui kod untuk memasuki pangsapuri tersebut iaitu “Mokhtar,” nama ketua keselamatan dan juga adik ipar kepada Anwar?
  • Keterangan video yang dihantar ke Gandhi Labs di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di dalam pangsapuri tersebut, namun kenapa kehadiran beliau di pangsapuri itu dipertikaikan;
  • Kenapa Saiful diberikan keistimewaan; diberikan bilik khas, keistimewaan untuk mengiringi Anwar ke luar negara sedangkan beliau adalah seorang kakitangan baru; dan
  • Salah seorang pembantu Anwar, Najwan Halimi sebelum ini pernah menghantar emel kepada Anwar dan memaklumkan kecenderungan Saiful kepada BN.Kenapa perkara ini tidak diendahkan oleh Anwar?
Pasukan pembelaan Anwar sedar bahawa Anwar tidak akan dapat menahan segala serangan oleh pihak pendakwaan, mereka membuat keputusan agar Anwar tidak memberi keterangan atas alasan yang beliau tidak akan diberikan perbicaraan yang adil. Anwar berjaya memperdaya,menipu dan membohongi rakyat dengan lagak seperti Mandela.Beliau bukannya Mandela, malahan hanya seorang penipu yang bagus.
Dana untuk pakar-pakar luar negara
Faktor yang sangat mengejutkan di sini adalah apabila tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikan yuran yang terlibat untuk membayar pakar forensik, Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka dibayar upah yang sangat tinggi untuk membela Anwar. Sewaktu mereka berada di sini, mereka menginap di Hotel Shang-ri La selama beberapa hari.
Dari manakah wang untuk membayar penginapan ini datang?Adakah Anwar bayar dengan duit poket beliau sendiri?Tidak,malahan beliau juga tidak membayar yuran guaman peguam-peguam beliau.Sebenarnya, ada Datuk-datuk yang kaya yang membiayai Anwar Ibrahim.Saya tahu nama Datuk tersebut, tetapi atas sebab peribadi saya tidak akan menyatakan namanya.
Persoalannya sekarang sekiranya PKR boleh mempertikaikan pembelanjaan perkahwinan anak Perdana Menteri, kenapa tidak mempersoalkan dana untuk membayar pakar-pakar ini?Sekiranya seorang bekas penjenayah dan ketua pembangkang ada Datuk-datuk untuk membiayai kos guaman, apa salahnya jika ada Datuk-datuk yang membiayai perkahwinan anak PM?
Saiful
Saya tidak tahu banyak perkara tentang Saiful.Apa yang saya boleh katakan di sini, beliau tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya hanya kerana pegawai penyiasat, Jude Perreira tidak mengendahkan protokol Jabatan Kimia dan menjalankan tugas mengikut cara beliau tersendiri.
Kesan DNA Anwar ada dalam rektum beliau. Apa yang menghalang Hakim untuk mensabitkan Anwar adalah kerana wujudnya pecahan dalam rantaian keterangan “break in the chain of evidence.” Saya akan menulis berkenaan isu ini dalam masa terdekat. Drama ini perlu dijelaskan dalam satu penulisan yang lengkap.
Secara ringkasnya, wujud keterangan yang membuktikan kewujudan air mani Anwar dalam rektum Saiful.Namun, kerana putusnya rantaian keterangan dan juga kesangsian atas integriti sampel, keterangan tersebut tidak digunakan.
Oleh itu hakim tidak ada jalan untuk mengesahkan keterangan Saiful.
Kesimpulan bahagian 1
Anwar adalah seorang penipu tegar. Beliau mempergunakan bapa Saiful untuk meraih undi.Kita semua sedia maklum yang setelah beliau dibebaskan, beliau sudah hilang sedikit tarikan kerana beliau tidak ada apa untuk disuarakan lagi. Saya benar-benar berharap agar beliau menyaman sana supaya saya dapat membuktikan apa yang telah saya sebutkan di sini.
Ingat Anwar Ibrahim, saya membesar dalam memujamu. Saya tahu modus operandi kamu dan saya pernah bercita-cita untuk menjadi seperti kamu. Biar semua orang melihat Anwar Vs Anwar Klon (saya) beraksi. Ingat lagi semua emel-emel,Astroboy? Saya ada semua. Saya cabar kamu!

Penulis, bekas Anwarista terlibat dalam kes Sodomi 2 Anwar sebagai salah seorang peguambela.
Misteri Bersambung- Cerita Sebenar Kes Sodomi 2 Anwar (Bhg 1)

Pakatan plans on administrating this country with initiatives by the current Barisan Nasional government

Pakatan plans on administrating this country with initiatives by the current Barisan Nasional government
They say that imitation is the sincerest form of flattery but Pakatan Rakyat fooled no one by presenting themselves as the answer to the socioeconomic problems they’ve concocted inside their heads.
What they’ve presented as the GE13 manifesto has been heavily criticised for its lack as sightfulness, as well as being a copycat to the policies and programmes of the Federal Government.
In a recent move to lift the spirit, as well as appreciate the unvetted service provided by the civil service and the Malaysian police and armed forces , Prime Minister Dato’ Seri Najib Razak announced the parity of salaries for the civil service, the police and armed forces under a new policy, Transformative Remuneration System (SST).
Several initiatives were also announced by the Prime Minister, including a pay rise of up to 10 per cent, improved costs of living allowances as well as housing allowances for the 1.5 million civil service staff nationwide.
Here’s what PKR Strategy Director Rafizi Ramli has to say about this: “It is utterly irresponsible for Najib to woo civil servants unashamedly in the hope that they will support UMNO and BN (in the coming general election).”
What he failed to say was that his comrades in Pakatan, the PAS central committee, actually approved of this raise and pledged to “match and improve” on any promise made by the Prime Minister in raising salaries and allowances, should Pakatan win GE13.
How is this not wooing civil servants unashamedly in the hope that they will support Pakatan Rakyat?
“The PAS central committee met and has taken the stand that any announcement made by the Prime Minister will be continued when Pakatan Rakyat runs Putrajaya,” PAS vice-president Datuk Husam Musasaid as reported in Harakah Daily Online.
And how does this tally with PKR Vice President Nurul Izzah Anwar’s infamous statement last week which lambasted the security forces, and irresponsibly called for restructuring of the police and armed forces, including abolishing the General Operations Force and Special Branch?
How does PAS’ stand reflect on DAP’s Tony Pua who said that Pakatan will reduce the number of civil servants by half when they are in power?
Civil servants form a key demographic among the 13.3 million voters eligible to cast their ballots in GE13. It is clear that both the government and the opposition cannot afford to ignore this fact.
While the government is making strides in appreciating and assisting the civil servants, police personnel and armed forces, Pakatan Rakyat is confusing the rakyat with its plethora of pre and post manifesto promises.
PAS says one thing, PKR and DAP say another. This has always been the case, and this will always be the case should these power mad opportunists takeover Putrajaya.
And let’s not forget Selangor MB Tan Sri Khalid Ibrahim’s infamous statement that a “manisfesto is not a promise.”
Misteri Bersambung- Pakatan plans on administrating this country with initiatives by the current Barisan Nasional government

PAS akui perlukan lebih banyak masa untuk selesaikan masalah-masalah di Kelantan

PAS akui perlukan lebih banyak masa untuk selesaikan masalah-masalah di Kelantan
Pihak-pihak berkuasa di Kelantan yang ditadbir oleh PAS telah mengakui bahawa walaupun telah memegang tampuk pentadbiran negeri Kelantan selama 22 tahun, mereka masih perlukan lebih banyak masa untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat sebelum PRU12 yang lepas.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan mendakwa bahawa manifesto bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam tempoh satu penggal.
“Dalam sesebuah manifesto, ada perkara yang boleh dilaksanakan dengan cepat, dan ada pula yang akan mengambil masa yang lama,” ujar beliau.
“Atas sebab inilah kami meminta pengundi-pengundi memberikan kami peluang melanjutkan pentadbiran kami memandangkan ada janji-janji kami yang perlukan masa yang panjang untuk ditunaikan.”
Pentadbiran PAS di Kelantan sejak tahun 1990 telah dikecam hebat kebelakangan ini kerana pembangunan Kelantan yang perlahan jika dibandingkan negeri-negeri lain, dalam kedua-dua aspek ekonomi dan juga sosial.
Menyentuh tentang manifesto PAS untuk pilihanraya umum yang akan datang, Amar mendakwa mereka akan tunggu dan lihat apa yang ditawarkan oleh Barisan Nasional sebelum mengeluarkan manifesto mereka.
Sementara itu pula, BN kini sedang menunjukkan keyakinan baru di Kelantan.
Pada bulan lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional merampas semula Kelantan agar negeri itu tidak ketinggalan dalam program transformasi yang sedang dikecapi di seluruh negara.
“Sekiranya anda ingin keluar dari kegelapan ini, eloklah berikan peluang kepada BN. Sekiranya anda rasakan BN gagal, tukar semula selepas lima tahun, kuasa terletak pada tangan rakyat,” kata Muhyuddin.
“Berilah peluang kepada Perdana Menteri yang memohon mandat baru, dan nilaikan cara-cara kami, sudah pasti akan ada perubahan dalam masa lima tahun. Sekiranya tiada perubahan, anda ada hak untuk menukarkan kami. Kami mahu buktikan apa yang kami mampu lakukan untuk rakyat.”
Pengundi-pengundi di Kelantan semakin bertambah bosan dengan pentadbiran PAS yang lama dan tidak efektif serta wujud juga kebimbangan dalam kalangan orang bukan Islam tentang agenda agama yang semakin menyelinap masuk ke dalam pentadbiran negeri – ini berkemungkinan akan mengurangkan sokongan bukan Islam terhadap Pakatan Rakyat.
Diterjemahkan dari The Choice.
Misteri Bersambung- PAS akui perlukan lebih banyak masa untuk selesaikan masalah-masalah di Kelantan