Sunday, September 30, 2012

Geliga Buaya

Ok ni adalah salah satu item dari sifu@Tokmat yang dinamakan Geliga Buaya.Sifu@Tokmat mendapatnya dengan sekali dulang dan kain kuning seperti yang hangpa nampak dalam gambar tersebut.Ianya berbentuk bulat.

Geliga Buaya RM21 sebiji

Geliga Buaya RM21 sebiji

Kegunaannya : Menjauhkan binatang buas yang berada didalam sungai,kolam semasa berenang atau menaiki sampan.Sebagai penawar sengatan binatang berbisa dan buas.

Cara Penggunaannya :

1-Dicampakkan sebiji kedalam sungai/kolam yang ingin kita lalui dan diketahui dihuni binatang buas.Sesuai untuk kaki pancing atau pemancing udang galah.

2-Disertakan dengan doa yang akan diberikan melalui email.

Maka Seberangilah, insyallah...

psssttt : tapi kalau dah ajal takleh nak buat apa la...ni cuma ikhtiar sahaja...



Misteri Bersambung- Geliga Buaya

Saturday, September 29, 2012

Toyol Jadi-jadian

Siri Bercakap Dengan Jin Siri 12 : Toyol Jadi-jadian


Kalaulah bukan datuk yang mengejutkan saya di tengah malam buta itu sudah pasti kena penendang sulung saya. Kerana datuk, saya tidak dapat berbuat apa-apa. Terpaksa saya terima dengan manis muka, meskipun hati meradang dengan perbuatannya.

“Kenapa tok?” tanya saya sambil menggesel-gesel kelopak mata. Datuk tersenyum sambil meraba-raba misai bengkoknya yang macam tanduk seladang jantan. Sekali-kali misainya turut bergerak.

“Kita sudah hampir pada matlamatnya.”
“Matlamat apa tuk?”
“Mencari orang yang jadi tuan toyol.”
“Kalau kau faham baguslah.”

Datuk merebahkan badannya di sisi saya. Memang saya tidak sedar waktu mana datuk bangun. Bila saya buka kelopak mata, datuk sudah sudahpun selesai sembahyang subuh.  

Dia memaksa saya pergi ke perigi sendirian untuk mengambil air sembahyang. Saya patuh dengan cakapnya itu.
 

Datuk tidak dapat dapat melupakan kebiasaannya berjalan berbatu-batu sambil membasuh muka dan badannya dengan air embun waktu pagi. 

Datuk pula tidak mengambil semua air embun di daun kayu untuk membasuh muka dan badannya. Dia memilih jenis daun yang tidak miang atau gatal. Cara dia menyapu air ke muka juga agak ganjil. 

Dia memulakan dari pangkal dagu membawa ke atas hingga sampai ke gigi rambut. Kemudian baru dia membasuh kedua belah keningnya. Paling akhir sekali dilakukannya ialah memasukkan air ke dalam lubang hidung hingga bersin.
Kemudian datuk akan memijak rumput hijau tujuh kali ke arah matahari naik dan enam langkah ke arah matahari jatuh. 

Kebiasaannya itu, dibuatnya juga semasa dia berada di Ulu Kuang dekat Chemor, apa yang datuk lakukan saya terpaksa membuatnya dan datuk berjanji, pada suatu hari kelak, bila umur saya genap dua puluh satu tahun dia akan memberi beberapa mentera yang perlu dibaca bila mandi air embun.
Pagi itu, berjalanlah saya bersama datuk di pinggir Kampung Ulu Kuang sambil mandi air embun. Saya terasa seronok melihat matahari pagi dengan sinar yang kilau-kilauan di celah-celah pokok besar. 

Bila sinar matahari itu menikam air embun di hujung daun, kelihatan bermanik-manik dan sungguh menarik sekali.

Damai dan terhibur hati saya mendengan bunyi kicau beburung hutan yang bermacam ragam dan bermacam rupa yang terbang dan melompat dari dahan ke dahan. Sambil berjalan datuk memberitahu nama-nama burung yang saya nampak. 

Bila matahari mula meninggi satu galah, saya dan datuk sudah jauh meninggalkan pinggir Kampung Ulu Kuang. Kami memasuki satu lorong kecil menuju ke arah sebuah anak bukit. 

Di kaki bukit itu ternampak sebuah pokok berdinding tepas dan beratapkan daun rumbia. Tiangnya dari kayu hutan jenis bulat. Dalam jarak lima puluh langkah mahu sampai ke halaman pondok itu datuk berhenti berjalan.

“Kenapa datuk?” tanya saya ragu-ragu. Datuk diam, kedua belah tangannya dilekapkan atas dada. Kedua belah kelopak matanya dirapatkan. Datuk melangkah tujuh tapak ke depandan berdiri atas kedua belah tumit kakinya beberapa detik. 

Bila mata dibuka dan kedua belah tangan diluruskan serta tapak kaki memijak bumi, datuk kelihatan tersenyum.

“Memang tidak salah penglihatan aku malam tadi, cahaya dari tanah kubur itu menuju ke sini, “dengan tenang datuk bersuara. Saya jadi termanggu-manggu.

“Kita balik, kalu kita maju, kita bahaya,” datuk pun menarik tangan saya. Kami berpatah balik menuju ke rumah adik datuk.

Sepanjang jalan pulang itu datuk tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak memerhatikan gerak geri rumput dan dedaun. 

Saya faham benar, bila datuk berbuat demikian ertinya dia menumpukan seluruh perhatinnya pada sesuatu benda yang tidak dapat dijangka oleh akal fikiran manusia biasa. Saya kira, fikiran dan perasaannya tertumpu ke satu alam yang lain.

Saya tidak berani bertanya padanya tentang hal itu. Saya takut dia naik angin. Kalau datuk naik angin, saya kena maki dengan percuma. Kalau datuk tidak maki, dia akan menjegilkan biji matanya sebesar telur ayam hutan.

“Jauh berjalan pagi ni,” soal adik datuk sebaik saja kami tiba di kaki tangga. Dia baru saja melepaskan ayam di reban. Saya tidak menjawab kecuali tersenyum panjang.

“Macam biasa,” balas datuk. Kami terus membasuh kaki dan memijak tangga naik ke rumah.

Di rumah tengah rumah sudah tersedia sarapan. Air kopi pekat dan rebus ubi kayu serta kelapa parut.

“Rumah siapa dekat belukar tu,” datuk mengkemukakan soalan. Adik datuk terdiam mengingati sesuatu.
 “Rumah Kidon.”
“Orang sini jati?”
“Tidak, macam kita juga berasal tanah seberang.”
“Orang Padang ke orang Jambi.”

Pertanyaan datuk itu segera dijawab oleh adiknya. Saya sudahpun berhenti makan ubi rebus, Isteri adik datuk sudah turun ke tanah pergi ke ladang. 

Bila pertanyaan itu tidak mendapat jawapan, datuk tidak lagi mahu mengemukakan pertanyaan. Dia terus menghirup air kopi dengan tenang.

“Dari Sumatera katanya dari keturunan Batak,” tiba-tiba saja adik datuk bersuara.
“Ada bini tak?” cara tidak sengaja saya bertanya. Datuk menjeling tajam pada saya.
“Dah mati, bininya orang Kedah, emak bapanya bininya menetap di Kuala Kangsar” terang adik datuk dengan jujur.

“Ada anak?’ cepat-cepat datuk meningkah.
“Tak ada, bininya tu mati bersalin anak sulung,”
“Hummmm…,” suara datuk perlahan. Dia menekan pipi kirinya dengan tangan kanan. Terus-terang datuk menyatakan pada adiknya, bahawa dia perlu duduk di Ulu Kuang paling kurang enam bulan. 

Datuk juga meminta adiknya membuat sebuah pondok untuk diri dengan alasan senang untuk beramal ibadat serta berusaha menghancurkan tuanpunya toyol jadi-jadian. Permintaan datuk itu tidak keberatan untuk dipenuhi oleh adiknya.

Seminggu kemudian, terpacaklah sebuah pondok baru di Ulu Kuang Chemor yang didirikan secara gotong-royong oleh penduduk-penduduk di situ. Saya dan datuk pun pindahlah ke pondok baru.

Perkara yang tidak menyenangkan hati saya, bila duduk di pondok baru, ialah bila bulan mengambang penuh. Ketika itu kelihatanlah beberapa ekor harimau besar di depan pondok. 

Dari atas pondok datuk melompat ke tanah lalu bersilat dengan harimau-harimau itu.
Sekiranya, datuk malas ke tanah kerana badannya terlalu letih. Harimau-harimau itu akan menjulurkan ekornya dari celah lantai buluh. 

Datuk akan mencium atau mengurut-urut ekor harimau itu sambil membelitkan ke batang lehernya. Bila terdengar bunyi suara burung jampok atau burung hantu, barulah datuk memerintahkan harimau-harimau peliharaannya pulang.

“Ambilkan aku kain putih, mangkok putih, taruh air dalam mangkok putih separuh, kain putih letakkan ke dinding,” datuk mengeluarkan perintah pada saya malam itu.

Kalau tidak silap, malam itu malam Rabu kira-kira pukul sepuluh. Apa yang diperintahkan datuk saya lakukan dengan senang hati.

Datuk duduk bersila di tengan pondok, Asap kemenyan dari dupa melintuk-liuk memenuhi ruang pondok. Baunya semerbak. Datuk mengatur tujuh piring di depan. 

Piring tepi sebelah kanan ditaruh batang lengkuas, sementara di sebelah kiri ditaruh sebatang serai. Piring tengah ditaruh darah ayam yang disembelihnya petang tadi.

Tiba-tiba seekor kucing hitam melompat masuk ke tengah pondok melalui pintu yang terdedah. Kucing itu merenung muka datuk dengan tajam. 

Datuk menghalaunya, kucing itu tidak mahu bergerak. Saya lihat datuk mengeluarkan secekak tualng-tulang ikan dari karung yang terletak sebelah kanannya. Datuk melemparkan tulang-tulang ikan kering itu pada kucing hitam. 

Dengan tiba-tiba batang lilin yang menyala padam. Saya menyalakan lilin tersebut. Saya lihat kucing hitam sudah hilang dan tempatnya diganti oleh sebungkus kain hitam. Saya kenal, kain hitam itu kepunyaan datuk.

Datuk menyuruh saya memadamkan lampu minyak tanah. Sebatang lilin yang bercahaya dipadamkannya. Keadaan dalam rumah jadi agak samar-samar dan sepi sekali. 

Bunyi katak dan cengkerik jelas kedengaran. Sayup-sayup terdengar suara burung hantu ganas di ranting. Atap pondok bagaikan bergerak-gerak disentuh angin. 

Serentak dengan itu terdengar bunyi air menimpa atap pondok. Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar bunyi suara orang perempuan ketawa dan menangis tersedu-sedu, dekat pokok tembusu di belakang pondok.

“Suara langsuir, bertenang cucuku, bertenang kitan mencari jalan kebaikan dan bukan jalan jahat,” bidik datuk ke telinga saya.

Datuk tidak bergerak bila seketul batu besar meluru masuk ke dalam pondok. Batu itu tepat mengenai pangkal bahu kiri datuk. 

Bila batu jatuh atas lantai, pondok kecil bergegar datuk tidak peduli. Dengan pertolongan cahaya lilin saya merenung ke muka pintu. Satu lembaga besar tanpa tangan, tanpa kaki dan kepala berdiri di situ.

Datuk menarik muka saya. Dia suruh saya melihat air dalam mangkok putih. Di luar guruh bersahut-sahutan sedangkan cuaca malam itu cukup baik.

“Pedulikan semuanya itu, sekarang kau tengok kain putih tu, apa yang kau lihat, jangan kau ceritakan pada sesiapa, kalau kau buat juga padahnya kau tanggung sendiri,” kata datuk, dia terus menabur kemenyan atas bara dalam dupa.

Saya terpaku, saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat pada kain putih. Saya raba ibu jari kaki saya, saya raba telinga kanan saya, semuanya ada dan saya tahu, bahawa apa yang saya lihat itu bukan mimpi. Saya melihatnya dalam keadaan sedar dan siuman.

Saya melihat pada kain putih itu, batang tubuh seorang lelaki sedang menggali kubur. Lelaki itu melakukannya waktu malam, Badannya kelihatan berpeluh.
“Itulah Kidon mengorek kubur anaknya,” datuk memberi tahu saya.

Saya lihat mata cangkul Kidon menyentuh papan keranda. Kidon meletakkan cangkul ke tepi lalu menyapu peluh di dahi sebentar.

Kidon mengambil sebatang besi lalu mencungkil papan keranda. Bau busuk membuat dia hampir-hampir muntah. Kidon tidak peduli semuanya itu. Dia turun ke dalam lubang kubur. Dia menatang mayat anaknya keluar dari dalam kubur. Diletakkan dekat pokok.

Kidon masukkan papan keranda kembali, kemudian menimbus lubang kubur seperti sedia kala. Kidon masukkan mayat anaknya ke dalam guni plastik berwarna hijau. 

Dia memikul cangkul dan besi di bahu kiri. Tangan kanannya menjinjing mayat anaknya, macam menjinjing ikan dari pasar.
 

Sampai di rumah Kidon membuka kain kapan anaknya. Mayat anaknya diletakkan atas para yang sudah disiapkannya terlebih dahulu. Dia membasuh mayat anaknya dalam baldi besar.
 

“Air basuh mayat itu, diambil dri tujuh kuala anak sungai,” beritahu datuk pada saya. 

Saya angguk kepala. Mata tidak berkelip melihat kain putih, macam menonton wayang gambar, cuma tidak ada iringan muzik saja. Datuk hanya menerangkan sesekali saja pada saya. 

Anehnya datuk tidak melihat apa yang terjadi pada kian putih. Kedua matanya pemjam rapat seperti orang tidur, dengkur nafasnya macam orang yang sedang tidur lena.

Ketika itu, saya seperti tidak berada di dalam pondok. Saya berada di satu tempat asing sungguh sunyi sepi sekali.
“Air itu diambil ketika remang-remang senja, bersama bunyi gagak,” ujar datuk.
 

Saya lihat Kidon membuka semua pakaian di badan. Dia sudah bogel. Tujuh bunga yang berlainan warna dimasukkan ke dalam baldi. 

Selesai memandikan mayat anaknya, Kidon merenjiskan pula dengan air sebanyak tujuh kali, mulutnya membaca sesuatu Kidon basuh muka dan minum air yang telah digunakan membasuh mayat anaknya tadi.

Saya perhatikan,. Kidon melakukan semuanya itu dengan teliti. Setitik air pun tidak jatuh ke atas lantai. Mayat anak itu diletakkan atas para. Kidon ambil air mandi mayat anaknya. 

Disiramkannya ke atas kepalanya hingga ke hujung kaki.
Selesai dengan tugas itu, Kidon melumurkan mayat anaknya dengan abu dapur dan minyak kelapa. Mayat anaknya tiu dibawa masuk ke dalam satu bilik. 

Disitu sudah tersedia sebuah salai tergantung. Mayat anaknya diletakkan atas salai tersebut dan ditutup dengan kulit kambing.
 

Kidon keluar dari kamar itu. Masuk semula dengan membawa zink buruk. Zink itu diletakkan di bawah salai. Atas zink itu ditaruh kayu arang dan habuk-habuk papan. Kidon menghidupkan api. Bila kayu arang sudah menjadi bara, barulah dia beredar.

“Mayat itu disalaikan selama empat puluh empat hari, dan Kidon terpaksa berpuasa selama tujuh hari tujuh malam, amalan itu dikenali dengan nama puasa pati Geni,” datuk membisikkan ke telinga saya. 

Di kain putih saya lihat Kidon duduk dengan meletakkan kedua belah tangannya atas lutut kiri dan kanan. 

Dia membilang biji tasbih. Menurut datuk pekerjaan itu dilakukan tanpa diketahui oleh orang lain, selepas menjalani puasa tujuh hari barulah Kidon keluar rumah membuat pekerjaan biasanya iaitu menoreh getah di kebun Haji Ahmad Alam Shah. 

Bila mayat bayi sudah cukup disalai selama empat puluh empat hari, Kidon pun mencari dan menyediakan manisan lebah, pisang emas dan pisang embun. Kidon juga menyediakan sebuah katil lengkap dengan cadar dan bantal untuk seorang bayi.

Waktu tengah malam mayat itu pun diturunkan dari tempat salai, panjangnya cuma sejengkal dan besar lebih kurang sama besar dengan anak yang berusia dua tahun, sambil memangku bayinya di tangan kiri, Kidon membasahkan tubuhnya dengan air dengan tangan kanan. Dia terus berbisik dengan tenang ke telinga anaknya begini :

“Dengarlah anakku,
Perasaan dan hatimu
Bersatu dengan aku
Dua tubuh Satu harapanku
Kaulah yang mengerjakannya
Tujuh lapis bumi,
Tujuh lapis langit,
Bersatu di bukit Kaf
Bersemadi dalam diri kita."


Selesai Kidon membisikkan pada telinga anaknya, dia menarik nafas panjang-panjang, kemudian bibir bayi yang kering itu ditiupnya. Dia melakukan ini selama tujuh pagi dan tujuh malam. 

Mayat bayi kering itu diletakkan di tempat tidur dengan bertemankan lampu yang terus menyala selama dua puluh empat jam. Kidon yang berbadan kurus itu, bertambah kurus kerana kurang tidur. Tentu dia merasa puas. 

Dalam tempoh beberapa hari lagi mayat anaknya akan dapat digunakan untuk mencari harta orang kampung. Dia terus membayangkan tentang kemewahan dan kesenangan dirinya sendiri.

Masa yang ditunggu pun tiba. Kidon masuk ke dalam bilik bayi keringnya. Dia mencium ubun-ubun bayi kering itu. 

Tiba-tiba ubun-ubun bayi kering itu mengeluarkan asap setelah Kidon menggunakan jampi serapah. Bayi kering itu menjelma menjadi kucing jantan hitam. Menjilat-jilat tapak tangan Kidon. Kidon pun menepuk-nepuk kepala kucing hitam. 

Kidon menjilat kaki kucing dengan lidahnya. Kemudian Kidon memberikan belut kering pada kucing itu. Dalam masa beberapa saat saja, belut kering itu habis dimakan oleh kucing itu.

“Kau pergi ke rumah orang kaya, kau ambil wangnya separuh dan bawa kemari,” Kidon memerintah kucing hitam.

Kucing itu menggaru-garu papan lantai akhirnya terjun ikut tingkap. Tugas Kidon setiap malam ialah menumpukan perhatian pada pelita minyak tanah di depannya. 

Jika api pelitanya bergoyang tanpa angin ertinya toyol jelmaannya dalam bahaya, bagi mengatasinya dia harus memadamkan api pelita itu dengan secepat mungkin. 

Toyol jelmaannya akan ghaib dari pandangan orang. Saya terkejut bila melihat Kidon tersungkur di kain putih.
“Ilmunya sudah aku tawarkan,” suara datuk keras.

Dia membuka mata. Air dalam mangkuk putih tertumpah dengan sendirinya. Lilin yang padam menyala sendiri begitu juga dengan pelita minyak tanah. Saya lihat dari kain hitam keluar asap berkepul-kepul. 

Tulang-tulang ikan yang berselerakkan atas lantai berkumpul dengan sendiri dan bergerak masuk ke dalam karung di samping datuk. Bila asap dari kain hitam hilang. Datuk pun mengangkat kain hitam itu.

“Kau lihat,” ujar datuk pada saya. Saya menggigit bibir. Saya lihat mayat kering terdampar atas lantai pondok. Baunya cukup busuk. Tekak saya jadi loya dan mahu muntah dibuatnya. Datuk membiarkan mayat kering itu di situ.

“Kau pulangkan pada yang berhak,” datuk bersuara lagi sambil menyiramkan darah ayam pada mayat kering. Saya perhatikan mayat kering itu bagaikan bergerak-gerak. Bila datuk melangkah mahu duduk di tempat asalnya. 

Seorang lelaki muncul di muka pintu membawa parang panjang. Badannya kurus. Di luar bunyi suara burung hantu kembali menguasai malam yang sepi. Di bawah pondok terdengar bunyi suara perempuan menangis.
“Kau datang Kidon,” lantang suara datuk.
“Jangan buat aku begini, aku mahu hidup, jawab Kidon.
“Kerjamu salah di sisi agama. Kau menyeksa mayat anakmu. Kau jadi tuan pada toyol jelmaan ini. Aku tahu dalam minggu ini kau mahu mencari pasangannya, bukan begitu Kidon.”
“Memang benar, begitulah rancangan aku, tapi aku terpaksa membatalkannya, kerana menurut firasatku ada oang yang tahu rancangan aku tu, orang itu adalah kau.”
“Sekarang, apa yang kau mahu dari aku Kidon?”
“Pulangkan toyol jelmaan itu pada aku, aku sembah kau, aku sujud pada kau, janganlah perkara ini dihebohkan.”

“Aku tidak mahu menghebahkan pada sesiapa tapi toyolmu akan aku pulangkan ke tempatnya malam ini juga.” Datuk memberi keputusan muktamad. Kidon terdiam seketika. Dia melompat turun dan menghilangkan diri dalam kegelapan malam. 

Suara langsuir ketawa kedengaran dengan jelas. Bila suara itu hilang, saya terdengar suara orang menjerit meminta tolong. 

Saya renung muka datuk. Dia kelihatan muram. Niat saya mahu bertanya padanya suara siapa yng menjerit itu jadi terbantut melihat wajahnya dalam keadaan begitu. 

Suara siapa itu? Saya bertanya dalam hati. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya. Dia pun rapat pada saya.
Misteri Bersambung- Toyol Jadi-jadian

Pengumuman Item Mistik Untuk Dimaharkan Khas Untuk Pembaca MisteriAlamMelayu

Salam semua aku cuma nak tolong my sifu sahaja promosi barang-barang dia...bagi yang berminat untuk memiliki item-item mistik,misteri unuk dijadikan koleksi atau apa-apa saja dengan harga mampu milik,asli,tiada penipuan,budget kecil aku boleh tolong hangpa...Dengan syarat semua item-item tue hangpa kena amik by-hand la...aku malas nak pos laa (kecuali hangpa nak sangat-sangat barang tu)...aku duk area damansara...kalau boleh biarlah kawasan yang berdekatan damansara,kahkahkah...Jadi disini aku bertindak sebagai runner bidan terjun SEBAB aku boleh dapat dengan harga yang TAK MASUK AKAL!!! Ini antara senarai item-item tersebut...item mistik tipu dari indonesia pun ada jugak kalau hangpa nak mahar,untuk TEST saja...mungkin dengan cara tue nanti hangpa semua tak mudah untuk ditipu oleh penjual barang-barang mistik ni...Jangan tanya aku banyak soalan sebab aku pun macam hangpa jugak,PENGOLEKSI maaa...

Antara barang-barangnya :

Item 1 : Pisau Naga Hitam Berwafaq

RM56

Kegunaan : Taktau...

Item 2 : Keris Kecil Sarung Merah (Terhad)

RM66
Kegunaan : Perubatan,Pendinding dan Persilatan


Item 3 : Semar Wayang Berwafaq

RM36


Kegunaan : Pelaris

Item 4 : Mandian Wafaq Zaa'faran ( 1 set )


RM46


 Kegunaan : Mandian Perubatan

1 Set mengandungi : 1 Wafaq Azimat,Bulu Perindu,Tulisan Ayat Suci Al-Quran Yang Boleh Larut Dalam Air dan Minyak Zaa'faran Asli

Item 5 : Wang Kertas Sukarno ( Dalam Posting Baru Esok )

Item Semua Terhad!!!

Apa-apa tanya aku dulu item ada lagi ke tak...

email : misterialammelayu@gmail.com

psssttt : kepompong besi kuning,buluh temu ruas pun ada TAPI aku takmau jual sebab nanti hangpa kena tipu dengan aku!!! <-------------------- Faham tak maksud aku?! kahkahkah...

Item aku,aku tak JUAL!!! Nanti aku plak susah nak dapat...kahkahkah
Misteri Bersambung- Pengumuman Item Mistik Untuk Dimaharkan Khas Untuk Pembaca MisteriAlamMelayu

Monday, September 24, 2012

Menunggang Harimau Ditengah Malam

Siri Bercakap Dengan Jin Siri 11  : Menunggang Harimau Ditengah Malam


Datuk terus membaca sesuatu. Datuk mengambil seketul batu dari perut perahu. Batu itu dibalingkan pada lembaga yang terpacak dalam sungai. Bila batu itu terkena badan lelaki yang besar dan gagah,dia segera menjerit dengan sekuat hatinya. 

Kemudian dia menghilangkan diri. Air sungai yang melimpah terus surut. Suasana yang cerah bertukar menjadi gelap. Saya merenung ke langit. Bintang bertaburan. Mr.Brown tidak berkata walau sepatah pun. Dia terjelepuk dalam perut sampan.
“Dia sudah pergi,” kata datuk dan terus menggalah sampan ke hilir. Lebih kurang pukul sepuluh malam kami sampai ke Jambatan Pengkalan Bharu. Dari situ datuk menumpang lori ikan menuju ke Pekan Pantai Remis. Datuk membuat laporan ke balai polis. Sarjan Ramli menyuruh seorang pemandu kereta polis membawa datuk ke Jambatan Pengkalan Bharu kembali.
Dengan kereta polis kami menghantar Mr.Brown ke bungalownya. Kerana jam sudah pukul dua belas. Mr.Brown menyuruh saya dan datuk tidur di bungalownya. Kira-kira pukul dua pagi Mr.Brown menjerit tidak tentu arah. Dia berlari ke seluruh kawasan bungalownya sambil menjerit. 

Semua pekerja ladangnya menjadi gempar. Datuk dengan bantuan pekerja ladang getah berjaya menangkap Mr.Brown. Mr.Brown terpaksa diikat di pangkal pokok getah di depan bungalownya dengan rotan seni. 

Dan datuk terpaksa menjaganya hingga ke pagi. Seorang kerani besar di ladang tersebut. Mr.Anadurai terus menghubungi Hospital Lumut. Lebih kurang pukul sepuluh pagi sebuah ambulan dari Hospital Lumut tiba. 

Mr.Brown yang masih menjerit dan mengoyak pakaiannya dimasuk ke dalam kereta tersebut. Dari Hospital Lumut dia dibawa ke Hospital Besar Ipoh. Seminggu Mr.Brown duduk dalam jeriji besi di Hospital Besar Ipoh.
Lepas itu Mr.Brown dibawa ke rumah sakit otak di Tanjung Rambutan. Tiga bulan Mr.Brown ditempatkan di situ. Datuk tidak pernah sekali pun melawatnya. Penyakit Mr.Brown tidak juga mahu sembuh.
“Orang putih tu tak jujur,” datuk mengadu pada saya.
“Kenapa tok kata macam tu ?”
“Aku yakin dia tak jujur,” suara datuk merendah. Saya bertambah bingung kerana datuk tidak menerangkan apakah maksudnya dengan perkataan tidak jujur itu. Dan saya tidak mahu menyoal lebih lanjut tentang perkara tersebut. 

Datuk nampak resah saja sepanjang hari itu. Semua kerja yang dibuatnya terganggu. Dia asyik mahu marah saja, kalau saya membunyikan radio agak kuat.
“Aku mahu ke rumah orang putih bangsat tu, memanglah orang-orang dari England ni, satu bangsa yang tak boleh dipercayai, di depan kita bukan main baik, belakang kita jadi pengkhianat pada diri kita sendiri,” datuk merungut panjang. Dia pun mengenakan seluar hitam dan baju merah ke badannya.
“Buat apa datuk ke rumah dia ?” Dia bukan ada.”
“Kau mana tau, ini urusan aku.” Datuk memijak anak tangga turun dan mengambil basikal di bawah rumah. Dengan basikal dia pergi rumah besar Mr.Brown. 

Lebih kurang pukul lima petang datuk pun pulang. Saya melihat dia membawa satu bungkusan kecil di pelantar basikalnya. Sebaik saja datuk menongkat basikal saya terus menghampirinya.
“Jangan pegang bungkusan tu.”
“Apa bendanya tok ?”
“Tanah yang diambil Mat Sallih bangsat tu, di tempat puaka disembunyikan dalam beg.”
“Tok nak buat apa dengan tanah itu.”
“Aku nak pulangkan balik, kalau tak dipulangkan kita kena petakanya.
Mendengar cakap datuk itu, fahamlah saya kenapa dia menuduh Mr.Brown tidak jujur. Dan malam itu saya menemani datuk menghanyutkan tanah di sungai. Datuk meletakkan tanah segumpal itu di atas upih pinang, kemudian dihanyutkan. 

Masa datuk melakukan semuanya itu, dia tidak bercakap atau bersuara cuma mulutnya saja yang kelihatan kumat-kamit membaca sesuatu.
 

Seminggu selepas datuk menghanyutkan tanah puaka itu. Datuk mendapat berita dari kerani besar ladang getah yang Mr.Brown telah meninggal dunia. Mayatnya telah pun dihantar ke England. 

Tempat Mr.Brown segera diganti oleh J.Mackintos dari Singapura, tetapi yang anehnya pengurus baru itu tidak berani duduk di bungalow. Setiap kali dia tidur di bungalow tersebut. 

Dia selalu saja diganggu oleh satu lembaga yang menyerupai Mr.Brown. Kadang-kadang pengurus baru itu diangkat dari bilik tidur ke ruang dapur. Ada kalanya dicampakkan ke tengah halaman bungalow

Jadi, bungalow besar yang serba lengkap terbiar. Dalam tahun 1960 bungalow besar itu dibakar oleh seorang pekarja ladang getah yang naik darah kerana setiap malam dia terdengar bunyi orang menangis dalam bungalow tersebut. 

Sebaik saja bungalow itu hangus di makan api. Pekerja itu mati ditimpa oleh salah satu tiang dari dalam bungalow itu hingga kini masih wujud. Penuh dengan pokok-pokok hutan.
Semua peristiwa itu dijadikan datuk sebagai pengajaran. Dia selalu mengingatkan saya begini

"Lakukan semua pekerjaan atau apa saja dengan rasa tanggung jawab dan jujur. Kerana kejujuran adalah harga diri manusia yang tidak ternilai. Terlalu sedikit manusia yang tidak jujur pada diri sendiri, pada janji dan sebagainya, bila kau menjadikan kejujuran itu panduan hidup, engkau akan merasa kebahagiaannya".
Saya cuma anggukkan kepala sahaja bila mendengar dia berkata begitu. Beberapa bulan berselang, datuk menyatakan hasratnya untuk pergi ke Kampung Sadang untuk memikat burung waktu malam. 

Saya tidak tahu bagaimana datuk teringatkan hal itu. Pada fikiran saya dia sudah tentu melupakannya. Sebenarnya, saya sudah memutuskan dalam hati, bahawa saya tidak akan menurut bersama datuk pergi ke tempat tersebut.
“Minggu depan, petang Jumaat aku nak pergi,” datuk mengingatkan saya.
“Baguslah tu tok, barang-barang yang dulu semuanya ada di dalam bilik.”
“Kau bagaimana ? Tak mahu ikut sama ?” tanya datuk.
“Saya malaslah datuk.” Datuk puas hati dengan jawapan saya itu. Sementara menanti petang Jumaat, datuk hanya duduk di rumah saja. Kadang-kadang dia menjenguk bini mudanya di kampung bunian. 

Pada suatu petang. Selepas datuk menemui isteri mudanya, dia memanggil saya. Cepat-cepat saya menghampirinya. Datuk duduk terjuntai kaki di kepala tangga.
“Ada apa datuk ?”
“Dua tiga hari ni, aku selalu teringatkan adik bongsu aku yang duduk di Hulu Kuang, agaknya dia sakit.”
“Habis datuk nak pergi ke sana ?”
“Hajat tu memanglah begitu.”
“Kata datuk, datuk nak pergi ke Kampung Sadang.”
“Itu tak mustahak yang penting adik beradik.” Saya terdiam mendengar cakap datuk itu. Saya segera teringat, kali terakhir saya bertemu dengan adik bongsu datuk yang saya panggil ayah Ngah itu, dalam tahun 1947. 

Lepas itu saya tak pernah bertemu dengannya lagi, terlalu sukar untuk pergi ke Hulu Kuang. Tidak ada kenderaan yang boleh sampai ke sana. 

Lagipun kawasan itu termasuk dalam kawasan hitam, (sekarang sudah ada jalanraya dan kenderaan yang berulang-alik dari Chemor ke Hulu Kuang) kerana hal-hal itu saya dan datuk terpisah dengan keluarga.
 

Petang itu juga kami bertolak dari rumah datuk ke Ipoh dengan naiki bas. Dari Ipoh kami menyewa teksi pergi ke Chemor. Sampai ke Chemor sudah pukul enam petang. Kami tidak dibenarkan masuk ke Hulu Kuang, kerana kawasan itu terlibat dengan perintah berkurung dari jam enam petang hingga enam pagi.
Datuk terus melaporkan dirinya ke Balai Polis Chemor kerana kami membuat keputusan untuk tidur di masjid Chemor. Sesudah memberikan butir-butir mengenai diri kami kepada pihak polis, kami dibenarkan tidur di masjid tersebut. 

Sesudah menunaikan sembahyang Isyak, saya terus baring di bucu masjid. Datuk baring dekat tiang. Akhirnya saya terlena. Lebih kurang pukul dua pagi, datuk mengejutkan saya.
“Bangun kita pergi ke Hulu Kuang.”
“Macam mana nak pergi, nanti kita kena tangkap atau ditembak askar.”
“Kau ni banyak cakap pula, bangun sajalah,” suara datuk keras.
Dia menarik tangan saya hingga terduduk. Saya terus kesat mata dengan belakang tangan. Datuk menyuruh saya berdiri di muka pintu masjid. Perintahnya saya ikuti.
“Sebentar lagi dia datang,” Datuk beritahu saya.
“Apa yang datang tok ?” tanya saya ingin tahu.
“Kau jangan banyak cakap,” Datuk menyergah saya.
Mukanya kelihatan bengis. Masa itu datuk sudahpun mengenakan baju hitam, seluar hitam di badan. Kepalanya juga dililit dengan kain hitam. 

Dalam hati kecil saya timbul keraguan tentang diri datuk. Saya mengira dia ada hubungan dengan pengganas komunis. Kalau tidak masakan dia berani berjalan malam waktu zaman darurat.
“Ke tepi,” datuk menolak badan saya yang tercegat di muka pintu masjid. Saya tersungkur atas lantai. Datuk menampar tangan kanannya ke pangkal paha kanannya dengan sekuat hati. Dia melemparkan tujuh biji batu bertih ke tengah laman masjid. 

Kemudian datuk menekan ibu jari kanannya ke tapak tangan kiri tujuh kali berturut-turut. Tiba-tiba saya terdengar bunyi suara harimau mengaum. Cukup kuat. Kepala lutut saya mengeletar. 

Dengan tiba-tiba sahaja saya rebah atas lantai masjid dan tidak berdaya bangun. Seekor harimau belang yang cukup besar muncul di depan halaman masjid sambil menguit-nguitkan ekornya.
“Makanlah kau lapar,” suara datuk keras. Saya lihat harimau itu terus memakan tujuh biji bertih. Bila harimau itu selesai makan. Datuk segera merapatinya. Datuk menggosok-gosok kepala harimau itu dengan tangannya. 

Dan lidah harimau yang panjang itu menjilat pipi dan hidung datuk. Harimau itu berguling-guling atas tanah sambil kakinya menampar seluruh badan datuk. Datuk menggosok perut harimau itu. Datuk mengira kuku di jari harimau. 

Datuk bermain-main dengan harimau macam bermain dengan anak kucing. Akhirnya datuk menepuk dahi harimau tujuh kali dengan tangan kiri. Harimau pula menjilat telinga kanan datuk tujuh kali.
“Bangun, kau dah kenyang.” Mendengar cakap datuk itu , harimau besar segera bangun sambil menguap. Saya bertambah ngeri melihat giginya yang tajam dan putih. Harimau itu mengaum lagi. 

Datuk memanggil saya. Saya cuba bangun tapi saya tidak berdaya. Tempurung lutut saya terasa longgar. Datuk terus menarik tangan saya. Saya diheret hingga ke depan harimau besar.
 

“Ini cucu aku,” datuk memberitahu harimau besar. Saya lihat sepasang mata harimau itu merenung ganas ke wajah datuk. Datuk berdehem tiga kali berturut-turut. Harimau itu melunjurkan kaki depannya. Badannya direndahkan. Datuk mengangkat badan saya lalu diletakannya di pangkal tengkuk harimau berbadan besar serta berbelang tebal. 

Saya rasa nyawa saya sudah melayang dari badan. Badan saya jadi lembik. Saya tidak boleh duduk tegak. Dada dan muka saya terhempap atas batang leher harimau.
Bulu harimau yang kasar dan keras itu menyucuk batang hidung dan pipi saya. Bila harimau itu menggerak-gerak badannya saya juga ikut bergerak.
“Peluk tengkuknya kuat-kuat,” datuk mengigatkan saya.
Antara sedar dengan tidak saya lihat datuk terus naik atas belakang harimau. Harimau besar itu segera menegakkan badannya. Datuk terus menepuk-nepuk punggung harimau, macam gembala lembu menepuk punggung lembu.
“Ke Hulu Kuang,” saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu harimau pun melangkah. Saya rasa harimau itu berjalan bagaikan tidak jejak ke bumi. Melayang-layang di udara membelah pekan Chemor melintasi jambatan keretapi. 

Terus menghala ke kampung Cik Zainal serta melintasi kawasan Kampung Baru Tanah Hitam. Saya nampak tentera berjaga dengan senjata di tangan. Semuanya tidak memandang ke arah kami. Kerana terlalu laju harimau itu bergerak. 

Badan saya terasa sejuk. Belum selesai saya menghitung dari satu sampai ke sepuluh. Harimau itu sudahpun tiba di kaki tangga rumah adik bongsu datuk. Hari masih gelap lagi. Kokok ayam masih kedengaran. Datuk menurunkan saya dari belakang harimau.
Sebelum harimau meninggalkan kami, datuk memberi harimau itu makan tujuh biji bertih. Saya tidak tahu dari mana bertih itu diperolehi oleh datuk. Selesai saja harimau itu memakan bertih. 

Lagi sekali datuk menepuk-nepuk dahi harimau. Datuk membisikkan sesuatu ke telinga harimau. Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang diucapkan oleh datuk kerana telinganya bergerak-gerak.
“Balik ke rumah kita jaga kampung serta tanah ladang kita,” suara datuk meninggi. Harimau itu menguap panjang. Dengan sekelip mata saja harimau besar hilang dari pandangan saya. 

Datuk tidak segera mengejutkan adik bongsunya. Menurut datuk pantang besar kalau kita menunggang harimau mengejutkan tuan rumah yang kita pergi sebelum tuan rumah itu terjaga. 

Adik bongsu datuk terkejut , bila dia membuka pintu rumah pagi itu didapatinya kami duduk di kaki tangga. Dia mengucap panjang dan merasa takjub bagaimana kami boleh sampai pagi ke tempatnya sedangkan perintah berkurung berakhir pada jam enam pagi. 

Dia terus menyoal datuk bagaimana kami boleh sampai terlalu awal. Pertanyaan atau soalan itu tidak dijawab oleh datuk. Datuk mengubah tajuk perbualan pada perkara lain.
Sambil minum kopi pagi, adik bongsu datuk menceritakan keadaan kampung Hulu Kuang sambil bertanya khabar hal nenek serta anak cucu datuk. Perbualan datuk dengan adik bongsunya sungguh rancak pagi itu. 

Saya tidak banyak campur dalam perbualan mereka. Saya lebih senang berdiri di muka tingkap melihat daun-daun pokok yang menghijau serta puncak gunung yang diselimuti kabus nipis.
“Kau sakit, aku nampak kau kurus sangat ni,” saya terdengar suara datuk. Saya segera menoleh ke belakang. Saya lihat datuk sedang memerhati tubuh adik bongsunya yang cengkung dan kurus.
“Saya baru baik dari demam, dan tu kena berjaga malam pula,” jawab adik bongsu datuk.
“Hai, musim darurat pun kena berjaga malam ?”
“Berjaga dalam rumah ?” sahut isteri adik bongsu datu dari dapur. Saya tertarik hati dengan perbualan itu. Memaksa saya duduk di sebelah datuk. Datuk saya lihat mengerutkan keningnya.
 

“Kenapa pula tu. Ada pencuri ke ?” Pertanyaan itu tidak dijawab oleh adik bongsu datuk dan isterinya. Mereka kelihatan resah dan tidak menentu.
“Apa halnya cakap. Kalau boleh aku tolong, aku berusaha menolong kalau tak boleh kita cari orang lain untuk menolongnya,” datuk memberi sebuah harapan. Isteri adik bongsu datuk tersenyum. Adik bongsu datuk termenung panjang.
“Susah orang nak menolongnya,” begitu hampa nada suara adik bongsu datuk.
“Susah macam mana ?” tanya datuk.
“Kerja iblis.”
“Kita lawan cara iblis.”
“Begini, di kampung ni ada toyol jadi-jadian , sekejap menjelma jadi kucing, sekejap jadi tikus.” Adik bongsu datuk menerangkan sambil merenung ke kiri kanan. Datuk terdiam. Lama juga datuk termenung. 

Datuk bangun berdiri di muka pintu. Tangan kanannya memaut jenang pintu. Datuk duduk kembali. “biasanya toyol jadi-jadian ni, ada orang yang membelanya. Dia mesti sepasang ada jantan betinanya. Rumah kau ada dia masuk ?”
“Ada, dia menyerupai kucing hitam, bila terserempak dengan kami dia menghilangkan diri.” Dengan penerangan adik bongsunya itu datuk dapat menduga bahawa toyol jadi-jadian itu masih belum mempunyai pasangan lagi.
Dan orang yang membela akan berusaha mencari pasangannya. Datuk memberitahu adik bongsunya, perkara itu boleh diatasi atau dilenyapkan terus dengan syarat dia harus tinggal di Hulu Kuang agak lama sedikit. 

Untuk mencari tuan punya toyol jadi-jadian itu memakan masa. Memerlukan beberapa syarat yang tertentu.
“Kerjanya sulit, tapi harapan masih ada kerana tuan punya masih mencari pasangannya lagi,” jelas datuk dengan tenang.
“Macam mana caranya ?” soal isteri adik bongsu datuk. Mendengarkan pertanyaan itu datuk tersenyum panjang sambil memicit pangkal dagu.
“Kita tunggu kalau ada perempuan mati beranak sulung, baru senang menangkap tuannya. ” Cakap datuk itu membuat adik bongsu datuk dan isterinya berpandangan.
Dalam kepala isteri adik bongsu datuk mula terbayang tentang perempuan-perempuan di Kampung Hulu Kuang yang mengandung anak sulung. Ada lima orang semuanya. 

Atas persetujuan orang-orang Kampung Hulu Kuang datuk diminta duduk di kampung tersebut selama dua bulan untuk menghalau toyol jadi-jadian yang menganggu kampung mereka. 

Nasib datuk dan saya agak baik, baru tiga minggu di Hulu Kuang, terdengar salah seorang daripada penduduk kampung itu meninggal dunia ketika melahirkan anak sulung. 

Anak dan ibu mati serentak. Datuk pergi ke rumah keluarga yang malang itu, datuk turut sama menghantar jenazah ibu dan anak itu ke tanah kubur.
 

Tetapi, sebaik sahaja datuk pulang dari tanah kubur. Datuk tidak dapat tidur sepanjang malam.Dia didatangi dengan berbagai-bagai mimpi yang ngeri dan menakutkan. Datuk membuka kertas firasat yang dibawanya. 

Waktu dia membaca firasat itulah datuk terdengar suara perempuan memujuk anak yang menangis di bawah rumah. Datuk membuka pintu, datuk melihat satu cahaya berekor panjang naik ke udara dari tanah perkuburan.
Misteri Bersambung- Menunggang Harimau Ditengah Malam

Misteri Wang Bunian Not RM10 ( Updated With Picture))

Yahoo!!! Wang Besar...Wang Besar!!!

Salam...ok wang bunian dana ummah aku dah sampai...ada dalam dompet aku...nanti aku cerita macammana cara aku test duit ni plak...wakakakaka...yang aku boleh btau 'BOLEH TAHAN' hehehe...cuma la ni aku tengah tunggu gadget lampu UV sebab aku nak test tengok betoi ka ada tulisan kat dalam duit tue...sebab aku test tengok pakai lampu umah tak nampak apa pun...bentuk semua sama...not rm10...ni ada orang cerita ada orang juai duit ni nilai rm1 sampai rm4k!!! kepala hotak dia betoi (orang yang juai tue la)...agak-agak la nak juai pun,kena orang nak tue orang susah,tak ka naya...tue takpa lagi,kena plak yang juai tue juai duit tipu,macammana plak tue?!...macam-macam hal lah...Tapi kena ingat Allah yang bagi rezeki kat kita dan 'benda-benda' macam ni adalah sekelumit pemberian dari Allah pada makhluknya...Amiiin

Pandangan Belakang

Pandangan Hadapan

Kelihatan Wafaq 2' 3' 6'


Kelihatan Tulisan 'Dana Ummah'

Dana Ummah

Kelihatan Tulisan 'Bank Alam Bunian'

Wafaq 2' 3' 6'


 email : misterialammelayu@gmail.com

psssttt : tunggu gadget lampu UV aku sampai baru aku upload gambaq duit tue kat sini...sapa yang rasa terlampau terer tue sila btau aku nanti samaada duit tue tipu punya ka atau asli dari sana...wakakakak!!!

Hanya tinggal Not 10, 50 dan 100!!!
 
Misteri Bersambung- Misteri Wang Bunian Not RM10 ( Updated With Picture))

Friday, September 21, 2012

Misteri Keajaiban Air Zam-Zam

Firman Allah S.W.T :

“Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup”
(Surah Al-Anbia, ayat 30 )

Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat peka sekali dalam menjalankan perintah Tuhannya!

Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?

Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik. Air sebenarnya boleh merakam setiap bunyi gema getaran yang dihadirkan kepadanya dengan baik termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). 
 
Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks. Air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.

Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan mengikut tradisi agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian ia diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.

Ujikaji diulangi dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. 
 
Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “syaitan”, maka molekul air berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, molekul kristal air itu terus hancur. 
 
Ketika 500 orang berkonsenstrasi memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika diuji dengan dibacakan doa Islam,kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!

Punca Air Zamzam

Semasa di suatu seminar yang rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. 
 
Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. 
 
Prof. Emoto menggangguk dan berkata “Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”. 
 
Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan.

Di dalam bukunya iaitu "The Hidden Message in Water", Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air mempunyai sifat yang boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau 'compact disk'
 
Semakin kuat konsentrasi yang diberikan oleh pemberi pesanan (contoh pembaca doa perubatan menggunakan air) maka akan semakin kuat dan berkesan rakaman yang dirakamkan pada molekul air berkenaan. Maka air itu boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain.

Penemuan ini menjelaskan air putih yang didoakan mampu menyembuhkan penyakit mengikut bacaan dan niat. Air berkemampuan untuk menangkap pesanan dan niat doa untuk penyembuhan penyakit lalu dipindahkan pesanan dan niat itu kepada molekul air yang ada dalam badan pesakit itu contohnya kepada molekul cecair darah. 
 
Tubuh manusia terdiri daripada 75% air. Otak mempunyai 74.5% air, Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandungi 22% air.

Rasulullah saw, bersabda, "ZamZam Lima Syuriba Lahu," maksudnya Air Zam-Zam akan melaksanakan pesanan dan niat orang yang meminumnya. Barang siapa yang meminumnya untuk merasa kenyang, dia akan berasa kenyang. Barang siapa yang meminumnya dengan niat untuk penyembuhan, InsyaAllah dia akan sembuh.

Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. 
 
Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. 
 
Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalahstrukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. 
 
Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.
 
Molekul Air Zamzam

 
Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkandung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus diniatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. 
 
Betapa ramai yang telah kita dengari akan jemaah yang tersesat daripada dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikkan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!

Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu dan mempercayai tanpa ragu akan rahsia kehebatan air Zam-Zam ini sahajalah yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air zam zam ini.

Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf 7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang justeru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.

Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang ke arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana “alam pada diri manusia” itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman.

Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk sambil membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah” yang “berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu. 
 
Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalan-Nya!

Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. 
 
Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran.

Persetubuhan, suami isteri wajib mandi wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis. 

Adakah anda tahu 60-70% daripada badan manusia terdiri daripada unsur cecair (air)? Cuba anda bayangkan bentuk molekul air dalam badan anda jika anda membuat sesuatu perkara yang positif atau negatif? Dan setiap perkara pasti ada kesannya maka apakah kesannya pula terhadap diri anda jika anda membuat sesuatu perkara yang positif atau negatif? Muhasabah dirilah kita bersama-sama.

Menurut Ustaz Zamri, jika kita melakukan atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak cantik’. Apakan akan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga kacau seperti molekul air itu, rasa tidak tenang. 
 
Jika kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat kerja-kerja yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi tenang seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau yang telah dibuktikan melalui bacaan ayat suci alquran yang dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama . Wallahua’lam..
 
Marilah kita menonton pula sedikit sedutan video berkaitan molekul air yang hebat ini terutamanya molekul air zam zam yang dijumpai oleh Profesor Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama :
 
 
psssttt : kalau la ada kat Malaysia,makin sihat aku...Amiiin...
 
Misteri Bersambung- Misteri Keajaiban Air Zam-Zam

Misteri Lagenda Mahsuri

Mahsuri binti Pandak Maya
Mahsuri binti Pandak Mayah merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Mayah dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. 
Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak. 
Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Wan Aishah Wan Nawawi
Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Mayah dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Mayah boleh dikatakan sebagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.

Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri. 
Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita. 
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). 
Makam Mahsuri
Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. 
Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. 
Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. 
Telaga Mahsuri
Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnyajatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. 
Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

Rumah Mahsuri
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. 
Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.

Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. 
Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.

Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). 
Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. 
Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.
Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.

Misteri Bersambung- Misteri Lagenda Mahsuri

Misteri Piramid Di China

Sekadar Hiasan
 
Siapa kata bangunan raksasa berbentuk kon yang biasa dipanggil sebagai piramid hanya terdapat di Mesir?? Selama puluhan tahun, terdapat sebuah legenda, yang beredar di dunia barat bahawa di sebuah lokasi terpencil di China, terdapat banyak piramid misteri yang ia bahkan lebih besar berbanding piramid yang terdapat di Mesir. Benarkah lagenda tersebut??

Selama puluhan tahun, kerajaan China dan para arkeologinya telah menafikan kewujudan piramid-piramid ini, dan penafian ini membuatkan dunia barat semakin tertarik untuk menyelidikinya.

Apakah benar ada piramid di China? Apakah yang sesungguhnya tersimpan di dalam piramid-piramid ini? Mengapa kerajaan China menyangkal kewujudannya? Namun, pada masa kini, melalui space imaging dan google earth, kita mampu untuk mengetahui jikalau piramid-piramid di China ini benar-benar wujud, bahkan kuantitinya berjumlah sehingga 100 buah. Piramid-piramid ini terletak di daerah Xaanshi di kota kuno Xian.

The Great White Pyramid

Pada tahun 1983, Bruce Cathie iaitu seorang penulis mengakui kerajaan China telahpun mendedahkan kepadanya bahawa piramid-piramid itu sebenarnya benar-benar wujud. Namun tidaklah ada kemisteriannya kerana piramid-piramid itu hanyalah kubur para maharaja mereka.

Di dalam bukunya yang berjudul The Bridge to Infinity (1983), Cathie menceritakan asal usul piramid China ini mulai dikenali di dunia barat. Semuanya bermula daripada pengalaman seorang juruterbang tentera udara Amerika yang bernama James Gaussman.

Ketika itu pada tahun 1945, Gaussman sedang terbang di antara India dan China dalam misi rutinnya. Namun ketika engin pesawatnya mengalami sedikit masalah, ia harus merendahkan ketinggian kapal terbangnya. Pada saat itulah ia telah terlihat sebuah piramid raksasa China yang misteri.

Dalam laporannya, ia mengatakan:

"Aku menerbangkan pesawat mengitari sebuah gunung dan kemudian aku masuk ke sebuah lembah. Tepat dibawah kami, terlihat sebuah piramid putih raksasa yang seakan-akan muncul dari negeri dongengan. Piramid itu putih gemerlapan. Mungkin diperbuat daripada logam atau bebatuan jenis tertentu. Seluruh sisinya berwarna putih. Namun yang paling menarik adalah terdapat sebuah batu di puncak piramid tersebut - sebuah material berharga seperti mutiara. Aku benar-benar takjub dengan kedashyatan bangunan itu."

Pada ketika itu, boleh dikatakan bahawa simbol kewujudan piramid hanyalah identiti bagi negara Mesir. Jadi, seharusnya laporan Gausmann boleh menarik perhatian lebih banyak penyelidik di barat kerana penemuan Gausmann adalah piramid di China. 
 
Namun, Laporan Gaussman hanya berakhir di dalam arkib tentera Amerika tanpa diketahui sebabnya. Mungkin mereka menyangka itu hanyalah kekeliruan Gausmann akibat masalah kapal terbangnya.

Dua tahun selepas laporan Gausmann, piramid China kembali heboh diperkatakan. Kolonel Maurice Sheahan, pengarah Trans World Airline mengakui bahawa beliau juga pernah melihat piramid raksasa China itu. 
 
Pengakuan Sheahan itu dimuatkan di dalam akhbar harian New York Times pada 28 Mac 1947 dengan judul artikel "Juruterbang Amerika melihat piramid raksasa China di pergunungan terpencil di barat daya Xian".

Dalam artikel tersebut, Sheahan mengatakan bahawa piramid ini memiliki ketinggian 300 meter dengan lebar 450 meter. Jika anggaran ini tepat, maka piramid ini mengalahkan saiz piramid Mesir yang hanya sekadar memiliki ketinggian 135 meter.

Sheahan juga mengatakan bahawa piramid ini terletak di lembah kaki Gunung Qin Ling sekitar 40 batu ke barat daya Xian. Di piramid raksasa tersebut, ia melaporkan adanya ratusan gundukan kecil yang juga serupa seperti piramid. Namun pengakuan Sheahan itu tidak menyebutkan adanya batu seperti mutiara di puncak piramid berkenaan.

Dua hari selepas artikel itu dimuatkan dalam akhbar New York Times, Kisah ini dimuatkan kembali ke New York Sunday News. Kali ini mereka menampilkan sebuah foto piramid yang diketahui sebagai imej yang diambil oleh Gaussman pada tahun 1945. 
 
Sejak saat itu bangunan akhbar berkenaan menjadi objek perdebatan dan spekulasi. Siapakah yang membinanya? Untuk apakah bangunan itu dibina? Namun tiada seorangpun yang benar-benar tahu dengan pasti kerana ketika itu, Kerajaan China bertindak mengasingkan diri daripada dunia luar.

Beberapa tahun kemudian, penulis Jerman bernama Hartwig Hausdorf telah menulis di dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1994 berjudul Die Weisse Pyramide (The white pyramid). Di dalam buku tersebut dipaparkan banyak foto piramid-piramid di China. 
 
Hausdorf mengaku bahawa ia telah dibenarkan oleh kerajaan China untuk melawat beberapa lokasi yang dahulunya terlarang untuk diambil gambar-gambar di wilayah tersebut.

Dan pada masa sekarang, piramid-piramid di China sudah bukan bersifat rahsia lagi. Kita boleh melihat piramid-piramid ini dari google earth dan bahkan kita boleh melawat terus ke lokasi tersebut.

Berbeza dengan piramid di Mesir yang diperbuat daripada batu-batu besar, piramid di China terbina daripada gundukan tanah yang dipadatkan yang dibina sebagai kubur para maharaja. Dua di antara piramid piramid yang terbesar dan paling terkenal adalah Qin Shi Huang Mausoleum dan Maoling Mausoleum.

Qin Shi Huang Mausoleum
 
Mausoleum ini adalah piramid China yang terbesar sekali di antara kesemua piramid yang ada di China. Ketinggian awalnya adalah sekitar 76 meter, namun seiring dengan perjalanannya waktu, piramid ini terhakis sehingga tinggal 47 meter sahaja. Dasarnya mempunyai saiz 357 meter X 354 meter.

Tempat ini adalah tempat peristirahatan terakhir maharaja Qin Shi huang, raja pertama Dinasti Qin yang membina tembok china dan menyatukan seluruh China pada tahun 221 SM. Di piramid ini juga, pada tahun 1974, tiga orang petani yang ingin membuat telaga tanpa sengaja telah menemui parit-parit yang mengandungi patung-patung teracotta yang sekarang ini merupakan salah satu lokasi arkeologi paling termahsyur di dunia.

Menurut buku "Records of the Historian: Biography of Qin Shi Huang", sejarawan Sima Qian (145-90 SM) menyebutkan bahawa mausoleum ini mempunyai bilik-bilik yang mengandungi miniatur-miniatur istana dan paviliun dengan kolam air raksa yang mengalir di bawah langit- langit bertakhtakan permata yang membentuk gambar matahari, bulan dan bintang.

Dengan kata lain, isi mausoleum ini menunjukkan replika dari kerajaan sang maharaja lengkap dengan lima gunung suci di dalamnya. Para penyelidik Cina yang meneliti kandungan tanah di sekitar mausoleum sememangnya ada menemui kandungan raksa yang cukup tinggi. Ini mengesahkan kredibialiti tulisan Sima Qian. Menurut catatan Sima Qian, makam ini dibina ketika Qin Shi Huang masih berusia 13 tahun. Tenaga buruhnya adalah seramai 700,000 pekerja dan diselesaikan dalam masa 20 tahun.

Para pekerja memindahkan tanah sehingga sama tinggi dengan paras air di dalam tanah, lalu lantainya dilapisi dengan gangsa cair yang kemudian ditimpa dengan batu sarkofagus. Setelah kerja pembinaannya selesai, semua pekerja yang mengetahui jalan masuk ke makam ini dibunuh untuk menjaga kerahsiaannya piramid ini.

Hingga ke hari ini, piramid ini masih menyimpan rahsianya kerana kerajaan China masih belum membongkarnya dengan alasan takut merosakkan beberapa bahagian berharga dari kubur itu.

Maoling Mausoleum
 
Mausoleum ini, yang juga dikenali sebagai piramid putih besar, memiliki ukuran dasar 222 meter X 217 meter. Ini menjadikannya sebagai piramid kedua terbesar di China. Piramid ini adalah piramid yang fotonya terpampang di surat khabar New York Sunday News pada tahun 1947. 
 
Dengan kata lain, piramid inilah yang telah dilihat oleh Sheahan, dan mungkin juga oleh Gaussman. Namun, sepertinya Sheahan telah keliru dalam membuat anggaran ketinggian piramid ini kerana piramid ini ternyata hanya memiliki ketinggian sekitar 45 meter.

Mausoleum ini merupakan tempat peristirahatan terakhir Maharaja Wu yang bernama Liu Che (atau Wu Di) yang memerintah dari tahun 157-87 SM. Ini bermakna piramid tersebut telah berusia 2.000 tahun lebih.

Sejarah telah mencatatkan bahawa diperlukan waktu sehingga 53 tahun untuk menyiapkan binaan ini dan di dalamnya tersimpan banyak objek berharga. Berbeza dengan mausoleum Qin Shi Huang, mausoleum ini telah diekskavasi dan sebahagian artifak berharganya disimpan di muzium dan dipamerkan.

Walaupun telah diketahui bahawa piramid ini adalah sama dengan piramid di dalam foto yang muncul pada tahun 1947 itu, namun masih ramai lagi para penyelidik yang masih kebingungan dengan satu kemisteriannya. 
 
Menurut Gaussman, ia mengakui telah melihat terdapat sebuah material yang seperti mutiara di puncak piramid itu. Namun, didapati bahawa puncak piramid ini ternyata datar, seperti terpotong. Apakah Gausmann berbohong?

Atau, apakah seseorang telah memindahkan puncak piramid tersebut? Atau mungkin, di suatu tempat di China masih ada lagi sebuah piramid putih raksasa setinggi 300 meter dengan puncak berkilau yang belum ditemui?
 
Misteri Bersambung- Misteri Piramid Di China